Harian Metro: Setempat |
Restoran terkenal tapi dapur jijik Posted: 08 Jul 2011 11:17 AM PDT KUALA LUMPUR: Menjijikkan! Perkataan ini mungkin paling sesuai untuk menggambarkan keadaan beberapa dapur restoran terkenal yang diserbu pegawai kesihatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini, Rabu lalu. Di bahagian depan restoran, semuanya tersusun cantik dan lauk yang disajikan menyelerakan. Namun, sebaik saja melangkah ke dapur, bau meloyakan menusuk hidung. Najis tikus dan lipas bersepah di lantai terutama di stor dan tandas, sampah tidak dibuang, peti sejuk dan lantai kotor seperti tidak pernah dibersihkan dan bahan mentah masakan dibiarkan bersepah di merata tempat. Pengarah Kesihatan DBKL, Dr Sallehudin Abu Bakar, berkata pegawai kesihatan sudah memberikan notis awal kepada pemilik restoran dua minggu lalu supaya membersihkan premis dan mengikut garis panduan ditetapkan Jabatan Kesihatan, namun mereka gagal melaksanakan arahan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: 08 Jul 2011 10:56 AM PDT SEREMBAN: Usaha seorang kanak-kanak untuk menyelamatkan adiknya yang jatuh dan dihanyutkan arus deras sebuah longkang sedalam satu meter berakhir dengan kedua-duanya terbunuh dalam kejadian berhampiran Sekolah Kebangsaan Wawasan Seremban 2 di sini, semalam. Kejadian berlaku kira-kira jam 12.45 tengah hari, ketika Aqhari Aqwa Saprudin, 8, dan adiknya, Arif Hidayatullah, 7, dalam perjalanan pulang ke rumah selepas tamat sesi persekolahan. Mayat Arif Hidayatullah ditemui pasukan mencari dan penyelamat di sebuah kolam takungan kira-kira 100 meter dari tempat mereka terjatuh pada kira-kira jam 2.40 petang manakala mayat Aqhari Aqwa ditemui jam 4.54 petang.
"Sejurus menjenguk ke luar, saya melihat seorang murid lelaki sedang memegang tangan seseorang yang terjatuh ke dalam longkang di luar kawasan sekolah.
Ibu mangsa, Azmalina Kanuit, 46, berkata, dia berasa sesuatu yang aneh apabila mendapati anak keenam dan ketujuh daripada lapan beradik itu masih tidak pulang ke rumah kira-kira jam 1 tengah hari.
"Tidak lama kemudian, hati ini seperti mahu gugur apabila dimaklumkan mereka terjatuh dalam longkang menyebabkan saya bergegas ke sekolah untuk mendapatkan kepastian.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan