Jumaat, 31 Ogos 2012

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Pakaian beralun pada tubuh

Posted: 31 Aug 2012 09:44 AM PDT

RASANYA, kebanyakan wanita pasti bersetuju dengan sesetengah pandangan yang menyatakan memilih baju untuk digayakan mesti mudah bagi mereka yang memiliki saiz badan kecil dan sederhana.

Namun, bagi wanita bersaiz gempal dan besar, mungkin menghadapi masalah dalam memilih pakaian yang disukai.

Bagaimanapun, jika anda tersenarai dalam kelompok yang mempunyai bentuk badan seperti ini, jenama khusus untuk wanita bertubuh besar, Ms Read ada jawapan kepada permasalahan anda.

Cuma pada kali ini, Ms Read melakukan sedikit kelainan iaitu bukan saja koleksi terbarunya boleh dipakai kelompok ini, malah turut muat untuk semua jenis bentuk badan.


Mementingkan mainan warna, pemilihan fabrik dan bijak bermain dengan corak serta potongan yang dapat menyerlahkan kelangsingan si jelita, koleksi Resort 2012 dengan konsep Desert Bloom oleh Ms Read diperkenalkan kepada penggemarnya.


Menerusi koleksi ini, Ms Read menggunakan palet warna terang, berani dan motif cetakan yang cantik menghiasi tubuh wanita bagi menceriakan hari anda.

Selain itu, fabrik sifon, georgette dan jersi matte pula diangkat sebagai material utama untuk gaun maxi, blaus dan baju top yang banyak diketengahkan pada koleksi kali ini.

Tujuannya supaya pakaian itu melekap dan beralun apabila disarungkan pada tubuh. Melalui penggunaan fabrik ini juga, ia memberikan keselesaan kerana ia lebih bersesuaian dengan cuaca negara ini.

Cetakan seperti corak abstrak grafik, kulit haiwan, flora dan fauna pada bahagian atas pakaian menambah keistimewaan koleksi ini.

Siluet yang lembut dapat diserlahkan dalam blaus panjang, kaftan, tunik dan blaus berlengan ala kimono. Pakaian ini yang direka longgar dan mempunyai potongan leher berbentuk bulat serta V yang pasti akan membuat si pemakai senang bergerak dan selesa.

Mungkin atas faktor selesa, lembut dan longgar itu, kaftan yang sudah melalui pelbagai evolusi fesyen tempatan dan antarabangsa turut termasuk dalam senarai koleksi Ms Read ini.

Apatah lagi, selain dari segi potongan serta penambahan perincian bagi menambah gaya si pemakai, kaftan juga mula menarik minat sang fashionista apabila kini diangkat sebagai persalinan tambahan untuk melengkapkan gaya yang diingini terutama jika ingin tampil sopan dan anggun.

Hadir dalam saiz 12 hingga 24, koleksi ini berharga antara RM149 hingga RM339 dan boleh didapati di semua cawangan butik Ms Read. Untuk membeli secara dalam talian, layari www.msreadshop.com.

Artikel ini disiarkan pada : 01/09/2012


Selesa untuk si comel

Posted: 31 Aug 2012 09:34 AM PDT

SEMPENA Aidilfitri ini, jenama barangan kanak-kanak, Tollyjoy membawakan rangkaian fesyen perayaan yang bergaya dan selesa buat si kecil untuk memastikan mereka kelihatan comel ketika menyambut lebaran.

Rangkaian pakaian Tollyjoy diperbuat daripada fabrik yang sesuai dengan cuaca panas lembap negara ini, menggunakan 100 peratus kain kapas yang mudah menyerap peluh, membuatkan kanak-kanak kekal kering dan selesa sepanjang hari.

Lengkap dengan pelbagai rangkaian koleksi terkini untuk penampilan bergaya, set pakaian bayi lelaki dan perempuan termasuk stoking dan kasut Tollyjoy menampilkan motif, corak dan warna yang memenuhi cita rasa ibu bapa moden.

Tema sukan ditampilkan pada set pakaian bayi lelaki, merangkumi kombinasi 12 pilihan baju-T berlengan pendek atau singlet yang dipadankan dengan seluar pendek dalam warna biru, merah, oren, hijau dan kuning.


Lebih menarik lagi, set pakaian bayi lelaki Tollyjoy juga dicetak dengan maskot binatang yang comel seperti beruang, zirafah, arnab dan singa yang ligat bersukan.


Sementara itu, set pakaian bayi perempuan Tollyjoy yang feminin pula direka untuk memberikan impak dengan pilihan gaun serta blaus lengan pendek yang cantik dipadankan dengan seluar pendek atau seluar berjerut.

Set pakaian bayi perempuan Tollyjoy juga dihiasi reben, ropol dan bunga-bungaan, didapati dalam warna segar hijau, merah, kuning madu dan merah jambu dengan sesetengah pakaian dicetak dengan gambar comel bayi perempuan kecil, beruang dan rama-rama bagi menambahkan lagi tarikan feminin.

Ibu bapa pasti rambang mata dengan pilihan stoking dan kasut Tollyjoy pada Aidilfitri ini yang memberi alternatif bergaya kepada ibu bapa untuk memadankan pakaian anak mereka dengan stoking kaki merah jambu feminin yang dihias cantik dengan reben atau stoking yang lebih maskulin dalam warna coklat atau biru.

Bagi melengkapkan gaya keseluruhan si manja, Tollyjoy turut menampilkan rangkaian kasut bayi yang comel dengan tema sukan bersama pilihan empat corak berlainan dalam merah, coklat dan putih sementara rangkaian kasut bayi perempuan boleh didapati dalam dua rekaan kecil molek berwarna oren terang dan putih.

Koleksi hari raya Tollyjoy bukan saja menarik dan terkini, harganya juga berpatutan dan boleh didapati di pusat beli-belah Jusco, The Store, Pacific dan Billion yang terpilih di seluruh negara.

Set pakaian bayi lelaki Tollyjoy boleh didapati pada harga RM23.90 manakala set pakaian bayi perempuan Tolljoy pula pada harga RM24.90 dengan stoking pada harga RM6.90 dan kasut pada harga RM27.90.

Koleksi pakaian, stoking dan kasut Tollyjoy berkenaan sesuai untuk bayi baru lahir sehingga usia dua tahun.

Artikel ini disiarkan pada : 01/09/2012


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Dua beranak terjun 10 meter

Posted: 30 Aug 2012 12:10 PM PDT

KUALA LUMPUR: Dua beranak sempat terjun melalui tingkap setinggi 10 meter untuk menyelamatkan diri selepas kediaman mereka di bangunan tiga tingkat di Jalan Tun HS Lee, di sini, terbakar, petang semalam.

Dalam kejadian jam 3.50 petang itu, anak lelaki mangsa berusia 40-an terjun dahulu sebelum meminta bantuan orang ramai menyelamatkan ibunya berusia 60 tahun.


Saksi kejadian, Lee Kok Siang, 24, berkata, dia kebetulan melalui kawasan berkenaan untuk ke sebuah bank sebelum ternampak api dan asap tebal dari bangunan berkenaan.

"Saya nampak seorang wanita berusaha untuk terjun manakala beberapa orang lagi sedang meletakkan kusyen untuk dijadikan alas di bawah bagi membolehkan warga emas itu terjun dengan selamat," katanya.


Katanya, sebaik kedua-dua mangsa diselamatkan, orang ramai menghubungi ambulans untuk menghantar mereka ke hospital.


Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 3.52 petang sebelum jentera pertama tiba sembilan minit kemudian.

"Ketika pasukan bomba dan penyelamat tiba, kedua-dua mangsa yang terperangkap sudah diselamatkan dengan bantuan orang ramai dan difahamkan mereka cedera ringan serta dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL)," katanya.


Katanya, api marak dengan pantas berikutan struktur bangunan tiga tingkat yang dibina sekitar 1940-an itu diperbuat daripada kayu dan papan yang mudah terbakar.

"Pasukan bomba mengambil masa setengah jam untuk mengawal api daripada merebak ke bangunan berhampiran dan api dipadamkan sepenuhnya jam 4.30 petang.


"Siasatan mendapati kebakaran bermula dari tingkat dua yang menempatkan kediaman mangsa," katanya.


Katanya, punca sebenar kebakaran bangunan yang menempatkan kediaman, restoran dan kedai menjual cakera padat digital (VCD) itu masih disiasat dan kerugian dianggarkan mencecah RM3 juta.


Menurutnya, 10 jentera bomba dan penyelamat dari Balai Hang Tuah, Pudu, Chow Kit, Sentul dan Pantai dikejarkan ke tempat kejadian bersama bantuan bomba sukarela Bukit Bintang, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).

Artikel ini disiarkan pada : 31/08/2012


Sayu baju raya hangus

Posted: 30 Aug 2012 12:06 PM PDT

SHAH ALAM: "Sayu hati bila tengok baju raya yang baru sekali saya pakai terbakar. Api marak terlalu pantas menyebabkan saya dan anak tidak sempat berbuat apa-apa," keluh Nuriah Dolman, 63, yang masih terkejut apabila sebahagian rumahnya musnah dalam kebakaran di Jalan Tukas, Seksyen 18, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 7.15 petang itu, rumah teres dua tingkat yang dihuninya sejak 25 tahun lalu bersama arwah suami dan empat anak hampir musnah dan kerugian dianggarkan mencecah RM100,000.


Ketika kejadian, Nuriah bersama anak lelaki dan menantu perempuannya berada di rumah, manakala tiga lagi anak perempuannya berada di rumah masing-masing di ibu kota.

Menurutnya, sebelum kejadian, dia berada dalam bilik air apabila terdengar letupan kuat dari dapur.


"Bunyi letupan itu diselangi jeritan menantu saya memanggil suaminya memberitahu dapur terbakar.


"Saya bergegas dapur dan melihat api di bahagian belakang dapur. Saya cuba padam kebakaran dengan air, namun api semakin marak menyambar kabinet dapur yang diperbuat dari kayu," katanya ketika.

Nuriah berkata, tidak sampai seminit, api merebak ke seluruh bahagian dapur sehingga memusnahkan semua perkakas elektrik menyebabkan dia dan anaknya tidak dapat berbuat apa-apa.


Menantunya, Darwina Wan Abd Kadir, 26, berkata, dia melihat api bermula daripada bahagian hos yang menyambungkan kepala gas dan dapur.

Menurutnya, setelah selesai memasak juadah untuk suaminya, dia mematikan api dapur dan terdengar bunyi seperti daun kering terbakar.


Katanya, apabila diperiksa, dia mendapati terdapat api kecil di bahagian hos berkenaan sehinggalah ia merebak menjadi marak dan membakar dapur berkenaan.


"Saya menghubungi bomba dan menyelamatkan kereta serta motosikal di garaj rumah. Saya bersyukur kerana semua nyawa selamat," katanya.


Bagaimanapun, Darwina kecewa kerana pili bomba yang terdapat di depan rumah mentuanya tidak mempunyai air menyukarkan kerja memadam api dilakukan.


Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohamad Sani Harul ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 7.15 malam sebelum dua jentera bersama sembilan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam dikejarkan ke tempat kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : 31/08/2012


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Tugas berat Revington

Posted: 30 Aug 2012 11:29 AM PDT

ERA baru skuad hoki negara bermula semalam menerusi penampilan pertama Paul Revington sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan bagi menggantikan Tai Beng Hai yang awal-awal sudah menyedari tugas berat menantinya selepas ini.

Hadir pada sidang media yang turut disertai pembantunya, Arul Selvaraj yang juga bekas pemain skuad negara, bekas jurulatih kebangsaan Ireland itu nyata sudah bersedia dengan jawapan kukuh bagi meyakinkan peminat tempatan pemilihan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) bukan satu keputusan yang sia-sia.


"Saya dimaklumkan dan mendengar daripada beberapa orang yang menyatakan peminat sudah hilang kepercayaan kepada skuad negara, persepsi mereka mengenai sukan hoki juga tidak begitu baik.

"Inilah antara tugas yang perlu saya lakukan, mengembalikan semula kepercayaan semua pihak melalui keputusan yang bagus," tegas Revington yang mempunyai pencapaian cemerlang sepanjang kariernya sebagai jurulatih.


Untuk membuktikan kemampuannya, Jurulatih Terbaik Dunia Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) 2011 itu yang menandatangani kontrak selama empat tahun sebagai ketua jurulatih negara, mahu memastikan skuad bimbingannya melangkah ke pentas Piala Dunia dan Olimpik.


"Saya mahu memastikan kita layak ke Piala Dunia terlebih dulu. Bagi saya pemain sedia ada sudah begitu bagus.

"Mungkin mereka hanya perlu memperbaiki beberapa kelemahan. Yang pasti, saya harap perubahan ini berlaku dengan pantas," katanya.


Bagi memastikan beliau mempunyai barisan pemain terbaik, Revington akan memilih barisan pemainnya menerusi penilaian pada saingan TNB Liga Hoki Malaysia serta Piala Razak.

"Saya sudah mengetahui barisan pemain Malaysia tapi saya akan cuba memilih barisan pemain terbaik selepas berakhir saingan liga," katanya yang berada di negara ini sejak 9 Ogos lalu.


Dua tugas utama yang bakal dilalui Revington serta Arul adalah Cabaran Juara-Juara 1 di Quilmes, Argentina November ini dan Piala Kejuaraan Enam Negara Asia di Doha, Disember ini.


Revington dan Arul pernah bekerjasama membimbing skuad kebangsaan Ireland sejak 2009 yang menyaksikan peningkatan mendadak skuad itu dan hampir layak ke Sukan Olimpik, namun dikecewakan Korea Selatan pada kempen kelayakan awal tahun ini yang turut disertai skuad negara.


Sebelum itu, ketika membimbing Afrika Selatan selama tiga tahun, Revington membantu pasukan itu memperbaiki ranking dunia dari 14 ke tangga ke-10.


Skuad negara pernah dibimbing beberapa jurulatih asing, antaranya Terry Walsh, Volker Knapp dan Paul Lissek.

Artikel ini disiarkan pada : 31/08/2012


SDFC tagih aksi Wleh

Posted: 30 Aug 2012 11:18 AM PDT

NAIB juara Piala FA, Sime Darby FC (SDFC) optimis peledak utamanya, Patrick Ronaldinho Wleh akan memperoleh kembali prestasi sebenar untuk membantu melonjakkan kelab itu melepasi ranjau Kumpulan C Piala Malaysia yang masih berbaki tiga perlawanan.

Kelab itu menegur aksi pemain antarabangsa Liberia berusia 22 tahun itu selepas mempamerkan persembahan di bawah kemampuan sebenar dalam dua perlawanan awal hingga mencetuskan rasa kurang senang jurulatih pasukan, Ismail Zakaria.


Insiden itu bagaimanapun sudah dilupakan apabila mempamerkan kebangkitan untuk meledak dua jaringan ketika membantu kelab itu mencatat kemenangan 3-2 ke atas Felda United pada perlawanan ketiga kumpulan, Selasa lalu.

"Dia masih muda dan memerlukan bimbingan. Kami sudah memanggil dan memberi nasihat bagi menyedarkannya dan akhirnya dia membalas dengan dua gol cantik," kata Setiausaha Kehormat SDFC, Zainal Amat ketika ditanya mengenai penyerang yang memainkan peranan penting kepada kelab kebangkitan kelab itu pada musim ini.


Menurut Zainal lagi, masalah terbabit dianggap selesai selepas Ronaldinho mengaku bersikap sambil lewa dan berjanji untuk terus fokus dalam baki saingan musim ini.


SDFC kini berada di tempat ketiga Kumpulan C dengan mengumpul empat mata, terikat dengan Felda United di tempat kedua namun ketinggalan satu mata kepada pendahulu kumpulan yang juga juara bertahan, Negeri Sembilan.

Pasukan yang menamatkan saingan Liga Perdana di tempat ketiga itu akan meneruskan saingan pusingan kedua peringkat kumpulan dengan menentang Felda United, Sabtu ini diikuti aksi menentang Negeri Sembilan (4 September) di laman sendiri dan pertarungan terakhir menentang Perak pada 14 September dengan harapan merebut salah satu tiket ke suku akhir.


"Kumpulan C kini terbuka dengan empat pasukan berpeluang layak ke peringkat seterusnya. Namun kami perlu mempamerkan terbaik dalam baki tiga perlawanan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 31/08/2012


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


2 manusia paling kerdil bertemu

Posted: 30 Aug 2012 10:32 AM PDT

LONDON: Dua manusia paling kerdil di dunia dipertemukan untuk kali pertama bagi meraikan pertubuhan yang membantu mempopularkan 'kelebihan' mereka, lapor media semalam.

Lelaki paling rendah di dunia, Chandra Bahadur Dangi, 72, bersemuka dengan wanita paling rendah di dunia, Jyoti Amge, 18, sempena pelancaran edisi terkini buku Rekod Dunia Guinness.


Lelaki dari Nepal dan gadis warga India itu mencuri perhatian dunia apabila ketinggian mereka diiktiraf Rekod Dunia Guinness, baru-baru ini. Walaupun dipisahkan jurang usia yang besar, Chandra dan Jyoti tetap mesra bergurau dalam suasana santai ketika sesi fotografi untuk pelancaran buku berkenaan.

Kedua-dua mereka mengenakan pakaian tradisional masing-masing. Gambar itu juga mencipta rekod dunia tersendiri apabila - untuk kali pertama - lelaki dan wanita paling rendah dipertemukan secara langsung. Sebuah buku terkini Rekod Dunia Guinness yang diletakkan di antara Chandra dan Jyoti menyebabkan naskhah itu menjadi luar biasa besarnya walaupun pada hakikatnya, ia hanya setinggi kira-kira 30.5 sentimeter.


Jyoti - berasal dari Nagpur, India - mendapat pengiktirafan itu pada hari dia menyambut ulang tahun kelahiran ke-18, pada 16 Disember tahun lalu.


Jyoti menghidap masalah tumbesaran, dikenali sebagai Achondroplasia, menyebabkan saiz badannya kekal setinggi 78.8 sentimeter.

Di sebalik keunikan itu, Jyoti menyimpan cita-cita tinggi dalam bidang hiburan dan mula membintangi beberapa filem Bollywood.


Dia dijadual melawat Britain bagi membantu pelancaran buku Rekod Dunia Guinness, bulan depan. Kata Jyoti, dia tidak sabar membuat kunjungan ke Britain. "Saya suka mengembara dan sejak mendapat pengiktirafan Guinness, saya berpeluang melawat banyak negara luar seperti Jepun dan Eropah," katanya. Sementara itu, Chandra amat teruja apabila namanya tercatat dalam buku rekod dunia kali ini. "Ia jadi kebanggaan kepada saya, keluarga, kampung dan negara," katanya. Dia dibesarkan di Kampung Rhimkola, 250 kilometer di barat Kathmandu sebelum keunikan fizikalnya dikesan dan mendapat pengiktirafan, Februari lalu. Chandra meninggalkan kampungnya untuk kali pertama dalam hidupnya apabila mengunjungi Kathmandu bagi membolehkan badannya diukur pegawai Rekod Dunia Guinness.

Dengan ketinggian 54.6 sentimeter, Chandra juga dianggap lelaki paling rendah dalam sejarah. - DM

Artikel ini disiarkan pada : 31/08/2012


Bekas Presiden IBM Jepun disiasat kerana intip seluar dalam wanita

Posted: 30 Aug 2012 10:26 AM PDT

TOKYO: Bekas Presiden IBM Jepun disoal siasat polis selepas didakwa membuat rakaman video ke atas seorang wanita berskirt di stesen kereta api, lapor media tempatan semalam.

Takuma Otoshi, 63, didakwa menggunakan iPod untuk membuat rakaman itu ketika wanita terbabit menaiki eskalator di stesen kereta api yang sibuk di Jepun.


Akhbar Yomiuri Shimbun dan Mainichi Shimbun melaporkan, orang awam yang menyedari perbuatan Otoshi itu memaklumkan polis.

Penyiasat berkata, Otoshi memberitahu mereka, dia "berminat dalam aktiviti menghendap." Media lain melaporkan, kes itu akan dirujuk kepada pendakwa "tidak lama lagi." Otoshi menjadi presiden syarikat gergasi AS di Jepun antara Disember 1999 hingga Januari 2009.


Sepanjang tempoh sembilan bulan terakhir penggal itu, Otoshi turut dilantik sebagai pengerusi - jawatan yang terus disandangnya sehingga Mei lalu.


Laman sesawang IBM menyatakan, Otoshi kemudian menjadi penasihat paling kanan kepada firma berkenaan. Jurucakap IBM pula berkata, Otoshi sudah meletak jawatan tetapi tiada butiran lanjut mengenainya diberikan.

Beberapa hari lalu, akhbar Jepun melaporkan, seorang pembantu hakim berusia 27 tahun ditahan kerana disyaki melakukan perbuatan sama.


Menurut media, insiden memalukan itu berlaku di Osaka. - TS

Artikel ini disiarkan pada : 31/08/2012


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Kerat mayat sebelum bakar

Posted: 30 Aug 2012 12:35 PM PDT

NIBONG TEBAL: Kepulan asap di sebuah lorong kecil berhampiran ladang kelapa sawit membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki terbakar dalam keadaan tanpa kepala, kedua-dua tangan dikerat pada paras siku dan kaki dipotong di bahagian paha.

Mayat lelaki dipercayai mangsa pembunuhan kejam itu ditemui orang awam yang curiga selepas melihat kepulan asap dekat ladang kelapa sawit di Jalan Sungai Kechil, di sini, jam 9.45 pagi, semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Asisten Komisioner Mat Nasir Salleh berkata, ketika ditemui sebahagian mayat masih terbakar itu dan mangsa hanya berseluar dalam.

Menurutnya, siasatan anggota forensik yang bergegas ke tempat kejadian gagal menemui dokumen pengenalan diri pada mayat terbabit dan menganggarkan usia mangsa dalam 30-an.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 31/08/2012


Penumpang ‘terbang’

Posted: 30 Aug 2012 12:31 PM PDT

SLIM RIVER: "Kerusi tercabut dan saya tercampak ke bahagian depan bas. Dalam kesakitan, saya terpandang pemandu sudah tidak sedarkan diri dan tersepit di tempat duduknya yang remuk."

Demikian kata R Kumutha, 23, seorang daripada 12 penumpang bas yang cedera, empat daripada mereka parah dalam kemalangan meragut nyawa pemandu bas berkenaan di Kilometer 362.7, Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur Plaza Tol Slim River, di sini, jam 10.30 malam kelmarin.


Pemandu bas ekspres yang terbunuh itu dikenali sebagai Hussain Jaafar, 29 dan ketika kejadian bas terbabit dalam perjalanan dari Klang, Selangor ke Butterworth, Pulau Pinang.

Kemalangan berlaku apabila bas terbabit melanggar belakang sebuah treler dengan muatan besi seberat 30 tan itu sebelum menyeret treler itu sejauh lebih 100 meter.


Kumutha yang juga penuntut Sarjana Sumber Manusia, Universiti Selangor (Unisel) berkata, ketika kejadian dia sedang tidur tidak jauh dari pemandu bas itu.


"Saya tidak ingat apa yang berlaku dan hanya tersedar apabila saya tercampak. Saya tidak dapat bergerak dan berasa sangat sakit.

"Ketika itu, keadaan menjadi kelam-kabut dan ramai orang menjerit kesakitan serta meminta tolong," katanya yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Sungai Petani, Kedah.


Menurutnya, orang awam dan penumpang bas kemudian membantu memapahnya keluar dari bas berkenaan sebelum dihantar dengan ambulans ke Hospital Slim River di sini.

Kumutha yang ditemui di Hospital Slim River (HSR) semalam berkata, doktor yang melakukan pemeriksaan dan imbasan X-Ray memberitahu tulang pinggangnya patah dan dia perlu menjalani pembedahan.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Superintendan Othman Nanyan berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila bas dipandu Hussain gagal mengelak treler yang bergerak perlahan di depan.


Menurutnya, impak perlanggaran yang kuat itu menyebabkan kebanyakan kerusi penumpang di bahagian hadapan bas tercabut dan penumpangnya tercampak "Pemandu bas ekspres itu maut di tempat kejadian. Kedua-dua kakinya hancur akibat tersepit.


"Mayat pemandu bas dan empat penumpang yang parah serta lapan yang cedera ringan dihantar ke HSR," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.


Othman berkata, ada penumpang mendakwa bas itu dipandu keadaan terhoyong-hayang sebelum nahas dan kemungkinan pemandu bas berkenaan mengantuk.


Menurutnya, pemandu kedua bas ekspres itu dan pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan.


Penolong Penguasa Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Slim River, Md Zin Mohd Saaidin berkata, anggota bomba yang tiba di tempat kejadian mendapati bas ekspres itu melekat di belakang treler.

Artikel ini disiarkan pada : 31/08/2012


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Sarimah ligat mengacara

Posted: 30 Aug 2012 08:28 AM PDT

APABILA terlalu banyak cerita peribadinya dijaja orang, ramai peminat seolah-olah terlepas pandang perkembangan karier seni penyanyi, pelakon dan pengacara versatil, Sarimah Ibrahim.

Hakikatnya, penyampai radio Red FM berdarah kacukan Melayu-Irish ini tidak menang tangan menerima tawaran mengacara daripada pelbagai pihak. Dia juga bakal muncul dengan biografi kisah hidupnya, sekali gus berjinak-jinak dalam perniagaan sebagai jaminan masa depannya.

Sarimah juga bersiaran dengan rakan setugasnya, Lil'Kev di Red FM setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 hingga 10 pagi setiap hari, sejak lebih enam bulan lalu.

Secara peribadi, Sarimah yang bermula dalam bidang pengacaraan mengakui sangat bersyukur kerana ramai pihak yang masih memberi kepercayaan kepadanya sebagai pengacara sehingga sekarang.


"Alhamdulillah, masih banyak tawaran mengacara pada setiap hujung minggu, setiap bulan sehinggalah tahun depan. Saya bersyukur sebab masih boleh 'bersaing' dan belajar banyak ilmu mengenai bidang pengacaraan dengan pengalaman mengacara di dalam dan luar negara.


"Bukannya mengacara lebih memberi kepuasan berbanding lakonan, sebaliknya mungkin sudah lama saya menjadi pengacara iaitu selama 16 tahun, sebab itu orang masih beri peluang kepada saya. Orang juga nampak saya lebih menyerlah sebagai pengacara kerana saya mengacarakan pelbagai acara atau majlis sama ada majlis formal atau biasa yang disiarkan secara langsung serta dirakamkan di dalam dan luar negara," katanya.

Mengulas dakwaan, pengacara berwajah Pan Asian dan urban sepertinya kurang diterima peminat Melayu, Sarimah lebih suka melihatnya dari sudut positif.

"Saya diundang sebagai pengacara Melodi tapi pada waktu itu pengacara tetap sudahpun tandatangan kontrak tetapi bercuti pula ketika itu. Saya sendiri memang suka mengacara program hiburan seperti Melodi. Justeru, peluang mengacara program itu saya tidak tolak.

"Lagipun saya tak pernah mengacara bersama Zizan Raja Lawak dan ingin mencuba peluang itu. Nak tengok sama ada kami serasi atau tidak. Ternyata, kami seronok mengacara bersama ketika itu. Soal wajah Pan Asian pula, ramai artis popular sekarang berwajah kacukan dan yang tak ada darah kacukan pun nampak seperti berdarah kacukan juga.

"Bagi saya, penonton bukannya melihat pada wajah saja, sebaliknya bakat, tutur bahasa dan cara kita mendekati penonton serta personaliti seseorang artis itu juga diambil kira. Banyak lagi aspek penting diambil kira selain wajah," katanya.

Sarimah juga berdebar menanti filem terbaru lakonannya, Apokalips arahan Mamat Khalid.

"Siapa kata saya sudah tidak berminat berlakon lagi? Kalau masanya sesuai, saya akan terima kerana memang rindu pada bidang lakonan. Karakter yang diimpikan ialah gadis kampung yang baik dan ayu atau watak berbeza daripada yang pernah dilakonkan sebelum ini.

"Watak apapun saya terima kerana setiap watak adalah satu cabaran kerana bukan mudah untuk menghayati karakter baru. Pada masa sama, terlalu ramai pengarah yang saya ingin bekerja dan menimba ilmu dengan mereka. Saya tak memilih pun kerana semua pengarah kita bagus dan ada genre yang menjadi kekuatan masing-masing.

"Begitu juga teater, selepas beraksi dalam teater Tun Mahathir dan Mak Dara Nyonya, tahun lalu, saya terus jatuh cinta dengan bidang teater dan tidak menolak jika ada tawaran lagi selepas ini," katanya.

Pada masa sama, Sarimah juga tidak melupakan cintanya pada bidang nyanyian. Buat masa ini, dia masih memilih beberapa lagu yang ditulis seorang dua penggubah lagu terkenal. Kemungkinan besar, dia akan menerbitkan album sendiri tanpa label dan genre muziknya pula lebih cenderung ke arah muzik Evanescence, Cranberries, Alanis dan balada.

Tidak lengkap, jika tidak menyentuh cerita peribadi pengacara jelita yang sudah lebih tiga tahun memegang status janda ini.

"Bukan mudah untuk mencari pengganti. Sebagai wanita, saya ingin mencari calon suami yang lebih baik, lebih serasi dan lebih sesuai sebagai teman hidup kerana saya bukan lagi wanita berusia 24 tahun yang cuma ingin romantik dan bercinta saja. Saya sudah matang sekarang dan lebih tahu apa yang saya mahu dan perlu dalam mencari seorang teman hidup.

"Saya tidak serik berkahwin lagi. Malah, saya sentiasa berdoa sekiranya diberi satu lagi peluang iaitu peluang kedua, saya akan berjaya mencari kebahagiaan dan cinta yang sejati buat selamanya. Saya memang seorang yang romantik tapi lebih matang soal cinta sekarang," katanya yang menyambut lebaran di luar negara, tahun ini.

Tauke coklat Schocolates

DALAM diam, Sarimah kini sudah bergelar tauke coklat jenamanya sendiri, Schocolates yang bakal dilancarkan sebelum penghujung tahun ini.

Wanita muda berwawasan tinggi ini juga membuat kajian lebih setahun untuk merealisasikan perniagaan yang dirancangnya itu.

"Semuanya bermula selepas saya bercuti di Jepun dan Itali, tahun lalu. Secara kebetulan, saya mengambil kelas dan kursus berkaitan bidang kopi dan membuat coklat di sana.

"Saya banyak buat kajian mengenai asal usul kopi dan coklat. Apabila kembali ke tanah air, saya berasa teringin sangat nak menghasilkan coklat berkualiti tinggi dan tidak mahal untuk rakyat Malaysia kerana saya sendiri penggemar coklat.

"Saya pun mulakan bisnes dengan mencari pembekal yang bagus dan ada kredibiliti, ramuan halal, mempunyai rasa, kandungan coklat asli yang tinggi dan berkualiti. Saya mendapat idea menghasilkan bisnes secara online di bawah www.s-Chocolates.com," katanya.

Sarimah ditemui pada majlis berbuka puasa bersama 26 orang peminat laman sosial twitter miliknya yang berlangsung di Restoran Delicious, Bangsar,
Ramadan lalu.

Tambah penuntut jurusan psikologi ini lagi, dia sudah lama cuba mendekati peminatnya menerusi twitter dan facebook, sekali gus mengeratkan lagi hubungan sedia ada.

"Saya juga mengadakan peraduan Reebok bersama pendengar Red FM dan pengikut twitter juga berpeluang memenangi kasut Reebok edisi terhad menerusi Red FM. Mereka yang hadir berpeluang merasai Schocolates buat pertama kalinya. Saya juga menghargai komen peminat yang memberi maklum balas menerusi soal selidik di sediakan pada majlis itu," katanya.

Dalam perkembangan lain, Sarimah bakal muncul dengan biografi kisah
hidupnya terbitan MPH Publishing dan akan berada di pasaran sebelum hujung tahun ini.

Buku yang mula ditulis pada 2010 ini menceritakan pengalamannya sebagai wanita, isteri, janda, anak seni dan seorang insan biasa yang pernah mengharungi pelbagai rintangan dari segi peribadi dan kerjaya.

Artikel ini disiarkan pada : 31/08/2012


Rita cabar Jue

Posted: 30 Aug 2012 07:36 AM PDT

"SAYA cabar dia untuk kemukakan bukti apabila dia mendakwa saya menuduhnya mempunyai hubungan dengan suami saya.

"Jika dia tidak dapat membuktikan tuduhannya itu, saya mahu dia membuat permohonan maaf secara terbuka," kata pelakon jelita, Rita Rudaini Mokhtar, 35, yang terkilan dengan kenyataan Jue Aziz yang mendakwa dirinya menuduh wanita itu mempunyai hubungan dengan suaminya juga pemain skuad bola sepak kebangsaan, Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak.

Rita Rudaini yang menghubungi Rap, Rabu lalu, melahirkan rasa kesal, terkejut dan terkilan selepas membaca kenyataan Jue seperti disiarkan menerusi akhbar ini pada hari yang sama, Jue mendakwa Rita menuduhnya dan Aidil mempunyai hubungan.

Antara petikan kenyataan Jue: "Saya rasa Rita pun tahu yang suaminya ada berkenalan dengan perempuan lain, tetapi kenapa dia perlu kaitkan suaminya dengan saya pula. Adakah sebab saya dikenali ramai maka saya dijadikan mangsa dengan sesuka hati menuduh saya dengan suaminya untuk meraih simpati masyarakat."


Satu lagi kenyataan Jue: "Jika benar saya ada keluar dengan Aidil, tunjukkan bukti dan di mana. Jangan buat cerita yang kru produksi nampak kami keluar berdua kerana sepanjang masa saya sibuk dengan penggambaran di luar ibu kota."


Menurut Rita, kenyataan itu dengan jelas menuduh dirinya sebagai penyebar gosip mereka berdua dan kenyataan pelakon itu sememangnya keterlaluan.

"Seperti yang saya jelaskan dalam siaran akhbar ini, Rabu lalu, saya sendiri dimaklumkan gosip mengenai hubungan Aidil dan Jue melalui rakan media yang menghubungi saya untuk mendapatkan komen apabila suami saya dikatakan rapat dengan pelakon itu.

"Pertanyaan itu datang daripada seorang wartawan sebuah majalah sekitar Mac lalu dan sebaik mendengar hal berkenaan, saya terus bertanyakan kepada Aidil, tetapi dia kata langsung tidak mengenali Jue.

"Saya bertanya kepada Aidil pun bukan sebab saya cemburu atau tidak senang dengan hubungan mereka (Aidil dan Jue) berdua seperti dimaklumkan wartawan berkenaan. Sebaliknya berkata kepada Aidil jika mahu mempunyai skandal sekalipun jangan sampai menyusahkan saya. Gosip mereka berdua membuatkan wartawan mencari saya untuk mendapatkan komen.

"Kalau saya jahat sangat sampai ingin menyebarkan hal ini, dari Mac lalu hal ini sudah sampai ke pengetahuan umum. Tetapi kerana saya sudah tidak mahu ambil tahu mengenai apa yang Aidil ingin lakukan, saya biarkan saja gosip itu masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri," katanya.

Satu lagi kenyataan Jue yang disifatkan tidak berasas oleh Rita apabila wanita itu mendakwa jangan mengada-adakan cerita yang kru produksi pernah melihat Jue dan Aidil keluar berdua.

"Saya nak tanya dia (Jue), dia dengar cerita dari mana dan siapa yang kononnya saya berkata begitu?

"Ini kerana saya tidak pernah berhubung dengan Jue atau meminta penjelasan daripadanya sejak gosip itu berlegar Mac lalu kerana seperti yang saya katakan, saya sudah tidak mahu ambil pusing apapun yang Aidil ingin buat.

"Satu lagi kenyataan melampau Jue apabila dia berkata yang saya boleh minta simpati di luar sana, tetapi bukan dengan orang dalam industri yang kenal siapa diri saya sebenarnya.

"Saya lebih makan garam berbanding dirinya (Jue) dalam bidang seni ini dan Alhamdulillah sampai sekarang saya masih diberi kepercayaan pihak produksi untuk melakonkan watak utama, sekali gus membintangi drama, telefilem serta filem terbitan mereka. Saya bukan mahu takbur atau bangga diri, tapi sila jaga bahasanya itu.

"Kalau saya pernah senyap seketika pun, itu bukan sebab tiada 'job' tetapi saya sendiri mengambil keputusan untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga.

"Sepanjang lebih 10 tahun berlakon, saya jarang terbabit dengan kontroversi melainkan isu 'kahwin lari' itupun kerana ingin melakukan perkara baik, sedangkan Jue, apakah dia langsung tidak pernah dihambat kontroversi? Saya tidak mahu sebut kontroversi pernah menghambat dirinya yang pernah saya, umum dan penggiat seni dengar kerana tak mahu membuka aibnya. Lagipun dia tiada kena-mengena dengan hidup saya.

"Cuma, saya berharap dia lebih berhati-hati dengan tutur katanya dan jangan sewenang-wenangnya bercakap hal orang sedangkan dia sendiri bukan seorang artis yang boleh dianggap 'bersih dan bebas' kontroversi," kata Rita.

Berhubung percanggahan pengakuan Aidil yang mengatakan langsung tidak mengenali Jue sedangkan Jue pula mengakui mempunyai nombor pin BBM Aidil dan pemain bola sepak itu, baru-baru ini ada berhubung dengan Jue untuk menyelesaikan kemelut gosip yang mengaitkan mereka berdua, Rita serahkan pada umum untuk menilai.

"Biarlah orang yang membaca kenyataan saya dan Jue sebagai dilaporkan Harian Metro, Rabu lalu menilai sendiri. Saya percaya pembaca bijak menilai.

"Menurut Jue, suami saya ada menghubunginya untuk menyelesaikan gosip yang mengaitkan mereka berdua, tetapi kenapa Aidil tidak berbuat demikian untuk menerangkan hal sebenar kepada saya yang masih lagi isterinya walaupun situasi rumah tangga kami ketika ini ibarat 'retak menanti belah'.

"Bukan itu saja, kalaulah saya berada di tempat wanita yang dikaitkan dengan suami orang, saya akan menghubungi isteri kepada lelaki berkenaan untuk meminta maaf di atas gosip yang tersebar, sekali gus menafikan jika ia tidak benar. Bukannya kita menuduh dan menghina isteri lelaki itu pada umum," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 31/08/2012


Kredit: www.hmetro.com.my

Khamis, 30 Ogos 2012

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Syukur generasi bebas penjajah

Posted: 30 Aug 2012 09:25 AM PDT

PERASAANNYA berbunga riang sambil melahirkan rasa syukur yang tidak putus-putus setiap kali sambutan Hari Kemerdekaan berlangsung, malah tidak ketinggalan meraikan hari bersejarah itu bersama-sama jutaan rakyat Malaysia berbilang kaum yang tahu menilai serta menghargai erti kebebasan di tanah air sendiri.

Walaupun lahir selepas merdeka, suri rumah, Noriah Hashim, 49, mampu merasai keperitan kehidupan penduduk negara ini sebelum mencapai kemerdekaan, melalui kisah yang diceritakan suami serta arwah ibu mentuanya yang sering berkongsi pengalaman mengenai penderitaan mereka ketika Tanah Melayu menjadi kawasan jajahan British dan Jepun.

Setiap kali tarikh keramat 31 Ogos menjelang tiba, beliau antara orang yang paling gembira kerana mengenangkan keadaan rakyat negara ini yang dapat hidup aman dan harmoni selepas bebas daripada cengkaman ketakutan akibat duduk di bawah pemerintahan bangsa asing suatu ketika dulu.

Noriah berkata, setiap kali mendengar kisah kepayahan hidup yang diceritakan ibu mentua dan suaminya, beliau berasa betapa bertuahnya menjadi rakyat Malaysia yang bukan saja boleh hidup bertolak-ansur bersama kaum lain dalam keadaan damai, malah diuruskan kerajaan yang bertanggungjawab, prihatin dan menjaga kebajikan rakyat.


Daripada apa yang diceritakan kepadanya, dia mendapat tahu kehidupan sebelum merdeka dipenuhi rasa takut yang amat sangat terutama ketika penjajahan Jepun hingga orang kampung tidak mahu keluar rumah kerana bimbang diserang.


"Mereka hidup dalam ketakutan, tidak seperti kita hari ini. Menurut ibu mentua saya, adik-adik perempuannya yang masih muda dan belum berkahwin ketika itu disorok bapanya dan tidak dibenarkan keluar.

"Ibu mentua saya berasal dari Tapah, Perak dan adik-beradiknya semua mempunyai rupa paras yang cantik dengan kulit putih mulus. Disebabkan itu, mereka disorok kerana bimbang diapa-apakan tentera Jepun.

"Sekiranya hendak keluar juga, terpaksa sorok-sorok kerana tentera Jepun ketika itu yang terkenal dengan sikap rakus dan kejam, berani melakukan jenayah sesuka hati mereka termasuk membunuh," katanya.

Menurut Noriah, selain terseksa dari segi emosi kerana tidak bebas dan rasa terkurung, hidup majoriti rakyat di Tanah Melayu ketika itu juga sangat susah dan banyak bergantung kepada ubi kayu sebagai sumber makanan.

Menurut suaminya, peniaga, Mat Daud Ayob, 60, hidup pelajar sekolah ketika itu juga terbatas kerana mereka terpaksa pergi dan balik sekolah dalam keadaan menyorok, malah sesi persekolahan pernah terganggu sementara dengan kehadiran tentera Jepun.

Keadaan pada masa itu sangat berbeza dengan zaman ini. Rakyat Malaysia bukan saja bebas dan hidup aman damai, malah semakin maju mengejar pencapaian setanding negara luar.

"Taraf hidup rakyat ketika ini juga jauh berbeza sekiranya hendak dibandingkan zaman sebelum merdeka kerana ekonomi kita yang semakin kukuh dan nama negara semakin harum di peringkat antarabangsa.

"Saya selalu menceritakan kisah sebelum zaman merdeka seperti yang diceritakan kepada saya dan sering berpesan kepada anak-anak supaya mereka bersyukur dapat tinggal dan menjadi rakyat negara ini.

"Walaupun ke mana kita pergi, Malaysia adalah negara terbaik pada mata saya kerana ia seimbang dari semua segi, tidak seperti sesetengah negara lain yang rakyat hidup melarat biarpun sudah lama maju," katanya.

Ibu kepada empat anak itu berkata, golongan muda juga harus tahu mengenai kisah sebelum merdeka supaya mereka sedar betapa berharganya nilai kebebasan serta tidak menimbulkan sebarang kekacauan yang boleh merosakkan keharmonian negara.

Beliau bukan saja rasa bersyukur, malah berasa amat beruntung menjadi rakyat negara ini, bersama-sama dengan bangsa lain yang berbilang kaum.

"Tidak perlulah kita hendak bergaduh atau membuat kacau kerana perbezaan fahaman politik kerana apa yang negara ada ketika ini sudah cukup bagus. Kerajaan kita melakukan tugas dengan baik dan tidak perlulah ada pihak yang hendak membuat kacau-bilau," katanya.

Setiap kali Hari Kemerdekaan, rasa bangga menjadi anak Malaysia membuak dalam dadanya. Justeru, dia dan suami sanggup bangun awal pada hari cuti umum itu untuk membawa anak-anak meraikan hari penuh bersejarah di Dataran Merdeka bersama rakyat lain. Ia boleh dikatakan sudah menjadi 'aktiviti tahunan yang wajib' untuk mereka sekeluarga.

Malah, setiap tahun dia sekeluarga akan turut sama menghias rumah dan kereta dengan bendera Malaysia bagi mengingati hari bermakna kepada negara ini.

"Kami juga akan bergerak dari rumah di Kajang ke Dataran Merdeka untuk sama-sama meraikan dan merasai nikmat kemerdekaan yang dicapai sejak 55 tahun lalu bersama rakyat lain.

"Sungguh menggembirakan apabila dapat melaungkan Merdeka bersama-sama rakyat negara ini yang berbilang kaum. Ia menunjukkan majoriti rakyat tahu menghargai erti kebebasan dan keamanan," katanya.

Sementara itu, juruteknik, Abdullah Hashim, 55, yang dilahirkan tepat pada 31 Ogos 1957 berkata, berkongsi tarikh lahir dengan Hari Kemerdekaan sememangnya memberi makna tersendiri kepada dirinya.

Katanya, beliau dilahirkan di rumahnya di Kampung Gelam, Melaka dan hanya menyedari tarikh lahirnya sama dengan sambutan kemerdekaan negara sekitar usia 10 tahun apabila diberitahu bapanya.

"Ketika kecil, saya tidak tahu tetapi apabila sudah mula faham, saya berasa amat bangga dilahirkan sama dengan tarikh negara bebas daripada cengkaman bangsa luar, apalagi rakyat Malaysia beramai-ramai meraikannya," katanya.

Abdullah berkata, beliau sering mendengar cerita betapa susahnya kehidupan zaman sebelum merdeka terutama daripada ibu bapanya di mana kehidupan seharian rakyat pada waktu itu sangat susah dan sentiasa tertekan.

Dia masih ingat bagaimana orang kampung ketika itu sangat takut dengan tentera Jepun hingga pergerakan mereka menjadi terbatas dan tidak dapat keluar rumah kecuali dengan cara menyorok.

"Kekejaman tentera Jepun menyebabkan penduduk takut hingga tidak berani bergerak di luar rumah. Tidak seperti hari ini, tiada rasa takut dan semua orang bebas untuk ke mana-mana saja.

"Apabila kita diisytiharkan merdeka, ia seolah-olah satu nikmat yang sukar diucapkan dan hanya difahami mereka yang pernah hidup tertindas sebelum ini. Hidup rakyat menjadi lebih tenang dan gembira," katanya.

Kisah mengenai zaman sebelum kemerdekaan seharusnya selalu diketengahkan supaya generasi muda tahu betapa seksanya hidup di bawah cengkaman asing dan lebih bersikap patriotik terhadap negara.

Katanya, golongan yang suka menimbulkan kekacauan seharusnya sedar segala ketenangan dan kedamaian yang dikecapi hasil kemerdekaan yang diperoleh dan tidak seharusnya diperjudikan dengan sikap mementingkan diri sendiri.

"Saya tidak setuju dengan perbuatan demonstrasi yang sering diadakan sesetengah pihak kerana bagi saya ia bukan saja membuang masa, malah tidak memberi sebarang faedah kepada bangsa dan negara.

"Generasi muda harus tahu mengenai keadaan sebelum merdeka dan jangan huru-harakan negara kerana sikap mementingkan diri sendiri," katanya.

Abdullah bersama isteri, Sharifah Hashim, 54, dan anak-anak, Shahrul, 27, Nurhaniza, 25, dan Ahmad Shahir, 18, menghias rumah mereka dengan mengibarkan bendera bersaiz besar pada hadapan rumah bagi meraikan hari bersejarah negara ini.

Artikel ini disiarkan pada : 31/08/2012


Guna FB cegah kanser

Posted: 23 Aug 2012 08:12 AM PDT

BERAPA ramai antara kita berani bersuara sama ada menegur atau memarahi ahli keluarga, rakan, teman lelaki dan wanita mahupun orang asing yang merokok terutama jika ia dilakukan di depan mata?

Ya, memang ada yang berani namun jumlah mereka yang berdiam diri lebih ramai. Mungkin disebabkan malu, malas, takut dimarahi atau sudah serik menegur, kita bertindak mengambil keputusan untuk tidak bersuara lagi.

Kata-kata seperti 'suka hati mereka, sudah sakit nanti tanggung sendiri' dan 'ala, mereka sudah besar, tahu fikir mana baik dan mana buruk' selalu didengari apabila masalah untuk menegur si perokok tegar ini dibangkitkan.

Bagaimanapun, jangan sesekali berputus asa untuk terus menasihati mereka terutama anak muda agar menjauhi rokok mahupun perkara lain yang tidak sihat demi kesihatan diri.


Ini kerana, bahan di dalam rokok yang mengandungi tembakau itu adalah penyebab utama dan tertinggi kepada penyakit pembunuh di seluruh dunia iaitu kanser.


Justeru, berlandaskan sebab tanggungjawab dan menyayangi masyarakat, Persatuan Kanser Malaysia (NCSM) dengan kerjasama Courts Malaysia (Courts), melancarkan kempen mengenai bahaya dan pencegahan kanser secara inovatif melalui saluran laman sosial paling popular, facebook.

Pengarah Urusan NCSM, Rubi Ain Dahlan, berkata kempen yang dinamakan sebagai 'I Choose' atau 'Saya Pilih' ini bertujuan memberi pendedahan kepada golongan belia sama ada pelajar sekolah, kolej atau universiti terhadap penyakit ini yang boleh dicegah dengan amalan gaya hidup sihat.

"Dengan kerjasama Courts, hari ini kami dapat melancarkan halaman facebook khas untuk golongan belia. Halaman ini istimewa kerana ia akan menjadi saluran utama bagi mereka berkongsi maklumat termasuk cara mengamalkan gaya hidup sihat daripada segi pengambilan bahan makanan, senaman dan seumpamanya sejak peringkat awal bagi menghindari kanser.

"Selain itu, dengan kewujudan halaman facebook ini, kami dapat memikat hati semua golongan belia apabila nada dan gaya bahasa yang digunakan bersesuaian serta digemari mereka.

"Golongan belia sememangnya berkeupayaan untuk menyerap maklumat yang banyak. Oleh itu, kami berharap dapat menyalurkan pelbagai maklumat penting ini kepada mereka menerusi saluran komunikasi yang paling disukai agar dapat membentuk diri mereka untuk membuat pilihan bijak dengan mengatakan tidak kepada kanser," katanya.

Menurut Rubi Ain, kajian menunjukkan pencegahan kanser bermula dengan gaya hidup sihat dan lebih wajar serta berkesan lagi sekiranya amalan itu dimulakan dari usia muda.

Tidak sukar, antara petua menjaga kesihatan untuk menjauhi kanser atau penyakit kronik lain adalah dengan menggunakan krim pelindung sinaran matahari, meninggalkan tabiat merokok dan mengurangkan diri terdedah daripada asap rokok, memakan lebih banyak buah-buahan atau sayur-sayuran segar serta elak pengambilan makanan yang siap diproses.

Tambahnya, kempen berkenaan juga adalah sebahagian daripada program Harapan Kami Untuk Kanak-Kanak iaitu satu usaha inisiatif berterusan anjuran NCSM dan Courts sejak 2010.

"Keluarga sihat adalah asas kebahagiaan anggotanya. Seiring dengan konsep perniagaan Courts yang mengutamakan rumah tangga, amat penting bagi kami untuk membabitkan diri dan menyumbangkan usaha dalam kegiatan yang dapat meningkatkan tahap kesihatan masyarakat Malaysia," kata Pengarah Negara Courts, Chris Yong.

Selain akan sentiasa dikemas kini dengan maklumat terkini mengenai cara mengurangkan risiko kanser, halaman ini juga memperkenalkan pelbagai aktiviti menyeronokkan seperti koreografi tarian.

Menerusi medium sama, anda boleh menyaksikan sebuah video istimewa bertajuk Unlike Cigarettes yang mengandungi pandangan selebriti tempatan seperti Cheryl Samad, Jeremy Teo, Jojo Struys, Azura Zainal, Stephanie Chai, Julie Woon, Fuad, Will Quah dan Shawn Lee yang menggalakkan golongan belia untuk menghindari serta menghentikan tabiat merokok.

Satu lagi aktiviti yang boleh disertai oleh semua remaja warganegara Malaysia berusia 13 hingga 24 tahun ialah pertandingan membuat video. Peserta hanya dikehendaki merakamkan diri mereka untuk berkongsi pendapat mengenai keburukan merokok dan menghantar rakaman video berkenaan sebelum 30 September 2012.

Lima peserta terbaik yang akan diadili oleh barisan panel bertauliah berpeluang memenangi hadiah menarik tajaan Courts seperti televisyen Samsung LED 32 inci, Apple iPod Shuffle 2G dan mesin pencetak foto Canon Selphy.

Untuk melihat dan mendapatkan maklumat berguna mengenai penyakit kanser ini, layari www.facebook.com/ichoosemalaysia.

Artikel ini disiarkan pada : 31/08/2012


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Elak tikaman pencuri minuman

Posted: 29 Aug 2012 12:42 PM PDT

PETALING JAYA: "Mujur pekerja saya dapat mengelak tikaman itu jika tidak dia pasti cedera apabila lelaki terbabit yang kami tangkap selepas mencuri pek minuman coklat cuba menghunus pisau bagi melepaskan diri," kata pengurus pasar raya, Ezmin Rashid, 29, menceritakan kejadian cubaan dua lelaki melarikan barangan runcit dari premis itu di Taman Medan Jaya, di sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, Ezmin memberkas seorang daripada lelaki terbabit dengan bantuan pekerjanya sebelum suspek yang berang bertindak agresif dengan menghunus pisau ke arah mereka.


Menurutnya, ketika kejadian, dia bertugas di kaunter pasar raya berhampiran pintu utama apabila seorang lelaki yang mulanya disangka pelanggan membawa lari bakul mengandungi empat pek serbuk minuman coklat.

"Sebelum kejadian, lelaki terbabit masuk dalam pasar raya dan mengambil pek serbuk minuman coklat itu dari rak berhampiran kaunter.


"Saya mengesyaki sesuatu tidak kena mengenai lelaki terbabit dan memerhatikan gerak-gerinya berikutan dia berkelakuan mencurigakan," katanya ketika ditemui, semalam.


Ezmin berkata, secara tiba-tiba lelaki terbabit berlari keluar dari pasar raya sambil membawa barangan berkenaan tanpa membuat pembayaran menyebabkan dia mengejar lelaki itu.

"Lelaki terbabit berlari ke arah seorang rakannya yang sedia menunggu atas motosikal di luar pasar raya. Tetapi, saya sempat menarik lelaki itu sehingga dia terjatuh. "Kami bergelut sebelum pekerja saya datang membantu dan menahan lelaki terbabit, manakala rakannya melarikan diri," katanya. Katanya, lelaki terbabit dibawa ke dalam stor dan seorang pekerja pasar raya diarahkan supaya mengawasi lelaki terbabit.


"Ketika saya menghubungi polis, lelaki terbabit tiba-tiba bertindak ganas apabila mencapai pisau dalam stor dan cuba untuk menikam pekerja saya.

"Namun, pekerja saya dapat mengelak dan bertindak pantas dengan merampas kembali pisau itu sebelum kedua-duanya bergelut menyebabkan saya segera membantu," katanya.


Beliau berkata, lelaki terbabit diserahkan kepada anggota polis peronda (MPV) yang tiba, manakala pek serbuk minuman coklat dan senjata digunakan turut diserahkan sebagai bahan bukti.


"Saya difahamkan, lelaki terbabit mempunyai rekod jenayah lampau pelbagai kes dan dia dikatakan baru saja dibebaskan dari tahanan penjara.


"Ini kali ketujuh saya menangkap pencuri barangan runcit di pasar raya ini. Walaupun, pihak pasar raya meningkatkan keselamatan seperti memasang kamera litar tertutup (CCTV), tetapi jenayah masih berleluasa," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 30/08/2012


‘Drebar teksi tak sepatutnya disekat’

Posted: 29 Aug 2012 12:40 PM PDT

KUALA LUMPUR: Tiada premis komersial sama ada hotel atau pusat beli-belah yang boleh menyekat pemandu teksi untuk mengambil penumpang di hadapan bangunan mereka, malah golongan itu berhak menawar perkhidmatan di situ selagi diperlukan.

Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Azhar Ahmad berkata, tiada peruntukan yang membuat halangan itu, bahkan pemandu teksi di seluruh Malaysia masih bebas mengambil penumpang di mana saja asalkan di bawah lingkungan pemanduannya.


"Sepatutnya tiada halangan untuk pemandu teksi mengambil penumpang di mana-mana pun, tetapi jika ada pihak cuba menyekat ia perlu disusuli arahan tertentu seperti pusat beli belah terkemuka, KLCC yang membenarkan teksi limosin memasuki premis.

"Tapi, tetap tiada sekatan ke atas pemandu teksi untuk berurusan di kawasan luar. Premis seperti hotel dan pusat belah-belah sepatutnya tak boleh menghalang pemandu teksi. Perkara ini tak sepatutnya berlaku," katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Akhbar sebelum ini melaporkan rungutan pemandu teksi yang dihalang daripada mengambil penumpang di beberapa hotel dan pusat beli-belah dengan terbaru kejadian di Melaka membabitkan pemandu teksi eksekutif mendakwa arahan dikeluarkan pengurusan hotel dan pusat beli-belah berkenaan.


Tindakan itu didakwa pemandu teksi menjejaskan operasi mereka, sekali gus perolehan harian, malah ruangan menunggu yang tidak lagi disediakan seolah-olah menafikan perkhidmatan mereka di bandar raya itu.

Mengulas perkara itu, Azhar berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan persatuan hotel dan pusat beli-belah terbabit bagi mengetahui perkara sebenar dan berbincang secara menyeluruh.


"Bagaimanapun, pemandu teksi juga perlu mengambil perhatian mengenai kebersihan teksi mereka, kondusi kenderaan berkenaan supaya kekal elok dan berkeadaan baik," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 30/08/2012


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Janda angau godaan Dr Clinton

Posted: 29 Aug 2012 12:57 PM PDT

MELAKA: Cair dengan pujukan 'Dr Michael Clinton' kononnya dari Switzerland dan mahu membuka klinik di Malaysia, seorang janda beranak satu menjadi mangsa terbaru sindiket penipuan Internet lelaki Nigeria membabitkan kerugian RM233,000.

Mangsa berusia 56 tahun mengenali lelaki itu menerusi satu laman sosial, awal Mei lalu yang memaparkan gambarnya sebagai lelaki kulit putih yang bekerja di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintendan Soh Hock Sing berkata, untuk meyakinkan mangsa suspek memberitahu dia akan mengirimkan wang AS$380,000 (RM1,186,38) kepada mangsa untuk disimpan bagi membuka klinik yang dirancang.

Menurutnya, selepas satu tempoh, suspek mendakwa wang itu sudah dikirim dan berada di Kuching, Sarawak, namun untuk mendapatkannya mangsa terlebih dulu perlu membuat beberapa pembayaran kononnya sebagai yuran pengubahan wang dan servis serta cukai kerajaan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 30/08/2012


Ditetak enggan mengalah

Posted: 29 Aug 2012 12:56 PM PDT

KOTA BHARU: Seorang pembantu klinik hampir putus pergelangan tangan kiri selepas ditetak menggunakan parang ketika diragut dua lelaki di Jalan Che Su, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, Rohairani Abdullah @ Ibrahim, 36, pengsan di tempat kejadian sebelum dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini, akibat kecederaan parah yang dialami.


Dia sebelum itu dikatakan baru keluar dari kereta yang diparkir berhampiran tempat kejadian dan berjalan bersendirian ke kedai untuk membeli kain tudung.

Menurut saksi, Hidayah Daud, 21, dia mendengar suara wanita menjerit meminta tolong sebelum ternampak mangsa bergelut dengan seorang daripada peragut.


Katanya, mangsa cuba melawan sebelum suspek melibas parang dan menetak pergelangan tangannya namun gagal melarikan beg tangan mangsa.


"Saya lihat wanita itu ditetak berkali-kali namun mangsa masih tidak melepaskan beg tangan. Disebabkan itu, peragut bertindak melibas parang dan menetak tangannya.

"Bagaimanapun, peragut itu melarikan diri dengan membonceng motosikal rakannya yang menunggu tidak jauh dari tempat kejadian sebelum orang ramai memberikan bantuan," katanya.


Difahamkan, ibu kepada dua anak itu kini dilaporkan stabil selepas menerima rawatan di HRPZ II. Adik mangsa yang enggan dikenali berkata, dia menerima panggilan daripada pihak hospital kira-kira jam 2.30 petang sebelum bergegas ke HRPZ II bersama ibu saudaranya dan untuk melihat keadaan kakaknya itu.

Katanya, dia terkejut melihat tangan kakaknya yang terbelah dan hampir putus akibat ditetak peragut terbabit.


"Saya terima panggilan daripada pihak hospital namun tidak menyangka kecederaannya begitu teruk malah saya terkejut apabila melihat tangannya yang hampir putus," katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian terbabit.


Katanya, setakat ini polis masih belum mendapat maklumat tepat berhubung suspek dan akan menjalankan siasatan.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan kami minta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil bagi membantu siasatan polis," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 30/08/2012


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Tuhan saja tahu

Posted: 29 Aug 2012 11:41 AM PDT

BIARPUN kes membabitkan Timbalan Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Karim Ibrahim belum ada sebarang keputusan, Presiden badan induk itu, Datuk Seri Shahidan Kassim yakin pemilihan Ahli Majlis Tertinggi kesatuan itu pada mesyuarat agung 23 September ini akan berlangsung dengan bersih.

Beliau yang sebelum ini menyatakan kegusaran apabila mendedahkan wujudnya gejala membeli undi menjelang pemilihan itu, meluahkan keyakinan AGM kali ini akan berlangsung dengan adil dan tidak wujud isu berhubung pembelian undi.


"Setiap kali pemilihan, nampaknya semua berlangsung dengan bersih, cuma jika ia berlaku, perkara itu kita serahkan kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) untuk menyiasat," katanya. Beliau yang juga Presiden Persatuan Renang Amatur Malaysia (Asum) sebelum ini pernah meluahkan kebimbangannya berhubung gejala membeli undi dalam KOM yang akan menjejaskan semua pihak termasuk kesatuan, kementerian serta negara, namun yakin isu itu tidak akan berulang pada pemilihan kali ini.

Shahidan menegaskan, selepas beberapa kali mesyuarat agung itu terpaksa ditunda berikutan penyata kewangan KOM yang belum disiapkan, tarikh pemilihan pada 23 September ini tidak akan diubah melainkan berlakunya perkara yang tidak dapat dielakkan seperti pilihan raya umum.


Sementara itu ketika diminta mengulas hasrat timbalannya untuk terus bertanding dan mempertahankan jawatan nombor dua KOM, Shahidan berkata, beliau tidak dapat memberi sebarang komen kerana kes itu masih dalam siasatan dan belum ada sebarang keputusan.


Namun beliau akan memastikan semua permasalahan terjawab apabila peti pencalonan dibuka pada jam 4 petang, 10 September ini.

"Saya terpaksa melihat dulu siapa yang mencalonkan nama beliau atau siapa yang menyokong kerana ketika ini kita tidak tahu ada orang menyokong atau tidak. Saya serahkan semuanya kepada negeri. "Saya juga tidak menghalang sesiapa yang berminat untuk bertanding bagi mana-mana jawatan. Saya serahkan saja kepada mereka," katanya yang akan mengumumkan keputusan hasil siasatan Panel Jawatankuasa Siasatan, Tan Sri V C George, selewat-lewatnya pada 11 atau 12 September ini.

Artikel ini disiarkan pada : 30/08/2012


Hadiah hari jadi

Posted: 29 Aug 2012 11:38 AM PDT

"PERLAWANAN ini (kelmarin) paling bermakna kerana inilah kali pertama saya melakukan hatrik sepanjang beraksi bersama pasukan negeri. Saya gembira kerana selain mencatat hatrik, ia juga berlaku ketika saya masih meraikan ulang tahun ke-24," kata penyerang Pahang yang berasal dari Kampung Pasir Panjang, Pekan, Mohd Fauzi Roslan.

Malam kelmarin, anak buah Dollah Salleh membelasah Sarawak, 6-0, jurang jaringan kemenangan terbesar saingan Piala Malaysia setakat ini.


Kejayaan itu membolehkan Pahang mengumpul tujuh mata hasil tiga perlawanan sekali gus mengungguli Kumpulan D yang turut dihuni Selangor serta T-Team.

Selain Mohd Fauzi yang meraikan hari jadinya Isnin lalu, pemain import Pahang dari Russia, Boris Kochkin turut menjaringkan gol pada hari lahirnya ke-30 yang secara kebetulan jatuh pada hari perlawanan itu.


Mohd Fauzi meledak hatrik pada minit ke-32, 45 dan 87 manakala Kochkin, ke-70. Dua lagi gol Pahang disumbang Mohd Hafiz Kamal (m-60) dan P Gopinathan (m-90).


Mohd Fauzi yang tidak beraksi ketika Pahang menewaskan T-Team, 3-2 pada aksi pembuka tirai Kumpulan D akibat penggantungan berterima kasih kepada jurulatih dan rakan seperjuangan yang banyak memberi sokongan kepadanya.

"Saya percaya kemenangan ini mematangkan saya untuk lebih cemerlang pada baki tiga perlawanan kumpulan sekali gus memastikan misi ke suku akhir menjadi kenyataan.


"Kemenangan besar ini hadiah istimewa saya buat penyokong setia Pahang yang banyak memberi kata-kata semangat untuk mengembalikan imej Pahang pada kempen Piala Malaysia musim ini," katanya.

Sementara itu, Dollah gembira dengan aksi anak buahnya terutama prestasi cemerlang Mohd Fauzi yang setakat ini menghasilkan empat gol dalam kempen Piala Malaysia.


"Memang patut dia berasa gembira. Kemenangan itu hadiah hari jadi buat dia dan Kochkin. Sebagai jurulatih, saya tidak boleh mengharapkan keputusan lebih baik.


"Saya harap persembahan seperti ini dikekalkan ketika bertemu Sarawak di Stadium Negeri, Kuching, Sabtu ini kerana kami ingin memburu slot awal ke suku akhir," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 30/08/2012


Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved