Isnin, 11 Mac 2013

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Maut jatuh balkoni

Posted:

Subang Jaya: Tindakan seorang pengedar dadah melarikan diri daripada ditahan polis dalam serbuan di sebuah rumah di Tingkat 16, Blok 3, Apartmen Lagoon Perdana, Bandar Sunway, di sini, mengundang padah apabila dia maut akibat terjatuh dari balkoni kediaman itu, semalam.

Dalam kejadian jam 4.45 petang itu, suspek cuba bergayut dari balkoni tingkat 16 untuk ke balkoni di tingkat bawah ketika serbuan pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya.


Dia bagaimanapun tergelincir dan jatuh di kawasan tempat letak kereta bangunan berkenaan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, sebelum kejadian pasukan berkenaan membuat serbuan hasil maklumat awam mengenai kegiatan pengedaran dadah di rumah itu.


"Sebaik tiba di rumah itu didapati pintu jeriji berkunci sebelum polis mengetuknya dan pintu rumah dibuka seorang lelaki.


"Polis memperkenalkan diri dan lelaki itu yang terkejut dengan kehadiran polis menutup pintu dan lari masuk ke dalam rumah," katanya.

Foto

ANGGOTA polis menutup mayat suspek.

Menurutnya, polis mengumpil pintu jeriji itu dan menyerbu rumah berkenaan untuk menahan lelaki terbabit.


"Dua lelaki cuba bersembunyi, tetapi dapat diberkas, malah polis turut merampas heroin dengan anggaran berat dua gram daripada mereka.

"Bagaimanapun, seorang suspek memberitahu polis seorang lagi rakan mereka melarikan diri melalui balkoni," katanya.


Yahaya berkata, pemeriksaan lanjut pasukan berkenaan di balkoni ternampak seorang individu dalam keadaan terbaring di bawah bangunan. "Polis dimaklumkan oleh pengawal keselamatan bahawa seorang lelaki ditemui mati dipercayai terjatuh dari bangunan itu.


"Pemeriksaan polis berhampiran mayat itu menemui lima peket plastik lutsinar disyaki mengandungi heroin dan dipercayai lelaki yang maut itu suspek yang melarikan diri daripada serbuan," katanya. Beliau berkata, suspek yang ditahan dibawa ke IPD Subang Jaya bersama rampasan untuk tindakan lanjut, manakala mayat suspek berusia 30 tahun itu dibawa ke Hospital Serdang (HS) untuk dibedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/11
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved