Khamis, 4 Ogos 2011

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Pemuda parah ditetak kerana langgar wanita

Posted: 03 Aug 2011 10:30 AM PDT

KUALA LUMPUR: Gara-gara perselisihan faham dalam sebuah pusat hiburan, seorang lelaki retak tempurung kepala selain ditetak puluhan kali di seluruh badan ketika makan di kawasan berdekatan dengan pusat hiburan di Jalan Sungai Besi itu di sini, awal pagi Isnin lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa, S Sateesh, 22, pergi ke pusat hiburan itu bersama tiga lagi rakannya. Mereka menari sebelum seorang daripada rakannya terlanggar seorang wanita hingga terjatuh.


Bapa mangsa, R Segaran, 50, berkata akibat kejadian itu, berlaku perselisihan faham antara rakan anaknya itu dengan pengawal kelab malam berkenaan sebelum berlaku pergelutan.

"Seorang lagi lelaki yang sedang berhibur mengusir anak saya dan rakan-rakannya keluar. Mereka kemudian makan di sebuah restoran di kawasan berhampiran," katanya ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, semalam.


Beliau berkata, ketika makan, tiba-tiba datang empat lelaki dipercayai pengawal keselamatan kelab malam berkenaan menyerang anaknya dan tiga rakan.


"Anak saya terjatuh sebelum kumpulan terbabit menetak kepala dan badan menggunakan parang manakala tiga rakan anak saya melarikan diri," katanya.

Katanya, anaknya ditetak lebih tiga kali di kepala yang menyebabkan tempurung kepalanya retak, telinga kirinya putus separuh selain kesan tetakan di beberapa bahagian badan termasuk leher dan tangan yang menyebabkan beberapa uratnya putus.


Segaran berkata, akibat kecederaan serius itu, anaknya koma hingga Selasa lalu dan sehingga kini separuh sedar.

Susulan itu, Segaran membuat laporan di Balai Polis Pudu, di sini.


Difahamkan, polis sudah menahan tiga suspek dan berusaha untuk meminta mangsa mengecam gambar suspek untuk tindakan lanjut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Mayat dikerat 15 bahagian

Posted: 03 Aug 2011 10:23 AM PDT

AMPANG: Misteri bau busuk di sebuah unit pangsapuri tanpa penghuni di tingkat lima Blok Chryssa, Apartmen Astaria, di sini, sejak Sabtu lalu terbongkar apabila pihak pengurusan menemui kaki kiri manusia yang sudah berulat dan beberapa organ manusia dalam tandas unit itu, petang semalam.

Difahamkan, beberapa anggota badan manusia turut ditemui dalam tiga bungkusan plastik di atas siling tandas dan beberapa tempat dalam rumah berkenaan.


Dipercayai mangsa dibunuh tidak lebih dari seminggu lalu sebelum anggota badannya dikerat melebihi 15 bahagian.

Penghuni yang menginap selang sebuah rumah dari unit terbiar itu, Shahril Abdul Rahman, 30, berkata sebaik pulang dari kerja kira-kira jam 5.30 petang, dia bersama beberapa kakitangan pihak pengurusan bangunan memasuki unit berkenaan bagi menyiasat punca bau busuk itu.


"Saya terkejut apabila menemui satu kaki manusia dikerat dari paras pinggang sebelum pihak pengurusan menghubungi polis," katanya ketika ditemui, semalam.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin yang berada di tempat kejadian, berkata anggota badan yang ditemui itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk proses bedah siasat.

"Identiti dan jantina mangsa belum dipastikan dan anggota terbabit sudah dihantar ke PPUM bagi tindakan lanjut.


"Anggota badan itu ditemui dibuang di merata-rata tempat dalam unit berkenaan yang lebih kurang 10 tahun tidak dihuni," katanya.

Menurut Amirrudin, siasatan lanjutan akan dijalankan secepat mungkin bagi mengenal pasti identiti mangsa serta kejadian sebenar di sebalik penemuan mayat yang dikerat itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Gosip cinta bawa rezeki

Posted: 03 Aug 2011 06:07 AM PDT

RAMAI peminat mengakui mereka sedang bercinta apatah lagi lagu popular yang didendangkan bersama, Jahatnya Cinta, seakan mengiakan juara Akademi Fantasia Musim Keenam (AF6), Stracie Angie Anam (Stacy), 21, dan tempat ketiga AF7, Afiq Hakim Ahmad, atau Akim, 20, sedang berbunga hatinya.

Dakwaan pasangan ini sedang hangat bercinta sehingga dipercayai peminat menyebabkan rezeki Akim dan Stacy juga semakin murah. Ramai mahu menumpang kehangatan kisah cinta pasangan ini dengan mengambil mereka sebagai jurucakap untuk kempen pengiklanan.

Single Jahatnya Cinta juga turut menerima tempiasnya apabila turut menjadi pilihan pendengar dan menjuarai carta lagu popular. Hakikatnya, cerita cinta antara Akim dan Stacy ini hanyalah sekadar gosip. Tiada pengesahan mengatakan bahawa mereka benar-benar mencintai antara satu sama lain.

Ditemui baru-baru ini sewaktu sesi rakaman Konsert Raya 1 Malaysia @ Muzik FM di Restoran Seri Melayu, Jalan Conley, Stacy dan Akim akhirnya mengakui bahawa hubungan akrab mereka selama ini langsung tidak membabitkan soal hati dan perasaan, apatah lagi sehingga bercinta.


Kata Stacy, memang dia menyayangi Akim, tetapi tidak lebih daripada rasa kasih seorang rakan kepada sahabatnya. Malah dia juga tidak mahu peminat kelak mendakwa dia mahupun Akim sengaja membohongi mereka dengan membiarkan orang luar beranggapan mereka benar-benar sedang bercinta.


"Saya tidak ramai rakan lelaki dan antara yang rapat sekarang adalah Akim. Kami memang selalu keluar bersama seperti menonton wayang, tetapi bukan berdua sebaliknya ditemani ahli keluarga lain. Disebabkan itu juga, ramai yang salah sangka dan mengatakan kami bercinta.

"Apabila ramai yang menganggap kami benar-benar sedang bercinta, saya bimbang hendak menafikan perkara itu. Saya takut peminat akan kata saya artis 'poyo' kerana cuba menafikan gosip cinta bersama Akim.

"Apatah lagi waktu sama banyak aktiviti membabitkan saya dan Akim sedang dijalankan waktu itu termasuk mempromosikan kempen iklan aiskrim dan lagu Jahatnya Cinta," katanya.

Kata Stacy lagi, kerana kekangan masa, tuntutan kerja dan kehendak keluarga menyebabkan gadis berasal dari Penampang, Sabah ini tidak mahu memikirkan soal cinta. Walaupun dalam hatinya kuat mahu merasai perasaan indah itu seperti apa yang sedang dirasai rakan sebayanya.

"Saya hanya kawan dengan Akim dan tidak lebih daripada itu. Saya tidak mahu komen lebih lanjut mengenainya kerana bimbang akan menimbulkan isu kurang enak pada masa akan datang," katanya lagi yang kini sedang popular dengan single terbaru berentak balada, Kisah Dongeng.

Kata Stacy lagi, antara sebab mengapa dia enggan bercerita lanjut mengenai hubungannya dengan Akim kerana harus patuh dengan permintaan keluarganya.

"Keluarga saya berpegang kuat kepada pegangan agama kami (Kristian) dan saya harus menghormati mereka. Bercerita mengenai hubungan saya dan Akim seperti kami benar-benar serius bercinta adalah tidak bagus. Saya perlu menjaga nama baik keluarga. Pada waktu sama, saya masih muda, baru berusia 21 tahun dan tidak berhak untuk membantah cakap keluarga.

"Kecuali sekiranya saya sudah cukup matang. Mengambil contoh sekiranya saya sudah berusia 25 tahun dan sudah boleh berdikari sepenuhnya, barulah saya boleh menyatakan kepada keluarga mengenai keputusan yang mahu saya ambil. Itupun saya harus memastikan keputusan itu dapat diterima keluarga dengan tangan terbuka," katanya.

Sementara itu Akim ditemui selepas itu mengakui antara dia dan Stacy hanya sekadar rakan malah keluarga kedua-dua pihak sudah tahu yang mereka berkawan rapat.

"Bagaimanapun, hubungan saya dan Stacy tidaklah sampai serius dan bercinta. Lagipun kami masih muda. Saya baru mencecah 20 tahun dan Stacy masuk 21 tahun.
Kalau boleh, biarlah kami memikirkan soal kerjaya terlebih dulu. Pastikan kedudukan dalam karier mantap dan kemudian barulah fikir soal cinta, jodoh dan kahwin," katanya.

Jelas Akim lagi, segalanya bermula daripada gosip yang tersebar dan dari situ ada pihak menunjukkan minat terhadap gosip cinta terbabit dan menawarkan mereka untuk menjadi duta.

"Saya melihat semua ini dari sudut positif. Ia adalah rezeki. Bagaimanapun, untuk berfikir jauh mengenainya sehingga membabitkan soal kahwin dan berumahtangga rasanya tidaklah. Macam Stacy, dia ada tanggung jawabnya kepada keluarga.

"Begitu juga dengan saya, kalau hendak kahwin pun saya harus bersiap sedia dari sudut mental. Selain itu dari sudut kewangan juga perlu kukuh agar tidak menimbulkan masalah pada masa mendatang," katanya.

Bercerita lanjut mengenai keserasian yang wujud antara dia dan Stacy, jelas Akim dia tidak mempunyai ramai kenalan perempuan dan Stacy pula antara yang paling rapat dengannya.

"Saya senang berkawan dengan Stacy sebab dia sangat 'sempoi'. Kami juga satu kepala. Lebih daripada itu kami saling mendorong antara satu sama lain untuk berjaya dalam kerjaya seni ini," katanya seraya mengakhiri perbualan.

PROFIL AKIM:

NAMA SEBENAR: Afiq Hakim Bin Ahmad
TARIKH LAHIR: 18 Januari 1991
UMUR: 20 tahun
ASAL: Johor Bahru, Johor
STATUS: Bujang
KERJAYA: Penyanyi dan Pelakon
DRAMA: Kau dan Aku, Inilah Cinta,
SINGLE: Janji, Jahatnya Cinta, Ceria, Kau dan Aku, Inilah Cinta dan Bengang

PROFIL STACY:

NAMA SEBENAR: Stracie Angie Anam
PANGGILAN: Stacy
TARIKH LAHIR: 18 Ogos 1990
UMUR: 21 tahun
ASAL: Penampang, Sabah
STATUS: Bujang
KERJAYA: Penyanyi
ALBUM: Aku Stacy
DUTA: Intimate serta juru cakap bagi produk Teh Boh dan Canon

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tebus salah

Posted: 03 Aug 2011 05:54 AM PDT

BUKAN satu tetapi beberapa kontroversi dicetuskan pernah memberi gambaran buruk kepada negara dan mendapat perhatian menteri Kabinet.

Selepas diumumkan tidak bersalah di Parlimen, Namewee berhasrat memberi hadiah terbaik sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-54.

Artis muda dengan nama sebenar, Weng Meng Chee mahu mengembalikan keyakinan masyarakat menerusi filem sulung arahannya, Nasi Lemak 2.0.

Filem muhibah dibarisi beberapa nama besar seperti Afdlin Shauki, Datuk David Arumugam, Adibah Noor, Kenny & Chee, Pete Teo, Reshmonu, Karen Kong dan ramai lagi. Sekalipun rakaman dibuat dalam bahasa Mandarin dan Kantonis, bahasa Melayu, Inggeris, Tamil dan Jepun turut digunakan.


Pada pelancaran dan sidang media di Lust, Bukit Bintang, Kuala Lumpur baru-baru ini, Namewee memperkenalkan barisan pelakon membintangi filem bersama penerbit eksekutif, Fred Chong.


Tayangan perdana Nasi Lemak 2.0 akan menemui penonton di 60 pawagam seluruh negara bermula 8 September depan.

Kata Namewee, filem berkisar seorang chef menjadikan nasi lemak sebagai metafora perjalanan hidup mencari identiti diri.

"Bagi saya, nasi lemak makanan sarapan popular nasional dan menjadi salah satu menu makanan kegemaran rakyat Malaysia pelbagai kaum.

"Filem Nasi Lemak 2.0 bukan bertujuan memberi gambaran mengelirukan masyarakat majmuk. Malah, bukan juga memberi gambaran salah terhadap latar kebudayaan atau keagamaan di negara ini kerana mesej utama adalah perpaduan. Makanan antara elemen paling kuat menyatukan kita semua," katanya.

Namewee berkata, judul Nasi Lemak 2.0 diberi tiada kena mengena dengan perhimpunan besar-besaran berlaku di sekitar Kuala Lumpur, bulan lalu.

"Judul sudah lama dipilih memandangkan 2.0 bermaksud generasi baru komuniti 'online'. Ia mendapat kelulusan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) pada April tahun lalu.

"Disebabkan beberapa isu kontroversi, penarikan diri pelabur dan penaja menyebabkan projek asal sepatutnya siap 2010 terhenti.

"Akhirnya, proses menyiapkan filem mencapai matlamat selepas memakan masa lebih dua tahun termasuk pengesahan dan sokongan daripada Jabatan Perdana Menteri.

"Kami tidak niat untuk mengelirukan masyarakat kerana apa yang kami mahu paparkan semangat bersatu dan hidup dalam harmoni dengan diselitkan elemen jenaka dan lucu," katanya.

Bukan sekadar mengarahkan filem sulungnya. Namewee turut mencipta lagu latar Rasa Sayang untuk hasil produksi gabungan Prodigee Media dan UB Prodigee Entertainment.

"Lagu Rasa Sayang untuk filem bukan lagu asal biasa dinyanyikan tetapi dicipta semula dengan lirik dan melodi baru.

"Saya tidak mahu menganggap filem berkenaan satu gimik baru mencetus kontroversi baru terhadap individu atau negara ini.

"Mungkin ada beranggapan saya mencari publisiti tetapi apa yang mahu saya tonjolkan adalah komedi sosial menggambarkan kematangan kita sekarang," katanya.

Selaku penerbit, Fred berkata, filem berkenaan diketengahkan sebagai satu gambaran dengan matlamat menyampaikan mesej positif kepada rakyat Malaysia dengan menggunakan gaya jenaka Namewee.

"Dengan cita-cita yang ada, kami mencipta watak filem ini yang berbilang budaya berdasarkan senario terbaik dan memilih barisan pelakon sesuai dengan watak terbabit," katanya.

Walau apa pun paparan atau mesej mahu disampaikan, hanya penonton dapat menilai sendiri apabila Nasi Lemak 2.0 berada di pawagam, bulan depan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Jangan parkir sesuka hati

Posted: 03 Aug 2011 09:00 AM PDT

VILNUS: Ini saat menakjubkan bagi seorang datuk bandar yang marah, apabila dia memandu sebuah kereta perisai untuk menggelek sebuah kereta Mercedes kelas S yang dipakir di laluan basikal.

Arturas Zuokas, 43, bertindak drastik selepas berang dengan pemandu yang meletakkan kereta mewah mereka sesuka hati di sekitar bandar raya Vilnus, ibu negara Lithuania.


Dia mengambil pendekatan itu untuk memerangi kereta yang diparkir secara haram dengan memusnahkannya dengan menggunakan kereta perisai tentera buatan Russia.

"Saya mahu memberi mesej kepada mereka yang memiliki kereta besar dan mahal bahawa mereka tidak boleh parkir sesuka hati dan tidak mengendahkan hak pejalan kaki atau penunggang basikal.


"Perbuatan mereka menunjukkan mereka tidak menghormati orang lain dan ia tidak boleh dibiarkan. "Saya berpendapat ini cara untuk menarik perhatian bahawa bandar ini berhasrat untuk menjadi proaktif dalam memerangi mereka yang meletakkan kereta sesuka hati." Pemilik Mercedes itu dirakam keluar dari sebuah kedai dan mendapati keretanya dimusnahkan oleh seorang pemimpin awam yang berpakaian kemas.


Zuokas kemudian dilihat bersalam dengannya dan memberitahunya supaya tidak meletakkan keretanya sesuka hati sebelum datuk bandar itu menunggang basikal meninggalkan tempat berkenaan selepas menyapu serpihan kaca.

Kenderaan itu kemudian ditarik dan dimusnahkan.


Kejadian itu sebenarnya dirancang oleh Zuokas untuk menunjukkan betapa seriusnya dia dalam memerangi parkir haram.

Ia dirakam untuk disiarkan oleh pegawai majlis bandar raya sebagai pengajaran kepada pemilik kereta mewah seperti Ferrari dan Rolls Royce yang kerap meletak kereta mereka di laluan basikal.


"Apa yang mesti dilakukan oleh pihak bandar raya terhadap mereka yang beranggapan mereka melebihi undang-undang?" soalnya.


"Kereta kebal adalah penyelesaian terbaik." Jurucakap datuk bandar itu berkata, kereta itu dibawa khas khusus untuk rakaman iklan berkenaan. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

10 pencuri dibelasah, dibakar penduduk kampung

Posted: 03 Aug 2011 08:58 AM PDT

BANGALORE: Sepuluh lelaki disyaki pencuri dibakar dan dipukul oleh penduduk kampung di Karnataka, selatan India.

"Enam orang rentung selepas kenderaan mereka dibakar di Kampung Yerrakote, kelmarin. "Tiga lagi lelaki dipukul hingga mati," kata Ketua Polis Karnataka, Malini Krishnamurthy, semalam.


Mangsa ke-10 mati pagi semalam sementara dua lagi masih dirawat di hospital.

Beliau menyifatkan kejadian sebagai bukti masalah pengadilan yang dilaksanakan sendiri oleh orang ramai kini semakin berleluasa.


Polis menahan 71 orang berhubung kejadian itu selepas melakukan siasatan awal.


Mereka yang terbunuh, semuanya berusia antara 20 hingga 30 tahun berasal dari negeri jiran, Andhra Pradesh. Menurut Krishnamurthy, mereka diserang selepas didakwa cuba merompak barang kemas daripada seorang wanita. - AP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Impian musnah

Posted: 03 Aug 2011 11:42 AM PDT

HASRAT Mohd Sukri Abdul Mutalib serta Faizal Saari untuk meneruskan khidmat mereka bersama kelab Southern Hotshots bagi menghadapi pusingan akhir Liga Premier Australia tidak kesampaian apabila kedua-duanya terpaksa kembali semula ke Malaysia berikutan masalah visa.

Mohd Sukri dan Faizal diberi peluang oleh Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) untuk menimba ilmu bersama kelab itu kira-kira sebulan bermula 27 Mei lalu sebelum pulang ke Malaysia dan kedua-dua pemain skuad negara itu kembali semula ke Australia sejak Sabtu lalu untuk menghadapi pusingan akhir.


Namun kedua-dua pemain itu dijadualkan pulang hari ini selepas pihak berkuasa di Australia mendapati, mereka berdua melakukan kesalahan kerana bekerja di negara itu dengan menggunakan visa pelancong.

"Undang-undang di sini tidak boleh guna visa pelancong sebab kami berdua dibayar gaji. Bermakna, kami kena dapatkan permit kerja.


"Jadi mahu tak mahu, kami kena balik esok (hari ini) dan tak boleh terus bermain untuk pusingan akhir. Kalau kami terus bermain juga, kami tidak dibenarkan memasuki Australia selama tiga tahun," kata Mohd Sukri yang memberitahu menerusi laman sosial Facebook.


Ditanya siapakah yang sepatutnya menguruskan hal mereka berdua di sana, Mohd Sukri sendiri tidak pasti dan sekadar menyatakan: "Sama ada Majlis Sukan Negara (MSN) atau PHM."

Jelas pemain berusia 25 tahun itu, dia serta Faizal ternyata amat kecewa dengan nasib yang menimpa mereka berdua kerana tidak dapat membantu kelab itu mengharungi pusingan final.


"Kami memang kecewa sangat, rasa rugi kerana bukan selalu dapat peluang beraksi di luar negara. Jurulatih kami di sini juga sangat kecewa," katanya.

Jelas Sukri, sejak tiba di Australia pada Sabtu lalu, dia serta Faizal hanya tinggal di rumah yang disediakan oleh pihak kelab.


"Tiba di sini saja kami sudah 'sangkut' dengan pihak kastam Australia kira-kira dua jam. Macam-macam yang mereka tanya.


"Kami tak sempat untuk turun bermain kerana perlawanan pertama hanya akan bermula pada Jumaat ini (esok) di Sydney," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

‘Beri saya masa’

Posted: 03 Aug 2011 10:48 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]“SAYA masih perlukan masa”. Itu luahan penyerang Harimau Malaya, Abdul Hadi Yahaya yang masih gagal membentuk gandingan berbisa bersama penyerang utama negara, Mohd Safee Sali.
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved