Khamis, 11 April 2013

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Seksa lif rosak

Posted: 10 Apr 2013 04:29 PM PDT

Subang Jaya: "Sudah lebih dua minggu penduduk dibebani masalah kerosakan lif dan terpaksa menggunakan tangga sehingga ke tingkat 18," kata penduduk yang juga orang kelainan upaya (OKU), Masayu Hassan, 30 yang kecewa dengan pihak pengurusan Pangsapuri Lagoon Perdana kerana gagal menangani masalah lif rosak di situ.

Masayu berkata, dia yang tinggal di tingkat dua blok enam kediaman berkenaan tidak berpuas hati dengan pengurusan yang menjanjikan pembaikan lif pada 2 April lalu, tetapi sehingga sekarang masih tidak diselenggara.

"Kedua-dua lif rosak pada penghujung Mac lalu dan pihak pengurusan berjanji untuk membaikinya pada 2 April lalu kerana ketiadaan alat ganti namun sampai sekarang tiada tindakan," katanya ketika ditemui di pangsapuri berkenaan, di sini, semalam.

Menurutnya, sudah banyak kali dia mengajukan pertanyaan itu namun jawapan sama diberikan kepadanya oleh pihak terbabit.

Foto

MASAYU menaiki tangga untuk pulang ke rumahnya di tingkat dua rumahnya di Pangsapuri Lagoon Perdana.

Foto

MASAYU dibantu jiran untuk menaiki tangga.


"Saya mengharapkan jiran yang lalu lalang bagi membantu saya naik serta turun setiap hari dan nasib baik ramai yang membantu," katanya.


Lebih memberi tekanan apabila dia berasa kurang selesa kerana tangga mudah berpasir apabila kerap digunakan sepanjang lif rosak, malah sampah berselerakan termasuk ada yang meludah di tangga.

Sementara itu, seorang lagi penduduk dikenali sebagai Ahmad, 35, berkata, dia tidak tahan dengan keadaan itu jika ia berlarutan kerana keadaannya yang menghidap asma.

"Saya tinggal di tingkat 15 dan terpaksa menggunakan tangga untuk turun dan naik setiap hari. Saya risau dengan tahap kesihatan saya," katanya.

Dalam pada itu, Penolong Pengarah Kanan Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Asfarizal Abdul Rashid, ketika dihubungi berkata, ia tanggungjawab Badan Pengurusan Bersama (JMB) untuk menguruskan penyelenggaraan pangsapuri namun pihak MPSJ akan melihat tindakan yang boleh dilakukan jika JMB gagal bertindak.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/11
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Belut jalan dalam perut

Posted: 10 Apr 2013 03:41 PM PDT

Guangdong: Seorang penagih porno yang menyumbatkan seekor belut ke dalam duburnya terpaksa menjalani pembedahan sepanjang malam selepas binatang itu tersekat.

Lelaki dari selatan China itu melakukan perbuatan ganjil itu untuk meniru babak dalam satu filem porno.


Bagaimanapun, lelaki yang belum berkahwin itu terpaksa bergegas ke hospital di wilayah Guangdong dan memberitahu petugas perubatan: "Tolong saya, tolong saya. Belut itu bergerak di dalam tubuh saya." Pakar bedah akhirnya berjaya mengeluarkan belut lumpur Asia sepanjang satu setengah meter dan berat lebih setengah kilo pada awal pagi semalam selepas menjalankan pembedahan.

"Belut itu hanya cuba mencari jalan keluar. Ia masih hidup ketika kami keluarkannya tetapi mati tidak lama selepas itu.


"Lelaki itu bertindak bodoh dan dia bernasib baik kerana tindakannya itu boleh menyebabkan dia cedera parah. Belut mempunyai gigi kecil tetapi tajam," kata anggota pasukan perubatan itu.


"Kami tahu apa yang berlaku dan lelaki berusia 39 tahun itu akan disoalsiasat berkait dengan kes kekejaman terhadap haiwan," kata jurucakap polis. - Daily Mail

Foto

IMEJ sinar-X menunjukkan belut dalam perut lelaki itu.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/11

Lekat syiling RM47,650 pada kereta

Posted: 10 Apr 2013 03:33 PM PDT

Dubai: Anda mestilah orang kaya jika mahu memandu kereta ini.

Pemiliknya, Ali Hassan Gharib, 29, melekatkan syiling 57,412 dirham (RM47,650) pada keretanya yang berharga RM210,000.


Tindakannya itu menyebabkan kenderaan itu kini berharga lebih RM2.5 juta.

Walaupun selepas dilekat dengan setengah tan syiling, Range Rover ini masih boleh meluncur selaju 120 kilometer sejam.


Ali berkata: "Saya mahu mendapatkan syiling dari setiap negara dan lekatkanya pada kereta ini."

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/11
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Tangki najis meletup

Posted: 10 Apr 2013 04:51 PM PDT

Alor Gajah: "Mak... tolong, muka Wan panas," rintih Zakuan Syahmi Zaili, 10, yang melecur teruk di muka dan sebahagian badan selepas terkena letupan 'bom karbaid' daripada tangki najis di tepi rumahnya di Taman Maju Jaya, Masjid Tanah, dekat sini, kelmarin.

Difahamkan ketika kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari, mangsa tercampak sejauh beberapa meter dan menggelupur kesakitan di atas tanah berikutan kecederaan parah di muka dan badan.

Kejadian berlaku ketika murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Seri Laksamana itu bersama ibunya, Surani Jayali, 48, membersihkan tangki najis di tepi rumah mereka.

Surani yang turut cedera di muka berkata, sebelum kejadian mereka dua beranak bercadang menghapuskan jentik-jentik yang membiak dalam tangki najis berkenaan dengan meletakkan beberapa ketulan karbaid ke dalamnya.

Foto

SURANI yang turut cedera di muka melihat kecederaan dialami Zakuan yang melecur keseluruhan wajah dan sebahagian badan.


"Anak saya mengadu ada banyak nyamuk di sekitar rumah, jadi kami cuba membakar tempat pembiakan jentik-jentik di dalam tangki najis itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/11

Angkara bawa telefon bimbit

Posted: 10 Apr 2013 04:50 PM PDT

Seberang Jaya: Kejadian tiga pelajar membelasah rakannya dipercayai ketua tingkatan yang 'hangat' di laman video sosial, YouTube, sejak beberapa hari lalu dikatakan berpunca daripada tindakan mangsa mahu melaporkan tindakan kumpulan terbabit membawa telefon bimbit ke sekolah.

Kumpulan itu dikatakan berang dengan tindakan yang mahu dibuat mangsa sebelum mereka merancang dan membelasah rakan sekelas itu.

Berikutan itu, ketiga-tiga pelajar yang semuanya tingkatan tiga itu menerima padah apabila dibuang sekolah sejak 8 Mac lalu.

Tindakan itu diambil selepas pihak pengurusan sekolah berkenaan dan Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Tengah, menjalankan siasatan terhadap kejadian yang dikatakan berlaku pada 4 Mac lalu sebelum membuat keputusan itu.

Foto

RAKAMAN satu minit 31 saat yang dapat ditonton dalam YouTube.


Pengarah Pelajaran Pulau Pinang Ahmad Tarmizi Kamaruddin mengesahkan ketiga-tiga pelajar itu sudah dibuang sekolah selepas didapati melanggar peraturan sekolah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/11
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Borak Lokasi: Lagu Aliff Aziz tonjol imej kota

Posted: 10 Apr 2013 08:58 PM PDT

Penghasilan sebuah klip video menuntut kreativiti yang sangat tinggi berikutan durasi pendek, sekali gus mengehadkan pembikinnya daripada memasukkan pelbagai elemen dalam kadar berlebihan.

Tentu bukannya mudah terutama bagi klip video lagu yang sarat dengan penceritaan, harus mempunyai jalan cerita kuat supaya mudah difahami penonton kelak.

Justeru, lari dari kebiasaan, pengarah yang bertanggungjawab melunaskan pembikinan video muzik terbaru penyanyi tinggi lampai, Aliff Aziz iaitu Dannyhan Miskam atau Danny, 25, menggunakan pendekatan filem pendek bagi menghidupkan video muzik terbabit.

Bukan semata-mata mahu 'lekat tampal' untuk menyiapkan video muzik berkenaan, dia sebalik­nya menitik beratkan setiap inci syot bagi mendapatkan visual terbaik mengikut papan cerita dibuat.


Bertemunya sewaktu penggambaran video muzik berjudul Hanya Lagu itu baru-baru ini, perkara utama yang mahu ditonjol­kannya adalah plot cerita berdasarkan lirik serta kefahaman terhadap kisah sebenar lagu itu sendiri.


"Cerita ini adalah sebuah kisah cinta yang mana saya memutuskan untuk menukar sudut penceritaannya dan memfokuskan kepada watak sebelah pihak. Memang luahan lagu ini adalah daripada watak Aliff sendiri, namun kali ini saya tonjolkan cerita daripada watak wanita dicintainya itu lakonan Amyra Rosli.

"Keberkesanan kisah antara mereka ini perlu ada jadi saya cipta jalan cerita yang mempunyai elemen 'putar-belit' supaya ia jadi lebih menarik. Saya mahukan penonton tertanya-tanya selain menonjolkan lagi kesan dramatik mengenai percintaan mereka," katanya.

Mengambil masa satu hari untuk menyelesaikan penggambaran di tiga lokasi sekitar ibu kota termasuklah Pasar Seni, Jalan Tun H S Lee serta bumbung Hotel Brisdale, Jalan Hussein berhampiran Chow Kit, cabaran terbesar adalah sewaktu babak di jalan raya.

Bertempat di tengah-tengah kesibukan Jalan Tun H S Lee, demi mendapat­kan hasil terbaik, Danny berkata, sebanyak enam syot dilakukan untuk babak berkenaan di samping halangan trafik.

"Sesuai dengan realistik cerita ini, saya memilih beberapa lokasi yang boleh disesuaikan dengan plot cerita serta sinematografi menarik. Di setiap lokasi ada sudut ceritanya masing-masing dan kemuncak pula kami lakukan menerusi babak di atas bumbung.

"Antara tiga lokasi itu, babak di jalan raya adalah yang paling mencabar kerana Amyra perlu keluar masuk dari sebuah teksi di tengah-tengah kesibukan trafik. Bayangkan saja kereta yang lalu-lalang sudah cukup mencabar, namun syukur ia berjalan lancar. Dibantu dengan cuaca baik, kami berjaya mendapatkan enam 'take' untuk memperkemas babak itu," katanya.

Dari sudut teknikal pula, penerbit bersama Astra Imelda Elizabeth Yapp, 25, berkata, sepanjang peng­gambaran mereka tidak berdepan masalah besar walaupun hanya bergantung kepada keadaan cuaca seratus-peratus.

Memikirkan faktor masa juga, produksi mengambil jalan mudah untuk memanfaatkan kecanggihan teknologi dengan hanya menggunakan satu kamera DSLR terbaru berdefinisi tinggi untuk setiap syot.

"Berbeza dengan penggambaran sebelum ini yang lebih banyak menggunakan kamera digital video (DVCAM), kami bereksperimen dengan kamera DSLR kerana ia ternyata lebih mudah dikendalikan, ringan dan mampu memberi kualiti sehebat DVCAM.

"Paling kami takutkan awalnya adalah ­penataan cahaya pada setiap syot itu sendiri kerana bergantung sepenuhnya kepada keadaan pencahayaan di setiap lokasi berkenaan. ­Bagaimanapun, ternyata segalanya berjalan lancar, cuaca pun sempurna dan kru produksi juga semuanya berseronok memainkan peranan masing-masing," katanya.

Guna ramai kru

Video muzik ini menggunakan khidmat kira-kira 50 kru serta pelakon tambahan, penggambaran terbabit adalah projek Aryuna Studio untuk Sony Music Malaysia.

Sementara itu, pemilik lagu Hanya Lagu ciptaan Zimi Sofazr berkenaan, Aliff mengakui gembira dengan penggambaran terbabit apatah lagi digandingkan dengan pendatang baru, Amyra.

Mengakui sangat kagum ­dengan prestasi pelakon muda itu, meskipun baru pertama kali berjumpa, namun Amyra berjaya menjayakan karakternya dengan baik.

"Saya boleh katakan penggambaran kali ini juga berjalan lancar kerana Amyra. Untuk menghayati karakter kena mengambil masa, namun apabila membabitkan babak bersama Amyra, terus jadi mudah kerana lakonannya memang hidup.

"Sejak awal pagi lagi dia sudah terpacak dan melakukan pelbagai babak. Jadi tiada sebab untuk saya mengeluh kepenatan kerana babak yang membabitkan dia lebih banyak berbanding saya," kata­nya sambil mengakui pe­ngalaman berlakon yang ditimba banyak membantu dalam penggambaran berkenaan.

Kini aktif berlakon, Aliff ­sebelum ini popular dengan lagu seperti Sayang-Sayang, Kalau Cinta dan Jangan Ganggu Pacarku. Manakala dalam lapangan lakonan, dia juga pernah membintangi drama termasuklah Antara Kita.

PROFIL PRODUKSI:

Syarikat Produksi: Aryuna Studio
Penerbit Eksekutif: Ayu Ramli
Penerbit Bersama: Astra Imelda
Pengarah: Dannyhan Miskam
Penolong Pengarah: Halimatun Sa'adiah
Pengarah Fotografi: Ezat Emir
Kru Teknikal: Meor, Eddy
Penyunting: Azhar Ismail, Fais Musa
Juru mekap: Atie Jengka
Penolong Produksi: Mohd Fikfri Kamsani, Hayatun Munirah, Mohd Faizul A Yanto
Pelakon: Aliff Aziz, Amyra Rosli

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/10

Advertorial: Menghidupkan Kisah 'Oblivion'

Posted: 10 Apr 2013 03:52 PM PDT

Tidak dapat disangkal, antara daya penarik filem 'Oblivion' adalah barisan pelakonnya yang terdiri daripada Tom Cruise dan Morgan Freeman.

Kedua-duanya pelakon gred A yang sudah lama menghambakan diri kepada seni lakonan. Gandingan sulung mereka di layar perak semestinya sesuatu yang dinanti-nantikan.

Tatkala dimaklumkan pelakon veteran berkenaan telah menerima tawaran membawa watak Beech, pemimpin sekumpulan pejuang revolusi di Bumi, Cruise memberitahu: "Pada tahun 1990, kami berdua telah dicalonkan untuk Oscars. Saya untuk watak saya dalam 'Born on the Fourth of July dan dia untuk 'Driving Miss Daisy'.

"Saya begitu mengaguminya dan saya ingat lagi pada malam Oscars, saya memberitahunya saya meminati hasil kerjanya dan mencadangkan kami patut bekerjasama. Agak sedih ia telah mengambil masa bertahun lamanya untuk kami digandingkan tetapi saya gembira diberikan peluang ini. Dia seorang individu yang hebat dan pelakon yang luar biasa."


Freeman bila ditanya alasannya menerima projek ini menjawab, "Yang membezakan 'Oblivion' daripada filem-filem lain ialah kreativiti, kostum dan setnya. Ia seakan-akan sebuah dunianya tersendiri. Joe Kosinski (pengarah) seorang yang menitikberatkan kesempurnaan, dia tahu apa yang dia inginkan. Ini menjadikan pengalaman bekerja dengannya amat menyeronokkan."


'Oblivion' turut dibintangi Olga Kurylenko dan Andrea Riseborough. Ramai yang mungkin mengingati Kurylenko dari filem 'Quantum of Solace' sementara Riseborough mula mendapat perhatian melalui filem 'W.E.', arahan Madonna.

Menurut penerbit Peter Chernin, mereka mencari pelakon wanita yang mampu memenuhi keperluan emosi filem tersebut. Olga dikatakan telah memberi watak Julia Rusakova satu jiwa yang besar dan mendalam. Andrea pula bakat baru yang cukup bersemangat. Kedua-duanya begitu serasi dalam gandingan mereka dan membawa watak masing-masing ke satu tahap yang di luar jangkaan.

Untuk menghidupkan watak Julia, pihak produksi mencari seorang aktres yang tahan lasak seperti Cruise. Bukan sesuatu yang mudah, tapi Olga seorang yang berani mencuba apa saja.

"Jangan terlalu percaya dengan apa yang anda lihat di dalam filem ini. Kehadiran Julia di dalam hidup Jack Harper dan Victoria 'Vika' Olsen bukan saja menghancurkan kehidupan sempurna mereka tetapi juga membawa kepada pelbagai masalah. Keadaan menjadi huru-hara. Ditambah pula watak ini memerlukan saya melakukan pelbagai babak aksi yang belum pernah saya buat sebelum ini," kata Kurylenko.

Sebelum kedatangan Julia, hanya ada seorang wanita di sisi Jack, pembantunya Vika. Biarpun Jack berdepan dengan ketidapastian, Vika menasihatkannya supaya tidak mempersoalkan apa yang diketahui mereka sebaliknya menuruti sahaja.

"Jack dan Vika berada di satu titik dalam kehidupan mereka di mana masing-masing mempunyai keinginan berlainan. Vika seorang pengatur strategi yang hebat dan berjiwa positif namun tindakannya mungkin kelihatan sedikit radikal."

Membawa watak Sykes, orang kanan Beech adalah Nikolaj Coster-Waldau yang kian popular melalui wataknya dalam drama 'Game of Thrones'.

"Mereka yang terselamat dari peperangan dengan makhluk asing telah melalui kehidupan yang sukar dan perit. Keadaan telah merubahkan mereka, menjadikan 'Oblivion' sebuah kisah yang menarik," kata Coster-Waldau.

Karektor Sally, penyelia Jack dan Vika, dilakonkan Melissa Leo. Fokus Sally hanya pada menyiapkan tugasan yang diberikan, tak kira apa kos dan akibatnya.

"Joe (Kosinski) telah berjaya mengumpulkan bakat-bakat besar dari pelbagai bidang untuk mencipta sesuatu yang unik. Bila membaca skrip yang diberikan, saya dapat rasakan ini satu projek yang istimewa. Pada terasnya, 'Oblivion' sebuah kisah tentang cinta, tentang manusia."

'Oblivion' sudah berada di pawagam bermula hari ini.

VIDEO:

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/11
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Tumpu aspek fizikal

Posted: 10 Apr 2013 03:30 PM PDT

Kuala Lumpur: Rashid Sidek menegaskan penekanan latihan akan lebih kepada menyediakan fizikal pemain yang lebih kuat dan tahan beraksi dalam tempoh lama, selepas menyaksikan aksi pemain muda China di Terbuka Australia minggu lalu.

"Saya bersama Hendrawan sudah berbincang dan kami dapati, ketahanan pemain muda China itu disebabkan persiapan fizikal yang amat baik," kata Rashid.


Katanya, pemain muda China yang dihantar menyertai kejohanan berstatus GP Emas itu, terutamanya Tian Houwei amat bersedia dari segi fizikal dan mental.

"Sepatutnya pemain kita menjalani latihan fizikal lebih berat di peringkat remaja, bagi membentuk asas kekuatan dalam diri pemain yang bakal membolehkan seseorang pemain badminton, bermain dalam tempoh panjang dengan daya tahan tinggi." Meskipun Rashid mempunyai andaian sebegitu, Institut Sukan Negara (ISN) sebelum ini pernah menafikan keperluan latihan membentuk kekuatan fizikal atlet di peringkat remaja kerana bimbang membantut pertumbuhan badan atlet badminton.


"Kami percayakan ISN dan akan terus bekerjasama dengan mereka. Buat masa ini, kami belum dapat menumpukan latihan kepada fizikal kerana banyak kejohanan terpaksa ditempuhi pemain.


"Begitupun latihan fokus kepada fizikal terutamanya bagi pemain pelapis elit dan membabitkan Liew Daren serta Chong Wei Feng akan dimulakan selepas GP Emas Terbuka Malaysia, Mei ini." Rashid mengaku terkejut dengan peningkatan mendadak Tian Houwei minggu lalu.

Foto

HOUWEI pamer peningkatan mendadak.

"Saya memang memantau pemain ini dan berdasarkan rekod penyertaan kejohanan antarabangsa tahun lalu, dia langsung tidak menunjukkan prestasi yang baik melainkan tewas di pusingan awal.


"Apa yang berlaku Sabtu lalu luar biasa. Dia cukup berani bermain rali dengan pemain hebat seperti Datuk Lee Chong Wei malah tidak menunjukkan tanda kepenatan." Tian Houwei bermain tiga set ketika menewaskan Mohd Arif Latif pada pusingan kedua dan Simon Santoso (Indonesia) pada pusingan ketiga, menang dua set ke atas Chong Wei Feng di suku akhir dan ketahanannya terbukti apabila menewaskan Chong Wei dalam pertarungan tiga set di separuh akhir.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/11

Tingkat jati diri staf

Posted: 10 Apr 2013 03:27 PM PDT

Sintok: Pasukan Nurul Huda dinobat juara keseluruhan Kejohanan Sukan Staf Universiti Utara Malaysia (UUM) Kali Keenam 2013 di Stadium UUM, baru-baru ini.

Mereka mengumpul 347 mata diikuti pasukan Nicol David, 329 dan ketiga pasukan Jegathesan, 312.


Bagi acara trek dan padang, 100 meter lelaki dimenangi Syafullrizam Azizan dari pasukan Misbun Sidek manakala 100m wanita diungguli Farizana Mat Isa dari pasukan Mokhtar Dahari.

Acara 4x400m lelaki dimenangi kuartet pasukan Nurul Huda manakala wanita disandang pelari pasukan Nicol David. Naib Canselor UUM Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, kejohanan tahunan bermula 7 Februari hingga 8 April itu menyaksikan staf universiti dibahagikan kepada lima pasukan iaitu Nurul Huda, Mokhtar Dahari, Jegathesan, Misbun Sidek dan Nicol David.


Katanya, terdapat 19 acara sukan dipertandingkan antaranya bola tampar, tenis campuran, sepak takraw, bola jaring, bolasepak, boling padang berpasukan, memanah, karom campuran, ping pong campuran, badminton campuran, catur, tenpin bowling, futsal, golf, go-kart, merentas kampus, trek dan padang, hoki dan skuasy individu.


"Kejohanan tahunan ini adalah program mewujudkan jati diri di kalangan staf ketika bekerja selain mencungkil bakat terpendam," katanya.

Tambahnya lagi, kejohanan ini adalah persiapan awal kontinjen UUM menghadapi Kejohanan Sukan Badan Berkanun pada 24 Jun hingga 2 Julai ini di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Kejohanan Sukan Staf Antara IPTA ke-38.


Turut serta pada majlis penutup kejohanan itu adalah Prof Dr Zurni Omar (Nicol David), Prof Dr Ku Ruhana Ku Mahamud (Mokhtar Dahari), Prof Dr Dzulkhairi Md Dahalin (Jegathesan) dan Prof Dr Abdul Razak Yaakub (Misbun Sidek).

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/11
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved