Harian Metro: Setempat |
Posted: 12 Jul 2011 09:22 AM PDT KLANG: Gara-gara berebut teman wanita, dua lelaki bergaduh sebelum seorang daripada mereka mati ditikam di dada dan paha kanan di hadapan koridor sebuah premis di Jalan Meru, semalam. Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, mangsa, warga Indonesia berusia 21 tahun dan berasal dari Jawa Tengah, Indonesia itu maut ditikam dengan sebilah pisau oleh suspek juga warga negara sama.
"Hasil siasatan kami mendapati mangsa ditikam dengan sebilah pisau di bahagian dada dan paha kanan, manakala terdapat sedikit kesan luka pada pergelangan tangan kirinya akibat ditetak.
Mohamad Shukor berkata, motif pembunuhan dipercayai kerana dendam akibat merebut teman wanita dan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek memakai kemeja-T berwarna putih serta berseluar jeans biru cerah.
Ditanya mengenai senjata digunakan untuk menikam mangsa, Mohamad Shukor berkata, pisau itu belum ditemui.
|
2 pekerja kumpulan rock ditahan miliki dadah Posted: 12 Jul 2011 09:08 AM PDT AMPANG: Dua pekerja chalet milik sebuah kumpulan rock terkenal tanah air ditahan di Kampung Kemensah, di sini kerana memiliki dua kilogram ganja, petang semalam. Dalam serbuan dilakukan Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya kira-kira jam 5 petang itu, kedua-dua lelaki berusia 40-an itu berehat dalam sebuah rumah di chalet itu.
Bagaimanapun, kumpulan terbabit yang juga majikan kepada kedua-dua lelaki itu sudah dimaklumkan polis berhubung penahanan mereka.
"Hasil pemeriksaan dalam bilik kedua lelaki berkenaan polis menemui dua kilogram dadah dipercayai ganja. Berikutan penemuan itu, semua mereka ditahan polis untuk siasatan lanjut," katanya.
"Kedua-dua lelaki itu ditahan reman sehingga 19 Julai ini bagi membantu siasatan berhubung penemuan itu," katanya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan