Harian Metro: Setempat |
Posted: 19 Oct 2011 09:51 AM PDT KUALA LUMPUR: Sekumpulan enam orang termasuk seorang wanita yang menculik seorang ahli perniagaan untuk mendapat wang tebusan RM350,000 berputih mata apabila dicekup dalam tempoh tiga jam selepas membebaskan seorang ahli perniagaan yang diculik mereka 12 jam lebih awal di Selayang, kelmarin. Difahamkan, dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, mangsa berusia 41 tahun dan memiliki premis perniagaan insurans di Jalan Kuching, di sini, baru saja menghantar anaknya ke sekolah rendah sebelum berjoging di kawasan berdekatan rumahnya di Batu Caves.
"Mangsa dilarikan ke kawasan Taman Metro Prima, Kepong dan disembunyikan dalam kereta berkenaan sehingga jam 10 pagi di kawasan tempat letak kereta di perumahan itu.
Katanya, sebaik menerima panggilan daripada kumpulan itu, isteri mangsa menghubungi polis kerana bimbang keselamatan suaminya.
"Bagaimanapun, selepas mereka mengetahui isteri mangsa membuat laporan polis, kumpulan itu membebaskan mangsa tanpa mengambil wang tebusan jam 7 malam di tepi jalan di Kepong.
|
Posted: 19 Oct 2011 09:49 AM PDT PETALING JAYA: Empat lokasi dikenal pasti sebagai 'kawasan panas' oleh Kementerian Kesihatan kerana mencatatkan kes demam denggi tertinggi sehingga menyebabkan kematian dan dijangka terus meningkat dengan kedatangan musim hujan tidak lama lagi. Empat lokasi itu adalah dua dari daerah Hulu Langat iaitu Flat Pandan Perdana dengan 10 kes dan Pangsapuri Taman Bukit Mewah dengan empat kes serta dua lokasi lain dari Kuala Lumpur iaitu Kondominium Bintang Mas dengan 11 kes di zon Cheras dan Kondominium Corenthian dengan sembilan kes di zon Pusat Bandar.
"Masyarakat perlu mengambil pengajaran daripada dua kematian akibat denggi minggu lalu dan jika dapat dihapuskan pada peringkat awal, ia dapat menghalang penyakit itu daripada merebak," katanya.
Seramai 50 kakitangan syarikat pemilik jenama racun serangga itu mengambil masa setengah hari menziarahi penghuni pangsapuri terbabit dengan memberi produk mereka dan risalah sebagai ingatan supaya berjaga-jaga dengan masalah itu. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan