Harian Metro: Setempat |
‘Pegawai KDN’ rompak peniaga Posted: 15 Jul 2011 10:31 AM PDT KUALA LUMPUR: Hanya dengan memberi alasan dia mengambil pekerja tanpa permit, seorang peniaga kedai runcit kerugian kira-kira RM2,400 selepas wang tunai, telefon bimbit, kad prabayar dan rokok dilarikan empat orang lelaki yang menyamar sebagai pegawai dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam satu kejadian di Taman Cheras Utama, 16 Jun lalu. Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Maslina, 33, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12.25 tengah malam itu, dia bersama seorang pekerjanya sedang sibuk mengemas barang jualan sebelum didatangi empat lelaki.
Dia yang terkejut dengan alasan diberikan pada mulanya enggan memberi kerjasama sebelum seorang daripada mereka mengeluarkan 'kad kuasa' bagi meyakinkannya.
Menurut Maslina, ketika sedang berbincang dengan seorang daripada mereka, tiga lelaki lain mengambil kesempatan menyelongkar peti simpanan tunai dan merampas wang tunai kira-kira RM1,100 dan rokok bernilai RM400 serta kad prabayar bernilai RM600 yang disimpan di dalam rak berdekatan kaunter.
"Saya yang ketakutan cuba menghubungi suami untuk meminta pertolongan sebelum perbuatan saya itu disedari lelaki berkenaan dan merampas semua tiga telefon bimbit milik saya.
|
Pelajar gaduh dengan kekasih teguk air sabun Posted: 15 Jul 2011 10:29 AM PDT KUALA LUMPUR: Hanya kerana bergaduh dengan teman wanitanya, seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun nyaris maut apabila meneguk hampir sebotol air sabun dalam kejadian di rumahnya di Desa Tasik Sungai Besi, di sini, Rabu lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, mangsa yang ditemui pengsan di tandas rumahnya dikejarkan ahli keluarganya ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), di sini, untuk rawatan.
Menurut sumber, berdasarkan keterangan diberikan mangsa kepada doktor, dia mendakwa mahu membunuh diri kerana bergaduh dengan teman wanitanya.
Sumber berkata, mangsa yang hilang kawalan kemudian menelan hampir sebotol air sabun sebelum pengsan.
Difahamkan, akibat perbuatannya itu, pihak hospital kini merujuk kes berkenaan kepada pakar psikiatri bagi menentukan tahap kesihatan sebenar pelajar terbabit.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan