Harian Metro: BeritaUtama |
‘Usah buat andaian’ Posted: 17 Jul 2011 10:48 AM PDT KUALA TERENGGANU: "Saya tak pernah terfikir sampai ke situ," kata pelakon terkenal, Rozita Che Wan, 37, yang menyangkal dakwaan dia terkena sihir atau penyakit misteri sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital dua kali sepanjang bulan lalu. Sehubungan itu, ibu tunggal kepada dua anak itu meminta orang ramai terutama peminatnya tidak membuat sebarang andaian buruk terhadap status kesihatannya dan menjelaskan dia kini sudah pulih. Menurutnya, pada awal Jun lalu, dia dimasukkan ke Pusat Perubatan Sime Darby Subang Jaya, Selangor kerana mengalami kecederaan pada kaki kanan akibat terjatuh dari tangga rumahnya sehingga menyebabkan ligamen kakinya terkoyak.
"Pada awalnya saya sangka hanya sakit biasa, tetapi ketika hendak tidur kaki saya semakin sakit dan segera menghubungi abang saya meminta dia menghantar ke hospital.
"Doktor kata ia tidak teruk, tapi saya perlu kurangkan berjalan dan tidak boleh bekerja sehinggalah saya betul-betul sembuh," katanya.
"Jika doktor tidak tahu punca penyakit saya memang saya takut juga kerana mungkin ada sebab lain, namun apabila doktor beritahu saya menghidap demam kuning, saya yakin tiada apa yang perlu dibimbangkan. Malah, kini saya sudah sihat dan boleh kembali bekerja," katanya.
|
‘Kakak panggil anak, suami sebelum ajal’ Posted: 17 Jul 2011 10:48 AM PDT MAUT...seorang mangsa nahas yang maut dalam kemalangan di Kilometer 305.5 Lebuhraya Utara-Selatan. SERDANG: "Sayu hati saya ketika mendengar kakak memanggil nama suami dan anaknya sebelum suara itu senyap," kata Nur Effindi Sungip, 17, menceritakan kejadian kemalangan di Kilometer 305.5 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) susur keluar Serdang dari arah Sungai Besi menuju Seremban di sini, malam kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 11.50 malam itu, tiga beranak terbunuh manakala tujuh lagi cedera apabila kereta yang dinaiki 10 bersaudara terbabas sebelum melanggar tiang lampu di tempat kejadian.
Tujuh yang cedera pula ialah Nur Effindi, dua kakaknya, Nur Jumaatul Shuhaida, 24; Nur Atiqah, 19, dua adiknya, Nur Khairuddin, 12, Nurul Ashura, 7, serta dua anak saudaranya, Nur Shahiratul Syafiqa, 4, dan Muhammad Amirul Aiman Muhammad Nuralif, berusia setahun.
Selepas itu, katanya, Proton Wira yang mereka naiki berpusing beberapa kali sebelum semua penumpang dan pemandu kereta berkenaan tercampak keluar.
"Walaupun cedera, saya gagahkan diri untuk bangun melihat mangsa lain termasuk abang ipar (Zulkifle yang bekerja sebagai penghantar akhbar) juga sudah tidak bernyawa," katanya ketika ditemui di Hospital Serdang di sini, semalam.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan