Harian Metro: BeritaUtama |
‘Kami hanya berkawan’ Posted: 12 Jun 2011 12:50 PM PDT KUALA LUMPUR: "Saya dan Jejai sekadar kawan dan bukan seperti dakwaan ramai pihak yang kononnya saya kembali ke pangkuan Jejai," kata pelakon Nur Fasha Sandha Hassan, 27, atau Fasha Sandha mengenai desas-desus mengatakan kasihnya dan Jejai bertaut semula. Fasha, 27, bagaimanapun mengakui menerima barangan dan bunga daripada Jejai yang dihantar ke Saloon Chinta miliknya. "Namun, saya tidak boleh mengulas sama ada tujuannya untuk memujuk saya kerana apa yang berlaku antara kami sebelum ini sesuatu yang tidak sekali kami fikirkan. Saya lebih selesa jika perkara ini tidak diperbesarkan kerana bimbang ia akan membabitkan pihak lain pula kemudian hari nanti," katanya. Kedua-duanya mengumumkan hubungan mereka tidak kesampaian pada Januari lalu dan desas-desus mengatakan mereka berbaik semula timbul apabila Jejai atau Toh Muda Rizal Ashram Ramli, 34, menghantar 28 jambangan bunga serta barangan mewah lain untuk memujuk hati bekas kekasihnya itu.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: 12 Jun 2011 12:44 PM PDT SUNGAI PETANI: "Ya Allah abang aku, kenapa jadi macam ni?" hanya itu kata-kata mampu diucap Mohd Shafik Azman, 21, sambil memeluk jenazah abangnya, Mohd Kamal, 24, selepas kereta dipandunya terbabit dalam kemalangan. Kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang di Jalan Tikam Batu-Sungai Petani berhampiran Padang Temusu di sini, kelmarin, apabila kereta dipandu mangsa gagal dikawal lalu terbabas ke sebelah kiri dan merempuh penghadang jalan serta sebuah gerai.
Mangsa dari Taman Sri Pinang, di sini, parah di kepala termasuk hancur kaki kanan akibat kemalangan itu dan mati di tempat kejadian.
Katanya, dia menunggu Mohd Kamal di kedai dan menerima panggilan daripada rakan memberitahu abangnya terbabit dalam kemalangan dekat Padang Temusu.
"Hancur hati dan sangat-sangat sedih apabila tiba ke tempat kejadian, saya melihat keadaan kereta abang dan apabila menjenguk, saya dapat melihat abang tersepit," katanya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan