Harian Metro: Setempat |
Posted: 19 Jul 2011 09:36 AM PDT SEPANG: Sindiket penyeludupan dadah antarabangsa kini menggunakan Pusat Mel dan Kurier Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menyeludup dadah ke negara ini kerana dikatakan lebih mudah dan murah. Taktik dikesan semakin meningkat sejak kebelakangan ini, malah sehingga 18 Julai lalu sebanyak 15 rampasan direkodkan, membabitkan kira-kira 64 kilogram (kg) dadah terutama jenis sintetik termasuk syabu, ketamin, eramin 5, ganja dan heroin dengan nilai RM5.62 juta. Berbanding tahun lalu, hanya ada 25 kes rampasan berjumlah 75.7kg dadah bernilai RM11.9 juta, manakala pada 2009, 17 kes dilaporkan, membabitkan 167kg pelbagai jenis dadah bernilai RM23.94 juta. Terbaru, Bahagian Penguat kuasa Kastam Diraja Malaysia KLIA merampas dua jenis dadah dipercayai ketamin dan syabu seberat 7kg bernilai hampir RM1 juta dalam dua kes berasingan pada 13 dan 16 Julai lalu di pusat itu.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Lelaki dikelar 2 rakan terima 39 jahitan Posted: 19 Jul 2011 09:05 AM PDT KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 22 tahun terpaksa menerima 39 jahitan di seluruh badan selepas kedua-dua tangan, kaki kiri dan belakang badan dikelar dengan pisau oleh dua lelaki juga kenalannya kerana gagal melunaskan hutang, petang Jumaat lalu. Difahamkan, mangsa meminjam wang daripada suspek sebanyak RM13,000 dan sehingga kini, sudah membayar RM5,000.
Namun, suspek yang berusia 20-an dikatakan tidak berpuas hati apabila mangsa gagal melunaskan hutang seperti ditetapkan menyebabkan mereka datang ke rumah mangsa di Taman Datuk Senu, di sini, kira-kira jam 3.30 petang, untuk bertemu sebelum dipaksa membayar RM30,000 kepada mereka.
Beliau berkata, ketika dalam kereta berkenaan, seorang daripada suspek menutup mata mangsa menggunakan kain hitam.
"Ketika itu, mangsa hanya mampu menggelengkan kepala kerana dia dikatakan hanya membuat pinjaman sebanyak RM13,000," katanya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan