Harian Metro: BeritaUtama |
Tulang hangus jadi bahan bukti Posted: 11 Jul 2011 10:23 AM PDT SHAH ALAM: Cebisan tulang yang sudah hangus, dua telefon bimbit dan dua jam tangan antara barangan ditemui pasukan penyelam polis ketika mencari bahan bukti kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di sekitar Banting dekat sini, tahun lalu. Koperal Merzuki Shahrim dari Pasukan Gerakan Marin Wilayah 1 Pulau Pinang berkata, cebisan tulang hangus itu ditemui ketika dia melakukan selaman di lokasi pertama iaitu di Sungai Panchau, Jalan Morib, Banting pada 12 September tahun lalu. Menurutnya, dua telefon bimbit yang ditemui ialah jenis BlackBerry berwarna putih dan hitam dipercayai milik peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim dan pegawai bank, Noorhisham Mohamad. Saksi pendakwaan ke-22 itu berkata, pasukannya dengan lima anggota menjumpai jam tangan jenama Seiko milik pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, jam tangan Bell & Ross milik Ahmad Kamil, pisau, dawai dan enam keping zink dikatakan digunakan melapik mayat semua mangsa.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: 11 Jul 2011 10:12 AM PDT KLANG: Keriangan seorang wanita bercuti di sebuah taman tema air di Dengkil, dekat sini, bersama keluarganya sempena cuti hujung minggu bertukar tragedi apabila cedera di leher dan tangan akibat dirempuh seekor kuda, petang kelmarin. Ketika kejadian, Nor Zainab Saron, 37, dari Kajang berjalan kaki bersama suami dan empat anak mereka yang masih kecil di kawasan gerai makanan apabila dirempuh seekor kuda yang mengamuk dan keluar dari trek latihan.
Difahamkan, mangsa dan keluarga tidak menyedari kehadiran kuda yang mengamuk itu kerana kawasan itu dipenuhi orang awam dan trek latihan kuda terletak agak jauh dari kawasan kejadian.
"Selepas menerima rawatan dan pemeriksaan X-Ray di Hospital Banting, pada mulanya pihak hospital mengatakan adik saya tidak mengalami apa-apa kecederaan dan kami diarahkan untuk tunggu 24 jam lagi bagi melihat tindak balasnya.
Nor Hayati yang juga suri rumah sepenuh masa, berkata setibanya di HTAR, doktor mendapati adiknya mengalami kecederaan serius di leher serta tangan kanan yang memerlukan rawatan rapi dengan segera.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan