Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 22 Jul 2011 09:47 AM PDT KUALA LUMPUR: "Pada mulanya saya takut melanggar pantang larang ditetapkan nenek, tetapi demi wang ia akhirnya saya abaikan," kata seorang gadis yang terjebak dalam kegiatan urut batin biarpun cita-cita asalnya mahu mewarisi kepakaran neneknya dalam bidang urut tradisional. Berbekalkan wajah jelita dan tubuh gebu, gadis tukang urut berusia 21 tahun itu yang hanya mahu dikenali sebagai Su berkata, dia sebelum ini belajar ilmu urut tradisional daripada neneknya yang juga seorang bidan berpengalaman.
Su berkata, ketika berusia 15 tahun, neneknya yang sudah tua menurunkan ilmu perubatan dan urut tradisional itu kepadanya.
Menurut Su, pada mulanya, dia bekerja di Damansara, dekat Petaling Jaya dan ketika itu dia hanya menawarkan khidmat urut badan, kaki dan refleksologi pada harga RM50 bagi satu sesi, tetapi akibat pengaruh beberapa rakan sekerja, dia mula berminat dalam urutan seks.
Tanpa berselindung, Su mengakui kegiatan memberikan khidmat urut batin akhirnya menyebabkan dia tergelincir lebih jauh apabila turut memberikan khidmat seks kepada lelaki.
|
Posted: 22 Jul 2011 09:47 AM PDT KUALA LUMPUR: "Sukar untuk saya ucapkan dengan kata-kata kerana memang tidak sangka majlis resepsi kami di Kuala Lumpur nanti diangkat sebagai 'Wedding Of The Year'. "Sebenarnya, saya dan Memey menjangkakan majlis perkahwinan yang sederhana saja selepas pelbagai ujian dilalui dalam hubungan kami sebelum ini. "Apapun, saya sangat bersyukur dengan penghargaan Rafflesia The Pearl Centre selaku penaja utama dengan penaja lain sekali gus menganggapnya sebagai rezeki dari Tuhan," kata pelakon Norman Hakim.
"Pada mulanya sukar untuk saya mempercayai semua ini kerana ia berlaku tanpa dijangka," katanya pada sidang media yang berlangsung di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur di sini, semalam. Majlis resepsi Norman dan Memey akan berlangsung di di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur pada 28 September ini.
"Memey juga bakal menggayakan dua kasut rekaan eksklusif Jimmy Choo yang berharga lebih RM300,000 setiap satu dan ia satu-satunya rekaan yang dicipta di dunia. Selain itu, Memey bakal menggayakan dua set perhiasan jenama Rafflesia iaitu anting-anting, gelang tangan, cincin dan tiara bernilai RM5.6 juta yang setiap satu berharga RM2.8 juta.
Memey dan Norman akan melangsungkan pernikahan di kediaman keluarga Memey selepas solat Asar di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor pada 24 September ini disusuli majlis persandingan keesokan harinya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan