Rabu, 31 Ogos 2011

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Beraya dengan Tuanku

Posted: 30 Aug 2011 08:50 AM PDT

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah mengadakan rumah terbuka Aidilfitri di Istana Negara di sini, semalam.

Sesi rumah terbuka bagi orang kenamaan turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta menteri Kabinet dan diplomat asing.


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohamed Ali, antara 500 tetamu yang menghadiri rumah terbuka itu. Selepas rumah terbuka untuk orang kenamaan itu, Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah mengadakan rumah terbuka untuk orang ramai.

Kira-kira 20,000 rakyat berbilang kaum daripada pelbagai lapisan mengunjungi rumah terbuka itu yang bermula jam 11.40 pagi hingga 1 tengah hari. Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah turut meluangkan masa berdiri di hadapan 'rumah kaca' di Istana Negara untuk bersalaman dengan orang ramai dan memberi duit raya kepada kanak-kanak.


Orang ramai kemudian menerima cenderamata daripada pihak Istana Negara sebelum bergerak ke khemah disediakan di pekarangan istana untuk menikmati jamuan yang disediakan.


Penggal Seri Paduka berdua sebagai Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong dijadual berakhir pada Disember ini.

Sementara itu, keadaan jalan raya di hadapan pintu masuk utama Istana Negara sesak kira-kira tiga kilometer akibat daripada deretan kenderaan yang diletakkan di sepanjang bahu jalan di situ.


Seorang pengunjung yang berpakaian unik iaitu Baju Melayu bercorak 'Jalur Gemilang', Hashim Mohamad atau lebih mesra dikenali sebagai Pak Asyiem Songkok, 54, berkata, beliau berasa sungguh bertuah kerana buat pertama kali dapat menjejakkan kaki ke Istana Negara meraikan Aidilfitri bersama-sama dengan Tuanku. "Saya rasa amat bertuah kerana dapat bersama-sama rakyat yang beratur ini meraikan Aidilfitri dan juga menyambut Hari Kemerdekaan ke-54 negara secara serentak.

"Walaupun kesihatan saya agak terganggu, tapi saya tabahkan semangat untuk hadir bersama rakyat bagi merayakan hari raya kali ini bersama dengan Yang di-Pertuan Agong," katanya ketika berbaris untuk bersalaman dengan baginda berdua.


Menurutnya baju Melayu, songkok dan samping corak 'Jalur Gemilang' itu dijahit isterinya dan kini beliau sudah mempunyai lima pasang baju Melayu Jalur Gemilang.


Ann-Marie Hanssen, 34, dari Sweden berkata, beliau yang secara kebetulan melawat Istana Negara tidak melepaskan peluang untuk menyertai kemeriahan itu. "Saya berada di Malaysia selama sebulan dengan suami saya yang bekerja di sini dan ini pertama kali saya datang melawat Istana Negara dan saya berasa sungguh seronok.


"Budaya Malaysia amat menarik dan orangnya pula mesra dan kami amat menyukainya," katanya. -Bernama

Ibu curi untuk anak

Posted: 30 Aug 2011 07:56 AM PDT

KAJANG: Hanya kerana mahukan anaknya memakai baju baru, seorang wanita mencuri beberapa pakaian dan barangan permainan bernilai RM597 di sebuah pusat beli-belah terkenal di Cheras.

Sumber berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang Ahad lalu, seorang pengawal keselamatan ternampak kelibat seorang pelanggan dalam keadaan mencurigakan di bahagian pakaian kanak-kanak.


Menurutnya, pengawal terbabit mengekori suspek yang masuk ke bilik persalinan bersama beberapa pakaian, tetapi suspek tidak mengetahui perlakuannya diperhatikan.

Katanya, tidak lama kemudian, suspek keluar, tetapi pakaian yang dibawa ke dalam bilik berkenaan tiada bersamanya.


"Mengesyaki suspek mencuri pakaian, pengawal berkenaan mengekori suspek hingga ke tempat letak kereta sebelum menahannya.


"Pengawal berkenaan mendapati beberapa baju dan seluar kanak-kanak serta mainan disembunyikan dalam beg suspek," katanya.

Katanya, suspek dibawa ke pejabat pengurusan pusat beli-belah berkenaan untuk diambil keterangan sebelum menghubungi polis.


Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata polis sudah mengambil keterangan suspek yang mengaku mencuri pakaian berkenaan.

"Bagaimanapun, suspek dibebaskan dengan jaminan polis dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan," katanya.

Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Rakyat Mali sanggup terima ‘raja segala raja’

Posted: 30 Aug 2011 07:05 AM PDT

GAO: Semakin ramai rakan taulan Muammar Gaddafi di peringkat antarabangsa menjauhkan diri darinya.

Bagaimanapun, penduduk di Gao, sebuah bandar di Mali, berkata, mereka bersedia menerima bekas pemimpin Libya itu.


"Biar Gaddafi datang ke sini. Kami akan menawarkannya tempat tinggal," kata seorang ahli kimia di Gao.

Seorang guru besar kelihatan tergamam apabila ditanya sama ada dia bersedia menerima kedatangan Gaddafi.


Bagaimanapun, katanya, Mali sudah lama menerima bantuan daripada bekas pemimpin Libya itu dan tidak mungkin boleh membiarkan beliau begitu saja.


"Saya setuju untuk menerima kedatangan Gaddafi. Kami bukan orang yang tidak tahu berterima kasih. Beliau memberi bantuan kepada kami. Ketika ini beliau berdepan dengan keadaan yang sukar. Kami tidak boleh meninggalkan dia begitu saja," katanya.

Hubungan Mali dengan Gaddafi begitu kukuh.


Libya menerima kemasukan ribuan pemberontak Tuareg dari Mali dan negara jiran yang lain pada 70-an. Ramai di antara mereka kini kembali dengan membawa pulang senjata dan kereta mahal. Gaddafi pernah juga memberikan berjuta dolar kepada ketua negara di Afrika dan ketua suku kaum di benua itu menggelarnya 'raja segala raja.' - Reuters

Bapa saudara Obama pemabuk

Posted: 30 Aug 2011 07:02 AM PDT

BOSTON: Seorang bapa saudara Presiden Barack Obama ditangkap baru-baru ini berhampiran bandar raya ini atas tuduhan memandu dalam keadaan mabuk.

Onyango Obama ditahan di Framingham, Massachusetts pada 24 Ogos.

Jurucakap polis, Blaise Tersoni berkata, ketika ditangkap, (Onyango) Obama tidak boleh bercakap dengan baik dan berbau arak.

Menurut laporan polis, lelaki itu mendakwa dia hanya minum dua tin bir tetapi gagal dalam beberapa ujian.


Apabila ditanya sama ada dia hendak menelefon sesiapa, lelaki itu menjawab: "Adalah lebih baik saya telefon Rumah Putih."


(Onyango) Obama ditahan tanpa ikat jamin dan menjadi tahanan imigresen, status yang biasanya diberikan kepada mereka yang berada di Amerika Syarikat tanpa visa sah.

Keluarga Presiden Amerika Syarikat di sebelah bapanya, warga Kenya, mendapat liputan akhbar tahun lalu apabila ibu saudaranya, Zeituni Onyango, adik Onyango Obama, menang dalam satu kes mendapatkan suaka politik selepas berada di Amerika Syarikat secara haram. - AFP

Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Bangga sebagai Anak Malaysia

Posted: 30 Aug 2011 05:34 AM PDT

TATKALA mereka yang ber agama Islam menyambut Syawal dengan penuh gembira, tidak dilupakan hari ini juga kita menyambut ulang tahun Hari Kemerdekaan ke-54. Sambutan kemerdekaan tahun ini diraikan serentak dengan Hari Malaysia pada 16 September.

Berpuasa sepanjang Ogos, bukan penghalang untuk kita merasai kehangatan kemerdekaan. Jika bukan kerana pemimpin sebelum ini bekerja keras untuk membebaskan negara kita dari penjajah, sudah pasti kita tidak dapat menikmati apa yang sudah kita kecapi pada masa kini. Sambutan hari raya juga mungkin langsung tidak disambut atau tidak semeriah seperti yang kita lihat sekarang ini.

Tiga selebriti yang digandingkan bersama masing-masing mempunyai pengertian tersendiri mengenai makna kemerdekaan yang dikecapi. Jaclyn Victor, Black dan Wilson Tan tidak mempunyai sebarang masalah apabila digandingkan bersama kerana mereka sama-sama mempercayai pada satu perkara iaitu cintakan pada negara yang berbilang kaum.

Walaupun Black dan Jaclyn pertama kali digandingkan dengan Wilson, suasana sesi fotografi yang berjalan penuh dengan gelak ketawa apatah lagi dengan telatah Black yang suka menyakat dan sering membuat lawak.


Wilson, jejaka berkulit cerah ini mungkin kurang mendapat perhatian masyarakat Malaysia kerana kerjayanya sebagai model. Dia jarang sekali muncul dalam acara-acara berbentuk hiburan tetapi sering menghiasi dada majalah terutama sekali yang berkaitan dengan fesyen termasuk di luar negara.


Pernah bergandingan dengan model wanita hebat, Amber Chia, Wilson tidak mahu mensia-siakan kesempatan yang diberikan kepadanya dan ingin membawa nama Malaysia ke persada dunia.

Wilson ingin membuktikan lelaki Malaysia juga setanding dengan supermodel antarabangsa. Lagaknya apabila menggayakan busana di pentas berlainan daripada supermodel lain. Caranya berjalan sehinggalah eksperasi wajah yang ditunjukkan menjadikan namanya sering diingati kerana memaparkan kelainan.

Wajahnya yang seakan-akan lelaki Eropah memudahkan dia menembusi pasaran luar negara apatah lagi selepas dia memenangi Model Terbaik ketika Festival Fesyen Asia yang keenam di Seoul, Korea awal tahun ini. Turut berlakon dalam drama bersiri Cina, Wilson sangat bersyukur dengan apa yang dikecapinya.

"Saya rasa sangat gembira dan bersyukur kerana dianugerahkan wajah dan ketinggian seperti ini. Saya mempunyai matlamat dalam industri ini kerana hakikatnya apabila saya keluar negara, mereka sering bertanya asal usul saya.

"Tidak dinafikan saya sedikit kecewa apabila saya terangkan saya berasal dari Malaysia dan mereka bertanya 'Malaysia?'. Saya ingin menembusi industri ini di Eropah seperti Paris untuk membuka mata masyarakat di luar sana," katanya.

Tidak pernah menyambut hari kemerdekaan, Wilson berharap dia mempunyai peluang untuk merasai sendiri kehangatan sambutan hari bermakna itu bersama-sama dengan ribuan penduduk Malaysia.

Berbicara mengenai semangat cintakan pada negara, Wilson berpendapat mengibarkan bendera ketika bulan kemerdekaan bukan satu-satunya cara menunjukkan kecintaan kepada negara.

"Ada banyak cara untuk kita tunjukkan semangat itu. Bagi saya sendiri, sudah menjadi rutin hidup sering ke luar negara atas tuntutan kerja, tetapi sekiranya ada sesiapa yang memerlukan kepakaran saya sebagai model di Malaysia, tanpa berfikir panjang saya akan menempah tiket untuk pulang ke tanah air.

"Saya berasal dari Grik, sebuah perkampungan kecil yang belum membangun, tetapi saya tidak segan untuk mengaku siapa saya. Setinggi manapun kejayaan yang kita kecapi, jati diri tidak harus dilupakan kerana ia adalah salah satu perkara yang membentuk siapa diri kita," katanya.

Segak menyarungkan baju Melayu berwarna biru, Black berkata, kebebasan yang dirasai sekarang harus dijaga bagi memastikan keharmonian negara terjaga kerana negara kita yang berbilang kaum dan jika tidak berhati-hati keadaan itu akan dijadikan senjata orang yang tidak bertanggungjawab untuk mengkucar-kacirkan keadaan.

"Tanpa kita sedari, sebenarnya kita sedang cuba dijajah dari segi fizikal dan mental kita melalui kecanggihan teknologi. Lihat saja internet yang sering digunakan dalam hidup kita. Jika tidak berhati-hati, sumber yang kita dapat dari Internet mungkin akan mengganggu kelancaran sistem di Malaysia, seterusnya mungkin akan mencetuskan pergaduhan.

"Kemerdekaan bukan hanya bererti negara bebas dari jajahan penjajah tetapi ia juga bermakna kita bebas dari pengaruh anasir luar dan sentiasa memupuk semangat cintakan negara.

"Sebagai anak Malaysia, sudah menjadi tanggungjawab setiap insan mempertahankan keamanan yang sudah dicapai oleh negara kita. Saya sebagai seorang penyanyi juga masih berjuang, berjuang untuk membawa Malaysia ke peringkat antarabangsa," kata pelantun lagu Sofia Jane itu.

Katanya lagi, kerana terlalu cintakan negara dia sanggup turun ke medan perang sekiranya tenaganya diperlukan untuk mempertahankan negara. Bagaimanapun, Black mendoakan kesejahteraan Malaysia agar menjadi tempat yang selamat untuk generasi baru.

Pemenang Malaysian Idol, Jaclyn pula berkata, sudah tiba masanya anak-anak kecil diterapkan dengan unsur-unsur kemerdekaan dan bukan hanya bergembira kerana mereka tidak perlu ke sekolah pada Hari Kemerdekaan.

"Zaman sudah berubah. Ketika masih kecil, apa yang saya tahu pada hari kemerdekaan, saya tidak perlu bersekolah. Duduk di rumah dan menonton televisyen, melihat perarakan di siaran langsung dari Dataran Merdeka.

"Tetapi kanak-kanak pada zaman ini semakin bijak. Tentu ada cara untuk menerapkan semangat cintakan negara dalam jiwa mereka. Jangan sampai kerana keselesaan hidup di negara ini, mereka lupa perjuangan orang-orang yang bertanggungjawab membebaskan negara kita," katanya.

Wilson, Black dan Jaclyn bersyukur dilahirkan sebagai anak Malaysia dan tidak pernah malu bercerita mengenai latar belakang masing-masing kerana mereka sama-sama penyumbang kepada tunggak keamanan negara.

Bunohan wakil Malaysia

Posted: 30 Aug 2011 05:15 AM PDT

FILEM aksi drama Bunohan masih menanti tayangan kepada penonton tempatan, tetapi ia bakal disaksikan terlebih dulu masyarakat antarabangsa apabila dipilih untuk tayangan di Festival Filem Antarabangsa Toronto ke-36 (TIFF) yang berlangsung pada 8 hingga 18 September ini.

Pemilihan filem ditulis dan diarahkan Dain Said serta diterbitkan Nandita Solomon dengan kerjasama Tim Kwok dari Entertainment Convergence ini dipilih secara rasmi untuk tayangan perdana di festival itu melalui seksyen Discovery yang memaparkan filem daripada pembikin meningkat naik dari seluruh dunia.

Difahamkan, Pengurus Program TIFF, Giovanna Fulvi melihat Bunohan sebagai karya yang punya tarikan tersendiri dan percaya filem berkenaan menjadi antara taruhan terbaik pengarah itu.

"Sekali pandang, ia realistik dan bergaya. Filem yang mempunyai kuasanya tersendiri. Arahan Said yang mantap, menjamin persembahan yang kuat daripada barisan pelakonnya, yang hampir keseluruhannya lelaki.


"Boleh dikatakan filem ini mempunyai tarikan tersendiri dengan aksi dan garapan yang diketengahkan," katanya.


Festival yang paling berprestij di Amerika Utara itu menyaksikan Bunohan menjadi satu-satunya filem mewakili Malaysia pada tahun ini.

Tidak cukup dengan berita gembira itu, Bunohan sekali lagi membawa berita baik buat Dain Said apabila berjaya mendapat pengedaran antarabangsa bersama Universal Pictures untuk pasaran United Kingdom, Perancis, Jerman, Australia dan New Zealand.

Pembikin filem, Dain Said yang kini berada di Bangkok bagi menyiapkan filemnya untuk dihantar ke Toronto mengakui cukup gembira dengan dua berita gembira itu.

Katanya, ia menunjukkan langkah positif buat filem tempatan menembusi pasaran antarabangsa.

"Pastinya ini berita gembira buat saya dan juga semua pihak yang menjayakan filem ini. Saya benar-benar tidak mengharapkan apa-apa, tetapi sekarang ia terjadi. Apa yang boleh saya katakan, saya berasa teruja, terutama untuk semua tenaga produksi dan pelakon yang berusaha bersungguh-sungguh untuk menjayakan filem ini.

"Saya berharap usaha ini akan berterusan pada masa depan dan peminat filem aksi dapat menerima karya ini," katanya.

Bunohan yang dihasilkan syarikat perfileman Apparat yang dimiliki Dain, diwakili di peringkat antarabangsa oleh Easternlight Films. Ia berkisar kepada kisah tragik kasih sayang antara tiga beradik dan bapanya yang kian uzur.

Kisah pergelutan mereka untuk merapatkan ikatan kekeluargaan dan restu, beransur ke arah keganasan, korupsi dan pembunuhan.

Jauh di kampung pedalaman bahagian selatan Thailand, berdekatan sempadan Malaysia, Bunga Lalang atau Adil lakonan Zahiril Adzim mengambil bahagian dalam pertandingan tinju Tomoi yang membabitkan pertaruhan wang, maruah dan nyawa.
Sahabat lama Adil, sempat menyelamatkannya dari pinggir maut, mengubahkan mereka menjadi pelarian penganjur tinju haram itu.

Ilham (Faizal Hussein), pembunuh upahan dihantar untuk memburu dua sahabat itu berada dalam perjalanan pulang ke Kampung Bunohan, kampung halaman Ilham yang sudah lama ditinggalkan. Ilham tidak pernah pulang walaupun ketika ibunya berada di anjung nyawa.

Pada masa sama, Bakar (Pekin Ibrahim), abang sulung Adil juga pulang ke Kampung Bunohan kononnya untuk menjaga bapa mereka yang uzur. Perwatakan solehnya tersembunyi niat buruk seorang usahawan bercita-cita tinggi.

Bakar seorang yang berhati kejam sanggup melakukan apa saja untuk memenuhi kehendaknya. Sekembali mereka bertiga ke kampung halaman di mana takdir mereka menunggu.

Dalam bayangan kegelapan diri masing-masing, timbul memori silam yang dipenuhi keinginan, penghukuman dan perasaan kehilangan. Dalam Bunohan, di sinilah bermulanya segala keperitan.

Filem ini turut dibintangi pelakon Bront Palarae, Nam Ron, Wan Hanafi Su, Sofi Jikan, Amerul Affendi, Hushairy Hussein dan Jimmy Lor selain penampilan khas model tinggi lampai, Tengku Azura dan pengarah indie, Ho Yuhang.

Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Beraya dengan perut kosong

Posted: 30 Aug 2011 08:41 AM PDT

MOGADISHU: "Kami sudah beberapa hari tidak makan. Harap-harap di pagi Syawal ini ada pihak yang bermurah hati menghulurkan sedekah untuk membolehkan kami membeli makanan."

Itu rintihan sayu seorang ibu muda bersama dua anak kecil sambil menghulurkan tangan kepada umat Islam yang keluar dari Masjid Isbahaysiga, di sini, selepas selesai menunaikan solat sunat Aidilfitri pagi semalam.


Keadaannya yang lesu, mata berair dan kesan air mata yang sudah kering di pipi menambah syahdu wartawan Harian Metro ketika menembualnya.

Ibu muda dikenali sebagai Munah Adam, yang baru berusia 25 tahun itu adalah seorang daripada ribuan mangsa kebuluran di Somalia yang bergolak.


Wanita seperti Munah terdapat di mana-mana di jalan raya Mogadishu sejak penulis menjejakkan kaki ke bumi bergolak ini mengikuti Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia sejak 25 Ogos lalu.


Aidilfitri di Somalia disambut dalam suasana serba kekurangan dan lebih menyayat hati ketika golongan lelaki menunaikan solat sunat Aidilfitri, ribuan kanak-kanak serta wanita berkumpul di luar masjid untuk meminta sedekah.

Sejurus saja tamat khutbah raya, semua yang berada di luar masjid berpusu-pusu menyerbu jemaah yang keluar untuk meminta sedekah.


Pada 1 Syawal semalam, masjid utama di negara yang mengalami krisis kebuluran paling teruk sejak 60 tahun itu, dikunjungi kira-kira 5,000 orang.

Bagaimanapun, hanya kira-kira 2,000 yang menunaikan sembahyang raya, selebihnya adalah penghuni kem IDPs yang datang untuk meminta bantuan.


Munah yang menghuni kem penempatan 'Internal Displace Persons' (IDPs) datang ke Masjid Isbahaysiga bersama dua anaknya jauh lebih awal sebelum solat Aidilfitri dilakukan.


Menurut ibu malang itu, Aidilfitri baginya sama seperti hari-hari biasa dalam kehidupan yang penuh penderitaan akibat dari peperangan yang berlaku lebih 20 tahun lalu.


"Kami lima sekeluarga termasuk suami, bapa dan dua anak perempuan sudah lebih sebulan menetap di kem IDPs. Aidilfitri tiada makna istimewa buat kami, hanya pada kebiasaannya ramai umat Islam bermurah hati menghulurkan sedekah.


"Tiada apa pun dalam hidup kami. Tiada rumah, tiada pekerjaan dan lebih teruk tiada makanan hingga kami sekeluarga kebuluran. Setiap hari kami hanya meminta belas ihsan dari orang untuk hulurkan sedekah makanan bagi mengalas perut," katanya.


Munah berkata, dia dan keluarganya berjalan kaki sejauh kira-kira 250 kilometer dari luar Mogadishu ke kem IDPs untuk memastikan mereka mendapatkan bantuan makanan bagi meneruskan kehidupan kerana di kampung halaman sudah tiada apa-apa lagi.


"Setiap hari kami terpaksa keluar mencari makanan dengan meminta sedekah, namun ia tidak menjanjikan apa-apa kerana kebanyakan masyarakat di sini juga mengalami nasib seperti kami," katanya.

Radhi kembali kepada fitrah

Posted: 30 Aug 2011 08:41 AM PDT

KUALA LUMPUR: "Lebaran kali ini terlalu jauh berbeza jika dibandingkan dengan tahun-tahun lalu. Ia bakal menjadi lebaran paling sempurna buat saya selepas sekian lama saya mengambil barang itu (dadah)," kata Muhammad Radhi Razali atau lebih dikenali sebagai Radhi, 34, vokalis kumpulan OAG ketika ditemui di Rumah Pengasih di sini, semalam.

Radhi yang memasuki pusat itu sejak 11 Januari lalu kini sedang menjalani proses pemulihan bagi membuang ketagihannya terhadap dadah yang diambil selama kira-kira 10 tahun selain mahu mendalami ilmu agama.


Menurut Radhi, hari raya Aidilfitri tahun ini bakal memberi seribu makna kepadanya kerana dia kini lebih menghayati erti Ramadan selepas berjaya melengkapkan ibadah puasa serta solat sunat Tarawih berbanding sebelum ini dan tumpuannya hanya kepada menyambut perayaan Aidilfitri.

Radhi bagaimanapun tidak menafikan masih wujud kesukaran untuknya meninggalkan najis itu secara 100 peratus pada peringkat awal namun keberkatan solat fardu yang ditunaikan mampu menghindari dirinya daripada terjebak semula.


"Selepas bertahun-tahun, saya kini benar-benar menemui jalan yang sepatutnya saya pilih dari dulu lagi dan di sinilah tempatnya. Memang dulu saya pernah cuba berubah, tapi gagal kerana saya tidak begitu kuat apatah lagi tiada sokongan jemaah (masyarakat) seperti sekarang.


"Saya bercadang meraikan hari raya pertama di sini (Rumah Pengasih) bersama penghuni lain. Ibu dan anak saya mungkin akan," katanya.

Mengimbau kenangan lampau ketika masih dipengaruhi dadah suatu ketika dulu, Radhi berkata, najis itu sebenarnya banyak mencetuskan perkara negatif dalam hidupnya termasuk pergolakan rumah tangga yang dibina selama lebih lima tahun.


Malah, menurut Radhi, setiap kali menjelang raya, hanya jasadnya yang berada bersama keluarga namun pemikirannya lebih ke arah khayalan disebabkan pengaruh dadah.

"Saya memang selalu memikirkan apa akan berlaku pada saya jika saya ditangkap kerana dadah. Ia memang sering terlintas di fikiran saya namun saya masih tidak mampu berhenti kerana terlalu mengikutkan nafsu dan pengaruh kawan yang turut sama menagih.


"Disebabkan itu, sekarang saya tak nak lagi ada kereta atau rumah yang pernah memberi kemudahan kepada saya untuk memperoleh dan menghisap dadah. Paling penting, saya kini sudah berjaya berhenti menghisap rokok pada 20 Mei lalu sempena hari lahir keenam anak saya, Muhammad Rifdhi Muslim.


"Sekarang ini, saya lebih mengabdikan diri saya kepada Allah bersama kawan lain di rumah ini (Pengasih) supaya kehidupan saya kelak lebih sempurna demi Rifdhi," katanya.


Radhi berharap pemulihannya pada kali ini akan menemui kejayaan di samping mengharapkan penghijrahan itu mampu menyedarkan rakan sealiran yang turut mengambil barang terlarang berkenaan.


Di samping menjalani proses pemulihan, Radhi juga berjaya menyiapkan beberapa lagu untuk album terbarunya dan sekiranya pemulihannya berjalan lancar, dia akan kembali memulakan karier seninya pada awal tahun depan.

Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Hazwan cetus impak

Posted: 30 Aug 2011 07:32 AM PDT

PERCATURAN jurulatih Ong Kim Swee menyenaraikan penyerang muda Ahmad Hazwan Bakri bersama skuad Olimpik negara menjalani latihan di Slovakia bulan lalu nyata berbaloi apabila penyerang muda dari Kuala Lumpur itu mula memberikan impak kepada pasukan.

Biarpun tidak sampai dua bulan bersama skuad muda negara itu, Ahmad Hazwan menyerlahkan potensi sebenar dirinya dengan menyumbat dua gol dalam lima perlawanan persahabatan dengan skuad liga Slovakia dan Hungary ketika menewaskan Tatran Liptovsky Mikulas 2-1 dan MFK Dolny Kubin 2-0.


Bagi Kim Swee, beliau puas hati prestasi dipamer Ahmad Hazwan apatah lagi ketika penyerang asal skuad Olimpik masih kurang menjadi dalam mencipta jaringan.

"Ahmad Hazwan antara pemain baru yang menonjol dalam skuad Olimpik. Dia menunjukkan prestasi baik dari perlawanan ke perlawanan.


"Apa yang menarik mengenai pemain ini adalah dia memiliki disiplin baik untuk dijadikan contoh kepada pemain lain, tidak kiralah pemain kebangsaan atau Harimau Muda A yang berada dalam skuad Olimpik ini," katanya.


Ahmad Hazwan antara pemain baru yang dipanggil Kim Swee bagi mengikuti latihan dan siri perlawanan persahabatan di Slovakia selain Azrul Azmi (Felda United), Muhamad Syazwan Tajuddin, Muhd Nazmi Faiz Mansor (Harimau Muda B), Mohd Azrif Nasrulhaq (Selangor PKNS) dan Mohd Izuan Solahuddin (Kelantan).

Kim Swee berkata, beliau tidak mahu memberikan tekanan kepada Ahmad Hazwan sebaliknya mahu memberi ruang kepada pemain berusia 20 tahun itu untuk meningkatkan prestasi dan menyesuaikan diri bersama skuad Olimpik.


"Saya tidak perlu terlalu mendesak Ahmad Hazwan dengan meletakkan bebanan terlalu tinggi sebaliknya mahu dia memberi tumpuan menjadi pemain lebih baik. Dia pemain berbakat, kehadirannya akan memberi saingan kepada pemain lain," katanya.

Ketika ini barisan serangan negara dibarisi Ahmad Fakri Saarani, A Thamil Arasu, Syahrul Azwari Ibrahim, Mohd Izuan Solahuddin dan Izzaq Faris Ramlan.


Skuad Olimpik akan memulakan kempen Kumpulan C kelayakan Sukan Olimpik 2012 London menentang Jepun di Stadium Tosu pada 21 September ini.

Norizman tekad terus konsisten

Posted: 30 Aug 2011 07:28 AM PDT

NORIZMAN Ismail mahu memastikan tunggangannya pada baki empat pusingan saingan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas musim ini kekal konsisten bagi membolehkannya dinobat juara mutlak kategori Perdana CP130.

Norizman yang mewakili pasukan Harian Metro TEQ SCK Honda Racing kini mendahului pelumba lain dengan 87 mata selepas enam pusingan sekali gus menyaksikan peluangnya untuk muncul juara pada musim ini semakin terbuka luas.


"Mengikut kiraan matematik, saya perlu berada pada kedudukan lima terbaik pada baki empat pusingan ini untuk kekal di tangga teratas pungutan mata dan akhirnya menggenggam kejuaraan.

"Tapi ia bukanlah satu tugas mudah kerana saingan pelumba lain sangat sengit. "Saya perlu berhati-hati pada setiap pusingan selepas ini dan mengekalkan tunggangan konsisten seperti enam pusingan terdahulu.


"Saya harap tidak membuat kesilapan untuk terus ungguli kedudukan," katanya.


Musim lalu, nasib tidak menyebelahi Norizman apabila hanya muncul pelumba kedua terbaik keseluruhan selepas tewas tipis kepada Hafiz Syahrin Abdullah yang dinobat juara.

Untuk itu, pelumba berusia 26 tahun yang pernah muncul juara kategori expert pada 2005 itu tidak mahu dihambat kekecewaan lagi pada saingan musim ini selepas selesa mendahului pelumba lain ketika ini.


"Tahun lalu memang saya kecewa kerana tewas pada saat-saat akhir. "Harap perkara sama tidak berulang pada musim ini kerana saya memang mengimpikan kejuaraan.

"Sebab itu seperti saya katakan tadi, saya perlu kekal konsisten bagi baki saingan musim ini. Andai dapat muncul pemenang pada dua pusingan selepas ini, saya akan muncul juara," katanya.


Baki empat pusingan lagi ialah di Kluang (24 hingga 25 September), Melaka (29 hingga 30 Oktober), Sepang (12 hingga 13 November) dan Pulau Pinang (3 hingga 4 Disember).

Kredit: www.hmetro.com.my

Selasa, 30 Ogos 2011

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Serlah kotak eksklusif

Posted: 30 Aug 2011 08:55 AM PDT

MENGHADIRI rumah terbuka atau kunjungan ke rumah saudara-mara akan lebih bererti sekiranya anda membawa buah tangan bersama.

Antara yang boleh disediakan ialah kuih raya, rendang atau ketupat yang dimasukkan di dalam bekas untuk diberikan kepada tuan rumah. Juadah ini biasanya dibalas dengan kiriman yang sama sebagai tanda terima kasih atas kehadiran yang sangat bererti.

Supaya cenderahati tampil menawan anda boleh menghias ringkas dengan meletakkan reben atau sekuntum bunga di atasnya.

Menurut Amilita Zaini yang berpengalaman menjalankan perniagaan penghantaran cenderahati sejak tujuh tahun lalu, untuk hari raya pemberian kuih raya yang dihias indah akan menjadi kenangan berharga kepada penerima. Apatah lagi sekiranya cenderahati itu dihias sendiri.


"Untuk cenderahati raya, biasanya saya meletakkan dua jenis biskut di dalam kotak bersama makanan tradisi seperti dodol. Bagi menyerikan hiasan, reben diikat pada kotak bersama sekuntum bunga," katanya.


Pemilihan untuk reben dan bunga bergantung kepada kreativiti masing-masing. Namun, Amilita lebih selesa menggunakan reben sedondon warna kotak supaya lebih menyerlah.

"Untuk menghasilkan cenderahati yang menarik, selain gabungan warna, jenis bahan juga sangat penting. Untuk tampil eksklusif anda boleh menggunakan kotak atau bakul bersesuaian dengan jenis barang," jelasnya.

Amilita yang menjalankan perniagaan cenderahati menerusi dalam talian www.azgiftbaskets.com.my bukan saja membuat penghantaran untuk musim perayaan,
tetapi juga untuk acara keraian seperti hari jadi, kelahiran bayi dan barang-barang spa. Malah, Amilita juga mengambil tempahan hantaran menggunakan bunga segar.

Pelanggan boleh membuat pilihan dengan melihat laman web kemudian menjelaskan bayaran sebelum barang dihantar ke alamat penerima yang mengambil masa dua hari untuk sampai.

Menurut Amilita, idea untuk menjalankan perniagaan ini bermula sekadar hobi menghias sendiri barang untuk rakan dan saudara-mara. Apabila semakin ramai menggemari rekaannya, ini menambah keyakinan Amilita untuk mengambil tempahan orang ramai. Antara gubahan yang mendapat perhatian ialah My Baby Boy, Serai Wangi dan terkini Bunga Kantan.

Sempena Aidilfitri ini, Amilita menunjukkan langkah demi langkah menghias cenderahati kuih raya untuk menghadiri rumah terbuka.

Reda besar 2 anak OKU

Posted: 30 Aug 2011 05:49 AM PDT

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Bagi Roslina Abdul Malek, 46, dan suami, Ahmad Radzi Mat Said, 50, memiliki anak di kalangan orang kelainan upaya (OKU) bukan sesuatu yang memalukan atau menyusahkan.

Meskipun hanya bergantung kepada pendapatan yang tidak seberapa, pasangan itu cekal membesarkan dua daripada tiga anak mereka yang cacat dan kelainan upaya berbanding insan lain.

Menurut Roslina, anak sulungnya, Mohamad Hafizil Akram, dilahirkan normal seperti bayi lain.


Namun, siapa sangka demam panas yang dialami secara tiba-tiba ketika usianya baru mencecah tujuh hari membuatkan seluruh hidup Mohamad Hafizil kini terpaksa bergantung kepada orang tuanya.


Anak sulung pasangan itu mengalami serangan sawan dan menyebabkan perkembangan dirinya terbantut.

Sejak itu, keadaan Mohamad Hafizil tidak seperti insan normal lain dan kini, pada usia 24 tahun, dia hanya mampu merangkak dan berbicara dengan butir kata-kata yang tidak berapa jelas.

"Semangat kami sekeluarga sekali lagi diuji selepas anak kedua, Mohamad Muazan, juga mengalami masalah yang sama.

"Kami sekeluarga reda dengan apa yang berlaku dan menganggap semua ini adalah ujian daripada-Nya.

"Mereka adalah amanah perlu dijaga, dididik dan diasuh dengan penuh kasih sayang kerana siapa tahu mungkin ada rahmat tersembunyi di sebalik semua ini," katanya yang kini menetap di Anjung Bemban Maju, Batu Gajah, Perak.

Roslina berkata, keadaan anak keduanya lebih teruk berbanding Mohamad Hafizil kerana tidak dapat bercakap dan hanya mampu mengengsot untuk bergerak.

Keadaan dua anaknya itu menyebabkan dia tidak dapat bekerja tetap untuk membantu suaminya menambah pendapatan keluarga.

Roslina dan suaminya yang juga bekas pesara polis perlu bergilir-gilir menguruskan dua anaknya kerana dia perlu menyiapkan makanan seperti nasi lemak serta kuih-muih bagi dijual di gerai berhampiran rumah mereka.

Kata Roslina, pendapatan daripada jualan itu sedikit sebanyak membantu meringankan beban suaminya untuk menyara keluarga.

"Pendapatan suami saya sebagai pesara polis memang tidak mencukupi untuk menyara kami sekeluarga termasuk anak bongsu yang kini berada di tahun lima, Sekolah Kebangsaan Pusing, Batu Gajah.

"Oleh sebab itu, saya menggagahkan diri untuk berniaga nasi lemak setiap pagi di tepi jalan walaupun ada ketikanya terpaksa membawa Mohamad Hafizil bersama dan meninggalkan Mohamad Muazan sendirian di rumah," katanya.

Menurut Roslina, anak sulungnya tidak memerlukan perbelanjaan yang tinggi seperti anak keduanya kerana boleh mengambil makanan seperti orang biasa.

Mohamad Muazan pula hanya boleh mengambil bijirin beras dan susu khas yang berharga puluhan ringgit setin termasuk perlu memakai lampin pakai buang sepanjang masa.

"Dia (Mohamad Muazan) menggunakan lima keping lampin pakai buang sehari dan harga sekeping lampin itu bukannya murah.

"Setiap bulan, kami memperuntukkan kira-kira RM600 untuk keperluan Mohamad Hafizil dan Mohamad Muazan termasuk kos perubatannya.

"Jumlah itu memang besar bagi kami yang masih mempunyai anak yang bersekolah dan membayar ansuran rumah setiap bulan," katanya.

Bagaimanapun, Roslina mengakui dia dan suami bersyukur dengan anugerah istimewa itu dan mahu membesarkan mereka dengan sebaik mungkin.

"Sebagai ibu bapa, saya dan suami sedaya upaya memberikan yang terbaik untuk Mohamad Hafizil dan Mohamad Muazan walaupun menyedari kekurangan yang ada pada diri mereka.

"Kami tidak pernah membezakan mereka dengan adiknya yang normal, malah tidak pernah berasa malu membawa mereka bersiar-siar di luar rumah jika berkesempatan.

"Saya dan suami akan pastikan mereka mendapat yang terbaik meskipun terpaksa mengerah keringat yang ada," katanya.

Bagi yang mahu meringankan beban keluarga ini, sumbangan boleh dihulurkan ke akaun Bank Islam 08086020159343 (Roslina Abdul Malek).

Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Penjenayah ganas makan tak bayar

Posted: 29 Aug 2011 09:57 AM PDT

KUALA LUMPUR: Empat lelaki berusia 30-an yang dipercayai aktif menjalankan kegiatan curi, samun, rogol dan pengedaran dadah sejak awal tahun ini ditahan polis di Jalan Maarof, di sini.

Tangkapan dilakukan pada jam kira-kira 11.30 malam, Jumaat lalu, selepas polis menerima aduan seorang pelayan restoran berusia 26 tahun yang diancam dengan pisau oleh seorang daripada suspek, sejam sebelum itu.


Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, berkata sebelum itu pengadu mengejar dua daripada suspek yang makan di restoran berkenaan selepas mereka meninggalkan pelayan premis itu tanpa membuat bayaran.

Bagaimanapun, ketika dihampiri, seorang daripada suspek mengeluarkan pisau sambil mengugut pengadu sebelum menyerahkan telefon bimbit kepadanya.


"Selepas mendapat aduan, polis membuat rondaan di sekitar Jalan Maarof di sini dan menangkap semua suspek.


"Pemeriksaan polis mendapati tiga suspek berasal dari Kangar, Perlis, serta seorang lagi beralamat di Ampang. Masing-masing mempunyai rekod jenayah bersabit pelbagai kesalahan termasuk curi, rogol dan dadah," katanya pada sidang media di pejabatnya semalam.

Selain itu, ujian air kencing terhadap suspek mendapati semua mereka positif dadah dan akan direman sehingga hari ini.


Menurut Wan Abdul Bari, berikutan tangkapan itu, polis juga menemui sebuah Proton Waja, peralatan menghisap dadah, satu set kunci kereta serta sepucuk pistol tiruan.

Katanya, semua suspek dipercayai terbabit 15 kes jenayah di Brickfields sejak awal tahun ini dan siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 36 (1) Akta Senjata 1960.


Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang lelaki warga Nigeria berusia 29 tahun yang menetap di negara ini sejak empat bulan lalu, ditahan selepas polis menemui dadah jenis kanabis seberat 8355 gram bernilai kira-kira RM15,000 di sebuah kondominium di Sri Petaling, di sini, Sabtu lalu.


Wan Abdul Bari berkata, polis yang mendapat maklumat orang ramai membuat serbuan pada jam kira-kira 12.15 tengah malam ke rumah suspek sebelum menemui dadah berkenaan dalam satu bagasi dan sebuah beg.


"Suspek yang mempunyai dokumen sah untuk masuk ke negara ini kini direman sehingga 2 September," katanya.

Pertahan diri guna lemang

Posted: 29 Aug 2011 09:54 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang ahli jawatankuasa penduduk kampung di Hulu Klang terpaksa mempertahankan dirinya dengan sebatang lemang bagi mengelakkan terus dibelasah dua lelaki yang naik angin kerana ditegur mendirikan pondok tanpa kebenaran, kelmarin.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, mangsa berusia 52 tahun terbabit bersama seorang rakannya mengadakan rondaan di kampung mereka dan mengesan sebuah pondok haram didirikan berdekatan kawasan surau.


Sumber berkata, mangsa menegur seorang lelaki yang dipercayai membina rangka pondok itu dengan memberitahu pembinaan pondok itu menyalahi undang-undang dan mengganggu penduduk kampung.

"Akibatnya, lelaki berkenaan tidak berpuas hati dengan mangsa dan mula maki hamun selain mendakwa kawasan berkenaan tanah kerajaan dan sesiapapun berhak ke atas tanah berkenaan.


"Perselisihan faham itu berlanjutan sehingga suspek menyerang mangsa dengan sebatang kayu," katanya.


Beliau berkata, rakan mangsa yang ketakutan melarikan diri untuk meminta pertolongan penduduk kampung dan mangsa sempat menyambar sebatang lemang yang diletakkan atas para untuk dibakar bagi mempertahankan dirinya.

Menurutnya, suspek melarikan diri selepas mangsa yang cedera di tulang rusuk dan pengsan di tempat kejadian.


Mangsa dibawa ke klinik berdekatan oleh penduduk kampung sebelum membuat laporan di Balai Polis Taman Melawati.

Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Tak beraya demi negara

Posted: 29 Aug 2011 09:08 AM PDT

PENGORBANAN terpaksa dilakukan oleh pelumba basikal negara, Amir Mustafa Rosli demi memenuhi tugas sebagai pelumba negara.

Buat sekian kalinya, pelumba kelahiran Terengganu itu tidak akan beraya bersama keluarga di kampung halaman kerana akan kembali ke Melbourne untuk bersama pasukan Drapac Professional Cycling (DPC) sekembalinya daripada latihan pusat skuad kebangsaan di Chiang Mai, Thailand. Dia yang akan menyertai dua acara di Sukan Sea Palembang menerusi acara trek dan lebuh raya berkata, latihan yang dilalui bersama jurulatih Graham Seers di Chiang Mai menjurus kepada pendakian.


"Memang sedikit penat tapi saya harus terima kerana laluan di Palembang amat mencabar dengan laluannya lebih banyak kepada pendakian.

"Selepas ini saya akan kembali ke Eropah dan menyertai beberapa perlumbaan dan semua itu penting sebagai persiapan menjelang Sukan Sea," katanya.


Amir yang dijadual menyertai siri Jelajah Murray bermula 28 Ogos hingga 4 September ini bersama skuad Drapac selain perlumbaan di Canberra berharap dapat membawa pulang pingat emas acara lebuh raya di Sukan Sea.


Mengulas mengenai latihan di Chiang Mai, Amir berkata, keadaan muka bumi di negara Gajah Putih itu banyak memberi kekuatan dari segi fizikal dan mental terutama ketika pendakian dan secara tidak langsung ia dapat membantunya membiasakan diri dengan keadaan perlumbaan di Palembang.

Pelumba berusia 24 tahun itu dilihat menjadi tunjang utama kekuatan kepada skuad negara kerana kebolehannya mendaki selain turut cemerlang dalam pecut. Kemampuannya itu juga antara faktor yang mendorongnya dilamar pasukan DPC bersama seorang lagi pelumba negara, Adiq Husainie Othman untuk musim ini. Amir berjaya membawa pulang emas menerusi acara kejar-mengejar berpasukan di Sukan Sea, Korat pada 2008.

Aiman mahu lepas geram

Posted: 29 Aug 2011 09:03 AM PDT

KEJOHANAN Terbuka Kuala Lumpur 21 - 29 Oktober ini menjadi pertaruhan paling bermakna buat pemain bowling negara, Muhammad Nur Aiman Khairuddin (gambar), selepas tersisih selama dua bulan.

Atlet berusia 23 tahun itu ketinggalan tiga kejohanan sepanjang tahun ini akibat kecederaan pergelangan tangan kiri ketika bersaing di Terbuka Singapura 30 Jun hingga 2 Mei lalu.


Muhammad Nur Aiman tidak menyertai Kejohanan Terbuka Antarabangsa, Macau, China, Terbuka Antarabangsa Hong Kong dan Terbuka Antarabangsa Jakarta, Indonesia.

Kali terakhir dia meraih kejayaan adalah ketika menjuarai acara Masters lelaki di Kejohanan Bowling Terbuka Antarabangsa Malaysia Canon edisi ke-34 di Pyramid Mega Lanes, 20 hingga 28 Mei lalu.


"Agak sedih kerana terlepas tiga kejohanan sekali gus. Walhal, misi saya sepanjang tahun ini adalah merebut tempat ke Sukan Sea Palembang, November ini.


"Tapi tidak mengapa, tiada siapa mampu mengelak kecederaan. Kini saya sudah kembali dan memulakan sesi latihan dengan meletakkan Kejohanan Terbuka Kuala Lumpur sebagai saingan membalas dendam.

"Oleh itu, saya akan melakukan yang terbaik dan misi membawa pulang kilauan pingat di Terbuka Kuala Lumpur dan Sukan Sea," katanya optimis.


Mengulas persiapan Aidilfitri, Muhammad Nur Aiman berkata, sambutan tahun ini agak berbeza dari tahun sebelumnya.

"Saya dan keluarga beraya di Port Dickson (PD). Kami mencipta kelainan dengan bercuti di pusat peranginan tahun ini. "Memandangkan kami tiada kampung, ibu ingin mencuba sesuatu yang berlainan dengan bercuti," katanya yang berasal dari Ampang.


Katanya lagi, cuti Aidilfitri hanya singkat kerana akan kembali berlatih pada Hari Raya keempat.


"Cukuplah bercuti tiga hari, bermula dari Hari Raya pertama. Saya perlu meneruskan latihan intensif selepas berehat panjang," katanya.

Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Gosip cinta tak gugat 3 bintang

Posted: 29 Aug 2011 07:15 AM PDT

CANTIK, ternama dan popular. Tiga artis wanita yang ditemukan bagi sesi fotografi khas sempena Aidilfitri hari ini jelas ada pengaruh kuat dalam industri hiburan Malaysia.

Mereka mewakili bidang masing-masing. Lisa Surihani Mohamed sangat menyerlah dalam lakonan, Noor Hasliah Abu Hasan atau Alyah begitu melonjak dalam nyanyian dan Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain pula hebat dalam dunia pengacaraan.

Mempunyai bakat dan populariti juga menyebabkan ketiga-tiga bintang jelita ini sering dikaitkan dengan pelbagai gosip, begitupun apa yang berlaku tidak pernah menghalang Lisa, Alyah dan Nurul Syuhada untuk melangkah dengan yakin sekali gus memberikan yang terbaik buat peminat.

Lisa sendiri yang sebelum ini heboh dikatakan akan mengahwini jejaka pilihan hati, Yusry Abdul Halim sekitar 2013 tetap tenang berdepan dengan pelbagai spekulasi membabitkan dirinya.


Pelakon utama filem S.A.M. terbitan Skop Productions Sdn Bhd itu akui dia akan memastikan gosip perkahwinan yang timbul itu tidak akan mengganggu fokus pada kerjanya.


"Kenyataan itu datang daripada pihak Yusry dan waktu sama pihak pengurusan KRU Berhad sendiri memberitahu bahawa mereka akan mengeluarkan satu kenyataan khas. Jadi saya tidak mahu memberikan sebarang komen sebab takut nanti ia bercanggah. Bagaimanapun saya lega apabila semuanya sudah selesai," katanya.

Lisa mengakui dia dan keluarganya terkejut namun enggan melatah.

"Sekurang-kurangnya biarlah kami memberitahu ahli keluarga terlebih dulu mengenai apa-apa perancangan. Kalau ada apa-apa perkembangan yang sah, pasti kami akan beritahu juga nanti," kata Lisa.

Bercerita mengenai sambutan raya, Lisa akan beraya di Kuala Lumpur memandangkan semua ahli keluarga dan saudara-maranya menetap di sini.

Alyah pula yang semakin melonjak dengan lagu Kisah Hati turut terkena tempias gosip apabila dia dilaporkan menjalin hubungan rapat dengan pengarah muzik terkenal Datuk Ramli MS. Cerita itu jelas membuatkan ramai pihak terkedu kerana tiada angin, tiada ribut, pokok sudah bergoyang.

Pada fotografi itu, Alyah menjelaskan perkara itu usahlah diperbesarkan lagi kerana dia hanya bersahabat dengan Ramli. Dia faham, itu bukan kali pertama Ramli digosipkan dengan artis dan enggan melatah.

"Alyah baru kembali bernafas dalam dunia nyanyian. Susah untuk Alyah bina semula nama yang pernah tenggelam satu ketika dulu. Jadi buat masa ini biarlah Alyah bekerja keras untuk terus mengukuhkan nama dalam bidang ini dan barulah berfikir soal bercinta apa lagi berkahwin.

"Alyah anggap itu semua asam garam dunia hiburan. Tidak salah rasanya kalau Alyah berkawan dengan orang yang baik termasuk juga Ramli," ujarnya.

Syawal kali ini Alyah semakin sibuk dengan pelbagai program hiburan dan hanya berpeluang balik kampung di Gelang Patah, Johor pada pagi hari raya pertama.

"Alyah mesti menyambut raya dengan mak. Persiapan raya lebih bertumpu kepada anak angkat Alyah (Afiqah) yang umurnya baru tiga tahun," katanya.

Sementara itu bagi Nurul Syuhada, tahun ini rayanya pasti berbeza kerana baru saja mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan, Raja Amir Shah Raja Azwa.
Walaupun dia dulu pernah digosipkan dengan orang lain termasuk VIP, ternyata jodoh Nurul ada dengan Raja Amir.

Bercerita mengenai statusnya sebagai isteri sekarang, semangat tugas Nurul tidak pernah luntur. Malah dari satu sudut, perkahwinan memberikan dia lebih keyakinan untuk memberikan yang terbaik buat penonton TV3.

"Sebelum ini ada ramai penyampai TV3 lebih 'senior' sudah berkahwin dan masih berjaya mengimbangi kerjaya dan rumah tangga. Pada saya perkahwinan tidak sepatutnya dijadikan isu atau penghalang," katanya.

Menyentuh mengenai sambutan Aidilfitri, kata Nurul dia tidak berdepan masalah untuk beraya di rumah siapa kerana rumah mentuanya terletak di Damansara manakala ibu bapanya pula menetap di Sungai Buluh, Selangor.

Bagi pengacara Majalah 3 itu, bukan raya di mana yang menjadi isu persoalannya, sebaliknya bagaimana cara umat Islam memenuhi tuntutan raya itu agar mendapat rahmat dan kesejahteraan.

PROFIL LISA SURIHANI:

NAMA SEBENAR: Lisa Surihani Mohamed
PANGGILAN: Lisa Surihani
TARIKH LAHIR: 23 Mac 1986
USIA: 25 tahun
ASAL: Kuala Lumpur
ADIK-BERADIK: anak keempat daripada lima beradik
STATUS: Bujang
KETURUNAN: Melayu-Bugis

PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Muda HELP University College & Ijazah Undang-Undang dari Aberystwyth University United Kingdom.

KERJAYA: Model, pengacara, pelakon.

FILEM: Goodbye Boys, I'm Not Single, Jangan Pandang Belakang Congkak, V3 Samseng Jalanan, Semerah Cinta Stilleto, Lagenda Budak Setan, Kapoww!!, Zoo, Jangan Pandang Belakang Congkak 2, Sekali Lagi, Papa I Love You, Ombak Rindu, Lagenda Budak Setan 2, Cyber X: Ancaman Penggodam, S.A.M.

DRAMA: Ayah Kami, Jeff's Place, Obsesi Suriati, 3 Janda Intan, Seputih Salju, AdaMaya, Mertua vs Menantu, Tudung Ekspress

IKLAN: Johnson & Johnson, McDonald's, Hotlink, Rexona, MyEG, Lip Ice, Garnier, Honda Icon

PENCAPAIAN: Pelakon Harapan Wanita Festival Filem Malaysia 2, Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-23 dan Pelakon Filem Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010.

PROFIL NURUL SYUHADA

NAMA PENUH: Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain
PANGGILAN: Nurul Syuhada
TARIKH LAHIR: 29 November 1984
USIA: 27 tahun
ASAL: Seremban, Negeri Sembilan
KERJAYA: Personaliti TV3, pengacara program

PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Muda Sains Marin dari Kolej Universiti Sains & Teknologi Malaysia

STATUS: Berkahwin
SUAMI: Raja Amir Shah Raja Azwa, 29
KELUARGA: Anak perempuan tunggal daripada tiga beradik
PROGRAM TV: Majalah 3, Wanita Hari Ini
MINAT: Selam skuba, berenang, beli-belah, melancong, memasak, mengacara
BUKU KEGEMARAN: Oceanography
FILEM KEGEMARAN: Tomb Rider, LOTR, Finding Nemo

PROFIL ALYAH

NAMA PENUH: Noor Hasliah Abu Hasan
PANGGILAN: Alyah
TARIKH LAHIR: 3 Januari 1981
USIA: 30 tahun
ASAL : Gelang Patah, Johor
KERJAYA: Penyanyi
HOBI: Berenang, memasak, melancong, beli-belah
IDOLA: Celine Dion, Christina Aguilera, Aishah, Sheila Majid, Anita Sarawak.

SINGLE POPULAR: Tak Mungkin Kerna Sayang, Ku Pinjam Satu Bintang (feat Riz AF6), Realiti Dewi, Kau Bisu, Kisah Hati

ALBUM: Album Kompilasi Khas Dr Mahathir - Kita Adalah Kita, Permata, Kompilasi GEMPAQ, Fantastik/The Fabulous Cats, Alyah, Kisah Hati

PENCAPAIAN: Juara Wirawan EON, Juara Suara Johor, Juara Bintang Asli, Juara Bintang Sensasi Johor, Naib Johan Asia Bagus! Juara Bintang MPPJ, Juara Bintang HMI, Lagu Paling Popular Era FM - Tak Mungkin Kerana Sayang, Persembahan Terbaik GAH1 Akhir RTM, Lagu Terbaik Best Song GAH1 Akhir RTM (2010) - Tak Mungkin Kerna Sayang.

Salam dihulur maaf dipinta

Posted: 29 Aug 2011 06:22 AM PDT

SYUKUR ke hadrat Ilahi, Ramadan yang indah sudah selamat kita tempuhi selama sebulan dan kini tibalah detik Aidilfitri yang membawa sinar kemenangan buat semua umat Islam.

Tambah syukur kita gembira kerana dilahirkan sebagai warga negara Malaysia yang bebas dan merdeka bagi menyambut perayaan dalam penuh kemeriahan dan rasa muhibah.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, warga kerja RAP (Rentak Artis Popular) - sisipan hiburan di Harian Metro - tampil bergambar khas untuk meraikan hari yang penuh bermakna ini.

Bukan tujuan untuk mencuri glamor, sebaliknya ia sekadar kesepakatan kami untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pembaca setia Harian Metro, khususnya yang menggemari cerita hiburan setiap hari, atas segala sokongan terhadap akhbar ini.


Justeru, semua penulis hiburan di Unit RAP ingin memohon jutaan ampun dan maaf kepada semua pembaca dan penggiat seni tidak kira di mana jua berada andai ada sebarang kesalahan yang kami lakukan selama ini dalam kesibukan memberikan laporan mengenai agenda hiburan.


RAP yang diterajui Roslen Fadzil selaku Pengarang Hiburan dan Hartati Hassan Basri sebagai Penolong Pengarang Hiburan bersama 10 wartawan iaitu Norhadiani Baharom, Rudy Imran Shamsudin, Murshid Eunos, Norhayati Nordin, Wan Asrudi Wan Hassan, Ramlah Zainal, Elrafaei Sapi, Esme Johari Wahab, Ridzuan Abdul Rahman dan Hellinie Sina, ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin kepada semua umat Islam.

Kami di RAP juga berazam untuk terus bekerja keras bagi membangunkan industri hiburan tanah air khususnya melalui laporan berita yang membina sekalipun tidak terlepas daripada elemen sensasi.

Diharapkan semua yang meraikan hari raya kali ini akan selamat dalam setiap destinasi perjalanan dan meraikan Aidilfitri dengan penuh keceriaan. Salam Syawal dan Salam Merdeka!

Hari ini sisipan RAP turut menyajikan pelbagai kisah menarik yang relevan dengan sambutan Aidilfitri kepada anda pembaca yang budiman.

Antara paparan kami adalah 'cover story' atau kisah muka depan yang memfokus tiga selebriti yang dianggap hebat dalam arena masing-masing iaitu Lisa Surihani (pelakon), Alyah (penyanyi) dan Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain (pengacara). Apa cerita raya mereka tahun ini selain apa komen mereka terhadap tempias gosip hangat yang melanda diri masing-masing?

Seterusnya kami juga menampilkan kisah keluarga seni yang terkenal, pelakon Khaty Fauziah bersama dua anaknya yang cukup berbakat, Zizie Ezette dan Shaheizy Sam sebagai penyeri halaman muka tengah.

Tidak ketinggalan cerita lain mengenai Anita Sarawak bersama program rayanya, Astana Aidilfitri serta kisah sedih ahli keluarga vokalis Spring, Ameng yang begitu sayu menyambut hari raya tanpa kehadirannya yang kini menjalani hukuman penjara.

Dalam pada itu, kita imbas kembali gambar muka depan RAP untuk empat tahun kebelakangan ini. Ternyata dalam tempoh itu, dua artis nampaknya masih mempertahankan populariti mereka untuk ditampilkan sebagai penyeri muka depan.
Siapa mereka, anda pasti tahu jawapannya.

Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Sudah ada orang baru...

Posted: 29 Aug 2011 10:23 AM PDT

KUALA LUMPUR: Hiba apabila impian untuk meraikan Aidilfitri sebagai 'orang berkeluarga' tidak kesampaian, pelakon dan pengacara, Jimmy Shanley Salleh berkelana membawa diri menunaikan umrah di Makkah, sekali gus menyambut 1 Syawal bersendirian di Tanah Suci itu.

Jimmy, 31 yang yatim piatu menggemparkan dunia hiburan tanah air selepas pernikahannya pada Oktober tahun lalu, bergolak selepas 20 hari apabila isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy, 25, meninggalkannya ketika mereka berbulan madu di Koh Samui, Thailand.


"Sedih rasanya apabila hasrat untuk berhari raya bersama isteri dan anak tidak kesampaian. Ingatkan selepas berkahwin saya boleh menumpang keluarga isteri dan mentua, tapi itu semua tidak kesampaian. "Apapun, saya pasrah kerana sedar kita merancang, tetapi Allah menentukan segala-galanya dan pasti ada hikmah di sebalik semua yang berlaku ini," katanya melalui SMS kepada Harian Metro.

Mengimbas rentetan kontroversi rumah tangganya, selepas pergolakan Jimmy memfailkan tuntutan kembali taat diikuti nusyuz terhadap Nursuhaila di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 3 dan 27 Januari lalu.


Perhubungan suami isteri itu tampak menerbitkan riak-riak positif apabila Nursuhaila selamat melahirkan cahaya mata mereka yang diberi nama Zahrah pada 24 Jun lalu dan Jimmy mengeluarkan kenyataan mahu menarik kembali tuntutan mahkamah yang difailkannya.


Bagaimanapun, kedamaian rupa-rupanya terus menjauhi mereka apabila Nursuhaila mengadakan sidang media pada 25 Julai lalu mendakwa Jimmy sering memukulnya termasuk pada malam sebelum majlis akad nikah dan ketika mereka berbulan madu di Koh Samui.

Malah, keadaan menjadi semakin 'panas' apabila Nursuhaila mendakwa suaminya turut berbohong kepada media memberitahu majlis cukup jambul anak mereka yang diaturkan bapanya, Datuk Suhaimy Othman pada 27 Julai lalu dibatalkan tanpa memaklumkan kepada keluarganya.


Berang dengan tindakan Jimmy, Nursuhaila memberitahu dia mahu meneruskan perceraian dan akan menuntut hak penjagaan anak mereka biarpun di pihak Jimmy, sebutan kes permohonan kembali taat dan nusyuz yang dibuat ke atas isterinya akan didengar pada 29 September depan.

Berikutan kemelut memeningkan itu, Jimmy memutuskan untuk mengerjakan umrah dan bertolak ke Makkah pada 21 Ogos lalu diiringi harapan mudah-mudahan mendapat hidayah Ilahi bagi menunjukkan jalan keluar terbaik kepada segala permasalahan yang membelenggu dirinya.


"Ini kali pertama saya berhari raya di perantauan, terus terang perasaan sedih memang kuat membelenggu perasaan saya. Ada isteri dan anak, tetapi disebabkan sedikit masalah kami tak dapat bersama di hari mulia ini...semuanya tidak menjadi," katanya.


Bagaimanapun, kata Jimmy, sejak berada di Makkah dia tidak pernah putus berdoa kepada Allah supaya dikurniakan kesejahteraan kepada isteri dan anak perempuannya, Zahrah.


"Insya-Allah, semua ini akan berakhir dengan kebahagiaan tidak lama lagi. Lebih penting sekarang saya mahu menumpukan amal ibadat di sini dan tahun hadapan saya akan berhari raya dengan orang baru," katanya tanpa mahu mengulas lanjut apa maksud kata-katanya itu.


Jimmy berkata, kesempatan berhari raya di Makkah juga digunakannya untuk menziarahi pusara ibunya yang meninggal dunia di Hospital Makkah kerana sakit paru-paru ketika mengerjakan haji pada 8 Mac 2002. Menurutnya, tarikh itu kuat terpahat dalam ingatannya kerana pada tarikh itu dia menjadi anak yatim piatu berikutan ayahnya yang bekerja sebagai petugas mesin melombong bijih timah meninggal dunia lebih awal dalam tragedi kapal korek terbalik di Puchong pada 8 Ogos 1984. "Biarpun saya ditimpa banyak musibah dan berhari raya tanpa anak, isteri dan keluarga, saya tetap menerimanya dengan hati terbuka kerana saya sedar masih ramai insan lain nasib mereka lebih teruk daripada saya," katanya yang akan kembali ke tanah air pada Sabtu ini.

Mati berkaran hujung Ramadan

Posted: 29 Aug 2011 10:23 AM PDT

MARAN: "Saya sudah beritahu dia supaya jangan kait lagi kerana kelapa yang saya kait untuk buat lemang sudah cukup, tapi dia masih nak kait juga," kata Kamarulzaman Mohamad, 55, bapa Mohd Tarmizi yang maut terkena renjatan elektrik ketika mengait kelapa di rumah datuknya di Kampung Jara, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, Mohd Tarmizi, 22, yang bekerja sebagai pemandu lori dihantar keluarganya ke Klinik Kesihatan Maran berikutan ambulans lambat tiba, namun mangsa meninggal dunia dalam perjalanan.

Kamarulzaman berkata, dia sudah mengait kelapa untuk dua gantang beras pulut yang mahu dibuat lemang, namun Mohd Tarmizi, anak bongsu daripada tiga beradik, mendakwa ia tidak mencukupi dan mahu membuat lemang tiga gantang beras bagi menjamu rakannya.

"Arwah juga mahu kait kelapa lebih muda kerana kelapa yang saya kait sudah tua. Dia menggunakan galah besi dan ketika mengait pada pokok berhampiran tiang elektrik, galahnya jatuh dan terkena kabel elektrik.


"Akibatnya, pengait yang tajam seperti sabit itu terpotong kabel menyebabkan arwah terkena renjatan elektrik. Selepas arwah rebah, dia sempat menjerit menyuruh saya lari," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved