Jumaat, 19 Oktober 2012

Harian Metro: Hati


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Hitam, putih asas rekaan

Posted: 19 Oct 2012 01:21 PM PDT

INSPIRASI flora dan fauna berkonsepkan gaya 70-an dengan bingkisan bunga-bungaan melatari setiap helaian busana sama ada pada gaun labuh, blaus pendek atau jaket bercetak dipadankan seluar atau skirt menjadi pilihan wanita moden masa kini.

Berkonsepkan percutian dengan mengetengahkan elemen segar pada rekaan, potongan ringkas dan cetakan pada baju, sekali lagi koleksi Raoul Cruise 13 diperkenalkan selepas diterima baik peminat pada tahun lalu.

Mengetengahkan cetakan sebagai titik tumpu si pemakai, Raoul nyata kreatif dalam menghasilkan jenamanya sendiri apabila memilih rona pastel seperti hitam dan putih sebagai asas rekaan pada hamparan fabrik kapas serta sutera georget untuk padanan skirt dan seluar.

Selain itu gabungan warna terang seperti merah jambu, merah, hijau zamrud dan kuning diperkenalkan sebagai pilihan kepada mereka yang inginkan keceriaan dalam penggayaan. Ia seolah-olah mewujudkan blok warna terutama bagi mereka yang berani mencuba.


Selain flora, cetakan geometri seperti grid bersilang nampak lebih feminin apabila diabadikan pada sutera Shantung yang menampakkan kelangsingan wanita.


Padanan seperti gaun, skirt pendek, skirt labuh, seluar dipadankan jaket, kardigan dan blaus ternyata menampakkan sisi elegan si pemakai dan sesuai digayakan untuk acara koktel. Corak abstrak serta polos direka menjadi helaian yang cukup indah terutama pada gaun dan blaus.

Keunikan Raoul bukan saja pada potongan dan pemilihan warna, tetapi sedikit perincian manik pada bahagian tertentu terutama gaun labuh menambah nilai estetika. Potongan tangan serta kolar memberi keunikan tersendiri. Bagi penggemar jenama ini, Raoul sentiasa memastikan setiap padanan mampu memberi keyakinan kepada wanita.

Walau di mana anda berada sama ada ke pejabat dengan koleksi ringkas atau keluar bersama rakan dan keluarga, padanan Raoul pastinya mampu memberikan gaya tersendiri kepada wanita. Mungkin juga pilihan ini memberi kelegaan kepada mereka yang ingin menghadiri acara karpet merah atau menyempurnakan percutian pada hujung tahun.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/20


Tambah Premis

Posted: 19 Oct 2012 12:55 PM PDT

RANGKAIAN gedung pakaian murah Jepun, Uniqlo, terus berkembang pesat bertapak di Malaysia dengan pembukaan dua gedung barunya di pusat beli-belah Sunway Pyramid dan Paradigm Mall.

Bermula dengan pembukaan gedung di pusat beli-belah Fahrenheit 88 di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada 4 November 2010 dan kemudiannya mengembang–kan sayap ke Suria KLCC dan One Utama dengan keluasan cukup memuaskan bagi kemudahan pelanggan, tidak sangka tahun ini saja sudah empat gedung baru diwujudkan.

Jenama ini terkenal sebagai pendahulu pakaian kasual yang bukan saja menawarkan fesyen terkini berkualiti tinggi, malah ia sesuai untuk semua orang tanpa mengira peringkat umur pada harga berpatutan.

Pembukaan gedung barunya ini bertujuan meningkatkan akses untuk setiap tawaran unik kepada warga Malaysia.


Selain itu, usaha Uniqlo juga bertepatan dengan usaha mereka mendekati pelanggan di kawasan ter-babit bagi menambahkan pengaruh jenama ini di lokasi utama yang strategik.


Gedung di Sunway Pyramid akan mula dibuka kepada orang ramai bermula 15 November manakala Uniqlo di Paradigm Mall Mall pula pada 6 Disember depan.

Pengarah Urusan Uniqlo Malaysia Sdn Bhd, Satoshi Onoguchi berkata, jenama ini diterima baik di Malaysia lalu meng-gerakkan pembangunan pesatnya.

"Kami berharap Uniqlo dapat meliputi rangkaian bandar yang lebih besar bagi membolehkan semua warga Malaysia menikmati pengalaman membeli-belah di sini," katanya.

Gedung di Sunway Pyramid menawarkan rangkaian fesyen terkini Uniqlo untuk lelaki dan wanita manakala di Paradigm Mall pula memperluaskan rangkaian-nya untuk koleksi kanak-kanak dan bayi.

Untuk maklumat lanjut, layari www.uniqlo.com atau www.fastretailing.com.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/20


Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved