Jumaat, 19 Oktober 2012

Harian Metro: BeritaUtama


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Dentuman kuat, bergegar

Posted: 18 Oct 2012 04:28 PM PDT

Oleh Kalidevi Mogan, Nurul Ekhwan Haque Fazalul Haque, Norul Awatif Romli dan Mohamad Naufal Mohamad Idris
am@hmetro.com.my

SHAH ALAM: "Saya hanya nampak kawasan itu dipenuhi habuk selain mendengar jeritan pekerja," kata Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, 62, antara saksi awal kejadian anjung sebuah banglo dalam pembinaan dianggarkan berharga RM3 juta yang runtuh, di sini, semalam, menyebabkan seorang pekerja warga Indonesia terbunuh.

Kejadian kira-kira jam 4.20 petang di Jalan Jed Satu 7/5A, Seksyen 7 itu turut menyebabkan lima lagi pekerja parah, seorang daripadanya putus kaki.

Beliau yang juga Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata, ketika kejadian dia sedang membaca akhbar di rumahnya yang terletak berhadapan banglo yang runtuh itu.

"Tiba-tiba saya dikejutkan dengan bunyi runtuhan yang kuat. Sebaik melihat dari tingkap, saya terkejut selepas mendapati sebahagian bumbung rumah sedang dibina di depan rumah saya runtuh," katanya.


Abdul Aziz berkata, beliau segera menghubungi pihak berkuasa untuk bantuan kecemasan sebelum mereka tiba kurang 10 minit selepas dihubungi.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/19


Penyamun datang serah bayi

Posted: 18 Oct 2012 04:28 PM PDT

SUNGAI BULOH: "Tiada apa yang mampu saya katakan selain daripada gembira dan berasa lega kerana bayi lelaki kami yang dilarikan lima lelaki sejak dua hari lalu dipulangkan kembali malam tadi," kata Nay Soe Aung, 29, bapa Mikalithu yang dilarikan sekumpulan penyamun di Taman Saujana Akasia, di sini Rabu lalu.

Ketika kejadian jam 10.30 malam kelmarin itu, dia bersama isterinya, Cho Cho Tun, 33, warga Myanmar berada di tingkat dua rumah sewa mereka apabila tiba-tiba dimaklumkan rakan sekerja ada dua lelaki berada di depan rumah dan mahu memulangkan semula bayinya.

Menurutnya, dia bersama isteri kemudian bergegas turun sebelum mendapati dua lelaki sedang memegang bayinya sebelum mereka menyerahkan kepada isterinya.

"Ketika itu, saya lihat ada sebuah kereta bersama beberapa lelaki di dalamnya berada di hadapan rumah kami dan hanya dua lelaki yang turun untuk menyerahkan bayi saya itu.


"Sebelum beredar lelaki terbabit turut mengugut supaya saya tidak membuat laporan polis dan jika berdegil mereka akan membunuh kami sekeluarga," katanya ketika ditemui di kediamannya, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/19


Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved