Isnin, 24 September 2012

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Pupuk semangat setia kawan

Posted: 24 Sep 2012 08:38 AM PDT

LELAKI berusia lewat 50-an itu ralit berbual dengan anak gadisnya sambil matanya sesekali memerhatikan sekumpulan lelaki dan wanita mengecat kain rentang konsert sepanjang 50 meter berhampiran pintu masuk dewan.

Di satu sudut pula, beberapa wanita sabar menantikan pesanan mereka di gerai makanan sambil masing-masing menunjukkan barangan yang dibeli dari dalam dewan.

Kawasan pentas tidak ketinggalan menjadi tumpuan dengan persembahan serta pertandingan tarian yang mengundang sorakan gemuruh hadirin.

Sekeliling dewan juga dipenuhi gerai jualan produk kecantikan, barangan memorabilia, pakaian dan tawaran percubaan menyertai kelas bahasa.


Sekali imbas, ia suasana biasa di karnival hujung minggu dengan kehadiran masyarakat tempatan tanpa mengira bangsa dan usia.


Namun, Festival Hallyu 2012 yang berlangsung di Universiti Taylor's, Ahad lalu bukan pesta biasa kerana ia menghimpunkan lebih 300 peminat K-Pop yang majoritinya hadir dari sekitar Lembah Klang.

Meskipun objektif utama penganjurannya adalah untuk mendedahkan pelajar universiti terbabit serta masyarakat terhadap Hallyu (Gelombang Korea) di negara ini, ia sebenarnya bagaikan platform mega untuk ahli kelab peminat artis K-Pop beramah mesra dan saling berkongsi cerita.

Kelab K-Generation, yang bertindak sebagai penganjur festival, menyifatkan acara seperti ini bukan saja memberi ruang peminat K-Pop berkongsi minat sesama sendiri, tapi membantu pengelola ahli kelab peminat mengembangkan rangkaian, memupuk semangat setia kawan dan mempertingkatkan skil pengurusan acara.

"Festival ini berusaha menggabungkan semua kelab peminat artis K-Pop dalam satu acara bagi mewujudkan kesedaran serta ruang untuk peminat Malaysia yang ingin tahu lebih lanjut mengenai artis kegemaran mereka.

"Mereka bukan saja dapat berkenalan dengan ahli baru dan bersua muka selepas selama ini hanya berbual menerusi laman sosial seperti facebook dan twitter, tapi Festival Hallyu ini boleh dijadikan tempat perbincangan dan pengurusan aktiviti sesama ahli kelab.

"Namun, tidak lengkap apabila mengadakan aktiviti kelab peminat tanpa mengaitkannya dengan budaya masyarakat Korea. Justeru, kami sediakan bermacam aktiviti berkaitan seperti teknik pemakaian Hanbok (pakaian tradisional Korea), cabaran permainan tradisi, pencarian bintang tarian K-Pop serta pertandingan kuiz agar pengunjung mendapat lebih banyak manfaat daripadanya.

"Beberapa gerai jualan barangan artis K-Pop juga disediakan, lalu memudahkan peminat mendapatkannya tanpa perlu memesan secara dalam talian," jelas Presiden Kelab K-Generation, Migo Ho, merangkap salah seorang pengelola untuk kelab peminat Big Bang dikenali Big Bang 1st.

Salah seorang pengelola MY-VIP, juga kelab peminat untuk Big Bang, Zaty Aziz berkata, penganjuran festival seperti ini sememangnya satu usaha menarik bagi mengeratkan persahabatan sesama ahli.

"Kita biasa dengar mengenai ahli kelab peminat di negara lain bergaduh sesama sendiri, tapi di Malaysia, semuanya saling menyokong, malah membantu apabila diperlukan.

"MY-VIP misalnya, diwujudkan bukan untuk menandingi kelab peminat lain, tapi sebagai alternatif untuk komuniti khususnya bagi peminat Melayu.

"Jadi dengan adanya kelab seperti ini, peminat K-Pop dapat berinteraksi sesama sendiri tanpa kekangan, sekali gus meneruskan aktiviti yang dijalankan oleh kelab lain," katanya.

Sentimen sama disuarakan Lulu Low yang mengasaskan kelab peminat 2NE1 Malaysia 2009. Biarpun kini kelab peminat itu diuruskan pengelola lain, Lulu menyifatkan ia platform terbaik untuk mendidik pengelola cara mengendalikan satu-satu organisasi.

"Semuanya secara sukarela. Masing-masing melakukannya secara sambilan kerana terikat dengan komitmen kerja dan pelajaran. Jadi secara langsung ia mengajar kami bagaimana untuk menguruskan masa dengan baik agar dapat mengendalikan kelab secara lebih teratur," ujarnya.

Bagi Bernice Hing dan Mah Zoeyi, masalah dana dan masa sering menyebabkan kelab peminat kelolaan mereka jarang melakukan aktiviti secara besar-besaran.

Pengelola kelab peminat MYUKISS dan MYNAME itu cuma menganjurkan pertemuan kecil bersama ahli kelab biarpun ahlinya kini mencecah lebih 9,500 orang.

"Biasanya kami cuma bantu anjurkan sesi bertemu peminat ketika UKISS datang ke Malaysia dan selebihnya hanya pertemuan ringkas sesama ahli kerana masalah masa, tempat dan faktor kewangan.

"Dengan adanya festival seperti ini, lebih ramai ahli peminat berpeluang bertemu dan mendapatkan barangan memorabilia idola mereka kerana semuanya di bawah satu bumbung.

"Cara ini bukan bukan saja memudahkan pengelola ahli kelab peminat lain untuk merancang aktiviti, malah menyemarakkan lagi jalinan persahabatan kami dengan ahli lain," jelas Bernice.

Kepentingan dan kesefahaman di kalangan setiap ahli kelab sememangnya menjadi intipati dalam festival ini.

Menurut Audrey Liew, salah seorang pengelola kelab YG-HYPE yang menyokong kelab peminat artis naungan label YG Entertainment seperti Big Bang, 2NE1, SE7EN, Psy dan Tablo, kewujudan kelab peminat lebih daripada sekadar membantu ahli mendapatkan maklumat atau barangan memorabilia idola mereka.

"Kelab peminat adalah satu unit atau komuniti untuk peminat bergabung melakukan aktiviti bersama-sama, seiring dengan apa yang dilakukan artis idola mereka.

"Pembabitan dalam kelab peminat ini juga sepatutnya dilihat daripada sudut positif. Ia boleh mengelakkan aktiviti kurang sihat di kalangan golongan muda kerana tumpuan mereka akan lebih terarah kepada aktiviti kelab.

"Hubungan sesama ahli kelab juga tidak terhad pada perkara berkaitan hiburan tapi kebanyakannya menjalin persahabatan erat di luar kelab serta saling berkongsi susah senang dalam kehidupan harian," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/24


Sentuhan tudung ringkas, memikat

Posted: 24 Sep 2012 08:15 AM PDT

MENCIPTA sesuatu produk semata-mata kerana memenuhi kehendak pasaran akan menyebabkan kita tidak dekat dengan produk itu.

Namun, apabila sesuatu produk yang dibangunkan itu diuji sebaiknya pada diri sendiri terlebih dulu, ia bukan hanya menjadi kebanggaan penciptanya, malah keyakinan terhadap produk tidak berbelah-bahagi.

Walaupun bergelar pengeluar produk, harus diingat kita juga pernah menjadi pelanggan. Sebagai pelanggan, kita mahu sesuatu yang cantik, selesa dan terkini. Pada masa sama, kita juga mahukan harga yang berpatutan tidak kira latar belakang kewangan pelanggan.

Ada orang yang tidak kisah berbelanja ratusan ringgit untuk sehelai tudung, tetapi ramai yang tidak mahu membazir dan meletakkan had untuk sehelai tudung yang menutupi kepala itu.


Itulah antara yang dipentingkan dua sahabat ini dalam membangunkan produk tudung mereka. Selain warna, corak dan pilihan harga berpatutan, ia mesti selesa dan mudah dipakai.


Mereka bermula bersama-sama, daripada susah payah menangani masalah membangunkan produk dan pelbagai masalah lain. Mereka mungkin nampak biasa saja bagi penulis yang sudah menemui ramai usahawan lain, tetapi apabila melihat produk tudung mereka, ternyata Koleksi Maira mempunyai sentuhan yang agak berbeza.

Ia tudung yang mengekalkan ciri ringkas, warna memikat, kelas dan membantu penampilan walaupun dipadankan dengan pakaian sederhana, demikian ditegaskan Maya Che Ros, 41.

Maya bersama rakan kongsinya, Noraini A Rani, 43, sentiasa memikirkan yang terbaik demi perusahaan mereka.

"Kami sama-sama mencari kain yang sesuai dan terbaik. Tidak setakat itu, kami tidak menyerahkan rekaan dan pembuatan tudung kepada orang lain atau pekerja kami sebaliknya semuanya kami lakukan sendiri.

"Pemakaian tudung sudah menjadi sebahagian daripada rutin hidup kebanyakan wanita. Jadi saya dan Noraini sendiri sentiasa mahukan keselesaan dan pada masa sama mahukan tudung itu cantik ketika membeli tudung. Jadi, itulah yang kami pastikan ketika membangunkan produk," kata Maya.

Memastikan kualiti terjaga sangat dititikberatkan dua sahabat itu yang menamakan koleksi mereka sebagai Maira di bawah syarikat mereka, Maira Trading Resources.

"Kami mahu pelanggan berasa eksklusif setiap kali membeli dan memakai tudung jenama Maira. Sebab itu setiap satu tudung bercorak kami hanya ada 40 helai saja.

"Istimewanya produk Maira ialah sengkuap (awning) yang kami gunakan. Ia diimport dari luar negara. Kami menggunakan fabrik jacquard dan sutera. Ia membuatkan pemakai berasa selesa dan terletak kemas di kepala," katanya.

Kain tudung pula dihasilkan daripada fabrik lycra, sifon dan kapas.

Bagi mereka, penggunaan kain mestilah memenuhi kehendak mereka daripada segi keselesaan dan pemakaian yang praktikal.

"Ketika mahu menubuhkan syarikat ini, kami sendiri yang bertindak sebagai pereka tudung daripada asas rekaan, memotong kain serta pembentukan tudung.
Kini setelah beberapa tahun beroperasi, barulah kami memberi tanggungjawab memotong kain kepada pekerja yang dilatih khas di kilang.

"Sangat penting kita sendiri mengenali produk daripada asasnya. Dengan ini, orang bawahan tahu kewibaan kita. Kami sendiri membuat sistem di kilang berdasarkan pengalaman dan pengetahuan kami," kata Maya sambil memberitahu Maira Trading mempunya 20 pekerja untuk kilang dan butiknya.

Dengan nama yang semakin kukuh, tidak bermakna Maya dan Noraini melupakan sejarah kepayahan mereka di awal penubuhan dan pembangunan produk Maira.

Lima tahun lalu apabila Maya dan Noraini menyertai dunia perniagaan tudung, pasaran ini sangat luas, begitu juga pengusaha yang amat ramai.

"Bukan senang untuk kekal dalam perniagaan ini. Ia produk yang sangat luas penggunaannya dan setiap fesyen pula bermusim. Kami sukar mendapatkan stok kain yang diimport kerana pasaran kain juga bermusim.

"Selain itu kena sentiasa memikirkan fesyen dan memperbaharuinya. Namun, kami masih kekal dengan cara kami iaitu menjanjikan kualiti, rekaan terkini dan produk eksklusif kepada pelanggan," katanya.

Antara gaya tudung Maira termasuk corak biasa, berlapis, Syria serta terkini, sengkuap lembut mula popular, begitu juga tudung yang direka khas untuk kegunaan umrah.

Produk Maira tidak dijual di pasaran terbuka sebaliknya melalui stokis secara borong. Stokis pula mengedarkannya kepada wakil penjual. Sekarang stokis Maira berada di seluruh negara termasuk Brunei.

Pesan Maya, wanita 35 tahun ke atas mesti mengutamakan gaya tudung yang ringkas dalam pemilihan tudung mereka.

"Mereka mesti tahu menyesuaikan diri daripada segi fesyen dan corak ketika bertudung. Jangan terperangkap dengan memilih fesyen yang dicipta untuk remaja.
Pada umur sebegitu, pilih tudung yang ringkas dan sederhana coraknya. Tudung bercorak pula jangan dipadankan dengan pakaian bercorak, sebaliknya hanya dengan pakaian polos," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/24


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Sorok dalam sejadah

Posted: 23 Sep 2012 10:51 AM PDT

KUALA LUMPUR: Cubaan seorang lelaki warga Indonesia berusia 28 tahun menyembunyikan diri menggunakan sejadah sebagai pelindung bagi mengelakkan dirinya dicekup pihak berkuasa gagal apabila taktiknya itu dapat dikesan ketika operasi bersepadu 6P yang dijalankan di rumah kongsi Jalan Perhentian, Sentul, di sini, kelmarin.

Lelaki itu adalah antara 94 pendatang asing tanpa izin yang ditahan dalam operasi bersepadu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).


Operasi bermula jam 9 malam dan berakhir tiga jam kemudian bertumpu di lima blok rumah kongsi yang dijadikan asrama pekerja di kawasan berkenaan.

Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Imigresen Kuala Lumpur, James Musa Singa yang mengetuai operasi itu berkata, operasi di kawasan itu mendapat kerjasama KDN, JPAM dan PDRM dengan kekuatan anggota 170 orang.


"Kami melakukan serbuan ke kawasan itu selepas menerima maklumat orang awam dan hasil intipan dijalankan berjaya menahan 94 pendatang terdiri daripada warga Indonesia, Bangladesh, Vietnam dan India.


"Kami memeriksa 335 pekerja di lima blok rumah kongsi itu dan hasil pemeriksaan 241 mempunyai permit kerja sementara selebihnya tiada sebarang dokumen.

"Daripada 94 pendatang yang ditahan, 67 warga Indonesia, Bangladesh (25), seorang Vietnam dan seorang lelaki India yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sektor perladangan," katanya kepada media selepas tamat operasi terbabit.


James Musa berkata, hasil pemeriksaan, pihaknya mendapati pekerja itu berkerja dengan empat majikan berlainan syarikat pembinaan dan semua tinggal di kawasan itu.

Semua ditahan dibawa ke Jabatan Imigresen Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/24


Trauma dibelasah teman lelaki Nigeria

Posted: 23 Sep 2012 10:49 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pertemuan kali pertama membawa sengsara, itu dialami seorang wanita yang mengunjungi rumah teman lelaki warga Nigeria di Bukit Jalil, di sini apabila dia bukan sahaja dikurung malah dibelasah selain dipaksa menyerahkan wang RM500 jika ingin dilepaskan.

Difahamkan, wanita berusia 26 tahun itu mula mengenali kenalannya itu sejak Disember lalu namun mereka berdua tidak pernah bertemu sebaliknya hanya menjalinkan hubungan melalui telefon.


Bagaimanapun pada Khamis lalu, lelaki berusia 20-an terbabit menghubungi mangsa jam 10 pagi dan mengajaknya datang ke rumah kononnya ingin mengenali mangsa dengan lebih dekat.

Mangsa tanpa berfikir panjang terus bersetuju dan memberitahu akan ke kediaman lelaki itu beberapa jam kemudian dengan beranggapan pertemuan itu dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat kerana sejak berhubungan mereka tidak pernah bertemu.


Menurut sumber, sebaik tiba, mangsa pada mulanya dilayan dengan baik malah ketika itu, dua teman serumah kenalannya itu turut berada bersama.


"Malah ketika berborak, tiba-tiba lelaki terbabit merayu kepada mangsa supaya meminjamkan wang sebanyak RM500 kononnya ingin dihantar pulang ke negara asalnya kerana mendakwa keluarganya mengalami kesempitan wang.

"Mangsa yang simpati dengan nasib temannya itu kemudian bersetuju memberikan wang diminta namun memberitahu akan menyerahkannya keesokan hari kerana dia tiada wang pada ketika itu," katanya.


Sumber berkata, bagaimanapun lelaki terbabit tidak berpuas hati dengan jawapan mangsa dan terus mengamuk sebelum menumbuk muka mangsa beberapa kali.

"Mangsa yang kesakitan terkejut dan merayu tidak diapa-apakan dan berjanji memberikan wang diminta dengan syarat membenarkannya pulang ke rumah.


"Lelaki itu enggan berbuat demikian dan terus memaksa mangsa masuk ke dalam bilik dan mengurungnya," katanya.


Menurutnya, mangsa yang dikurung kemudian tertidur sebelum tersedar kira-kira jam 11 pagi keesokannya selepas lelaki berkenaan masuk ke dalam bilik dan menendang serta memukulnya beberapa kali.


"Tidak cukup dengan itu, rakan lelaki itu turut masuk dan membelasah mangsa selama beberapa minit serta memaksa menyerahkan wang seperti dijanjikan sambil mengacukan pisau.


"Mereka kemudian membawanya keluar untuk mengambil wang berkenaan. Malah ketika berada di dalam kereta, mangsa turut ditampar dan dipukul," katanya.


Sumber itu berkata, mangsa yang ketakutan kemudian meminta lelaki itu membawa ke rumah rakannya di Kelana Jaya dan berjanji memberikan wang seperti diminta.


"Sebaik tiba di pangsapuri rakannya, mangsa yang ketakutan menjerit meminta tolong dan disedari pengawal keselamatan yang kemudian membantunya serta menghubungi polis.


"Malah, lelaki terbabit turut ditangkap dan diserahkan kepada polis yang tiba tidak lama kemudian. Mangsa yang trauma dengan kejadian itu kemudian dibawa membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi," katanya.


Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah mengesahkan kejadian itu dan memberitahu mangsa dikurung dan dipukul teman lelakinya bersama dua lagi rakan serta diperas ugut sebanyak RM500.


Menurutnya, ketiga-tiga lelaki Nigeria itu yang juga pelajar kini ditahan reman bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 384/342 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/24


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Mujica presiden ‘paling miskin’

Posted: 23 Sep 2012 09:01 AM PDT

MONTEVIDEO: Presiden Uruguay, Jose Mujica, mendapat gelaran unik, el presidente mas pobre (Presiden Termiskin) apabila dia menyumbangkan 90 peratus daripada gajinya kepada rakyat negara itu.

Bercakap kepada akhbar Sepanyol, El Mundo, semalam Mujica berkata dia menerima gaji AS$12,500 (RM38,132) sebulan tetapi dia hanya mengambil kira-kira 10 peratus atau AS$1,250 (RM4,575) untuk kegunaan sendiri.

"Ia mencukupi untuk saya dan keluarga, atau saya perlu mencukupkan keperluan dengan gaji sebegitu kerana ramai penduduk Uruguay yang hidup dengan pendapatan jauh lebih kecil daripada itu," katanya.

Selain Mujica, 77, isterinya, Lucia Topolansky, 67, turut menyumbang pendapatannya sebagai senator kepada tabung negara.


Pasangan suami isteri itu menetap di sebuah rumah petani di Montevideo.


Mereka memiliki seunit kereta Volkswagen Beetle bernilai kira-kira RM6,000.

Mantan pejuang gerila itu menyertai politik dengan bergabung bersama parti aliran kiri sebelum terpilih sebagai presiden pada 2010.

Uruguay menjadi satu daripada negara paling rendah kadar rasuah di Amerika Selatan.

Selain digelar Presiden Termiskin, Mujica juga mendapat penghormatan ramai kerana dikenali sebagai Presiden Paling Pemurah.

Dia tidak memiliki akaun bank atau hutang, manakala sahabatnya yang paling baik ialah seekor anjing bernama Manuela.

Mujica bukanlah presiden pertama menyumbang gajinya untuk negara.

Presiden Amerika Syarikat (AS), John F Kennedy - berasal dari keluarga kaya - turut mendermakan sebahagian gajinya, manakala presiden ke-31 negara itu, Herbert Hoover, tidak pernah menerima sebarang wang daripada dana awam bagi mengelakkan dia dikaitkan dengan rasuah. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/23


Penganggur menyamar juruterbang untuk naik pesawat percuma

Posted: 23 Sep 2012 08:59 AM PDT

ROME: Seorang penganggur berpakaian seperti juruterbang sebagai helah menaiki kokpit bagi mendapat penerbangan percuma, kata polis semalam.

Lelaki berusia 32 tahun itu ditahan di Lapangan Terbang Caselle di Turin apabila kad pengenalan digunakannya mencurigakan. Bagaimanapun, sebelum ditahan, lelaki terbabit sempat menaiki penerbangan secara percuma dari Munich, Jerman ke Turin, April lalu. Sumber polis Itali berkata, dua juruterbang yang mengendalikan pesawat syarikat Air Dolomiti itu berkata, lelaki terbabit tidak menyentuh sebarang suis sepanjang berada di kokpit berkenaan. Kes itu mengingatkan orang ramai kepada Frank Abagnale yang menyamar sebagai juruterbang sebelum ini dan menjadi inspirasi kepada filem Hollywood, Catch Me If You Can. Polis berkata, mereka menjejaki lelaki itu - mendakwa bernama Andrea Sirlo di Facebook - selama beberapa bulan sejak mendapat maklumat mengenainya. Penyiasat berkata, dia mengaku dia juruterbang komersial yang dinaikkan pangkat sejak muda dan ia mencurigakan pihak berkuasa. - DM

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/23


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


2012 tahun paling indah

Posted: 23 Sep 2012 08:01 AM PDT

MAHU atau tidak, hakikatnya Adam Levine begitu popular dan terkenal seluruh dunia. Bukan saja memiliki wajah kacak dan penampilan yang seksi hingga ada yang melabelkannya simbol seks, malah vokalis kumpulan Maroon 5 ini punya alunan suara yang tersendiri dan berbeza hingga mampu meletak namanya di gelanggang sendiri.

Meskipun berdiri dengan satu perjuangan, Maroon 5 yang sinonim dengan muzik rock eksperimen elemen pop, funk dan alternatif, namun nama Adam jauh ke depan melangkaui populariti kumpulannya sendiri.

Mungkin kerana wajahnya yang kacak dengan penampilan menarik membuatkan Adam berjaya membina empayar jenamanya sendiri.

Bukan lagi terikat dengan komitmen selaku vokalis Maroon 5, malah penyanyi kelahiran Los Angeles berusia 33 tahun ini juga adalah tenaga pengajar kepada program realiti nyanyian paling popular di Amerika, The Voice bersama tiga lagi bintang Cee Lo Green, Christina Aguilera dan Blake Shelton.


Namun ketika ditemu bual pihak media baru-baru ini, Adam atau nama sebenarnya Adam Noah Levine mengakui ia adalah situasi janggal dan ada kalanya pelik hingga mengundang rasa serba-salah.


Apa yang perlu diutamakan adalah Maroon 5 dan segala naskhah yang diperjuangkan. Soal peribadi dan spekulasi yang pernah menghimpit dirinya adalah perkara terakhir yang ingin dibicarakan.

"Itulah harga yang perlu dibayar apabila menjadi seorang selebriti. Peminat dan orang sekeliling ingin tahu akan segala cerita yang berkaitan dengan saya walaupun ia begitu peribadi dan tidak selesa. Suka atau tidak, paparazi dan pihak media sudah lebih awal memaparkannya dan saya pula hanya akur dan terpaksa menelan dengan optimis.

"Status saya sebagai vokalis dan penyanyi utama yang berdiri di depan teman Maroon 5 yang lain pula adalah bonus untuk menolak saya lebih awal berbanding yang lain. Bagaimanapun, sejujur rasa, saya begitu janggal dan menyifatkan semua itu satu cabaran yang harus ditempuh walaupun kadang-kandang memberikan tekanan.

"Mana tidaknya, kisah peribadi lebih banyak dipaparkan berbanding Maroon 5 dan lagu-lagu kami. Itu membuatkan saya rasa tidak selesa kerana fokus utama kami sejak awal pembabitan dulu adalah untuk memperkenalkan muzik kami kepada pendengar dan bukannya spekulasi jauh sekali gosip peribadi.

"The Voice adalah satu projek sendiri yang mana saya bertindak selaku penasihat. Saya akui ia memberikan saya pendedahan baru dan publisiti meluas namun saya tidak sekali meletak jenama Maroon 5 di belakang sebaliknya pengaruh dan ilmu yang dikongsikan dalam program itu semuanya saya selitkan nama Maroon 5 agar peminat tidak lupa.

"Mujur kesemua teman lain itu sudah seperti saudara yang mana mereka begitu memahami dan faham akan senario itu. Jika dilihat dari perspektif positif, sedikit-sebanyak ia memberikan populariti kepada Maroon 5 walaupun saya seorang yang menanggungnya," katanya berseloroh.

Gelaran simbol seks yang pernah diberikan kepadanya adalah satu pengalaman luar biasa secara peribadi.

Jelas Adam, persepsi dan penghargaan yang diberikan kepadanya itu bagai terlalu jauh daripada kebenarannya.

"Saya seorang yang pemalu dan lebih gemar bersendiri. Itulah karektor dan peribadi saya sejak dulu. Apa yang saya minat hanya muzik dan menyanyi. Lantas apabila saya diberikan jolokan simbol seks dan penyanyi lelaki seksi, saya memang rasa kelakar dan tidak logik kerana tidak tahu pula bahagian mana yang dilihat seksi itu," katanya berseloroh.

Tambah Adam, gaya dan penampilannya adalah terjemahan daripada sifat dirinya yang gemar bersahaja dan ringkas.

"Mungkin kerana saya seorang yang begitu ekspresi di atas pentas ketika menyanyi hingga ada kalanya membuka baju atau sengaja menayangkan tubuh membuatkan ramai yang melihat saya seksi. Namun istilah seksi itu subjektif dan tidak mustahil jika ada yang memandang vokal dan gaya nyanyian saya seksi membuatkan ia terus dijadikan label.

"Maroon 5 sebuah kumpulan muzik yang memperjuangkan satu bentuk muzik alternatif dan funk rock. Melodi kami rancak dan liriknya tersendiri membuatkan saya akan menari setiap kali menyanyikan lagu-lagu kami. Bukan sengaja mencipta personaliti, namun itulah Adam dan ia jelas mencerminkan Maroon 5 sendiri.

"Bagaimanapun, saya terima dengan optimis dan menyifatkan gelaran itu satu bonus untuk menguatkan lagi semangat saya," katanya.

Memilik pakej sempurna, wajah dan bakat luar biasa, populariti melangkaui karyanya, Adam tidak pernah terlepas daripada soal cinta dan kekasih hatinya. Ada saja pihak yang mengorek dan memaparkan wajahnya di Internet, lebih-lebih lagi apabila spekulasi mengenai dirinya menjalin hubungan mula tersebar.

Namun baginya yang kini dikatakan menjalin hubungan dengan model seluar dalam Victoria's Secret, Behati Prinsloo, cinta dan kekasih adalah peribadi yang tidak akan dikongsikan.

Namun jelasnya dalam satu temu bual dengan akhbar antarabangsa, dia belum pernah terfikir untuk berkahwin apatah lagi memiliki anak kerana perjalanannya masih jauh.

"Saya tidak akan membongkar kisah cinta kerana ia sesuatu yang peribadi dan istimewa. Biarlah saya sendiri saja yang tahu dan prinsip diri saya untuk tidak sekali berbangga berkongsi kisah itu dengan sesiapa. Apatah lagi jika ada yang bertanya bila untuk mendapat anak atau berkahwin kerana semuanya terlalu awal untuk diceritakan.

"Keutamaan saya adalah pada Maroon 5 dan muzik kerana impian saya bersama anggota kumpulan yang lain masih jauh, kami perlu bekerja keras untuk mengejarnya," katanya.

Eksperimen Overexposed

TIADA siapa menyangka, Maroon 5 sudah sedekad berjuang. Sejak album perdananya, Songs About Jane dipasarkan pada 2002, nama kumpulan ini terus memuncak dan kukuh empayarnya.

Album sulung yang dikatakan begitu peribadi kepada vokalisnya, Adam yang menceritakan kekecewaannya terhadap bekas kekasih ketika itu, Jane bagaimanapun berjaya mencapai kejayaan besar hingga mampu memimpin jenama Maroon 5 tinggi melangit.

Lagu Harder to Breathe, This Love, She Will Be Loved dan Sunday Morning yang dipetik dari album sulung mereka itu jelas berjaya memancing perhatian peminat seluruh dunia.

Kronologi Maroon 5 kemudiannya makin cerah apabila menghasilkan pula dua lagi album studio iaitu It Won't Be Soon Before Long pada tahun 2007 yang menampilkan lagu hit termasuk Makes Me Wonder, Wake Up Call dan Won't Go Home Without You.

Tiga tahun kemudian pada tahun 2010, kumpulan yang berasal dari Los Angeles ini muncul dengan album ketiga, Hands All Over yang mencetus fenomena menerusi lagu Misery dan Moves Like Jagger.

Selain Adam, Maroon 5 dianggotai oleh pemain bass, Mickey Madden, pemain gitar utamanya, James Valentine, pemain drum, Matt Flynn dan anggota terbarunya, PJ Morton menggantikan pemain keyboard asal, Jesse Carmichael yang meninggalkan Maroon 5 baru-baru ini kerana menyambung pengajian.

Kini selepas merentasi 10 tahun perjuangan, Maroon 5 kembali menggegarkan pentas nyanyian antarabangsa dengan album keempat mereka berjudul Overexposed.

Album yang sudah pun berada di pasaran sejak akhir Julai lalu dan diuruskan syarikat rakamannya di negara ini, Universal Music Malaysia menampilkan lagu hit Payphone yang mendapat kerjasama duet penyanyi terkenal Wiz Khalifa.

Jelas Adam yang menyifatkan Overexposed bagai penyatuan semula Maroon 5, pengalaman kembali duduk menerbitkan album ini adalah sesuatu yang cukup istimewa.

"Saya melihat satu sisi kematangan dan eksperimen daripada semua anggota kumpulan dalam album ini. Walaupun kebanyakan material itu sudah pun kami kumpul sejak konsert jelajah album terdahulu, kami mengambil masa yang lama untuk mencantikkan lagi kesemua lagu dan bekerjasama dengan ramai penerbit album yang hebat.

"Kini kami sedang sibuk mempromosikan lagu ketiga selepas One More Night iaitu Daylight yang cukup berlainan dan unik untuk kami. Mana tidaknya, kami berpeluang untuk melakukan eksperimen bersama komposer terkenal, Max Martin yang sebelum ini banyak menerbitkan album penyanyi terkenal lain. Overexposed satu simbolik kebebasan dan persahabatan buat kami berlima," katanya lagi.

Maroon 5 yang sudah pun selesa dengan tiga trofi di anugerah Grammy dan lebih sepuluh pengiktirafan di Anugerah Muzik Amerika turut bersedia untuk menghiburkan peminat dengan kesemua lagu lain dalam album ini termasuk Lucky Strike, The Man Who Never Lied, Love Somebody, Ladykiller, Fortune Teller, Sad, Tickets, Doin' Dirt dan Beautiful Goodbye.

Selain mendapatkan album ini di pasaran, peminat turut berpeluang memuat turun kesemua lagu hit mereka menerusi iTunes.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/23


Sanggup berhabis tenaga

Posted: 23 Sep 2012 07:55 AM PDT

KATA orang, biar rezeki datang lambat asalkan usaha itu tidak pernah putus. Selama lebih satu dekad berjuang sebagai anak seni, akhirnya pada 20 September lalu menjadi tarikh keramat buat penyanyi Patah Seribu, Nur Shahila Amir Amzah atau Shila Amzah, 22 apabila melakar kejayaan membanggakan buat rakyat Malaysia khususnya.

Mungkin ramai yang tidak memandang serius pemergian Shila ke pertandingan Asian Wave 2012 di Shanghai, China itu dan menganggap ia satu festival muzik biasa. Lantas, sebaik berita kemenangannya tersebar, ia serta-merta membuka mata semua dan tidak henti-henti ucapan bangga ditujukan kepadanya.

Ya, siapa tidak berbangga dengan kemenangan besar itu? Tidak hairanlah ketika melihat detik Shila diumumkan juara pada rancangan itu menerusi YouTube, penyanyi yang juga kekasih kepada pelakon kacak, Sharnaaz itu, menangis kegembiraan seolah-olah dia sudah menanti lama saat itu.

Biarpun kenyataannya, dia memang sudah nampak menyerlah sejak daripada peringkat penyingkiran awal, namun tiada siapa boleh meneka apa yang dikehendaki juri-juri tersohor pada pertandingan itu. Tampak jelas setiap kali menakluk pentas, dia pasti bersedia dan memberikan persembahan yang paling terbaik darinya.


Malah, bagi orang yang sangat 'dekat' di hatinya kala ini, Sharnaaz juga tidak menafikan, Shila berhabisan tenaga untuk memastikan dia mencapai sesuatu pada pertandingan seluruh Asia itu.


"Saya boleh katakan, saya tidak terkejut sangat dengan kemenangan membanggakan yang baru saja Shila hadiahkan kepada rakyat Malaysia itu. Dari awal lagi mendapat tahu mengenai pemilihannya ke Asian Wave, dia tidak bertangguh lama untuk memulakan persiapannya.

"Macam-macam kelas dia masuk termasuklah juga kelas Mandarin dan juga nyanyian. Padahal, dia adalah seorang penyanyi yang hebat dan kenapa perlu juga untuk kelas itu? Dia memang tidak mengambil ringan mengenainya dan masih mahu berusaha lebih lagi.

"Mengenali Shila, dia memang seorang yang tidak pernah mengenal erti putus-asa ditambah pula dengan sokongan keluarga serta peminat, menguatkan lagi perjuangannya. Memang berbaloi sangat-sangat kemenangan itu, memandangkan kerja-kerasnya sudah pun bermula sejak daripada usia sembilan tahun lagi.

"Saya bukan bercakap sebegini kerana saya kekasih dia, namun sebagai manusia, saya sangat menghormati apa yang dia perjuangkan, dia usahakan dan kejayaan yang dia mahukan dalam hidupnya," katanya.

Dengan kemenangan yang berjumlah jutaan ringgit juga, selepas ini, Shila pastinya lebih kerap berulang-alik ke China memandangkan perkembangan kariernya disusun di sana.

Ditanya bagaimana perasaannya jika selepas ini mereka ajarang bertemu dan meluangkan masa, Sharnaaz sebaliknya tidak melihat faktor itu sebagai penyebab untuk menjauhkan mereka.

"Apa-apapun, itu semua adalah tuntutan kerja semata-mata dan saya langsung tidak pernah memikirkan ia sebagai satu masalah. Apatah lagi, inilah yang dia mahukan selama ini dan buat apalah saya hendak sekat rezeki dia.

"Sedangkan selama ini pun, saya sentiasa memberitahunya untuk tidak pernah berhenti dan pergi sejauh mungkin selagi mampu. Saya juga sentiasa menasihatkannya agar sentiasa teguh pada pendirian kerana semakin tinggi kedudukan kita, semakin ramai yang mahu menjatuhkan kita juga," katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi ketika dihubungi pula berkata, kejayaan itu sepatutnya mendapat pengiktirafan daripada pihak kerajaan khasnya kerana ia membabitkan nama negara.

"Pencapaian Shila amat besar dan perlu dipandang serius seperti mana juga perhatian kepada atlet sukannya negara misalnya. Biarlah perhatian yang diberikan itu sama rata tanpa menganaktirikan pejuang seni kita.

"Seniman sendiri pun sudah mempunyai perancangan untuk meraihkan kemenangannya itu dan pasti akan memberi pengiktirafan buat Shila. Kebetulan pada November nanti, kami akan mengadakan satu acara untuk meraih
serta mengiktiraf selebriti dan pada masa itulah pengiktirafan itu diberikan kepadanya," katanya.

Amat berbangga kerana kemenangan itu sekali gus mengangkat imej seni Malaysia lebih tinggi lagi, Zed juga berharap dan menggesa agar artis lain menjadikan pencapaian itu sebagai motivasi buat mereka.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/23


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Gigit lengan murid

Posted: 23 Sep 2012 11:35 AM PDT

KAJANG: Angkara tidak dapat menyebut perkataan 'boy's' dengan betul, seorang murid tahun enam digigit gurunya hingga mengalami kecederaan di lengan kiri dalam kejadian di sebuah sekolah di Bandar Sri Putra, dekat sini.

Berikutan kejadian jam 8 pagi Khamis lalu itu, mangsa yang dikenali sebagai Farhan, 12, yang juga anak bongsu daripada empat beradik kini mengalami tekanan perasaan dan trauma.

Bapa mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Abu Bakar, 49, berkata, dia mengetahui kejadian menimpa anaknya itu pada jam 12.30 tengah hari selepas melihat anak bongsunya itu murung.

Katanya, selepas disoal, anaknya memberitahu seorang guru menggigit di lengannya hingga pecah darah selepas tidak dapat menyebut satu perkataan dengan baik.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/24


Kali ini sangkut

Posted: 23 Sep 2012 11:32 AM PDT

KAPAR: Berang dengan seorang wanita yang berkhalwat dengan seorang lelaki warga Pakistan, seorang penduduk bertindak menumbuk muka wanita terbabit selepas mencekup pasangan itu di sebuah rumah di Taman Sri Kerayong, tengah malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, penduduk terbabit dipercayai geram dengan wanita berusia 30-an itu yang sebelum ini beberapa kali berjaya meloloskan diri.

Difahamkan, wanita yang juga isteri orang itu sanggup memandu dari rumahnya di Sungai Besar semata-mata untuk memadu kasih bersama kekasih gelapnya itu.

Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, wanita itu dilihat beberapa kali melakukan maksiat di kawasan perumahan itu sejak dua bulan lalu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/24


Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Shahidan tumbang

Posted: 23 Sep 2012 10:24 AM PDT

INILAH hakikat sebuah kehidupan yang perlu diteruskan. Itulah kata-kata terakhir dilontarkan Datuk Seri Shahidan Kassim yang akur apabila gagal pertahankan jawatannya pada pemillihan KOM, semalam.

Beliau pemimpin yang telus, tenang menerajui kesatuan namun kekalahannya itu dikatakan berpunca daripada kontroversi yang dicetuskan timbalannya sendiri, Datuk Karim Ibrahim.

Ikuti luahannya kepada wartawan Aida Adilah Mat pada hari terakhir beliau bergelar presiden.

"SAYA sudah buat yang terbaik mungkin rezeki tidak memihak kepada saya. Terima kasih kerana menjadikan AGM (Mesyuarat Agung Tahunan) berjalan dengan lancar.


Semua pihak harus terima hakikat dan apa yang terjadi ini saya terima. Bagi saya hidup mesti diteruskan dan saya akan terus berjuang agar cita-cita kita untuk mendapatkan sembilan pingat emas di Sukan Sea nanti akan dapat dicapai.


Tahniah kepada mereka yang berjaya, tahniah saya ucapkan kepada presiden dan jawatankuasa baru KOM.

"Saya akan terus memberi sumbangan kerana apa yang saya buat ini adalah kerana Allah dan untuk mencari keredaan Allah. Semua ini bukan untuk diri saya.

Manusia datang dan pergi. Presiden juga begitu. Saya sudah melakukan yang terbaik. Tak mengapa hari ini saya kalah, esok mungkin saya menang.

Saya masih lagi dalam jawatankuasa kesatuan, sebagai Presiden Persatuan Olahraga Amatur Perlis. Saya seorang peminat sukan dan sukan tidak akan hilang daripada hidup saya. Saya akan tetap berada di arena perdana sukan negara di mana-mana saja.

Kepada atlet dan jurulatih, teruskan perjuangan dan saya akan sentiasa menyokong mereka. Apa yang terjadi kepada saya adalah contoh kepada pemimpin lain dan ia boleh dijadikan sebagai teladan.

Saya berdoa dan berharap rakan baru dalam KOM akan dapat menjalankan tugas dengan baik dan cemerlang.

Ada yang kata saya tewas kerana isu dan kontroversi...saya tidak mahu tahu.
Apapun saya berterima kasih kepada mereka yang memberi sokongan padu kepada saya selama ini, begitu juga kepada MSN. Keputusan sudah dibuat dan kita perlu terima.

Ahli gabungan sudah membuat pengundian dan memilih wakil mereka. Jadi bukan isu sama ada kontroversi yang terpalit selama ini menjadi punca kepada kekalahan saya. Sudah bukan rezeki saya dan saya menerimanya dengan hati terbuka.

Kekalahan saya ini tidak membuatkan saya bersedih kerana apa yang saya lakukan bukan untuk diri saya. Saya lakukan untuk negara, Malaysia.

Terima kasih juga kepada isteri dan anak-anak saya yang sentiasa memberi sokongan dan berkorban masa sepanjang memimpin KOM."

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/24


Rahsia anak beranak edar dadah terbongkar

Posted: 23 Sep 2012 10:09 AM PDT

CHUKAI: Pakatan seorang bapa berusia 53 tahun menjalankan kegiatan pengedaran dan penagihan dadah bersama dua anak lelakinya sejak hampir tiga tahun lalu berakhir apabila mereka ditahan polis, kelmarin.

Rahsia tiga beranak itu terbongkar dalam serbuan sepasukan anggota polis sempena Ops Tapis di rumah lelaki terbabit di Kampung Padang Kubu, di sini, kira-kira jam 11 pagi.


Kegiatan lelaki itu terbongkar apabila anak perempuannya berusia 19 tahun membuat kecoh dengan menghalang polis menjalankan pemeriksaan terhadap suspek selepas menahan dua anak lelakinya masing-masing berusia 25 dan 27 tahun dalam serbuan itu.

Sumber berkata, serbuan anggota Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman diketuai Asisten Superintendan Hamzah Awang Dollah itu mulanya bertujuan menahan kedua-dua anak lelaki itu yang dikehendaki polis kerana terbabit kegiatan pengedaran dan penagihan dadah.


"Polis tidak memiliki maklumat pembabitan bapa kedua-dua suspek dalam penagihan dadah tetapi gara-gara tindakan anak perempuannya mengamuk memaksa polis menahan lelaki itu kerana curiga dengan tindakan wanita berkenaan yang bersungguh-sungguh menghalang polis daripada menahan bapanya.


"Pemeriksaan dalam rumah itu tidak menemui sebarang dadah tetapi ujian air kencing terhadap mereka mendapati ketiga-tiganya positif dadah jenis methamphetamine dan morfin," katanya.

Menurut sumber, bapa dan dua anaknya itu dipercayai aktif menjalankan kegiatan penagihan sejak dua tahun lalu, malah anak lelakinya berusia 27 tahun juga berstatus orang kelainan upaya pernah ditahan mengikut Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 pada 2010.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/24


Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved