Isnin, 11 Mac 2013

Harian Metro: Rap


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Elak watak bersentuhan

Posted:

Tanggal 25 Mac ini, pelakon Yatt Hamzah akan berangkat ke Mesir seterusnya Gaza, Palestin. Pemergian selama seminggu anjuran Aman Palestin itu bukan secara solo namun turut ditemani suami, Abdul Mutalib Abdul Syukor serta anak mereka, Suci Hanania Malika.

Mengapa Yatt atau nama sebenarnya, Haryati Hamzah, 33, mengambil keputusan begitu berani apabila membawa keluarganya bersama? Sedang pergolakan yang berlaku di Gaza terutamanya memungkinkan perkara yang tidak diingini berlaku lebih-lebih perang yang melanda yang tidak sesuai untuk anak kecilnya itu.

"Jika ditakdirkan mati syahid pun, biarlah masa itu saya bersama suami dan anak. Walau bagaimanapun, kami berdoa agar perjalanan kami dilindungi, selamat pergi dan pulang, Insya-Allah ," katanya.

Akui Yatt, dulu dia pernah berasa takut hendak ke negara berkenaan yang sedang berperang. Pun begitu, berbeza perasaannya kali ini kerana tiada sedikitpun perasaan risau.

Foto

YATT (kiri) gembira dapat membantu jualan amal menerusi produk kecantikan.


"Kata-kata saya ini mungkin dengar macam tidak takut langsung tapi saya yakin kerana saya lakukan ini kerana Allah SWT. Membawa suami dan anak bersama, kalau ikutkan sebelum ini kami sepatutnya sudah ke sana tetapi ada perkara yang tidak boleh dielakkan masa itu.


"Bagaimanapun baru-baru ini, pihak Felinna Beauty yang melantik saya sebagai duta mereka bekerjasama dengan Aman Malaysia untuk ke Gaza, sekali gus menjalankan misi kemanusiaan di sana.

"Segala kos untuk pemergian saya (tidak termasuk suami dan anaknya) ditanggung sepenuhnya pihak Felinna. Saya merasakan ia satu peluang berharga untuk melihat sendiri penindasan yang berlaku di Gaza," katanya.

Dalam pada hati­nya jitu dan bulat untuk menjejakkan kaki ke bumi Palestin, Yatt turut melahirkan kebimbangan terhadap pergolakan yang sedang berlaku di Lahad Datu, Sabah malah sangat bersimpati dengan nasib keluarga perajurit-perajurit negara yang terkorban demi mempertahankan keamanan Malaysia.

Malah pemilik Ijazah Sarjana Muda Kepujian Komunikasi Massa & Pengajian Media ini turut ditanya kecenderungan rakyat Malaysia yang lebih gemar menunjukkan keprihatinan kepada perbalahan yang berlaku di negara luar berbanding negara sendiri.

"Saya kurang setuju dengan tanggapan itu. Isu Lahad Datu ini misalnya, saya bersama-sama rakan di Usrah Fitrah sedang mengadakan kutipan amal untuk disumbangkan kepada keluarga mangsa yang terkorban. Buat masa ini biarlah pihak berkuasa Malaysia menjalankan tugas mereka di Sabah dulu dan kita tetap menyokong dari belakang.

"Berhubung bantuan sumbangan diberikan Malaysia kepada negara luar, contohnya Palestin, orang Islam khususnya wajib membantu rakyat Palestin mempertahankan negara mereka termasuklah Masjid al-Aqsa yang pernah menjadi kiblat pertama umat Islam yang kini ingin dimusnahkan Yahudi," katanya ditemui di Hotel Flamingo by The Lake, Kuala Lumpur sempena majlis pelancaran produk kecantikan Felinna Beauty, XLoss dan pengumuman sebagai duta jenama berkenaan, baru-baru ini.

Pihak Felinna yang diwakili pengusaha jenama itu, Nadea Felinna Ed Fatah dan suami, Rafie Ramlie turut menyumbangkan RM50,000 kepada Tabung Dana
Palestin, melalui badan bukan kerajaan, Usrah Fitrah.

Apa yang mengagumkan, sumbangan itu diperoleh daripada setiap RM1 hasil jualan produk Felinna di mana kempen yang bertujuan membantu masyarakat Gaza mula diperkenalkan penghujung tahun lalu.

Menjadi pelanggan Felinna sebelum dilantik sebagai duta, lamaran yang ditawarkan pihak Felinna amat dihargainya selain bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan kepadanya.

"Alhamdulillah, Allah menambahkan rezeki saya dengan menjadi duta kepada produk Felinna. Memandangkan produk ini tidak asing bagi saya kerana pernah menjadi penggunanya, rasanya mudah untuk saya memainkan peranan saya sebagai duta.

"Produk Felinna paling saya suka dan berpuas hati adalah Inch Los Lotion kerana dalam masa kurang sebulan pinggang saya mengecil dua inci. Itupun, saya bukannya seorang yang berdisiplin sangat. Kalau terlalu sibuk lupa hendak memakainya.

"Bayangkan mereka komited pastinya, produk ini dapat membantu pengguna memperoleh bentuk badan yang anda inginkan. Khafiat Felinna Inch Los Lotion sungguh luar biasa kerana ia diperbuat daripada gabungan bahan-bahan terpilih yang diformulasikan dengan tambahan 30 juzuk bacaan al-Quran.

"Insya-Allah dalam masa terdekat ini juga Felinna bakal mengeluarkan satu produk pelangsingan yang lebih efektif pula iaitu XLoss," katanya.

Beralih topik kerjaya, Yatt yang sebelum ini mencipta nama sebagai pelakon dan pengacara mengakui dirinya semakin selektif dalam memilih watak.

"Semestinya saya menolak untuk berlakon sekiranya jalan cerita dan adegan yang bertentangan dengan prinsip saya, misalnya babak bersentuhan. Selain itu saya juga tidak menerima tawaran sekiranya diberikan watak wanita jahat keterlaluan.

"Watak seperti itu memberi impak negatif buat penonton, pun begitu saya tidak menolak sekiranya watak itu mampu memberi pengajaran dan kesedaran kepada penonton.

"Memang dulu saya pernah mengambil tawaran watak jahat. Tetapi tidak lagi sekarang melainkan watak itu tidak keterlaluan. Kita pun sedia maklum tahap jahat ini berbeza-beza.

"Tetapi kalau sampai menggambarkan ibu ayam memakai tudung, itu saya rasa tidak wajar. Saya tidak kata wanita berhijab 100 peratus sempurna namun saya yakin dalam kehidupan realiti tidak ada wanita bertudung melakukan perkara seperti itu.

"Berbeza jika ia satu watak penyamaran bagaimanapun hal ini perlu dijelaskan dalam drama, telemovie mahupun filem yang diterbitkan supaya tidak mengundang salah faham," katanya.

Sekalipun mengurang­kan aktiviti lakonannya, Yatt percaya bahawa rezeki di muka bumi Allah sentiasa terbentang luas.

"Alhamdulillah, walaupun banyak tawaran lakonan tidak dapat dipenuhi, sentiasa ada jalan rezeki untuk saya. Saya sering mendapat undangan sebagai penceramah dari pihak universiti untuk berkongsi pengalaman khususnya berhubung penghijrahan saya.

"Lagipun, untuk situasi sekarang ini rasanya tidak sukar untuk artis-artis wanita yang berhijab terus mencari rezeki dalam bidang seni memandangkan sudah banyak stesen televisyen yang memperjuangkan program-program berbentuk Islamik," ujarnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/11

Adele masih seperti dulu

Posted:

Kemampuan vokal Adele memang berada dalam kelas tersendiri dan tidak perlu dipertikaikan. Vokalnya ibarat 'periuk emas' yang menjadi aset paling berharga melonjaknya menjadi salah seorang 'superstar' Britain terkenal di serata dunia dalam era dunia nyanyian moden.

Sebut apa saja lagu, pencapaian dan kemasyhuran, penyanyi mendapat gelaran 'songbird' atau lebih dikenali sebagai 'Diva Totenham' itu sentiasa memukau peminat.

Tidak kurang juga ramai menyenangi sikapnya yang berterus terang serta memiliki karakter seorang penghibur sebenar tanpa perlu memperbesar-besarkan bakat semula jadi dimilikinya.

Kejayaannya kini menjadi satu jenama sebutan setiap di mana saja, malah Adele begitu dihormati dalam lingkungan muzik dan menjadi pujaan peminat.


Apapun, perkataan paling tepat menggambarkan dirinya adalah dia pemenang Oscar. Bagaimanapun, adakah kejayaan diraihnya mengubah diri Adele atau Adele Laurie Blue Adkins?


Dalam perkembangan terbaru, bintang 'soul' itu turut meraih pendapatan RM204,000 sehari atas kejayaan hebat lagu-lagunya menduduki carta radio antarabangsa dalam tempoh tidak sampai dua tahun sejak 2011.

Penulis lagu The Rolling In The Deep dan Chasing Pavements, menghasilkan dua album berjudul 19 dan 21 menguasai carta serata dunia, mempunyai wang lebih RM52 juta dalam akaun banknya dan pembayaran royalti sebanyak RM23 juta, menurut sebuah akhbar tabloid Britain.

Mengikut perkiraan terbaru syarikatnya, Melted Stone Ltd yang mengurus akaunnya sejak April 2012, mengeluarkan kenyataan aset Adele melonjak naik berbanding RM1.7 juta pada tahun sebelumnya.

Laporan itu menyebut, imbangan akaun bank penyanyi berusia 24 tahun itu selepas lagu ditulisnya untuk lagu tema filem James Bond, Skyfall menjadi popular di seluruh dunia.

Adele meraih anugerah Golden Globe menerusi lagu untuk filem penyiasatan Britain paling terkenal di dunia iaitu James Bond, bulan lalu.

Dalam satu temu ramah sebuah akhbar tabloid Britain bersama ibu saudaranya, Anita Adkins berkata, kejayaan, kemasyhuran dan pelbagai pencapaian diraih oleh penyanyi berbadan gempal itu tidak mengubah apa-apa mengenai dirinya kerana masih tetap seperti dulu.

"Dia tidak berubah sedikit pun. Adele juga tidak mendapat sebarang layanan istimewa, sudah tentu tidak. Kenapa dia perlu diberi layanan seperti itu.

"Terdapat banyak saudara-mara, anak buah dan cucu dalam keluarga kami, jadi tiada siapa mendapat layanan istimewa. Mereka semua mendapat layanan yang sama.

Dia (Adele) masih perlu menyanyi sekalipun datang melawat saudara-maranya kerana dia masih perlu melakukan tugas untuk orang tua.

"Jika Adele datang ke rumah kami, dia masih perlu ke dapur dan menyediakan teh. Dia datang berjumpa kami jika membuat persembahan dan datang dengan membawa pulang anugerah Golden Globe, anugerah Grammy dan sekarang Oscar dalam tempoh dua bulan saja.

"Tidak banyak lagi anugerah yang tinggal untuk dirinya kerana berada pada kedudukan teratas sekarang. Dia bekerja keras hingga dapat meraih kejayaan bersama anugerah itu," katanya.

Tenaga kerja di sebalik penggambaran Skyfall juga kagum dengan kemampuan Adele hinggakan mereka mahukannya dia terus menulis lagu untuk filem James Bond seterusnya.

Jika perkara itu berlaku, dia akan menjadi wanita pertama menyanyikan lagu 007 dua kali berturut-turut. Menurut satu sumber memberitahu akhbar tabloid itu dipetik sebagai berkata, penerbit-penerbit muzik terpegun bagaimana lagu itu mendapat sambutan baik dan berharap kehadiran Adele dalam filem seterusnya akan mendatangkan kejayaan sama. Mereka mahu Adele menjadi sinonim dengan siri filem James Bond.

Adele kini menetap di sebuah rumah mewah berharga 7 juta pound (35 juta) di West Sussex, Selatan England.

"Sejauh mana dia pergi setakat ini, dia masih tetap merendah diri. Dia tidak berubah dengan kejayaan dan Adele masih tetap Adele yang dulu. Dia juga bijak berjimat cermat menggunakan wang dan tidak membazir atau berbelanja mewah sana sini. Dia bukan jenis boros dan tidak dibesarkan untuk membazir," kata Anita.

Adele mempunyai seorang anak lelaki bernama Angelo hasil hubungannya bersama teman lelaki, Simon Konecki.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/11
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved