Harian Metro: Setempat |
Posted: 10 Jul 2011 09:52 AM PDT PADANG BESAR: Seorang lelaki warga emas terkedu apabila mendapati tindakannya membakar sampah ketika cuaca panas terik menyebabkan rumah jirannya hangus dalam satu kejadian di Kampung Baru Sungai Serai, Chuping, dekat sini, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, lelaki berusia 70-an itu hanya mampu tersandar di sebatang pokok berhampiran rumah berkenaan kerana terkejut.
Ketika kejadian, Ahmad Sulaiman bersama ibunya, Siti Fatimah Awang, 62, menghadiri majlis perkahwinan kenalannya di Kampung Blok 20, Chuping, dekat sini, manakala isterinya, Munirah Murad, 21, yang baru bersalin anak kedua sebulan lalu berada di rumah mentuanya di Abi, dekat sini.
"Tetapi teguran saya tidak diendahkan kerana dia sedang sibuk membersihkan kawasan belukar di kawasan tanahnya untuk ditanam pokok getah. Sebelum menghadiri majlis kenduri itu, saya dan Ahmad sekali lagi memintanya supaya mengawasi sampah yang dibakar," katanya yang menetap bersebelahan rumah Ahmad ketika ditemui di tempat kejadian.
"Sebenarnya, sebelum pergi ke majlis perkahwinan itu, hati saya sudah tidak tenang selepas melihat api pembakaran sampah menjulang tinggi membakar pohon buluh dan bimbang merebak ke rumah anak.
|
Posted: 10 Jul 2011 09:52 AM PDT GOMBAK: Seorang lelaki ditemui mati di dalam lubang najis dengan tiga kesan tetakan di kepala dipercayai dibunuh di kawasan kilang terbiar di Rawang, semalam. Mayat lelaki berusia 30-an belum dikenal pasti identiti itu dipercayai warga asing dan mangsa ditetak dengan sebilah kapak yang ditemui kira-kira 100 meter dari tempat mangsa dibuang.
Menurutnya, mayat lengkap berpakaian dalam keadaan tertiarap itu dijumpai di dalam lubang najis dengan kedalaman kira-kira tiga meter. "Mangsa dipercayai dibunuh di kawasan semak tepi kilang terbiar terbabit sebelum dibuang ke dalam lubang itu selepas titisan darah ditemui di kaki lima kilang itu.
"Kilang terbiar itu sudah lebih dua tahun ditinggalkan dan motif pembunuhan masih dalam siasatan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu atau ada waris yang kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61385222. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan