Harian Metro: Setempat |
Posted: 16 Jun 2011 01:42 PM PDT KLANG: Lebih 100 orang termasuk ibu bapa, guru dan pelajar daripada tiga sekolah di Jalan Kapar, di sini, berkumpul secara aman menuntut pembinaan jejantas di kawasan berkenaan berikutan banyak kes kemalangan kecil membabitkan pelajar sekolah di kawasan itu, sejak tiga tahun lalu, kelmarin. Tiga sekolah terbabit ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kapar, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Idris Shah dan Sekolah Menengah Perempuan Kapar bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Kumpulan Tindakan Alternatif diketuai pengerusinya, B Kalai Vanar mendesak pihak bertanggungjawab membina jejantas bagi mengelak kejadian sama berlaku.
Menurut Kalai, demonstrasi itu dilakukan bertujuan menyelamatkan nyawa pelajar berikutan risiko tinggi terpaksa ditanggung apabila terpaksa menyeberangi jalan yang sibuk setiap hari.
Kalai berkata, pihak terbabit tidak boleh memandang ringan perkara ini kerana pelajar bakal pemimpin negara masa depan.
Pelajar yang mahu dikenali sebagai Asmah, 15, berkata dia dan rakan memberanikan diri melintas jalan setiap hari walaupun tahu risiko kemalangan kerana ketiadaan jejantas.
|
YDP PBT wanita pertama di Selangor Posted: 16 Jun 2011 01:39 PM PDT SHAH ALAM: Ahli Institut Perancang Malaysia, Noraini Roslan, 46, dilantik Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), berkuat kuasa 1 Julai depan, menjadikan beliau wanita pertama menjawat jawatan YDP di Selangor. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata ia juga menunjukkan komitmen kerajaan negeri terhadap kesamaan jantina dan keupayaan wanita.
"Pelantikan ini berdasarkan pengalaman beliau sebagai Pengarah Perancang Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) selama 21 tahun serta kelayakan pendidikan beliau," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini, semalam.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan