Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 10 Jun 2011 11:52 AM PDT BERMINYAK...kesan minyak hitam di tempat mangsa dibunuh. PENAMPANG: Leher seorang mekanik ditetak bertalu-talu dengan parang sebelum dipotong hingga putus menggunakan pisau pemotong daging. Kepala itu kemudian dicelup ke dalam minyak hitam sebelum dimasukkan ke dalam guni oleh seorang pemandu jengkaut di sebuah bengkel kereta di Kampung Kandazon, Jalan Terawi, Putatan di sini, semalam. Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, tubuh Asri Patahuddin, 37, yang tidak berkepala diheret 10 meter dari tempat kejadian sebelum disembunyikan dalam van rosak di bengkel berkenaan. Sebelum kejadian, pemandu jengkaut berusia 30 tahun itu membersihkan halaman bengkel itu. Tiba-tiba dia yang membawa sebilah parang mendekati Asri yang ketika itu membaiki enjin sebuah kenderaan lalu menetak leher mangsa menyebabkannya rebah. Lelaki terbabit kemudian bertindak lebih ganas dengan menetak leher mangsa berulang kali.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: 10 Jun 2011 11:42 AM PDT PETALING JAYA: Jika semalam, Harian Metro menyiarkan gosip percintaannya dengan pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS, pagi semalam juga penyanyi lagu Kisah Hati, Alyah dimasukkan ke Hospital Pakar Damansara di sini selepas melecur dari paras pinggang hingga paha akibat terkena air panas. Kejadian yang berlaku di rumah Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan, 30, disedari pembantu peribadinya kira-kira jam 10 pagi selepas mendengar penyanyi itu mengerang kesakitan dan menangis kerana kecederaan yang dialaminya.
"Namun dalam sekelip mata botol itu terlepas dari pegangan Alyah dan terjatuh ke badan ini. Akibatnya, kulit Alyah terus melecur dari paras pinggang hingga ke kaki. Doktor memaklumkan, Alyah kemungkinan akan dirawat dalam wad selama dua hingga tiga hari.
Sempat berjenaka, Alyah bagaimanapun menafikan kejadian itu berlaku bukan disebabkan dia terkejut membaca laporan gosip percintaannya dengan Ramli MS semalam.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan