Ahad, 12 Jun 2011

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Maut ditikam bertubi-tubi

Posted: 11 Jun 2011 10:41 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Indonesia yang dipercayai terbabit dalam cinta tiga segi maut ditikam bertubi-tubi di Taman Melati Utama, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi di sebuah rumah kongsi tapak pembinaan kondominium, mangsa dikatakan bermain cinta dengan seorang wanita juga dari Indonesia.


Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, polis menerima panggilan daripada orang awam berhubung penemuan mayat di rumah kongsi berkenaan sebelum sepasukan polis dihantar ke tempat kejadian.

"Mayat lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditemui di dalam bilik dalam keadaan berlumuran darah.


"Sepasukan polis dari Unit Siasatan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKK) dan Unit Pengesan Anjing (D9) turut membantu siasatan di tempat kejadian," katanya.


Menurutnya, hasil pemeriksaan menemui lapan kesan luka tikaman selain beberapa kesan kelar pada badan mangsa menggunakan senjata tajam.

Namun, siasatan di tempat kejadian tidak menemui sebarang senjata, malah polis percaya mangsa diserang lebih daripada seorang suspek.


"Ketika polis tiba di tempat kejadian, semua pekerja melarikan diri dan semua rumah kongsi juga kosong.

"Motif pembunuhan dipercayai berkaitan perempuan berikutan penemuan pasport seorang wanita warga Indonesia dan kasut berhampiran mayat mangsa," katanya.


Zakaria berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Setiap pemandu teksi kena elak tiga perkara

Posted: 11 Jun 2011 09:29 AM PDT

KUALA LUMPUR: "Mengapa bila dah terhantuk, baru nak terngadah?" kata Presiden Persatuan Pengusaha Teksi dan Kereta Sewa Wilayah Persekutuan, Selangor (Perpekli), Datuk Aslah Abdullah berhubung masalah Ramli Ahmad yang pernah terbabit dengan jerat dan tipu daya GRO.

Menurut Aslah, melalui pengalamannya sejak lebih 30 tahun terbabit dengan perkhidmatan teksi, masalah dihadapi Ramli boleh dikatakan lumrah di kalangan pemandu teksi.


Katanya, ramai di kalangan mereka hilang arah tuju hidup akibat terbabit dengan masalah berkenaan sehingga rumah tangga turut porak peranda.

"Peliknya sebilangan pemandu teksi ini, mereka takkan serik. Lihat apa berlaku pada Ramli, dua kali kehilangan teksi dipajak dan sanggup berhutang dengan along, baru nak berhenti.


"Sebenarnya semua itu bergantung kepada niat mereka ketika mencari rezeki. Jika utamakan pendapatan, mereka akan selamat, sebaliknya jika hanya mengejar kepuasan nafsu semata-mata, mereka akan rugi," katanya.


Aslah berkata, lazimnya pemandu teksi hanya akan 'selamat' jika tidak terjebak dengan tiga perkara, iaitu masalah perempuan (GRO), judi dan dadah.

Katanya, jika satu daripada tiga perkara itu melekat pada mana-mana pemandu teksi, kerjaya mereka akan hancur, bahkan bagi yang berkeluarga, ia akan turut menjejaskan rumah tangga.


"Masalah ini timbul sebab mereka bertemu pelbagai jenis manusia saban hari. Saya ada banyak pengalaman bertemu pemandu teksi yang berdepan masalah sebegini.

"Ada pemandu dicari isteri mereka bukan saja disebabkan keluar dengan GRO, bahkan dengan bini orang lain. Yang terbabit dengan judi dan dadah, itu lagi satu masalah besar.


"Tiada yang dapat menyelamatkan mereka, melainkan diri sendiri. Saya selalu nasihat pemandu teksi baru, elak tiga perkara terbabit, dan saya jamin hidup mereka pasti tidak akan bermasalah," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Giggs mahu jalani rawatan

Posted: 11 Jun 2011 07:58 AM PDT

LONDON: Bintang bola sepak Manchester United, Ryan Giggs dilapor memberitahu isterinya dia akan mendapatkan bantuan untuk merawat ketagihan seksnya dalam usaha menyelamatkan perkahwinan mereka.

Isteri Ryan, Stacey, 32, dilapor bersetuju dengan cadangan itu.


Stacey mengambil keputusan untuk terus kekal bersama Ryan selepas bintang bola sepak itu berjanji untuk tidak curang lagi terhadapnya.

Reputasi Giggis sebagai 'Mr Clean' tercemar selepas kegiatan seksnya selama lapan tahun dengan adik iparnya, Natasha dan bintang Big Brother, Imogen Thomas terbongkar.


Stacey yang mempunyai dua anak dengan Ryan memberitahu seorang rakan rapat: "Ryan menghidap penyakit dan dia perlukan bantuan saya. "Selagi dia lakukan apa yang dia janji, perkahwinan kami akan terselamat.


"Dia tidak mencintai Imogen dan Natasha adalah pembohong, Keluarga kami akan berjaya menempuh dugaan ini." Satu sumber lain berkata: "Ryan akur dia menghadapi masalah ketagihan seks. Dia tidak ada pilihan lain. Dia memberitahu Stacey, dia akan lakukan apa saja untuk menyelamatkan rumah tangga mereka. Dia menawar diri untuk mendapatkan bantuan profesional." Ryan sebelum ini dilapor menawarkan 250,000 (RM1 juta) kepada adiknya, Rhodri, supaya tidak mendedahkan kecurangannya. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Wanita peroleh pampasan RM285j dalam kes serangan seksual

Posted: 11 Jun 2011 07:55 AM PDT

NEW YORK: Juri persekutuan di Illinois semalam memutuskan pemberian ganti rugi berjumlah AS$95 juta (RM285 juta) kepada wanita yang menjadi mangsa gangguan seksual.

Dalam kes yang berlaku pada Oktober 2006 itu, Ashley Alford, 25, pekerja di sebuah cawangan Aaron's Inc, ditolak oleh pengurusnya di atas kerusi sebelum dia merancap di atas wanita berkenaan.


Peguamnya, David Ratner berkata, dia percaya jumlah itu adalah yang terbesar dalam kes gangguan seksual membabitkan individu.

Bagaimanapun, had perundangan mungkin mengurangkan pemberian ganti rugi itu kepada RM129 juta.


Pengurus berkenaan, Richard Moore didakwa melakukan serangan itu di bilik setor.


Dia juga menghadapi tuduhan 'mengetuk' kepala Ashley dengan kemaluannya ketika pekerja itu duduk di lantai dalam bilik setor.

Pihak pengurusan Aaron berkata, mereka tidak berpuas hati dengan keputusan juri dan bercadang mengemukakan rayuan. - AP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Gagal kawal nafsu

Posted: 11 Jun 2011 10:47 AM PDT

KUALA LUMPUR: Jadi hamba pelayan pelanggan (GRO). Itu istilah tepat menggambarkan kebodohan sebilangan pemandu teksi yang sanggup menjadi pak turut kepada GRO di ibu kota semata-mata untuk mendapatkan pendapatan tambahan dan memuaskan nafsu serakah.

Tugas mereka hanya perlu menghantar pergi balik GRO berkenaan ke lokasi kerja dan rumah, selain turut menyediakan penghantaran ke hotel tertentu jika menerima 'langganan luar'.

Sebagai upah, pemandu teksi terbabit diberi wang 'ekstra' tambang teksi, tetapi selalunya mereka hanya dibayar dengan habuan seks.

Akibat jerat GRO ini, ramai pemandu teksi kehilangan pendapatan harian yang sepatutnya mereka peroleh, malah ada yang lingkup sehingga teksi ditarik balik oleh syarikat sewaan teksi kerana gagal membayar sewa harian.


Hal ini didedahkan seorang pemandu teksi yang hanya ingin dikenali sebagai Ramli Ahmad, 38, yang mengakui turut menjadi mangsa 'dipermainkan' GRO sehingga dia kehilangan teksi sewaan, manakala rumah tangganya porak peranda.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Seorang maut, 2 parah

Posted: 11 Jun 2011 10:43 AM PDT

SANDAKAN: Tidak tahan mendengar tiga anak saudaranya berbuat bising, seorang lelaki berusia 20-an merodok dan mengelar tiga kanak-kanak itu menggunakan pisau hingga menyebabkan seorang maut di pangsapuri Majlis Pembandaran Sandakan, Jalan Batu Sapi, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari, Mohd Khairadri Awang Ahmad, 6, ditemui mati dalam keadaan ngeri akibat cedera parah di perut, dipercayai dirodok dengan senjata tajam.


Abangnya, Mohd Fadli Zairi, 12, turut dikelar di dada manakala kakaknya, Nur Salinah, 10, cedera di pergelangan tangan. Kedua-dua mereka kini dirawat di Hospital Duchess of Kent dan dikatakan masih trauma.

Difahamkan, ibu bapa mangsa tiada di rumah ketika kejadian kerana bekerja dan meninggalkan anak mereka bersendirian, sementara suspek menetap di tingkat bawah rumah pasangan itu.


Suspek dikatakan berehat di rumahnya manakala tiga beradik itu bermain di rumah mereka.


Bagaimanapun, suspek yang terganggu dengan perbuatan anak buahnya yang nakal itu menegur mereka supaya tidak berbuat bising.

Namun, arahan lelaki berkenaan hanya bertahan seketika apabila ketiga-tiga beradik itu kemudian mengulangi perbuatan sama dengan berbuat bising.


Keadaan itu menyebabkan suspek berang dan terus menuju ke rumah mangsa di tingkat atas lalu memarahi mereka.

Selepas dimarahi, suspek secara tiba-tiba menuju ke dapur dan mengambil sebilah pisau sebelum menikam dan mengelar tiga beradik itu.


Selepas merodok perut Mohd Khairadri, suspek mengelar Mohd Fadli di dada manakala Nur Salinah dikelar di pergelangan tangan.


Bagaimanapun, Mohd Fadli dan Nur Salinah sempat melarikan diri dan meminta bantuan jiran bersebelahan rumah.


Terkejut melihat kedua-dua beradik itu berlumuran darah, jiran terbabit terus menuju ke rumah mangsa dan melihat Mohd Khairadri terbaring berlumuran darah dalam keadaan tidak bermaya manakala suspek melarikan diri.


Jiran mangsa kemudian membawa tiga kanak-kanak itu ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebelum Mohd Khairadri disahkan meninggal dunia.


Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan, Superintendan Fadzil Mohd Ali ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan suspek ditahan kira-kira jam 8 pagi semalam di stesen minyak di Jalan Karamunting.


"Suspek kini ditahan bagi membantu siasatan dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Optimis kembali bangkit di Beirut

Posted: 11 Jun 2011 09:41 AM PDT

KEKALAHAN kepada skuad Kebangsaan Kemboja 1-0 dalam perlawanan persahabatan tempoh hari cukup memberi pengajaran berguna kepada skuad Olimpik negara supaya bangkit semula untuk mencipta kejutan dalam misi utama kelayakan Sukan Olimpik 2012.

Menurut jurulatih negara, Ong Kim Swee keputusan buruk itu tidak melunturkan semangat anak buahnya menjelang pertembungan dengan Lubnan pada perlawanan pertama pusingan kedua kelayakan 19 Jun ini di Beirut.


Malah beliau yakin, skuad bimbingannya mempelajari sesuatu daripada Kemboja, skuad yang dianggap kerdil di rantau ini.

"Kemboja menunjukkan semangat juang yang tinggi, mereka bermain seperti dalam perlawanan akhir. Walaupun mereka kurang daripada segi kemahiran tapi bersungguh-sungguh ketika beraksi.


"Ini pengajaran berguna kepada kita, saya harap pemain sedar, ada baiknya juga kita kalah dulu untuk menyedarkan mereka," katanya.


Dalam perlawanan yang berlangsung di Phnom Penh Isnin lalu, Malaysia gagal bangkit memburu gol selepas dibolosi gol awal menerusi jaringan penyerang lincah, Kouch Sokumpheak pada minit ke-10.

Walaupun gagal meraih keputusan yang diharapkan, skuad Olimpik negara masih mempunyai masa untuk memperbaiki kelemahan apabila mereka berkunjung ke Doha semalam bagi latihan dan perlawanan persahabatan menentang skuad Olimpik Qatar.


Untuk itu, Kim Swee memilih 21 pemain bagi menyertai skuad kali ini yang bakal diketuai penjaga gol Liga Super Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.

Pengendali negara itu berharap, pemain dapat meningkatkan prestasi selama mereka berkampung di Doha.


"Perlawanan dengan skuad Olimpik Qatar ini adalah peluang terbaik untuk saya menguji dan menyusun strategi terakhir sebelum bertemu Lubnan.


"Ini kerana skuad Olimpik Qatar adalah pasukan lebih baik daripada kita malah saya berpendapat kekuatan mereka ini seimbang dengan Lubnan," katanya.


Bercakap mengenai peluang skuad negara untuk mencipta sesuatu di Beirut, Kim Swee nyata optimis dengan kemampuan anak buahnya.


"Semestinya kami mengharapkan kemenangan tapi kita perlu realistik, Lubnan pasukan yang bagus, tapi jika pemain menggandakan usaha, misi kali ini bukan mustahil," jelasnya.


Selepas beraksi di Beirut, Malaysia dan Lubnan akan bertembung sekali lagi di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 23 Jun.


Skuad negara beraksi di pusingan kedua selepas menumpaskan Pakistan pada pusingan awal menerusi agregat 2-0 Mac lalu. Malaysia memburu tiket ke Sukan Olimpik selepas kali terakhir mara ke Sukan Olimpik Moscow 1980 namun tidak mengambil bahagian kerana kerajaan membantah pencerobohan Soviet Union ke atas Afghanistan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harga Jones melambung

Posted: 11 Jun 2011 09:38 AM PDT

ISU kewangan kini menjadi halangan terbaru dalam proses perpindahan Phil Jones ke Manchester United.

Blackburn kini meletakkan tanda harga pemain itu ke paras 25 juta (RM122.4 juta) berbanding 16.5 juta (RM80.8 juta) yang sepatutnya dibayar United bagi mendapatkan pemain itu.


United tetap yakin mereka akan mendapatkan pemain itu selepas pertahanan berusia 19 tahun itu bersetuju dengan syarat yang diletakkan dan lulus ujian perubatan, Rabu lalu.

Begitupun mereka mula kecewa dengan keengganan Rovers melepaskan pemain itu.


United bersetuju untuk mengikut syarat pembelian 16 juta (RM78.3 juta) dalam kontrak lima tahun yang ditandatangani Jones, Februari lalu.


Bagaimanapun, kini pemilik Blackburn, Venky's menjelaskan mereka tidak akan menerima bidaan itu dan meletakkan Jones pada harga sekitar 25 juta.

Isu perundangan masih belum diselesaikan sepanjang tempoh tiga hari ini tetapi sumber Old Trafford menyatakan tawaran itu akan diselesaikan segera.


Jones begitupun kini berada di Denmark bersama skuad bawah-21 England.

Perkembangan terkini mengenai Jones turut menarik perhatian legenda Rovers, Kevin Gallacher.


"Saya fikir harganya terlalu murah. Dia mempunyai kualiti yang hebat dan akan menjadi semakin hebat bila berada dalam pasukan seperti United.


"Pada pandangan saya, Blackburn harus menjualnya sekurang-kurangnya pada harga 20 juta (RM97.9 juta)," katanya. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved