Rabu, 13 Februari 2013

Harian Metro: Hati

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Naikkan seri wajah pengantin

Posted:

Langkah disusun penuh teratur dan kemas menuju singgahsana yang indah. Daripada pakaian, solekan sehingga dandanan rambut, semuanya serba sempurna. Tiada cacat celanya, apatah lagi tumpuan mata pasti bukan saja pada busana tetapi kesempurnaan solekan dan gaya rambut sehingga mampu membuatkan hadirin tidak berkelip mata memandang.

Ramai menganggap pemilihan pakaian serta solekan adalah dua kriteria utama yang menyerlahkan keanggunan pengantin. Namun sebenarnya, teknik dandanan rambut atau sanggul unsur terpenting yang menjadikan mempelai tampil anggun dan elegan dalam setiap konsep pilihan mereka.

Menurut jurusolek profesional, Zulfazli, penggayaan sanggul masa kini tidaklah 100 peratus bergantung kepada bentuk wajah pengantin. Ini kerana menerusi teknik solekan tertentu, bentuk wajah dapat diubah mengikut kesesuaian sanggul dan aksesori digayakan. Apa yang penting, melihat kesesuaian dengan padanan pilihan sama ada berkonsepkan gaya tradisi atau moden.

"Ini dapat dilihat menerusi potongan busana seperti kebaya songket bunga tabur atau gaun labuh dilapisi renda bertemakan gaya moden atau kontemporari.

Foto

GAYA moden, ringkas dengan sedikit serabut pada hujung rambut sesuai untuk pengantin moden masa kini.

Foto

TAMPIL berseri gaya retro lepas dengan perhiasan kerongsang. Sesuai dengan padanan gaun labuh daripada fabrik renda.

Foto

UNTUK majlis di taman, biarkan rambut lepas pada bahagian tepi.

Foto

JENIS kerongsang yang kini menggantikan tiara untuk persalinan mempelai.

Foto

RAMBUT palsu sesuai untuk pengantin berambut pendek kerana ia kelihatan seperti rambut semula jadi.


Kedua-dua konsep ini mempunyai perbezaan dari segi penataan gaya rambut sama ada pada potongan atau aksesori digunakan," jelasnya.


Selain busana, pemilihan gaya sanggul juga bergantung kepada konsep perkahwinan sama ada tradisional atau moden. Untuk majlis tradisional, gaya sanggul pengantin akan lebih tinggi kerana bertepatan dengan etika majlis yang mementingkan kekemasan. Malah cucuk sanggul diletakkan bagi memberikan kesan klasik pada mempelai.

Ini berbeza bagi pengantin yang memilih tema moden dengan gaun labuh untuk majlis pada waktu petang atau malam. Gaya sanggul lebih ringkas dan santai menjadi pilihan. Aksesori yang dikenakan juga tidak terlalu sarat, cukup sekadar klip, tiara kecil atau kerongsang supaya kelihatan lebih anggun.

"Untuk tema majlis berkonsepkan gaya moden, dandanan sanggul sederhana dengan sedikit berserabut pada bahagian hujung memberikan kesan berbeza, apatah lagi sekiranya mempelai hanya mengenakan kerongsang pada bahagian tepi rambut. Gaya sebegini menjadikan pengantin nampak lebih muda daripada usia sebenar.

"Untuk majlis di taman dengan padanan gaun moden, mempelai sesuai mengenakan gaya rambut retro lepas yang diberikan sedikit alunan pada bahagian hujung. Selepas itu, rambut disisir pada bahagian tepi bagi menonjolkan wajah jelita mempelai. Bagi menyerlahkan penggayaan, cuma letakkan kerongsang pada tepi rambut untuk kesan berbeza," jelasnya.

Gaya rambut moden ini sesuai untuk semua wanita terutama mereka yang memiliki wajah bujur sirih malah melepaskan rambut pada bahagian tepi akan menampakkan leher mempelai lebih jinjang.

Bagi mereka yang berambut pendek tetapi ingin membuat dandanan sanggul, tidak perlu bimbang kerana di pasaran terdapat pelbagai jenis sanggul dan rambut buatan yang mampu menyembunyikan kekurangan diri.

Penggunaan tambahan perhiasan ini langsung tidak ketara dan nampak seakan-akan asli kerana pembuatannya menggunakan rambut asli wanita.

Menurut Zulfazli, pemilihan sanggul yang tepat oleh pengantin dan jurusolek dapat membantu menaikkan seri wajah pada hari persandingan.

Setiap gaya sanggul sama ada tradisional atau moden akan kelihatan cantik sekiranya sesuai dengan personaliti mempelai.

Apa yang penting, setiap dandanan mempunyai seni tersendiri. Kekemasan dan kerapian dalam membentuk helaian rambut menjadi sanggul memerlukan kesabaran dan kemahiran yang tinggi oleh pendandan.

"Bagi mempelai pula, pendandan lebih tahu gaya atau potongan sesuai dengan wajah atau penampilan mereka. Jangan semata-mata inginkan dandanan seperti selebriti luar negara, penampilan anda sedikit cacat atau kurang serinya.

Sebaiknya berbincang dengan pendandan mengenai gaya sesuai berdasarkan busana serta konsep majlis pada hari itu," katanya.

Panduan gaya rambut ikut bentuk muka

Bentuk segi empat atau kotak

Ini dapat dilihat menerusi dahi yang lebar, tulang pipi dan rahang seimbang sehing-ga terbentuk seperti kotak atau persegi. Pilih potongan rambut yang lembut dan agak bergelombang untuk menutupi bahagian dagu.

Elak potongan gaya geometri kecuali jika memang sengaja ingin menonjolkan kekuatan rahang. Hindari belahan rambut di tengah serta potongan rambut kaku.
Elak menyelit-kan rambut di belakang telinga.

Bentuk wajah panjang

Elak pemotongan rambut terlalu nipis terutama pada bahagian sisi kepala kerana ia memanjangkan lagi wajah anda. Seimbangkan wajah dengan potongan rambut yang menyatu di kedua-dua bahagian.

Bentuk wajah hati

Ciri-ciri bentuk wajah ini adalah dahi lebar, tulang pipi tinggi serta bentuk dagu meruncing. Elakkan panjang rambut paras dagu kerana akan membuat wajah kelihatan semakin runcing ke bawah. Pilih pelbagai poto-ngan yang membuat bahagian rahang penuh. Beri kesan kerinting pada bahagian hujung rambut.

Bentuk wajah bulat

Pilih potongan rambut yang lembut, berpering-kat atau gaya bob bertingkat untuk memberi kesan panjang dan ramping. Pada potongan rambut pendek, usahakan untuk menutupi bahagian pipi yang bulat. Boleh juga membuat potongan bertingkat bagi menutupi sisi wajah. Elakkan potongan terlalu pendek yang akan membuatkan wajah semakin bulat dan lebar.

Bentuk wajah segi tiga

Pilih potongan rambut ring-kas dengan bahagian rahang yang penuh. Potongan rambut kerinting atau bergelombang dapat menjadi alternatif bagi wajah segi tiga.

Bentuk wajah bujur

Bentuk wajah ini adalah paling ideal dan sesuai untuk semua potongan sama ada panjang atau pendek. Namun elakkan belahan rambut di tengah apabila anda memiliki bentuk hidung besar. Untuk menyeimbangkan bentuk wajah, cuba potongan bertingkat yang dimulai daripada tulang pipi.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/13

Berkat modal RM70

Posted:

Hanya dengan RM70 pada 1989, usahawan wanita gigih, Norliza Kamal Ariffin, 47, berjaya membuktikan kesabaran, ketekunan dan kerajinan mampu mengubah nasib seseorang.

Menyewa kios kecil de–ngan barangan hiasan rumah yang terhad, dia berjaya merangkak sedikit demi sedikit untuk muncul antara wanita berjaya dalam bidang perniagaan selepas berdepan pelbagai rinta–ngan dan ujian.

Baginya, bermulut manis dan jujur antara faktor yang mesti ada pada seorang peniaga kerana ia penting dalam menambat hati pelanggan secara berterusan.

Hasilnya, setahun selepas itu dia mula mengembang–kan perniagaannya dan turut mengusahakan kafe sebagai bidang perniagaan sampingan.


"Saya bertahan dengan perniagaan itu dan sering bertukar pandangan dengan suami (Roslan Yahya, 51) untuk memajukan lagi perniagaan.


"Selepas 16 tahun bergelumang dalam selok-belok perniagaan, saya memiliki premis sendiri pada 2005 yang mengeluarkan produk skaf dan tudung wanita untuk pelbagai golongan," katanya.

Menerusi jenama Rang–kaian Lynd Enterprise (RLE), Norliza mula melihat pasaran skaf dan tudung yang menjanjikan prospek amat baik dalam memenuhi cara pemakaian Muslimah masa kini.

Menurutnya, tanpa meninggalkan perniagaan kafe yang banyak membantu menjana modal perniagaan skaf dan tudungnya, dia memberanikan diri mereka cipta fesyen skaf dan tudung sendiri demi memenuhi permintaan pelanggannya yang semakin bertambah.

Dari situ, RLE mula bergelar pengeluar produk skaf dan tudung yang kini sudah memasarkan lebih 200,000 helai skaf dan tudung buatan sendiri sejak ia beroperasi.

Jumlah itu juga melonjakkan namanya, sekali gus muncul sebagai pengeluar utama fesyen berkenaan di wilayah utara.

Produk keluaran RLE yang dikenali menerusi jenama Lynd Skaf itu satu-satunya tudung jahitan yang menggunakan mesin ayakan tangan pertama di Malaysia.

"Melalui penyelidikan dan pemantauan, RLE mendapati pasaran produk tudung kini menjadi pilihan Muslimah pelbagai usia dan golongan. Ini membuktikan permintaan terhadap produk itu sentiasa ada dan berkembang.

"Sebagai memenuhi pasaran produk itu, Lynd Skaf diwujudkan untuk menampung permintaan dengan mengutamakan kualiti dan fesyen terkini," katanya ketika ditemui di butiknya di Kompleks Perniagaan SP Plaza, Sungai Petani, Kedah.

Bagi mengekalkan kualiti supaya pemakaiannya sentiasa selesa, RLE meng–gunakan kain jenis lycra, nilon, sutera, sutera sifon, sutera katon, velvet, renda Perancis dan pelbagai lagi yang diimport dari Itali, Australia, Dubai, Korea dan China.

Norliza yang turut dipilih sebagai Pengerusi Puspanita Daerah Seberang Prai Tengah, Pulau Pinang berkata, kain jenis sifon mendapat permintaan tinggi disebabkan ia lebih lembut, tidak berkedut, mudah dijaga dan senang dibersihkan.

"Untuk hiasan, tudung itu diserikan dengan batu swarovski beraneka bentuk yang juga diimport khusus dari Australia dan Korea.

"Apa yang membezakan tudung keluaran RLE berbanding produk seumpamanya di pasaran, ia turut disulam dengan batu swarovski menggunakan teknologi terkini bagi memberi ketahanan aksesori berkenaan di samping menyerikan tudung," katanya.

Menurutnya, bagi me–nguasai pasaran yang semakin hebat persai–ngannya, RLE sudahpun mewujudkan beberapa inisiatif bertujuan mengekal–kan jenama Lynd Skaf sentiasa eksklusif dan relevan sepanjang masa.

"Kami juga memiliki kilang sendiri khusus untuk pembuatan tudung yang boleh menghasilkan lebih 1,000 helai produk berkenaan dengan pelbagai rekaan dan bentuk sulaman berdasarkan kreativiti sendiri serta tempahan pelanggan.

"Syarikat juga mempunyai dua cawangan aktif iaitu masing-masing di Alor Setar dan Sungai Petani Selatan," katanya.

Katanya, sehubungan itu, RLE sentiasa membuka peluang kepada usahawan baru meneroka pasaran produk skaf dan tudung sebagai rakan francais atau menjadi pengedar selain memperkenalkan sistem kad keahlian.

Syarikat berkenaan turut menerima banyak tempahan secara pukal daripada pertubuhan tertentu, jabatan kerajaan dan pihak swasta bagi disesuaikan dengan pakaian seragam masing-masing.

"RLE tidak begitu mementingkan kuantiti tetapi amat menitikberatkan kualiti demi kepuasan pelanggan yang mahukan keselesaan setiap kali mengenakan skaf dan tudung.

"Aspek mutu dan keselesaan memang penting kerana selain cantik, dua elemen berkenaan mesti ada pada skaf dan tudung. RLE berharap produk yang dikeluarkan ini mampu memberi pilihan kepada pelanggan sedia ada dan bakal pelanggan.

"Untuk jangka panjang, selain menyertai pasaran di seluruh negara, jenama Lynd Skaf dalam perancangan memperkenalkan produknya di negara jiran terutama Brunei dan Indonesia," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/13
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Setempat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Beruk serang tuan

Posted:

Kuala Lumpur: Seorang lelaki cedera selepas diserang beruk jantan peliharaannya dalam kejadian di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Ayer Panas, Setapak, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa yang berusia 20-an cedera di tangan kanan akibat digigit haiwan itu yang mengamuk selepas melepaskan diri dari sangkar.


Mangsa memelihara haiwan itu sejak enam tahun lalu dan sepanjang tempoh itu, mamalia berkenaan tidak bertindak agresif.

Pegawai Operasi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Dang Wangi Leftenan Muda Nurul Nadirah Samsul Liani berkata, binatang itu dipercayai memecahkan sangkar sebelum menyerang mangsa.


Katanya, mangsa bergelut dengan haiwan itu beberapa minit sebelum dibantu ahli keluarga menghubungi JPAM yang tiba untuk menangkap beruk berkenaan.


"Ketika tiba, kami mendapati beruk itu berada di dapur dengan kesan kecederaan di bahagian belakang dan bertindak agresif.

Foto

BERUK yang mengamuk berkeliaran di rumah mangsa sebelum ditangkap.

Foto

KESAN darah di rumah mangsa.

"Kami mengambil masa dua jam untuk menangkapnya menggunakan perangkap haiwan," katanya 10 anggota terbabit dalam operasi itu.


Beliau berkata, mangsa yang cedera dirawat unit perubatan JPAM sebelum dihantar ke klinik berdekatan untuk rawatan lanjut.

Menurutnya, beruk itu diserahkan ke Balai Polis Setapak untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/13
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


3 lemas dalam jip

Posted:

Oleh Shahrul Nizam Mohamad, Shalfarina Shahriman dan Tengku Nur Nadhirah Tengku Md Saabri

Maran : "Ayah dah nak pergi." Itu bisikan terakhir Abd Zahran Asran, 28, kepada anak sulungnya sebelum keluar rumah untuk menyertai aktiviti lasak dalam kawasan hutan di Ulu Tembeling, Jerantut, Pahang, yang berkesudahan dia bersama dua rakan menemui ajal, malam kelmarin.

Abd Zahran bersama Hamzah Muhammad, 52, dan Roshaizad Abd Rashid, 29, terbunuh dipercayai lemas selepas terperangkap dalam kenderaan pacuan empat roda mereka yang jatuh dalam sungai.

Kejadian berlaku jam 11.30 malam ketika Jip Cherokee yang dipandu Hamzah hilang kawalan ketika melalui jambatan kayu merentangi Sungai Tekal di Jalan Kampung Mat Daling, Ulu Tembeling.

Difahamkan jambatan kayu berkenaan setinggi 10 meter daripada permukaan sungai sedalam dua meter.

Foto

ANGGOTA penyelamat mengeluarkan mayat mangsa dari pacuan empat roda terbabit.


Jip dinaiki tiga sahabat karib itu terbalik dalam keadaan keempat-empat tayar ke atas.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/13

'Ustaz naik hantu'

Posted:

Klang: Seorang pelajar Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Tahfiz Al Habbah, Batu Caves, cedera di beberapa bahagian badan dipercayai dibelasah seorang ustaz yang didakwa tiba-tiba 'naik hantu'.

Dalam kejadian 28 Januari lalu, mangsa, Mohd Zakwan Azli Azmi, 14, mendakwa ditendang, ditumbuk dan dihentak menggunakan kepala lutut oleh ustaz terbabit hanya kerana dia mengadu kepada guru besar berkaitan rasa tidak puas bermain bola sepak bersama rakannya sejurus selesai solat Asar.

Akibat kejadian itu, Zakwan kini trauma akibat dipukul lebih 20 kali di punggung, perut dan dada selain masih teringatkan kata-kata guru agama berkenaan ketika membelasahnya.

"Ketika memukul saya, ustaz itu berkata 'Aku dah lama tak belasah budak ni, kau jadi makanan aku kali ni...aku kalau nak belasah kena buka serban dan jubah dulu, baru setan boleh masuk'," katanya.


Mangsa mendakwa bukan dia sahaja yang menjadi sasaran ustaz berkenaan, malah seorang rakan lain turut mengalami nasib sama.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/13
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Rap

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Muzik video sentuhan Ghaz

Posted:

Barangkali ramai yang menganggap pembikinan klip video terbaru bintang yang digilap daripada Akademi Fantasia musim ketujuh, Akim berjudul Menunggu menceritakan kisah cintanya sendiri. Malah, tidak kurang juga mengaitkan lagu itu ditujukan pada penyanyi popular Stacy yang hangat digosipkan de­ngannya serta masih diperkatakan orang ketika ini.

Namun, pemilik nama sebenar, Afiq Hakim Ahmad, 22, ini menafikannya sama sekali. Hakikatnya, lagu Menunggu yang mendapat sentuhan pengarah, Ghaz Abu Bakar ini bercorak ketuhanan dan ditujukan kepada Nabi Muhammad SAW yang sememangnya sangat dekat dalam diri kita.

"Menunggu ini mempunyai maksud yang sangat luas dan terpulanglah kepada tafsiran masing-masing. Secara peribadi, saya pula tujukan lagu ini khusus kepada Rasulullah SAW kerana dapat inspirasi buat lagu ini daripadanya. Semuanya itu juga datang secara tiba-tiba.

"Bagi saya, menunggu ini bermaksud kita semua menunggu untuk dihisab dan mendapatkan pertolo­ngan daripadanya di Padang Mahsyar kelak," katanya.

Foto

Afiq Hakim Ahmad


Mengenai proses pembikinan klip muzik video Menunggu itu, Akim berkata, ia membabitkan tempoh singkat iaitu selama tiga hari saja. Proses keseluruhannya membabitkan suntingan iaitu dalam masa sebulan.


"Saya sangat berpuas hati dengan hasil kerja Ghaz yang berjaya mempersembahkan sebuah muzik video yang hebat dan menampilkan kelainan berbanding muzik video sebelum ini. Ghaz juga amat terbuka dan memberi peluang pada saya melontarkan idea untuk pembikinan muzik video Menunggu yang juga lagu ciptaan sendiri.

"Lagu dan muzik video ini bakal menarik perhatian peminat seperti lagu Inilah Cinta yang menjadi runut bunyi untuk kempen aiskrim Cornetto pada 2010 dan 2011," katanya.

Akim ditemui pada majlis pelancaran muzik video terbarunya, Menunggu yang berlangsung di Redbox, The Garden, Mid Valley, Kuala Lumpur, baru-baru ini hadir sama Naib Presiden Bahagian Remaja dan Kanak-kanak Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin serta pengarah muzik video Ghaz Abu Bakar.

Ditanya pemilihan Stacy untuk berduet menerusi lagu Kembali pula, kata Akim, dia memilih penyanyi popular itu kerana 'tone' suaranya yang bagus, sekali gus tersenarai antara penyanyi wanita terbaik di negara ini.

"Selain Stacy, saya juga pilih Fiq Mentor untuk berduet dengan saya dalam satu lagi lagu. Saya juga menafikan lagu duet dengan Stacy berjudul Kembali dikatakan ada persamaan dengan lagu dendangan Melly Goeslaw seperti didakwa segelintir pihak itu," katanya.

Mengulas lanjut album penuhnya itu, kata Akim, ia mendapat sambutan ramai sejak dilancarkan pada Jun tahun lalu. Album itu memuatkan 10 lagu iaitu tujuh lagu baru. Selain Menunggu, sembilan lagu lain iaitu Inilah Cinta, Daya Cinta, Bengang, Mesti Ada Cinta, Tentang Dia, Janji, Yang Nyata, Dunia & Syurga dan kembali.

"Menerusi album ini, tiga lagu single popular dibawakan kembali dalam bentuk akustik. Paling menarik, empat daripada 10 lagu yang dimuatkan dalam album ini adalah ciptaan saya sendiri. Dua lagu yang ditulis pula mendapat sentuhan komposer terkenal tanah air seperti Audi Mok, Kunci Demak dan Omar K," katanya.

Akim rindu berlakon

Selepas filem Hoore! Hoore!, nama Akim seakan-akan menyepi daripada bidang lakonan. Secara peribadi, Akim yang juga duta Hotlink mengakui dia berasa sangat teruja hendak kembali menyem­arakkan bidang lakonan yang turut diminatinya.

Terbaru, Akim bakal berlakon dalam drama bersiri 13 episod, Kampung Girl yang diadaptasi daripada novel popular untuk Slot Lestary di TV3.

"Ada juga yang bertanya kenapa saya yang dipilih berlakon dalam drama ini dan bukannya artis lain. Saya difahamkan, novel ini rata-rata peminatnya adalah remaja dan pemilihan saya dikatakan paling sesuai selaku teraju utama.

"Saya memang teruja nak berlakon semula kerana rindu dengan bidang lakonan. Namun, menyanyi tetap nombor satu kerana ia beri kepua­san dalam diri.

"Lakonan juga banyak membantu dalam bidang nyanyian sebagai 'feel' dan persiapan lagu. Saya juga belajar sesuatu yang baru dalam bidang lakonan," katanya yang turut berlakon dalam telemovie 2 Dalam 1, persembahan untuk akustik raya dan rancangan Fear Factor Selebriti Malaysia.

Tidak lengkap jika tidak berkongsi sisi peribadinya yang sering menjadi perbualan ramai. Bagaimanapun, kata Akim, dia juga mempunyai sasaran usia tertentu untuk menamatkan zaman bujang.

"Usia paling sesuai adalah 25 tahun atau sebelum mencecah 30 tahun. Saya tidak fikir sangat soal kahwin. Apa yang penting, saya ingin mengejar impian dalam karier seni terlebih dulu. Impian saya yang belum tercapai untuk bergelar komposer yang berjaya satu hari nanti.

"Buat masa ini, saya belum ada keyakinan buat lagu untuk artis lain. Saya hanya yakin buat lagu untuk diri sendiri. Ada juga beberapa orang yang minta lagu, tapi saya memang susah nak bagi lagu pada orang," katanya.

Diminta komen mengenai hu­bungannya dengan Stacy pula, kata Akim, mereka masih berkawan baik sampai sekarang.

"Saya berasa bosan kerana orang asyik bertanya soalan yang sama. Sedangkan saya ingin menonjolkan karier seni. Namun, untuk menuju ke arah yang lebih daripada itu, belum lagi.

"Memang saya ada letak sasaran tertentu untuk berkahwin, tapi kita hanya mampu merancang kerana semuanya kententuan Tuhan. Buat masa ini, kami sama-sama memberikan yang terbaik dalam karier seni dan meningkatkan lagi prestasi sedia ada," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/12

5 hari kutip RM3 juta!

Posted:

Memasuki hari kelima tayangannya di seluruh negara, filem komedi seram paling menjadi sebutan, Hantu Kak Limah 2: Husin, Mon & Jin Pakai Toncit menunjukkan rekod membanggakan apabila kutipannya kini sudah melebihi RM3 juta.

Jumlah itu ternyata cukup melegakan karyawan filem terbabit terutama produser dan pengarahnya. Mungkinkah Mamat Khalid bakal mengulangi kejayaan Hantu Kak Limah Balik Rumah pada 2010 yang berjaya mengutip RM7.9 juta?

Apa yang pasti, ia pastinya perkhabaran gembira buat Penerbit Eksekutif Tayangan Unggul Sdn Bhd (TUSB), Gayatri Su-Lin Pillai.

Gayatri ketika dihubungi semalam berkata, walaupun hanya mengetahui secara kasar saja namun sudah cukup untuk mengharap filem itu mencatat kutipan lebih tinggi lagi.


"Untuk tempoh lima hari dan kutipan sudah mencecah angka itu membuktikan Husin, Mon & Jin Pakai Toncit masih lagi relevan di mata penonton tempatan. Bukan sekadar remaja, berdasarkan reaksi yang kami terima ia juga berjaya menarik seisi keluarga termasuk kanak-kanak.


"Tambahan pula dengan cuti Tahun Baru Cina, ramai tidak ketinggalan untuk menonton filem ini, namun berharap ia akan berterusan walaupun esok (hari ini) semua sudah kembali bekerja," katanya.

Tidak mahu menetapkan sebarang ramalan terhadap kutipannya, Gayatri sebaliknya cuma mahu filem terbabit akan mengulangi prestasi cemerlang yang dicipta Hantu Kak Limah Balik Ke Rumah.

"Sudah lama berkecimpung dalam industri ini, bagi saya yang penting adalah reaksi positif daripada penonton dan juga jumlah tontonan memberangsangkan. Tapi kalau menyamai ataupun melebihi kutipan sebelum ini, saya lagi gembira.

"Setakat ini, selain Lembah Klang, dua negeri yang mencatatkan sambutan memberangsangkan adalah Perak dan Johor. Terbaru juga kami mendapat maklumat sambutan di Kuantan tidak mengecewakan sehingga panggung baru dibuka kerana panggung pertama penuh," katanya.

Mengulas mengenai filem kesinambungan bagi karya berkenaan, menurutnya produksi kini sudah membincangkan ramuan terbaru demi tampil dengan lebih kelainan.

"Untuk sekuel seterusnya, kami akan membuat 'spin-off' terutama daripada segi watak dan akan ada watak yang dikembangkan bagi menjadikan jalan cerita lebih menarik.

"Turut membanggakan, pemilihan Rashidi Ishak menjayakan watak Dr Shamsuddin nampaknya berbaloi kerana biarpun wataknya baru namun mendapat pujian di samping kelompok pelakon sedia ada filem ini," katanya.

Menelan bajet RM1.65 juta, Husin, Mon & Jin Pakai Toncit yang menampilkan pelakon popular seperti Awie, Ezlynn, Usop Wilcha dan Allahyarham Zami Ismail itu mula ditayangkan di pawagam pada 7 Februari lalu.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/12
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Global

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Global


Beranak tepi jalan

Posted:

London: Seorang ibu hamil bukan saja melahirkan anak di tepi jalan di luar sebuah pusat beli-belah, tetapi keseluruhan aksinya itu turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Kim Leighton, 25, melahirkan anak perempuan, Leanne di laluan kaki lima berhampiran pusat beli-belah Eden di High Wycombe, Buckinghamshire jam 2 pagi baru-baru ini.

Kim dibantu ibunya, Sue, 54. Beberapa pengawal keselamatan dari pusat beli-belah terbabit bergegas ke tempat kejadian dengan selimut selepas mengesan detik cemas itu di CCTV pusat beli-belah itu.

Pasangan Sue, Paul dan anak lelaki Kim, Lewis yang berusia empat tahun turut berdiri di sampingnya untuk mengalu-alukan kehadiran bayi baru itu.

Foto

PARAMEDIK tiba untuk membantu Kim dan bayinya.

Foto

KIM memberikan nama tengah Eden kepada Leanne sebagai penghargaan terhadap pusat beli-belah tempat dia dilahirkan.


Kim berkata, dia merancang untuk menunjukkan rakaman video itu kepada anak perempuannya kelak yang turut mempunyai nama tengah Eden sebagai penghargaan kepada tempat bayi itu dilahirkan.


Kim tinggal di pangsapuri berdekatan pusat beli-belah itu.

Ketika ibunya membantu dia menuruni tangga untuk ke hospital, Kim dapat merasakan bayinya seperti hendak keluar.

Kim berkata: "Ibu saya berkata 'Tidak, belum lagi' tetapi saya dapat merasakan dia ingin keluar, jadi saya tanggalkan seluar panjang saya di tepi jalan. Saya meneran dan bayi saya kemudian menggelongsor ke tangan ibu saya.

"Pengawal keselamatan berkenaan melihat apa yang berlaku di CCTV dan segera bergegas membawa selimut dan menenangkan saya hingga ambulans tiba," katanya.

"Buat masa ini, tempat lahir Leanne dicatatkan sebagai 'lain-lain', jadi saya perlu menjelaskan dan menunjukkannya rakaman video itu. Sungguh hebat kerana aksi itu sangat jelas dalam video terbabit.

"Kawan dan ahli keluarga saya tidak percaya apabila saya beritahu mereka cerita itu," katanya. - Daily Mail

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/13

Britney cari jodoh di Internet

Posted:

Los Angeles: Bintang pop Britney Spears mungkin tidak tahan bersendirian dalam tempoh yang lama.

Selepas hubungan cintanya dengan Jason Trawick berakhir, Britney dikhabarkan mencuba nasib dengan mencari jodoh di laman perjodohan di Internet.


"Britney dikatakan mencuba beberapa laman mencari jodoh baru-baru ini. Dia bertemu beberapa lelaki difikirkan sesuai dan hebat lalu mulai berkomunikasi, tetapi tidak mahu pergi lebih jauh setakat ini," kata satu sumber sebagaimana dipetik daripada Showbizspy, semalam.

Sumber itu berkata, Britney sangat menggemari 'permainan' barunya itu. Bagaimanapun, teman penyanyi itu mendakwa dia tidak akan bertindak lebih jauh dengan menentukan tarikh bertemu individu yang dikenalinya di beberapa laman perjodohan terbabit.


"Teman Britney tidak menentang kegiatan barunya itu selagi ia tidak menjarakkan hubungan bintang pop itu dengan keluarganya dan membuatkan dia ingin bertemu dengan kenalannya di laman berkenaan," kata sumber itu. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/13
Kredit: www.hmetro.com.my

Harian Metro: Arena

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Tiga pemain kekang Ronaldo

Posted:

Manchester: Michael Carrick percaya Manchester United mungkin memerlukan tiga pemain untuk mengawal pergerakan Cristiano Ronaldo.

Carrick berkata, penyerang Real Madrid berusia 28 tahun itu pasti memainkan peranan besar pada pusingan kedua Liga Juara-Juara awal pagi di Bernabeu.


Carrick mendedahkan Red Devils kini bekerja keras untuk mengekang bekas rakan sekelab itu yang juga antara pemain terbaik di dunia.

"Setiap pemain masih mengingati Ronaldo. Apa yang dilakukannya bersama Real sangat hebat dan dia perlu dikekang.


"Saya rasa kami memerlukan dua atau tiga pemain. Dia terlalu bagus ketika beraksi untuk Real." Carrick menganggap bekas rakan sepasukannya itu tidak bernasib baik kerana beraksi di era sama dengan bintang Barcelona, Lionel Messi yang menyaksikan aksinya agak tenggelam.


"Dia begitu hebat kerana dapat menjaringkan banyak gol dengan cepat.

"Kerana Messi, Ronaldo gagal mendapat pujian selayaknya kerana Messi sudah mendominasi segala-galanya.


"Tetapi ia tidak dapat menafikan sumbangan besarnya di Real. Ronaldo adalah seorang pemain yang istimewa," kata pemain tengah England berusia 31 tahun itu.

Bagaimanapun, jika Carrick agak bimbang dengan kelincahan Ronaldo pada perlawanan pertama pusingan kedua itu, rakan sepasukan, Rio Ferdinand yakin bintang Portugal itu tidak mungkin berjaya mempengaruhi corak permainan.


Ferdinand berkata, memori beraksi di United pasti masih diingati Ronaldo.


"Ia pasti perlawanan yang agak beremosi untuk Ronaldo serta memori yang hebat untuknya.


"Dia mempunyai penyokong setia dan pastinya Ronaldo serta penyokongnya saling menghormati satu sama lain," katanya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/13

McIlroy, Woods teraju 64 pemain

Posted:

Marana, Arizona: Pemain nombor satu dunia, Rory McIlroy dan juara kejohanan utama 14 kali, Tiger Woods mengetuai senarai pemain yang diumum bersaing di Kejohanan Golf Match Play Dunia, minggu depan.

Seramai 64 pemain terbaik ranking dunia kelmarin akan beraksi pada kejohanan di Tucson namun senarai akhir tidak akan diketahui hingga Ahad ini kerana pemain memiliki tempoh hingga Jumaat untuk menyatakan persetujuan beraksi pada kejohanan bernilai AS$8.75 juta (RM27.1 juta) itu.


Juara tiga kali Masters, Phil Mickelson yang berada di kedudukan ke-10 dunia sudah mengesahkan tidak akan beraksi sekali gus membenarkan pemain yang berada di ranking ke-65 dunia, Shane Lowry dari Ireland melakukan penampilan pertama pada kejohanan membabitkan 64 pemain itu.

Jika situasi terbabit tidak berubah, Lowry bakal membuka saingan menentang pemain Ireland Utara, McIlroy yang juga juara Kejohanan PGA tahun lalu.


McIlroy, Woods, pemain England Luke Donald serta Brandt Snedeker dari Amerika Syarikat yang memenangi gelaran pertama minggu lalu di Pebble Beach dan juara PGA AS tahun lalu akan menjadi pemain pilihan andai kedudukan mereka kekal.


Juara bertahan, Hunter Mahan yang berada kedudukan ke-26 turut beraksi hari ini dan pusingan pertama membabitkan 32 pertandingan di Dove Mountain.

Pemain Afrika Selatan, Richard Sterne membaiki ranking pada Ahad untuk layak beraksi selepas melonjak daripada kedudukan ke-94 ke 55 susulan kejayaannya di Terbuka Joburg.


Enam pemain yang berada di luar kelompok 64 terbaik pada awal tahun ini turut layak beraksi termasuklah pemain Thailand, Thongchai Jaidee yang bermula di ranking ke-80 pada awal tahun dan kini berada di tempat ke-54.

Selain itu, Tim Clark dari Afrika Selatan, pemain Scotland, Stephen Gallacher, Chris Wood dari England serta Charles Howell dan Russell Henley dari Amerika Syarikat.


Lowry mengenepikan pemain Sweden, Fredrik Jacobson meraih tempat terakhir peserta apabila Patrick Reed melakukan birdie pada jarak 12 kaki pada lubang ke-18 di Pebble Beach untuk berkongsi kedudukan ketujuh bersama Jacobson dan menghalang pemain Sweden itu menduduki ranking ke-65.


Jacobson yang berada di ranking ke-66 adalah calon pengganti utama di depan Bernd Wiesberger dari Austria dan pemain ke-67, Dane Anders Hansen. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/12
Kredit: www.hmetro.com.my
 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved