Isnin, 25 Julai 2011

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Terperosok bawah bas

Posted: 24 Jul 2011 10:14 AM PDT

LEMBAH BERINGIN: Seorang lelaki maut sebaik motosikal ditungganginya merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) sebelum terpelanting dan digilis sebuah bas ekspres di Kilometer 404.7 Lebuhraya Utara Selatan arah Kuala Lumpur, di sini petang semalam.

Kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu menyebabkan mangsa dikenali sebagai Syafiq Aswadi Hishamuddin, 23, mati serta-merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.


Pemandu bas ekspres berkenaan, Ismail Naim, 52, berkata dia terkejut apabila ternampak ada objek terbang menghentam cermin hadapan diikuti bunyi dentuman kuat lalu memberhentikan bas dipandunya dengan segera.

Katanya, sebaik turun daripada bas, dia amat terkejut melihat ada seorang lelaki terperosok rapat di bawah bas membawa 41 penumpang dari Teluk Intan ke Kuala Lumpur.


Beliau berkata, cermin hadapan bas itu pecah dan retak teruk selepas dipercayai terkena topi keledar mangsa.


"Saya menghubungi pasukan bomba dan polis bagi memaklumkan kejadian itu bagi mendapatkan bantuan dengan segera. Selain itu, pemilik syarikat bas kami juga turut dihubungi untuk memberitahu kejadian itu.

"Mangsa yang sudah pun meninggal dunia di tempat kejadian dikeluarkan sepasukan anggota bomba Kuala Kubu Bharu kira-kira 30 minit selepas kemalangan berlaku," katanya.


Naim berkata, semua penumpang basnya yang terselamat dipindahkan menggunakan dua bas lain bagi meneruskan perjalanan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Resort tercemar virus kencing tikus ditutup

Posted: 24 Jul 2011 10:07 AM PDT

KALUMPANG: Sebuah resort terkemuka di daerah ini, diarahkan ditutup secara berperingkat-peringkat berikutan penemuan virus kencing tikus (leptospirosis) menyebabkan kematian seorang remaja Jun lalu.

Remaja berkenaan disahkan dijangkiti virus berkenaan ketika mandi di kolam renang resort berkenaan.


Pegawai Daerah Hulu Selangor, Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, penutupan bermula Jumaat lalu, jam 11.35 pagi bertujuan penyiasatan lanjut termasuk kerja perawatan air dan pembasmian kuman di resort berkenaan.

Katanya, resort berkenaan akan ditutup sepenuhnya pada awal Ogos ini.


"Tindakan itu wajar dilakukan segera bagi memastikan pengunjung tidak terdedah risiko dijangkiti virus berkenaan yang boleh membawa maut.


"Ketika ini, tiga lokasi yang dikenal pasti ada jangkitan virus berkenaan yang diarahkan ditutup adalah kolam mandi, kafetaria dan tapak perkhemahan awam ," katanya kepada Harian Metro selepas menyertai lawatan khas di resort itu, semalam.

Hadir sama, beberapa pegawai Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor, anggota penguat kuasa dari Majlis Daerah Hulu Selangor dan Pejabat Daerah Hulu Selangor. Beliau yang juga Pengerusi Wabak Penyakit daerah ini berkata, keputusan dilakukan berdasarkan hasil siasatan sepasukan pegawai kesihatan awam Kementerian Kesihatan Selangor yang mengesahkan positif jangkitan virus berkenaan.


Nur Hisham berkata, penularan virus berkenaan mula dikesan sejak sebulan lalu hasil keputusan positif daripada dua sampel air yang diambil dari resort berkenaan.

"Saya menasihati pengunjung sentiasa berwaspada dengan pengumuman ini dan perlu mengambil tindakan sewajarnya termasuklah dilarang memasuki kawasan larangan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved