Isnin, 31 Oktober 2011

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Didik masyarakat fahami bencana

Posted: 31 Oct 2011 07:31 AM PDT

BENCANA ada pelbagai. Bencana yang berlaku sekitar rumah, kampung atau negeri kita. Kemudian ada bencana yang lebih besar membabitkan sebahagian besar negara kita.

Tahap tragisnya semakin besar apabila bencana menyerang beberapa negara sekali gus seperti gempa bumi dan tsunami. Bencana mungkin berlaku secara semula jadi seperti banjir, taufan, tanah runtuh, kebakaran hutan, tsunami, kemarau dan jerebu.

Bencana hasil buatan manusia pula antaranya kemalangan kenderaan, pencemaran, perubahan iklim dan serangan pengganas. Ada juga bencana yang membabitkan kesihatan seperti wabak, denggi, penyakit haiwan dan tumbuhan.

Kita mungkin mengetahui dan terkesan dengan bencana yang menimpa dunia beberapa tahun kebelakangan ini. Antaranya yang besar seperti tsunami kerana Malaysia turut menjadi negara yang mengalami kemusnahan. Walaupun kecil berbanding negara lain, impaknya sangat besar daripada segi mangsa yang terbabit juga seluruh rakyat Malaysia.


Kita semua terkejut kerana tidak menyangka ia boleh menimpa kita. Malah, ada yang tidak tahu, apakah itu tsunami. Ini mungkin kerana tiada pendedahan langsung kepada kita sebelum ini dan tiada persediaan dilakukan ke arah itu.


Sekarang, sudah bersediakah kita menghadapi bencana? Sekiranya berlaku bencana seperti banjir, tanah runtuh dan wabak, adakah kita bersedia menanganinya?
Setakat mana persediaan kita jika tsunami berlaku sekali lagi?

Pengarah, Perunding Pengurusan Bencana dan Risiko, Kestrel Group, Karen Stephens, menegaskan bencana perlu diperkenalkan kepada seluruh masyarakat supaya mereka sedar mengenai impaknya.

"Contohnya, apabila bencana gunung berapi meletus, mungkin ia tidak begitu mengambil banyak nyawa kerana ia sempat memberi amaran dan orang ramai dapat diselamatkan, tetapi ada bencana daripada sudut lain iaitu sudut ekonomi dan pelancongan yang menimpa sesebuah negara. Ia selalunya membabitkan begitu banyak kerugian.

"Justeru, pengawalan bencana yang terancang sangat perlu," katanya dalam pembentangan kertas kerja pada Seminar Persediaan Menghadapi Bencana anjuran Institut Pembangunan Wanita NAM (NIEW) di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Apakah maksud pengawalan bencana?

"Maksudnya, setelah mengenali bencana dan kesannya, daripada situ kita boleh mengenal pasti cara mengurangkan kesannya. Kita memang tidak boleh menghentikan atau mengelak sesuatu bencana terutama bencana alam seperti gempa bumi, taufan dan tsunami, tetapi kita boleh bersedia mengurangkan hasil daripada bencana itu," katanya.

Menurutnya, setiap perancangan perlu memikirkan jangka panjang yang membabitkan pembangunan akan datang dan sedia ada. Sebarang penyelidikan mengenai persediaan menghadapi bencana juga perlu disokong dan seluruh dunia saling berkongsi pengalaman.

"Buat persediaan dan didik masyarakat supaya faham mengenai bencana. Ini supaya mereka tahu apa yang hendak dibuat ketika bencana. Latihan dan ujian perlu dilakukan manakala kerajaan boleh memberikan amaran bencana, tetapi masyarakat juga perlu tahu apa yang perlu dilakukan serta persediaannya," katanya.

Menurutnya, komunikasi sangat penting antara pihak berkuasa supaya tidak terjadi arahan dan maklumat yang saling bercanggah dan ini menyukarkan lagi keadaan.

Selain daripada persediaan menghadapi bencana, perlu juga persediaan dan pengetahuan mengenai apa yang dijangka berlaku selepas bencana iaitu termasuk proses pemulihan dan menyediakan diri jika bencana sama berlaku dan masalah pekerjaan.

"Bagaimana hendak meneruskan hidup selepas berlaku bencana? Bagi pihak kerajaan, jika negara itu sering dilanda gempa, mereka sudah tahu jenis bangunan yang boleh dibina di negaranya.

"Bencana tetap berlaku. Cara kita mengawal bencana itu sangat penting dan selepas bencana hidup tetap perlu diteruskan," katanya.

Antara cara mengurangkan kesan daripada bencana ialah persediaan penting yang perlu diwujudkan.

"Contohnya, perlu ada papan tanda khas seperti arah ke lokasi selamat, sistem amaran, latihan keselamatan, risalah penerangan kepada komuniti dan juga pelan serantau bagi pemindahan untuk kawasan berisiko tinggi yang membabitkan agensi kerajaan dan bukan kerajaan, jalan raya dan pengangkutan yang disasarkan pada masyarakat berisiko tinggi," katanya.

Beliau akui, perancangan sangat berharga, namun semua perancangan tidak berguna sekiranya tidak mempunyai orang yang berkelayakan bagi menjayakan rancangan itu.

"Perancangan, komunikasi, pendidikan (pada sekolah, masyarakat dan syarikat) sangat penting. Setiap perancangan itu pula perlu diuji dengan latihan kerana selagi latihan tidak dibuat, kita tidak boleh mengatakan perancangan itu sudah berjaya.

"Perancangan mestilah membabitkan semua pihak dan kenal pasti tanggungjawab dan peranan masing-masing," katanya.

Antara wakil negara anggota Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) yang hadir pada seminar anjuran NIEW ialah Kenya, Brunei, Emiriah Arab Bersatu, Iran dan Malaysia.

Full content generated by Get Full RSS.

Seminar kongsi pengalaman antara negara

Posted: 31 Oct 2011 07:08 AM PDT

KITA tidak boleh meneka bila bencana akan menimpa, daripada bencana kecil sehinggalah ke bencana besar. Namun, kecil dan besar bencana bukanlah ukuran kerana setiap bencana perlu dilalui dan apabila menimpa, kita tidak boleh lari daripadanya.

Ada bencana alam yang boleh diagak cuma kita tidak tahu bila ia akan berlaku, contohnya tsunami. Tsunami pernah melanda Malaysia dan dijangka akan datang lagi pada tarikh yang tidak diketahui. Sebab itu, persediaan menghadapi tsunami terutama di kawasan pantai perlu dilakukan, begitu juga latihan amaran mengenainya. Begitu juga banjir, kita boleh mengagak ia akan berlaku jika hujan lebat berterusan turun tanpa henti.

Cara persediaan menempuh bencana tentu saja berdasarkan pengalaman lalu, digabung dengan pengalaman yang dilalui negara lain. Berbanding sebuah tempat yang tidak pernah menghadapi banjir, mereka akan kehilangan punca apabila ia berlaku tanpa disangka. Sebab itu, persediaan dan pengetahuan mengenai bencana amat penting.

Ramai yang memandang keperluan mempunyai persediaan sebelum bencana tidak sepenting mana iaitu apabila bencana berlaku, barulah kita mengatasinya.


Sebenarnya, persediaan menghadapi bencana akan membuatkan masyarakat lebih bersedia sebelum dan selepas bencana itu sendiri. Selalu orang menyangka bencana hanya membuatkan kita kehilangan harta benda, tetapi sebenarnya ia membuahkan akibat yang lebih besar iaitu daripada segi kehidupan seseorang secara keseluruhannya terutama jika ia membabitkan kematian juga perubahan hidup dan kerjaya.


Bagaimana menghadapi perubahan hidup selepas bencana? Daripada segi pembangunan negara, ia tentu saja mengalami kerugian ekonomi yang besar dan memerlukan persediaan supaya dapat bangkit kembali. Pendek kata, bencana bukan terkena pada orang di tempat itu saja, tetapi radius tempiasnya adalah besar.

Menyertai Seminar Persediaan Menghadapi Bencana anjuran Institut Pembangunan Wanita NAM (NIEW) di Kuala Lumpur baru-baru ini, penulis mendapat begitu banyak pengetahuan baru dalam penyelenggaraan bencana yang dilakukan di Malaysia.

Begitu banyak pihak yang terbabit dan daripada situ, menyedari segala-galanya berfungsi jika perancangan terancang dibuat, begitu juga komunikasi yang baik antara semua pihak.

Seminar berkenaan menyasarkan penyertaan daripada semua peserta di bidang persediaan kecemasan seperti polis, tentera, bidang perubatan sehinggalah ke semua peringkat sama ada jabatan pelajaran, kesihatan dan sukarelawan.

Selain mendapat informasi, peserta perlu aktif menyebarkan pengetahuan yang didapati itu supaya kesedaran masyarakat mengenai persediaan menghadapi bencana semakin meningkat.

Penolong Pengarah, NIEW, Vinnilaa Aurumugam, berkata NIEW memang aktif dalam mengadakan pelbagai seminar kesedaran dan pembangunan wanita NAM sama ada untuk rakyat tempatan dan membabitkan penyertaan wakil peserta antarabangsa.

Nampaknya ia bertepatan dengan misinya yang mahu mendidik masyarakat dan wanita khususnya supaya membangun dan berjaya di dunia yang serba mencabar ini.

Seminar kali ini menampilkan penyertaan dari Brunei, Iran, Kenya, Myanmar, Emiriah Arab Bersatu dan Malaysia sendiri. Pembentang pula melakukan pembentangan daripada sudut yang sesuai dengan persediaan menghadapi bencana seperti Jabatan Kecemasan Hospital, Farmasi, Saliran, Bomba, Pemetaan, Satelit serta penyelenggara dan pengawalan hakisan pantai.

Semua ini perlu diambil kira demi pencegahan dan mengurangkan kesan daripada bencana itu sekiranya terjadi.

"Seminar ini sebagai perkongsian negara terbabit, bagaimana Malaysia mengambil langkah bersedia dalam semua sudut dalam memastikan persediaan menghadapi bencana. Walaupun bencana berat seperti gempa bumi tidak melanda Malaysia, sebenarnya kategori bencana amat luas.

"Seminar ini juga untuk memberi persediaan kepada wanita. Kita semua sedar, jika berlaku bencana, wanita selalunya tidak memikirkan dirinya saja ketika menyelamatkan nyawa.

"Wanita akan berfikir mengenai keluarga dan orang terdekatnya dahulu, baharu mereka menyelamatkan diri. Begitu juga selepas bencana, wanita tanpa mengira masa menjadi orang yang menolong di semua sudut," tegas Vinnilaa.

Katanya, NIEW sentiasa aktif menganjurkan seminar pembangunan wanita sepanjang tahun di Malaysia. Bagi peringkat yang membabitkan penyertaan antarabangsa, ia diadakan sebanyak empat kali setahun.

Apa kata peserta?

ANUM Faizura Mohd Hizam, 27, rasa bertuah kerana terpilih menyertai seminar berkenaan. Baginya yang baru setahun bekerja sebagai Penguasa Bomba, Bahagian Keselamatan Kebakaran, Cawangan Kesedaran Keselamatan Awam di Putrajaya, peluang menambah pengetahuan bertepatan sekali dengan bidang kerjayanya sekarang.

Berasal dari Hutan Melintang, Perak, anak ketiga daripada sembilan beradik ini teruja kerana dapat menyertai seminar yang turut disertai rakan antarabangsa.

"Memang saya seronok dan teruja untuk menyertai seminar lima hari ini dan ini seminar yang pertama sejak setahun bekerja sebaik tamat belajar," katanya.

Peluang berbincang dengan wakil dari luar negara, Anum Faizura dapat berkongsi dan mendengar pengalaman negara lain dalam persediaan menghadapi bencana.

"Banyak pengetahuan dan pengalaman baru yang dapat saya kumpul di seminar ini.
Antara kertas kerja yang paling menarik bagi saya ialah pembentangan Dr Alzamani Mohammad Idrose mengenai persediaan jabatan kecemasan di hospital dalam menghadapi bencana di negara kita.

"Setelah mengikuti seminar ini, saya semakin jelas betapa kita perlu sentiasa bersedia menghadapi bencana supaya dapat mengurangkan kematian dan kerosakan.
Persediaan menghadapi bencana sangat penting walaupun kita tidak tahu bila tarikh ia akan berlaku.

"Melalui seminar ini juga saya melihat betapa ia memerlukan perancangan yang teliti daripada semua pihak terbabit dan bidang komunikasi yang amat penting sekali," katanya.

Anum Faizura mengakui kesedaran masyarakat dalam persediaan menghadapi bencana tidak besar dan menyeluruh, mungkin kerana bencana di Malaysia tidak berlaku sekerap negara lain.

"Tetapi kita kena bersedia dan nampaknya pihak berkuasa banyak mengambil iktibar daripada keadaan bencana yang pernah berlaku sebagai pengajaran dan persediaan," katanya.

Pensyarah di Politeknik Ungku Omar, Saripah Salwa Sapani, berkata walaupun berpengalaman kerja selama enam tahun di bidang kejuruteraan sivil, antara mata pelajaran lain yang perlu diajarnya adalah mengenai keselamatan yang merangkumi persediaan menghadapi bahaya dan bencana.

"Seminar ini sangat bertepatan dengan kerjaya saya dan kertas kerja pembentang dari New Zealand, Karen Stephens sangat menarik minat saya kerana ia menerangkan mengenai pengenalan bahaya dan bencana serta impaknya," katanya.

Farah Asindua Salwa, 34, bertugas sebagai Pembantu Setiausaha di Kementerian Negeri untuk program khas yang menyelenggara bencana di Kenya.

Berkhidmat di jabatan itu sejak 2007, Farah, ibu kepada dua anak bukan hanya gembira dengan peluang menyertai seminar ini tetapi juga dapat mengunjungi Malaysia buat kali pertama.

"Saya gembira berpeluang menghadiri seminar ini dan menyukai semua kertas kerja yang dibentangkan kerana semuanya sangat penting dan berguna untuk mengawal bencana yang bakal menimpa.

"Di Kenya, kami ada mengalami gegaran gempa walaupun tidak terlalu kerap.
Bencana biasa yang kami hadapi ialah kemarau, banjir dan bangunan runtuh kerana kesilapan pembinaan, tanah runtuh dan serangan pengganas," katanya.

Dapat berkongsi cara Malaysia menyediakan diri menghadapi bencana adalah proses pembelajaran bagi Farah. Contoh kes yang dibentangkan juga sangat membuka matanya.

"Hari terakhir saya seronok kerana diberi peluang melawat Balai Bomba dan Penyelamat di Taman Desa, Jalan Klang Lama. Dapat melihat peralatan canggih yang dimiliki Malaysia, semuanya terkini berbanding di Kenya," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Dua gagal lolos sekatan

Posted: 30 Oct 2011 10:09 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Begitu nasib dua penunggang motosikal yang melarikan diri daripada sekatan jalan raya Ops Bersepadu di Dataran Merdeka, awal pagi semalam.

Dalam operasi bermula jam 11.30 malam kelmarin hingga 3 pagi semalam itu, dua penunggang motosikal terbabit dicekup dalam tempoh tidak lebih 30 minit selepas mereka meloloskan diri daripada sekatan.


Operasi dilakukan Polis Trafik Kuala Lumpur dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan raya (JPJ) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dengan mengadakan sekatan jalan raya di sekitar Dataran Merdeka, Jalan Raja Laut dan Jalan Tun Perak. Kedua-dua penunggang motosikal yang berusia 20-an itu pada mulanya mendekati kawasan berkenaan sebelum melarikan diri dengan menunggang melawan arus.

Bagaimanapun, hasil kecekapan pihak berkuasa, kedua-dua penunggang motosikal itu dicekup semula dalam tempoh tidak kurang 30 minit di kawasan berdekatan.


Kedua-dua suspek ditahan atas kesalahan memandu secara melulu dan berbahaya yang disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Full content generated by Get Full RSS.

4 pusat judi kena serbu

Posted: 30 Oct 2011 10:05 AM PDT

AMPANG: Kelicikan pengusaha empat premis perjudian haram di dalam sebuah pusat beli-belah menyembunyikan kegiatan mereka dengan menggunakan nama pusat hiburan keluarga dihidu polis selepas diserbu dalam Ops Padu, di Taman Putra, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin yang mengetuai operasi itu berkata, operasi bermula jam 1 tengah hari itu membabitkan empat pegawai dan 37 anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.


Katanya, 43 pelanggan termasuk empat perempuan ditahan, selain empat pekerja premis terbabit.

"Polis merampas wang tunai RM933 hasil kegiatan haram dan merampas 143 mesin judi serta 16 komputer pelbagai jenama yang diubah suai menjadi mesin judi," katanya.


Menurut Amiruddin, pelanggan yang ditahan berusia 20-an hingga 40-an manakala penjaga premis terbabit berusia 20-an.


Semua mereka akan disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM10,000 dan tidak melebihi RM100,000 bagi setiap mesin perjudian dirampas dan penjara tidak lebih lima tahun.

Menurutnya, Ops Padu dijalankan sepanjang tahun bermula Januari lalu bagi memantau kegiatan perjudian haram yang semakin popular dikalangan masyarakat.


"Sejak operasi dijalankan, kami sudah membuat 153 serbuan dengan membabitkan 169 tangkapan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Sandiwara Mak Datin

Posted: 30 Oct 2011 10:30 AM PDT

KUALA LUMPUR: Dia memperkenalkan diri sebagai penerbit drama berstatus Datin dan pada hakikatnya, wanita itu bijak 'bermain wayang' apabila memperdaya banyak pihak termasuk suaminya.

Itu kelicikan wanita berusia 34 tahun yang setakat ini memperdayakan sekurang-kurangnya lima mangsa membabitkan kerugian mencecah RM250,000.

Selain lima mangsa berkenaan, suami wanita itu sendiri yang mahu dikenali sebagai Datuk Faizal membuat laporan polis mengenai penipuan isteri keduanya itu selepas mendapati dirinya diperalatkan.

Faizal berkata, dia menyedari penipuan isterinya itu selepas terbaca SMS dihantar beberapa mangsa ke telefon bimbit miliknya yang digunakan wanita terbabit sejak tiga tahun lalu.


"Ogos lalu saya membayar bil telefon itu yang sebelumnya tidak aktif selepas gagal melunaskan bil RM2,000. Sebaik telefon diaktifkan, saya terkejut apabila mendapati SMS diterima daripada nombor tidak dikenali yang meminta imbuhan hasil satu perniagaan berasaskan pelaburan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Pelarian cinta pasangan OKU

Posted: 30 Oct 2011 10:30 AM PDT

ALOR SETAR: Sepasang kekasih orang kelainan upaya (OKU) membuat keputusan nekad melarikan diri ke negeri ini semata-mata untuk bernikah di negara jiran selepas hubungan cinta mereka mendapat tentangan daripada keluarga masing-masing.

Bagaimanapun, perjalanan mereka berakhir apabila lelaki berusia 26 tahun yang mengalami masalah lembam dan pasangannya berusia 18 tahun ditahan selepas disyaki berkhalwat di bilik sewa di tingkat atas sebuah bengkel di Jalan Langgar, dekat sini, semalam.


Difahamkan, mereka yang berkenalan ketika belajar di sebuah pusat latihan dan kemahiran OKU di Sentul, Kuala Lumpur sejak beberapa bulan lalu, menumpang di bilik berkenaan yang dipercayai disewa ibu saudara gadis terbabit.

Malah, hubungan cinta pasangan itu mendapat tentangan kuat daripada ibu si lelaki kerana bimbang anaknya tidak boleh bekerja serta menyesuaikan diri sendiri.


Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik), Syeikh Muhammad Suhaimi Salleh, berkata berdasarkan aduan, sepasukan anggota diketuai Md Nasir Md Dali memeriksa sebuah daripada empat bilik sewa itu, kira-kira jam 9.15 pagi.


Beliau berkata, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki memakai seluar pendek paras lutut dan berkemeja-T kemudian membuka pintu lalu membenarkan pemeriksaan dijalankan.

"Pemeriksaan lanjut kemudian menemui seorang wanita sedang berbaring di atas toto dengan memakai kemeja-T dan berseluar pendek paras paha.


"Hasil siasatan mendapati wanita itu cacat fizikal apabila tidak dapat berjalan kerana masalah kaki dan tangannya, manakala si lelaki pula kelihatan normal, tetapi sebenarnya mengalami masalah lembam.

"Si wanita itu terpaksa dibawa turun bersama kerusi roda miliknya untuk memudahkan dia bergerak," katanya ketika ditemui, di sini.


Muhammad Suhaimi berkata, pasangan itu mengaku lari dari rumah dan datang ke negeri ini dengan menaiki bas sebelum mengambil keputusan untuk bernikah di Thailand.


Katanya, pasangan itu kemudian ditahan untuk siasatan kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Star untuk dibuat laporan tangkapan.


"Mereka kemudian dibawa ke pejabat agama untuk siasatan lanjut dan dijamin oleh keluarga masing-masing.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 9(1) dan (2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 kerana disyaki berkurung sehingga mendatangkan syak kepada orang ramai," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Akui kesilapan

Posted: 30 Oct 2011 08:35 AM PDT

SELEPAS dikritik hebat kerana dikatakan sebagai punca utama kepada kekalahan Terengganu pada final Piala Malaysia kelmarin ketika bertemu Negeri Sembilan, penjaga gawang skuad Penyu, Mohd Sharbinee Allawee Ramli tampil memohon maaf kepada penyokong skuad Pantai Timur itu.

Dengan rasa rendah diri, Mohd Sharbinee yang juga penjaga gawang skuad kebangsaan, berkata tidak terlintas di hatinya untuk menghampakan setiap penyokong Terengganu sambil mengakui kesilapan yang dilakukannya menyebabkan Terengganu gagal mengulangi pencapaian 10 tahun lalu apabila kali terakhir menjulang Piala Malaysia.


"Saya minta maaf, saya akui kesilapan saya. Memang langsung tak ada niat untuk hampakan semua peminat," katanya dengan nada kesal.

Pada perlawanan kelmarin, Mohd Sharbinee gagal menampan kemas sepakan silang jarak jauh yang dilakukan pemain sayap Negeri Sembilan, S Kunanlan pada minit ke-80 sekali gus menyaksikan skuad Hoben Jang Hoben berjaya menyamakan kedudukan selepas ketinggalan satu gol hasil jaringan Mohd Ashaari Shamsuddin.


Berpunca daripada gol penyamaan itu, Negeri Sembilan terus menggandakan asakan dan hasilnya, Hairuddin Omar berjaya menjaringkan gol emas pada minit ke-86 sekali gus menyaksikan skuad kendalian Mohd Azraai Khor Abdullah menjulang piala berprestij itu buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun.


Mengulas lanjut, pemain berusia 25 tahun itu berkata, dia menerima segala kritikan yang dilemparkan kepadanya sambil menyatakan insiden kelmarin memberi pengajaran amat berguna kepadanya.

"Saya sudah lakukan sebaik yang mungkin tetapi ia (kesilapan) tetap berlaku. Saya anggap ini sebagai pengajaran kepada saya. Harap saya tidak mengulanginya lagi selepas ini," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

‘Saya perlu profesional’

Posted: 30 Oct 2011 08:31 AM PDT

DI SEBALIK kejayaan membantu Negeri Sembilan menjulang Piala Malaysia buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun selepas menewaskan Terengganu 2-1 kelmarin, ada mesej maaf disampaikan oleh penyerang sensasi, Hairuddin Omar kerana mengecewakan penyokong negeri kelahirannya itu.

"Saya mohon berjuta kemaafan kepada penyokong Terengganu. Saya tahu mereka sangat kecewa dengan kekalahan Terengganu, tapi inilah adat permainan bola sepak.


"Ketika ini saya bekerja dengan Negeri Sembilan, jadi mahu tak mahu saya perlu profesional dengan tugas yang diberikan kepada saya.

"Bagaimanapun, walaupun meraih kemenangan bersama Negeri Sembilan, hati saya tidak pernah pudar bersama Terengganu," katanya yang ditemui di Stadium Shah Alam, kelmarin.


Hairuddin atau lebih dikenali dengan panggilan Hai-O, menjadi dalang kepada kekalahan negeri kelahirannya itu apabila meledak gol kemenangan menerusi sepakan gunting pada minit ke-86 sekali gus memusnahkan impian Terengganu yang mahu mengulangi kejayaan 10 tahun lalu iaitu ketika kali terakhir menjulang Piala Malaysia.


Pemain berusia 32 tahun dari Setiu itu bukan saja membantu Negeri Sembilan menjulang Piala Malaysia, malah dia sendiri turut melakar sejarah peribadi yang cukup membanggakan.

Apa tidaknya, Hairuddin tampil kali ketiga berturut-turut pada pentas final bersama dua pasukan berbeza dan berjaya menjulang Piala Malaysia pada ketiga-tiga penampilannya itu iaitu ketika bersama Negeri Sembilan pada 2009, Kelantan (2010) dan Negeri Sembilan sekali lagi musim ini.


Lebih menarik, sepanjang tiga penampilannya itu, dia meledakkan gol pada setiap aksi final dan kelmarin dipilih sebagai Pemain Terbaik Perlawanan Akhir.

Ditanya mengenai pencapaiannya berjaya meledakkan gol pada tiga aksi final, Hairuddin yang pernah menyarung jersi Terengganu pada 2000 hingga 2002 sekadar berkata: "Ia hanya secara kebetulan." Mengulas mengenai perlawanan kelmarin, meskipun pasukannya ketinggalan satu gol hasil jaringan Ashaari Shamsudin, namun katanya setiap pemain percaya mereka mampu melakar kemenangan.


"Bagi saya sendiri, kejayaan mara ke pentas final buat kali ketiga berturut-turut dan menjulang Piala Malaysia pada dua penampilan sebelumnya memberi motivasi yang cukup kuat pada perlawanan tadi (kelmarin) meskipun kami sudah ketinggalan satu gol," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Tak pandai menyanyi, menari

Posted: 30 Oct 2011 06:47 AM PDT

NAMA Aaron Aziz, 35, menjadi sebutan dan bakatnya rebutan ramai penerbit dan pengarah filem tempatan. Mereka sanggup melaburkan ribuan ringgit semata-mata untuk mendapatkan pelakon bertubuh sasa itu menjadi bintang dalam filem dihasilkan.

Pada mereka, sekiranya Aaron membintangi filem dihasilkan, ia pasti mendapat sambutan dan ramai akan menontonnya di pawagam. Dalam erti kata lain, bakat dan namanya cuba dieksploitasi.

Bagaimanapun, perkara yang diharapkan tidak berlaku sebaik filem ditayangkan di pawagam. Percaturan mereka salah dan filem itu mendapat kritikan daripada penonton. Aaron juga melalui situasi ini dan sebagai pelakon, sudah tentu namanya turut tercalar.

Katanya, kadang-kadang apa yang dirancang pihak produksi tidak menjadi seperti apa yang digambarkan dan kerjaya sebagai pelakon juga mempunyai risikonya.


"Ada antara tawaran diterima nampak menarik di atas kertas. Malah apabila perbincangan dilakukan, pihak produksi bersungguh-sungguh dan menjanjikan filem dihasilkan pasti mampu menarik perhatian penonton.


"Sebagai pelakon, sudah tentu skrip diberikan itu menjadi penentu sama ada ia menarik atau tidak. Ada filem yang saya buat sebelum ini skripnya memang bagus.
Sewaktu perbincangan dilakukan juga sangat meyakinkan tetapi apabila melihat hasilnya, ia sangat mengecewakan.

"Sebagai pelakon, saya tidak boleh lakukan apa-apa sekiranya filem itu tidak bagus. Sebagai pelakon, kalau saya memberikan lakonan mantap macam mana sekali pun, tetapi hasil teknikal atau jalan ceritanya tidak menjadi seperti di dalam skrip, ia di luar bidang kuasa saya," katanya.

Pelakon KL Gangster, Evolusi KL Drift, Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam, Pisau Cukur, 2 Alam, Syyhh...Dia Datang, Evolusi KL Drift 2, Suaka dan Datin Ghairah ini tidak menafikan, dalam memberi kata putus terhadap tawaran itu, bayaran diterima turut menjadi faktor penentu.

Bagaimanapun katanya, ia bergantung kepada kerja yang harus dilakukan dan tidak sampai tahap sanggup untuk memusnahkan kerjaya sendiri semata-mata kerana mahu mengejar bayaran diberikan.

"Bayangkan kalau saya dibayar tinggi tetapi filem dihasilkan menerima kritikan hebat daripada penonton dan tiada siapa yang mahu menontonnya di pawagam.

"Sudahnya, apa akan jadi dengan kerjaya seni saya? Sudah tentu nama saya akan terus senyap dan lenyap. Sebagai pelakon, saya memikirkan perkara itu semua dan tidak mungkin saya mahu membiarkan ia terus berlaku," katanya.

Pentas teater juga melihat kehebatan Aaron hingga dilamar untuk membintangi Badai Semalam yang diadaptasi daripada novel popular karya Khadijah Hashim. Ia akan mula dipentaskan di Istana Budaya dari 11 hingga 20 November ini.

Ternyata dalam memberi kata putus terhadap lakonan, Aaron atau nama sebenarnya, Aaron Mustapha Aziz, ada syarat dan pantang larangnya, hinggakan baru kini terbuka hati beraksi di pentas teater.

Bapa kepada dua cahayamata, Danish Anqi dan Dwi Ariana ini berkata, dia memberikan syarat bahawa pementasan itu bukanlah muzikal supaya tiada nyanyian dan tarian.

"Kalau ada dua perkara ini, saya akan tolak awal-awal kerana saya tidak mahu kelihatan bodoh di pentas nanti. Bukan tidak ada tawaran sebelum ini tetapi kebanyakannya berkonsepkan muzikal menyebabkan saya mengambil keputusan tidak menerimanya.

"Sebelum saya merosakkan hasil kerja orang, lebih baik saya tolak awal-awal tawaran diberikan. Kelemahan saya dua perkara ini iaitu menyanyi dan menari.
Memang orang kata sebagai pelakon perkara itu seharusnya diambil sebagai satu cabaran, tetapi saya kenal diri dan kemampuan saya. Memang saya tidak boleh menyanyi dan tidak pandai menari," katanya.

Aktor yang cukup popular menerusi watak Malek dalam filem KL Gangster arahan Syamsul Yusof ini berkata, sebelum ini Erma Fatima pernah melamarnya untuk membintangi Natrah tetapi kerana perlu menyanyi dan menari, dia terpaksa menolaknya.

"Saya juga menyaksikan Remy Ishak dalam drama teater muzikal itu. Dalam hati saya berkata, mujur saya tolak awal-awal. Jika tidak, pasti rosak keseluruhan produksi itu dengan gerak tari saya yang keras macam bangku dan suara pun entah ke laut.

"Pembabitan saya dalam teater ini bermula apabila pihak Istana Budaya merancang untuk mementaskan Salina. Bagaimanapun, kerana beberapa masalah, perkara itu terpaksa dibatalkan.

"Saya memang berminat untuk berlakon dalam Salina tetapi sayang ia terpaksa ditangguhkan. Kerana sudah bersetuju lebih awal, apabila datang tawaran untuk membintangi Badai Semalam, saya terima. Itupun dengan syarat tiada nyanyian dan tarian," katanya.

Aaron juga menafikan pementasan Badai Semalam ditunda dari April kepada November bukan kerana produksi menunggunya, sebaliknya berlaku masalah membabitkan pertukaran naskhah novel yang mahu diangkat ke pentas teater.

Aktor kelahiran Pasir Ris, Singapura pada 23 Februari 1976 itu pendukung watak utama sebagai Karim iaitu kekasih Mazni lakonan Erra Fazira.

Kata Aaron, antara sebab lain dia menerima tawaran beraksi di pentas teater kerana mahu mencabar kebolehan yang ada pada dirinya dalam bidang lakonan.

"Pentas teater sangat berbeza dan ia sesuatu yang asing bagi saya. Kalau dalam drama, lakonan banyak bermain dengan mata tetapi di pentas, sudah tentu perkara itu tidak nampak jelas. Aksi seorang pelakon itu lebih penting dan itu yang mahu saya pelajari lebih mendalam.

"Teater turut menuntut komitmen tinggi dan berterusan daripada seorang pelakon.
Saya harus memberikan fokus yang bukannya sedikit. Pada saya selain daripada aksi di atas pentas, untuk menjiwai watak romantis dan bertutur dalam bahasa berbunga juga menjadi antara cabaran yang harus saya hadapi.

"Selepas meneliti skrip yang sudah diolah sebanyak tiga kali, saya menyifatkan watak Karim sangat mencabar. Dalam usaha menghidupkan watak itu, saya cuba mencari keselesaan sendiri dan memahami susunan plot dalam skrip. Saya juga akan meneliti novel yang ditulis Khadijah Hashim ini bagi menjiwai watak Karim," katanya.

PROFIL:

Nama sebenar: Aaron Mustapha Aziz
Tarikh lahir: 23 Februari 1976
Tempat lahir: Pasir Ris, Singapura
Tinggi: 178 sentimeter
Berat: 78 kilogram
Kerjaya: Pelakon, model
Status: Berkahwin
Isteri: Diana Malik
Anak: Danish Anqi dan Dwi Ariana

Drama: Janji Diana, Sumayyah, Sadiq & Co, Cinta Gila, Cinta Lelong, rahsia Hati, Kasih Tercipta, Bulan Bertemu Matahari, Dilemma wanita, Cahaya Kasih, Malam 7 Likur, Hana Hani Strawberi, Oh Ibu, Emel Emilda, Cinta Q, Nora Elena dan Jiwa & Lara

Filem: KL Gangster, Evolusi KL Drift, Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam, Pisau Cukur, 2 Alam, Syyhh...Dia Datang, Evolusi KL Drift 2, Suaka dan Datin Ghairah

Pencapaian: Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Anugerah Skrin 2010

Full content generated by Get Full RSS.

Jenama baru, drama baru

Posted: 30 Oct 2011 06:38 AM PDT

MEMPERTAHANKAN kedudukan sebagai media pilihan ramai, Media Prima TV Networks meneruskan kecemerlangannya dengan menyiarkan pelbagai rancangan menarik dalam dan luar negara membabitkan empat stesen televisyennya iaitu TV3, TV9, ntv7 dan 8TV pada tahun hadapan.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Amrin Awaluddin, keempat-empat stesen televisyen itu menguasai jumlah tontonan televisyen tempatan dengan 48 peratus pada suku tahun pertama 2011.

Bagi memastikan jumlah itu terus meningkat beberapa strategi terutama dari sudut konsep dan bahan yang mahu disiarkan sudah pun dirangka TV3, TV9, ntv7 dan 8TV sepanjang tahun depan.

Sewaktu majlis pratonton yang berlangsung di Pusat Persidangan Kuala Lumpur (KLCC) baru-baru ini, membabitkan rancangan menarik bakal ditayangkan keempat-empat televisyen terbabit, Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima, Ahmad Izham Omar berkata bagi memastikan jumlah tontonan terus dipertingkatkan, keempat-empat stesen televisyen di bawah Media Prima turut melaksanakan beberapa perubahan.


Turut hadir di majlis pratonton diadakan, Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Nurul Aini Abu Bakar; Pengurus Besar Kumpulan Penjenamaan TV9, Sherina Nordin; Pengurus Besar Kumpulan 8TV dan ntv7, Airin Zainul dan Pengurus Besar Kumpulan Alt Media Sdn Bhd, Lam Swee Kim.


Terang Izham, antara perubahan besar dilakukan adalah penjanaan semula rancangan kanak-kanak di keempat-empat stesen televisyen yang diletakkan di bawah satu jenama Bananana! sementara TV9 yang kini berada di tangga kedua stesen paling ramai ditonton, turut mewujudkan jenama baru iaitu 9x dalam usaha untuk mendekati penonton muda.

"Menerusi 9x ini sasaran penonton adalah sekitar 15 hingga 29 tahun. Untuk itu fokus rancangan tahun depan lebih banyak tertumpu kepada mereka. Antara yang akan disiarkan seperti Friday I'm In Love dalam slot Aurora, Gila Bola dikendalikan Seelan Paul dan Kieran dari Hot fm. Rancangan realiti Versus di mana ia diterbitkan dengan kerjasama Hot.fm dalam usaha mencari kumpulan muzik berbakat.

"Selain itu, TV9 akan menyiarkan drama sebanyak lapan episod, Pulau, Bulan, Bintang dan Kita dan drama mengisi slot Ratu, Cinta Jangan Pergi. Rancangan bercorak muzikal juga turut disiarkan dalam Sound Check yang pada saya sangat bagus dan tidak seharusnya dilepaskan untuk ditonton. Ada rancangan yang sedia ada diteruskan seperti Skrin di 9 dan Apa Saja FBI dan rancangan dari Hollywood iaitu Teen Wolf," katanya.

Melihat kepada perubahan itu pastinya ramai yang tertanya apa akan berlaku kepada beberapa program dalam jenama Raudhah yang memang menjadi tumpuan penonton di TV9. Apatah lagi sewaktu di awal beroperasi, stesen menggunakan label Dekat Di Hati itu sangat sinonim dengan rancangan yang boleh dijadikan pengisian rohani dan keagamaan seperti Semanis Kurma, Halaqah, Tanyalah Ustaz, Tanyalah Ustazah dan Safiyya.

Tambahan pula, selepas melihat daripada senarai rancangan baru yang bakal diterbitkan bimbang sekiranya rancangan bercorak kerohanian itu akan terpinggir. Apatah lagi sekarang ini rancangan dalam jenama Raudhah tidak disiarkan di TV9 dalam waktu perdana.

Menjelaskan mengenai perkara itu Sherina menjelaskan waktu siaran program Raudhah adalah bertepatan dengan kehendak penonton dan perkara itu boleh dilihat menerusi maklum balas yang diterima pihak produksi.

"Kami tidak akan meminggirkan setiap rancangan dalam Raudhah, malah tahun hadapan rancangan seperti Tanya Ustaz atau Ustazah akan ditambah waktunya pada sebelah pagi. Jika dulu ia bersiaran pada jam 7.30 pagi tetapi kami akan tambah jam 6 pagi agar waktu tayangan lebih panjang.

"Kami tidak letak rancangan di bawah jenama Raudhah pada waktu perdana kerana memang penonton hanya menonton rancangan terbabit di waktu awal pagi selepas Subuh hingga jam 9 pagi dan pada waktu malam," katanya.

Sherina turut menegaskan walaupun tumpuan TV9 kepada penonton muda, namun dalam waktu sama mereka juga mahu meneruskan konsep sebelum ini yang mana TV9 menjadi saluran kerohanian. Malah, pihaknya mengalu-alukan produksi agar menghasilkan drama yang temanya berkisar mengenai dunia remaja dan kerohanian.

Menarik apabila TV3 masih meneruskan slot Seram dengan menyiarkan Amukan Pocong pada tahun depan. Sebelum itu, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad membangkitkan isu bahawa filem dan stesen televisyen banyak menyiarkan filem seram dan hantu dikhuatiri boleh melemahkan pemikiran dan daya fikir masyarakat.

Sementara itu, dalam satu sidang media khas dilakukan penggiat filem menyalahkan bahawa isu itu timbul bertitik tolak daripada pihak media dan sudah tentu stesen televisyen popular dan punya jumlah penonton paling ramai turut menerima tempias kerana mewujudkan satu slot khas untuk drama bersiri genre seram.

Di majlis itu, Nurul Aini menjelaskan walaupun kebanyakan drama yang disiarkan itu menakutkan, namun pihaknya akan memastikan ia akan memberikan pengajaran dari sudut moral.

"Kalau ada yang menyatakan bahawa TV3 antara media yang menjadi punca kepada timbulnya isu terbabit rasanya ia tidak benar kerana kami hanya mempunyai satu slot saja. Setiap drama seram disiarkan itu kami pastikan penonton akan belajar sesuatu daripadanya. Lagipun sebelum ia ditayangkan kami akan menyiarkan klasifikasi drama terbabit bahawa bagi mereka berada di bawah umur, panduan daripada ibu bapa adalah penting," katanya.

Pada majlis itu, menarik majlis pengumuman dilakukan Izham ala rancangan bual bicara Nite Live dan turut membabitkan beberapa artis popular termasuk Hujan, Jaclyn Victor dan bintang khas TVB yang dibawa dari Hong Kong.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Gadis Palestin protes Zionis melalui lagu

Posted: 30 Oct 2011 08:48 AM PDT

NAZARETH (Israel): Dua remaja Arab yang menetap di Israel menggunakan lagu rap untuk menyampaikan pelbagai mesej, termasuk politik.

Dikenali sebagai Damar, Mai Zarqawi, 15, dan Amane Tattur, 16, berazam mendedahkan pengalaman masyarakat minoriti Arab yang mengalami diskriminasi berterusan di Israel.


Damar adalah bahasa Arab bermaksud "kemusnahan." Kumpulan itu ditubuhkan selepas Mai dan Amane bertemu dan berkongsi minat memperjuangkan hak warga Palestin di sekolah di Nazareth pada 2009.

Kata Mai, mereka bukan bersikap anti-Yahudi, sebaliknya menentang idealogi Zionisme yang merampas tanah dan budaya Palestin.


Kedua-dua remaja terbabit enggan menganggap diri mereka sebagai warga Israel berbangsa Arab, sebaliknya penduduk Palestin yang menetap di Nazareth - bandar didiami kira-kira 72,000 orang.


Melalui lirik yang berterus terang, Mai dan Amane menyampaikan mesej melalui seni, seperti dalam lagu Generasi Ketiga: "Adakah anda fikir generasi ketiga menjadi Israel? Masa tidak akan membuat mereka lupa, sebaliknya akan menambah sejarah. Kami tak mahu kesenyapan anda, kami tak mahu penjara dan sempadan." Ketika ini ada kira-kira 1.6 juta masyarakat Arab di Israel yang membentuk 20 peratus daripada keseluruhan populasi negara Yahudi itu.

Walaupun mendapat kewarganegaraan, mereka tetap dianggap penduduk kelas kedua, termasuk daripada aspek penjagaan kesihatan, pendudukan dan pembangunan ekonomi. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Budak malang dapat RM30 juta

Posted: 30 Oct 2011 08:47 AM PDT

SACRAMENTO: Keluarga kanak-kanak yang terpaksa dipotong kedua-dua kaki dan tangannya kerana terlalu lama terbiar di bilik kecemasan semalam bersetuju menyelesaikan kes berkenaan di luar mahkamah dengan pampasan RM30 juta.

Malyia Jeffers baru berusia dua tahun apabila dibawa ibu bapanya ke Hospital Methodist di Sacramento pada November tahun lalu kerana demam, masalah kulit dan lesu.


Menurut dokumen mahkamah yang difailkan di Mahkamah Tinggi Sacramento pada 14 Februari lalu, kakitangan hospital berkenaan meminta keluarga terbabit menunggu di situ walaupun keadaan Malyia semakin serius.

Dokumen itu menyatakan, ibu bapa Malyia merayu berkali-kali supaya petugas hospital merawat anak mereka, tetapi terus diminta menunggu sehingga lima jam sebelum dibawa berjumpa doktor.


"Pasangan Ryan Jeffers dan Leah Yang melihat sendiri bagaimana anak mereka semakin lemah dan kritikal apabila petugas hospital enggan memberikan rawatan awal," dakwa dokumen itu.


Sebelum dirawat, kesan tubuh Malyia semakin merebak sehingga ke kedua-dua kaki, tangan dan muka.

Keadaan itu menyebabkan Jeffers dan Leah ketakutan kerana bimbang Malyia akan menghembus nafas terakhir sebelum sempat dirawat.


Selepas diperiksa, Malyia diterbangkan ke Hospital Kanak-kanak Lucile Packard di Universiti Stanford.

Di situ, doktor menemui bakteria Streptococcus A yang menjangkiti darah dan organ Malyia, memaksa mereka segera menjalankan pembedahan membuang kedua-dua kaki kanak-kanak malang terbabit.


Berdasarkan dokumen mahkamah, sebahagian besar wang pampasan itu akan disimpan dalam tabung amanah untuk kegunaan semasa dan akan datang Malyia.


Simpanan itu juga membolehkan Malyia menerima anuiti AS$$16,932 (RM51,888) sebulan apabila dia berusia 18 tahun.


Bayaran itu akan meningkat dari semasa ke semasa dan Milya akan memperoleh anuiti hampir dua kali ganda menjelang usianya 30 tahun. - DM

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

Ahad, 30 Oktober 2011

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Ragut satu nyawa setiap enam saat

Posted: 30 Oct 2011 07:40 AM PDT

PESANAN khas untuk wanita: Tekun dan tegas dalam menjaga kesihatan kerana semakin meningkat usia, semakin tinggilah peluang penyakit jantung dan strok mendekati kita. Bagi wanita yang memiliki faktor risiko untuk penyakit jantung, mereka juga berisiko tinggi mendapat strok.

Ketika bertemu dengan Pakar Neurologi Hospital Assunta, Datuk Dr Raihanah Abdul Khalid, beliau berkongsi fakta menggerunkan iaitu strok bukan saja menjadi punca kematian keempat utama di hospital kerajaan, malah lebih ramai wanita diserang penyakit ini berbanding lelaki. Bahkan kematian akibat strok adalah dua kali lebih tinggi berbanding kanser payudara.

Nisbah mudahnya, satu daripada lima wanita selepas menopaus diserang strok berbanding satu dalam enam bagi lelaki. Sehari selepas bertemu Dr Raihanah, sahabat di kampung memberitahu ibunya kini berada di hospital kerana strok dan beberapa bulan lalu penulis kehilangan ibu saudara akibat penyakit yang sama.

Kenapa strok atau serangan otak lebih tinggi pada wanita sedangkan faktor risikonya sama saja dengan lelaki? Dr Raihanah berkata ia ada kaitan dengan kehilangan perlindungan hormon estrogen (yang sangat rendah parasnya selepas putus haid) menyebabkan risiko wanita mendapat sakit jantung dan strok meningkat mendadak setanding lelaki.


Kajian dijalankan penyelidik dari Universiti Toronto, Kanada pada 2004 mencadangkan beberapa kemungkinan antaranya faktor jangka hayat kerana wanita hidup lebih lama berbanding lelaki. Ini kerana risiko strok melonjak dengan peningkatan umur.


Masalah migrain yang kerap dihadapi wanita dikatakan meningkatkan risiko dua kali ganda untuk mendapat strok. Selain itu mengalami tekanan darah tinggi ketika hamil didapati meningkatkan risiko strok sebanyak 60 peratus dan bagi sesetengah wanita, pengambilan pil pencegah kehamilan juga boleh meningkatkan peluang mendapat penyakit ini khususnya bagi wanita yang merokok dan kerap alami migrain.

Malah, terapi penggantian hormon juga boleh meningkatkan risiko strok bagi sesetengah wanita. Namun, janganlah ada yang tidak mahu mengambil pil perancang atau mendapatkan terapi penggantian hormon atas alasan ini, berbincanglah dengan doktor supaya anda boleh mengambil keputusan bijak dan bermanfaat kepada diri sendiri.

Pun begitu, menurut Dr Moira Karpal yang mengetuai kajian berkenaan, ada satu aspek yang memerlukan kajian lanjut mengapa lebih ramai wanita meninggal dunia akibat strok iaitu kebanyakan wanita berumur tinggal sendirian dan tidak mendapat sokongan sosial. Bahkan wanita juga lebih cenderung menyembunyikan penyakit dan tidak mendapatkan bantuan sewajarnya apabila diserang penyakit ini sedangkan strok perlu dirawat secepat mungkin untuk mengurangkan kesan kerosakan akibat berlaku 'kecederaan' dalam otak.

"Semua orang tahu apa itu penyakit strok. Ia penyakit yang semakin biasa di negara membangun seperti Malaysia, malah insidennya lebih tinggi berbanding negara maju. Antara sebabnya ialah negara maju mempunyai kemudahan rawatan dan penjagaan pesakit yang lebih baik dan berjaya mengawal risiko penyakit.

"Strok adalah penyakit golongan tua berumur 60 tahun ke atas. Pada pesakit muda, biasanya pesakit memang ada penyakit berkaitan darah, pembentukan otak tidak normal kongenital (dilahirkan dengan keadaan begitu) atau penyalahgunaan dadah khususnya dadah pesta," katanya sempena Hari Strok Sedunia yang disambut pada 29 Oktober setiap tahun.

Organisasi Strok Sedunia (WSO) menganggarkan penyakit ini meragut satu nyawa dalam setiap enam saat. Sememangnya serangan strok sangat menakutkan kerana jika tidak membawa maut, ia akan menyebabkan pesakit menjadi orang kurang upaya - sama ada lumpuh separuh badan atau sepenuhnya. Bukan itu saja, pesakit juga akan hilang pelbagai kemahiran termasuk bertutur, kemahiran bahasa dan kebolehan menggerakkan anggota - bergantung kepada bahagian otak yang mengalami serangan.

Strok boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu iskemia (apabila aliran darah tersekat akibat kehadiran darah beku - yang mewakili 87 peratus kes strok), berdarah (berlaku apabila salur darah yang lemah pecah) dan serangan iskemia transien (TIA) yang juga dipanggil strok kecil. Untuk TIA, walaupun namanya 'kecil' tetapi jangan diabaikan kerana ia disebabkan kehadiran darah beku sementara. Segeralah dapatkan nasihat doktor supaya serangan strok yang besar dapat dicegah.

Faktor risiko

Faktor risiko strok sama seperti serangan jantung. Bezanya hanyalah lokasi.
Jika serangan jantung berlaku di mana-mana bahagian jantung, strok pula berlaku di otak sama ada disebabkan salur darah pecah atau tersumbat sehingga mengakibatkan terputusnya bekalan oksigen.

"Mereka yang berisiko tinggi mendapat serangan jantung, juga berisiko tinggi untuk diserang strok. Oleh kerana faktor risikonya sama, maka tiada alasan untuk berkata tidak tahu kerana kerana kedua-dua penyakit ini mempunyai kaitan rapat dengan gaya hidup. Justeru, faktor risiko seperti obesiti, tekanan darah tinggi, masalah kolesterol tinggi, merokok dan kurang bersenam perlu diberikan perhatian.

"Kebanyakan faktor risiko untuk strok (dan penyakit jantung) boleh dikawal kecuali peningkatan umur. Justeru, jika anda menjaga kesihatan jantung, anda juga secara tidak langsung menjauhkan diri daripada serangan strok," katanya.

Malah, individu yang ada sejarah keluarga mengalami penyakit jantung juga dinasihatkan supaya lebih berhati-hati kerana kebarangkalian mendapat strok adalah tinggi apatah lagi jika dia sendiri mempunyai masalah tekanan darah tinggi.

"Jika anda merokok, berhentilah sekarang kerana rokok meningkatkan risiko strok sebanyak dua kali ganda. Begitu juga dengan tekanan darah tinggi. Jadi berusahalah mengurangkan semua faktor risiko kerana serangan strok berlaku secara tiba-tiba tanpa sebarang tanda. Malah, satu pertiga kes serangan strok berlaku ketika tidur," katanya.

Tanda amaran

Tiadakah tanda amaran yang boleh diperhatikan? Ada tetapi biasanya ia jarang dipedulikan. Ini kerana tanda amaran strok datang sekejap-sekejap dalam masa beberapa minit atau jam. Ia datang, hilang dan datang kembali menyebabkan ramai pesakit menganggap ia sebagai masalah biasa. Penting untuk diketahui, ia tidak menyebabkan rasa sakit.

Antara tanda amaran itu ialah:

  • Rasa kebas secara tiba-tiba terutama pada sebelah badan
  • Badan terasa lemah
  • Ada masalah penglihatan (pandangan berganda) pada sebelah atau kedua-dua mata
  • Pening kepala, sakit kepala secara tiba-tiba
  • Hilang keseimbangan atau keupayaan untuk berjalan dengan tiba-tiba
  • Rasa keliru, susah bercakap atau memahami percakapan orang lain
  • Susah hendak menelan
  • Rasa pening dan sekeliling nampak berpusing

    Jika anda mengalami tanda-tanda di atas, segera minta ahli keluarga atau rakan sekerja membawa anda ke hospital kerana serangan strok boleh berlaku pada bila-bila masa.

    Ada ujian mudah yang boleh dilakukan iaitu senyum, lambai dan cakap atau F.A.S.T.

  • F - Face (muka). Suruh senyum. Adakah sebelah mukanya kelihatan 'jatuh'?
  • A - Arm (lengan). Minta dia mengangkat kedua-dua belah lengannya. Adakah sebelah lengan melorot ke bawah?
  • S - Speech (cakap). Suruh bercakap dan perhatikan sama ada pertuturannya menjadi tidak jelas.
  • T - Telefon. Segera hubungi ambulans. Jika tiada, segeralah bawa individu ini ke hospital.

    Apa yang perlu dilakukan apabila ahli keluarga diserang strok?

    Bagi individu yang diserang strok, setiap saat sangat berharga kerana kerosakan otak berlaku berterusan sehinggalah dia diberikan rawatan. Apabila otak tidak mendapat oksigen dalam masa beberapa minit, sel-sel otak akan mula mati. Sebaik tisu otak mati, anggota badan yang dikawal oleh bahagian otak berkenaan tidak boleh berfungsi dengan baik dan inilah yang menyebabkan pesakit hilang keupayaan.

    "Segera bawa pesakit ke hospital. Baringkan pesakit supaya lebih banyak bekalan darah (dan oksigen) sampai ke kepalanya. Jika dalam kereta, baringkan pesakit di tempat duduk belakang dengan membengkokkan kakinya.

    "Jangan berlengah dengan menelefon saudara-mara untuk bantuan kerana bagi pesakit strok, masa amat kritikal. Lebih cepat pesakit dihantar ke hospital dan diberikan rawatan sepatutnya, peluang untuk sembuh lebih tinggi kerana kini kita ada terapi akut untuk pesakit.

    "Rawatan seharusnya diberikan dalam tempoh tiga hingga empat jam selepas pesakit mengalami serangan strok. Rawatan ini adalah untuk mencairkan darah beku supaya halangan dalam salur darah dapat diatasi.

    "Ingat, dalam perjalanan ke hospital jangan beri apa-apa kepada pesakit termasuklah air, makanan atau aspirin kepada pesakit kerana kita tidak tahu keadaan kesihatan pesakit. Jika pesakit mengambil ubat untuk sakit jantung, pemberian aspirin akan memburukkan keadaan. Sekiranya pesakit muntah, baringkan pesakit dalam keadaan mengiring untuk mengelakkan muntah daripada termasuk ke dalam saluran pernafasannya.

    "Bawa sekali ubat yang diambil pesakit dan rekod kesihatannya. Ini akan membantu memudahkan doktor memberi rawatan yang bersesuaian dengan pesakit," sambungnya lagi.

    Dr Raihanah juga mengingatkan supaya tidak percaya dengan e-mel yang mendakwa boleh mencegah strok dengan mencucuk jari menggunakan jarum kerana ia tidak berasas.

    Bolehkah serangan strok dicegah?

    Ya. Seperti penyakit jantung, strok juga boleh dicegah. Inilah sasaran Kementerian Kesihatan yang sejajar dengan kempen Organisasi Strok Sedunia yang bertema 'Satu Dalam Enam' untuk meningkatkan kesedaran mengenai strok. Tema ini dipilih berdasarkan hakikat bahawa satu daripada enam orang akan diserang strok. Ini bermakna semua orang berisiko mendapat strok dan peluang penyakit ini menyerang sangat tinggi jika tiada langkah pencegahan diambil.

    Kempen ini bukan saja untuk mencegah strok, tetapi memberitahu bahawa pesakit strok boleh pulih dan kembali menjalani kehidupan sebaik mungkin jika diberikan rawatan dan sokongan yang diperlukan. Kempen dua tahun ini juga bertujuan mengurangkan beban strok dengan bertindak ke atas enam halangan mudah iaitu:

    1. Ketahui faktor risiko anda sendiri: sama ada tekanan darah tinggi, kencing manis atau masalah kolesterol tinggi.

    2. Menjadi individu yang lebih aktif dan kerap bersenam

    3. Elakkan masalah obesiti dengan mengamalkan pemakanan sihat

    4. Hadkan pengambilan minuman beralkohol

    5. Elakkan asap rokok. Jika anda merokok, dapatkan bantuan untuk berhenti sekarang.

    6. Belajar mengenali tanda amaran strok dan tindakan yang boleh dilakukan.

    Saranan Dr Raihanah: Jaga pemakanan (kurangkan makanan berlemak) dan pengambilan garam (had maksimum ialah enam gram sehari atau satu sudu teh), hadkan pengambilan daging merah (hanya satu hidangan sebesar kotak mancis sehari), lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan (sekurang-kurangnya enam hidangan sehari).

    Paling penting, bersenam 30 minit sehari atau dua setengah jam seminggu kerana senaman boleh mengurangkan risiko strok sebanyak 64 peratus. Senaman sederhana cergas (selepas 30 minit anda masih boleh bercakap tetapi tidak mampu menyanyi). Senaman ringan seperti berjalan pada kelajuan sederhana juga sangat bermanfaat untuk mengekalkan kesihatan dan mengawal penyakit yang dihidapi.

    Kehidupan selepas serangan strok

    "Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah menjalani fisioterapi. Kapasiti latihan berbeza antara pesakit mengikut kemampuan masing-masing. Fisioterapi ini bertujuan memberi latihan kepada anggota badan yang hilang fungsi. Dalam tempoh ini, sokongan keluarga sangat penting.

    "Fahami keadaan pesakit dan kenali tanda-tanda amaran untuk mengelakkan berlakunya serangan kedua. Dalam tahun pertama, pesakit ada risiko 12 peratus untuk mengalami serangan strok lagi. Satu pertiga pesakit akan dapat serangan kedua dalam tempoh lima tahun dan jika ini berlaku kerosakan otaknya bertambah teruk," katanya.

    Apa yang ahli keluarga boleh lakukan? Banyak. Pastikan pesakit mengambil ubat seperti diarahkan, bawa pesakit ke hospital atau pusat terapi untuk fisioterapi, sebaiknya pelajari senaman yang diajar supaya anda boleh bersama-sama melakukannya di rumah sebagai pencetus semangat kepada pesakit dan beri sokongan moral.

    Kajian mendapati 40 peratus pesakit strok mengalami kemurungan. Apabila kehilangan banyak keupayaan, memang mudah untuk pesakit berasa putus asa, sedih, kecewa hingga membawa kepada kemurungan. Ingat, tekanan juga boleh menyebabkan seseorang mengalami serangan strok.

    Jika pesakit suka, bawa dia menyertai aktiviti sosial. Ia sedikit sebanyak boleh menghilangkan kekecewaannya. Bagaimanapun, kaedah ini tertakluk kepada personaliti pesakit kerana ada yang tidak mahu keadaan mereka diketahui ramai.

    "Strok adalah penyakit yang memberi beban besar kepada pesakit dan ahli keluarga. Kira-kira 10 hingga 15 peratus pesakit boleh sembuh sepenuhnya, tetapi hampir 60 peratus pesakit terlantar.

    "Memang ramai pesakit strok yang lewat diberikan rawatan. Ramai yang 'terbiar' selepas dibenarkan keluar dari hospital dan terus menjadi orang kurang upaya.
    Namun, jangan biarkan keadaan ini berterusan kerana rawatan seperti fisioterapi masih boleh diberikan walaupun selepas setahun diserang strok. Jangan biarkan pesakit terus menjadi orang tidak upaya," katanya.

  • Full content generated by Get Full RSS.

    Guna alat pencegahan kehamilan selamat

    Posted: 30 Oct 2011 06:55 AM PDT

    Wanita pada zaman Mesir kuno pula menggunakan kurma dikisar bersama kulit pokok Acacia dan madu yang disapu pada kapas. Kapas ini kemudian dimasukkan ke dalam vagina. Campuran kulit kayu Acacia, madu dan kurma bertindak sebagai agen untuk mematikan sperma manakala kapas pula bertindak sebagai penghalang kepada sperma daripada terus masuk ke ruang rahim.

    Lebih mengejutkan apabila masyarakat dalam tamadun China kuno menggunakan merkuri sebagai pencegah kehamilan. Wanita pada zaman itu dinasihatkan untuk meminum merkuri panas bagi menghalang daripada mengandung manakala di sekitar Asia Selatan dan Tenggara, betik muda sangat kaya dengan phytokimia
    yang boleh menghalang penghasilan progesteron untuk proses penempelan.


    Namun pada zaman moden ini, terdapat pelbagai alat pencegahan kehamilan yang diyakini selamat dan berkesan boleh digunakan antaranya:

    Pil perancang

    Bagaimanapun, kebanyakan wanita berkerjaya tidak memilih jenis ini kerana keberkesanannya kurang akibat terlupa. Ada pula mengatakan kesan sampingan seperti kenaikan berat badan namun semuanya bergantung kepada gaya hidup wanita.

    Gelung getah (nuva ring)

    Sejenis kaedah halangan oleh wanita iaitu ia menutupi bahagian serviks. Kaedah
    ini kurang mendapat sambutan disebabkan kaedah penggunaannya. Wanita perlu memasukkan sendiri ke dalam faraj dan meletakkannya di tempat yang betul.
    Risiko kehamilan dengan kaedah ini juga adalah tinggi iaitu lima peratus.

    Suntikan

    Keberkesanan kaedah ini bagi mengelakkan kehamilan adalah tinggi iaitu 99.7 peratus. Kelebihan kaedah ini adalah wanita tidak perlu mengingati untuk mengambilnya setiap hari kerana suntikan dilakukan setiap tiga bulan sekali.

    Kaedah ini amat berkesan bagi wanita berkerjaya serta sering menjalankan tugasan luar kawasan. Tapi perlu diingatkan, penggunaan kaedah ini menyebabkan sesetengah wanita mengalami kitaran haid yang tidak teratur untuk beberapa bulan pertama.

    Implan

    Implan adalah kaedah yang mempunyai keberkesanan 99.9 peratus bagi pencegahan kehamilan. Kaedah ini boleh digunakan sehingga tiga tahun dan kemudian perlu dikeluarkan. Kaedah ini juga menggunakan satu jenis hormon dan sesuai bagi ibu yang menyusukan anaknya.

    Kondom

    Kaedah ini boleh didapati dengan mudah dan salah satu cara untuk mengelakkan kehamilan sewaktu melakukan hubungan seks. Ia juga mengelakkan penyakit jangkitan kelamin. Sebelum menggunakannya, pemakai perlu memeriksa tarikh luput, meneliti sebarang kebocoran serta pemasangan yang betul perlu diambil kira untuk memastikan kaedah ini berkesan.

    Alat dalam rahim (IUCD)

    Kaedah perancang keluarga ini boleh digunakan selama tiga tahun dan selepas tempoh terbabit, ia perlu dikeluarkan. Alat ini selamat digunakan untuk ibu menyusukan badan disebabkan tiada hormon di dalamnya. Keberkesanan kaedah ini adalah 99.4 peratus. Selain itu, kitaran haid juga tidak terjejas disebabkan tiada penggunaan hormon.

    Full content generated by Get Full RSS.
    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: Setempat

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: Setempat


    Terhumban dalam ladang

    Posted: 29 Oct 2011 01:42 PM PDT

    KUALA LIPIS: Kegembiraan satu rombongan keluarga seramai 28 orang dari Kota Tinggi, Johor, meraikan cuti Deepavali dengan berkunjung ke pusat peranginan, Cameron Highlands, berakhir dengan tragedi apabila dua daripada mereka maut manakala empat lagi parah selepas kereta dinaiki terbabit dalam kemalangan di Kilometer 55, Jalan Sungai Koyan-Raub, di sini, kelmarin.

    Dalam kejadian jam 9.20 malam, M Sivagnanam, 29, dan SV Genesin, 51, meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Pekan Sungai Koyan akibat cedera parah di kepala dan luka dalaman.


    Ketua Polis daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, kedua-dua mangsa yang maut menaiki kenderaan Toyota Alphard bersama tujuh anggota keluarga lain yang dipandu anak Genesin.

    Menurutnya, kenderaan yang terbabit kemalangan itu berada di belakang dua lagi kereta lain rombongan berkenaan apabila ia dipercayai hilang kawalan sebelum terhumban ke kawasan ladang tanaman semula kelapa sawit dan terbalik.


    "Empat lagi mangsa yang menaiki kenderaan sama cedera parah dan tiga lagi hanya cedera ringan. Mereka dikejarkan ke Hospital Kuala Lipis (HKL) untuk rawatan lanjut.


    "Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan saksi kejadian diminta menghubungi Inspektor Johnny James Bujang di talian 09-312 2222 untuk membantu siasatan," katanya.

    Sementara itu, anak saudara Genesin, M Letchumi, 34, berkata, sebelum kejadian, mereka sempat singgah di Raub untuk mengunjungi rumah saudara dan bertolak ke Cameron Highlands selepas makan malam.


    "Genesin meminta anaknya memandu kenderaan kerana dia penat dan mengantuk akibat memandu dalam perjalanan jauh.

    "Kereta saya naiki bersama sebuah lagi kereta berada di depan, manakala kereta dinaiki mendiang berada paling belakang," katanya.


    Katanya, ketika dalam perjalanan menuju ke Sungai Koyan mereka mendapati kereta Toyota Alphard yang dinaiki sembilan ahli keluarganya tidak kelihatan.


    "Saya cuba menghubungi telefon bimbit seorang daripada mereka dan terkejut apabila dimaklumkan mengenai kemalangan itu.


    "Kami kemudian berpatah semula ke tempat kejadian dan cuba menyelamatkan mangsa yang parah dengan menghantar mereka ke Klinik Kesihatan Sungai Koyan. Namun, bapa saudara dan seorang lagi saudara kami disahkan meninggal dunia," katanya.

    Full content generated by Get Full RSS.

    Rebah dalam bilik air

    Posted: 29 Oct 2011 01:31 PM PDT

    PARIT BUNTAR: Jenazah bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Allahyarham Datuk Abdul Raman Suliman, 62, selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kedah, di sini, selepas solat Zuhur, semalam.

    Allahyarham yang juga Ketua Umno Bahagian Parit Buntar meninggal dunia di Hospital Daerah Parit Buntar jam 12.30 malam kelmarin selepas ditemui terjatuh di dalam bilik air di kediamannya di Kampung Kedah, di sini.


    Kejadian berlaku sejurus arwah pulang ke rumahnya selepas menghadiri mesyuarat Badan Perhubungan Umno Perak di Ipoh, malam kelmarin.

    Hadir sama memberi penghormatan terakhir kepada arwah semalam termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan ahli exco negeri iaitu Datuk Ramly Zahari dan Datuk Saarani Mohamad.


    Dr Zambry ketika ditemui semalam berkata, beliau terkejut dengan berita kematian itu kerana arwah kelihatan sangat ceria ketika menghadiri mesyuarat berkenaan malam kelmarin.


    Beliau berkata, dalam mesyuarat itu, semua ketua bahagian sepakat melantik arwah sebagai wakil perhubungan Umno Perak untuk menghadiri Perhimpunan Agung Umno, bulan depan.

    "Allahyarham sangat ceria ketika itu dan menerima keputusan berkenaan. Sebagai Pengerusi Umno Perak, saya merakamkan takziah kepada keluarga arwah.


    "Arwah pernah menjawat beberapa jawatan penting termasuk Ahli Parlimen Parit Buntar, Setiausaha Parlimen Kementerian Kesenian dan Pelancongan serta Pengerusi Risda," katanya.

    Katanya, arwah juga menjawat Ketua Umno Bahagian Parit Buntar sejak 20 tahun lalu.


    Allahyarham meninggalkan isteri, Datin Saemah Hashim dan enam anak iaitu tiga lelaki dan tiga perempuan.

    Full content generated by Get Full RSS.
    Kredit: www.hmetro.com.my

    Harian Metro: BeritaUtama

    0 ulasan
    Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
    Sumber Asal Berita :-

    Harian Metro: BeritaUtama


    Majlis pertunangan tertutup

    Posted: 29 Oct 2011 03:17 PM PDT

    GOMBAK: Majlis pertunangan Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 26, atau lebih dikenali sebagai Rita malam ini, dibuat secara tertutup dengan jemputan hanya di kalangan keluarga atau kenalan rapat.

    Ini kerana ramai jiran yang tinggal berhampiran kediaman itu tidak tahu menahu perkara itu, sebaliknya merasakan ada majlis tertentu di kediaman Rita berikutan beberapa khemah dipasang dalam pekarangan rumahnya.


    "Entahlah, mungkin majlis pertunangan Rita... sebab kalau nak kata majlis arwah untuk emaknya rasa macam dah lama berlalu," kata seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Nur, sebaik ditanya mengenai kehadiran kanopi putih rumah jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya itu.

    Yang pasti, katanya, dia tidak menerima sebarang jemputan.


    "Saya rasa majlis itu (pertunangan) terlalu peribadi dan majlis keluarga, jadi ia diraikan secara tertutup. Setakat ini saya hanya nampak keluarga dan rakannya," katanya yang tinggal berhampiran rumah jutawan terbabit.


    Seorang buruh yang hanya mahu dikenali sebagai Hasan dan bekerja berhampiran pula berkata, dia hanya nampak lori keluar masuk tetapi tidak pasti majlis yang diadakan.

    "Saya cuma nampak lori bawa kerusi dan meja, tetapi tak tahu apa tujuannya.


    "Sejak dua lalu, saya nampak kereta adiknya dikeluarkan bagi memberi laluan kepada lori memunggah barang," katanya.

    Sementara itu, peniaga gerai, Arifin Mohd Nor, 52, berkata dia juga tidak mendengar perkhabaran bahawa Rita bakal bertunang.


    Katanya, tiada yang luar biasa dengan rutin Rita, malah menurut beberapa kariah masjid berhampiran, tiada jemputan atau berita mengenai pertunangan akan diadakan.

    Full content generated by Get Full RSS.

    Abby reda

    Posted: 29 Oct 2011 03:17 PM PDT

    TIADA angin tiada ribut, tiba-tiba kita dikejutkan dengan berita hubungan cinta pasangan popular, Abby Abadi dan Zulkifli Ariffin atau Zul sudah berakhir. Perkhabaran ini mula tersebar selepas Abby meluahkan isi hati di blog peribadinya pada Selasa lalu.

    Kebetulan pada hari itu Zul menyambut ulang tahunnya ke-25. Abby secara terbuka mengakui sangat menyayangi aktor berdarah kacukan Melayu Belanda itu, namun apakan daya, keadaan dan nasib tidak menyebelahi mereka.


    Harapan yang bersulam indah selama tiga tahun saling menyayangi hanya tinggal kenangan, namun dia reda biarpun hakikatnya kisah sedih itu sangat pedih untuk ditelan.

    Ketika dihubungi kelmarin bagi mendapatkan penjelasan, Abby dengan rendah hati meminta supaya perkara ini tidak diperbesar-besarkan. Bukan tidak memahami tugas media, namun dia tidak tahu bagaimana untuk menceritakan keadaan yang sebenar.


    "Saya bukan tidak mahu berkongsi, tetapi cukuplah dengan penjelasan yang saya tulis dalam blog pada 25 Oktober lalu. Saya meluahkan apa yang dirasa selepas kira-kira tiga minggu kami tidak bertemu.


    "Adakalanya apabila kita sayangkan seseorang, kita kena bersedia melepaskannya. Mungkin itu adalah jalan yang terbaik dan apa penyebab hubungan kami renggang, itu tidak boleh saya ulas kerana terlalu peribadi. Biarlah ia menjadi rahsia antara saya dan Zul.

    "Macam yang saya jelaskan sebelum ini, biarlah dia bahagia dengan kehidupannya dan sebagai insan yang menyayanginya, saya tumpang gembira dengan apa yang dia ada kini. "Tidak mengapalah andai dia tidak sedar saya selalu berada di sisinya selama ini," katanya tenang.


    Abby tidak menafikan ujian ini sangat berat baginya, malah tiada kata-kata dapat menggambarkan kesedihan yang bersarang di tangkai hati. Enggan meletakkan sebarang harapan, Abby berkata biarlah takdir yang menentukan apa kesudahan hubungannya dan Zul.

    "Setiap kali terkenangkan doa peminat yang mengharapkan kami melangkah ke jinjang pelamin, hati saya dihimpit rasa sayu. Itulah juga harapan yang pernah kami rencanakan sebelum ini tetapi sebagai manusia kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan.


    "Mungkin ada kesilapan yang saya lakukan tanpa sedar sebelum ini dan inilah bayaran yang saya harus terima. "Saya tidak berani cakap apa kesudahan hubungan kami tetapi selepas luahkan apa yang saya rasa tempoh hari, Zul ada bertemu saya.


    "Kami berbincang dan daripada situ, sedar perpisahan ini tidak sepatutnya berlaku.


    "Sudah banyak cabaran yang kami tempuh bersama dan terasa janggal pula apabila terpaksa berjauhan. "Justeru itu, kami mengambil jalan tengah dengan cuba memperbaiki kelemahan masing-masing dan kita tengoklah macam mana selepas ini.


    "Harap semuanya akan baik-baik saja dan keadaan akan kembali pulih seperti dulu tetapi andai tertulis sebaliknya, saya reda," katanya.

    Full content generated by Get Full RSS.
    Kredit: www.hmetro.com.my
     

    Akhbar Harian Metro

    Copyright 2010 All Rights Reserved