Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 01 Aug 2011 12:29 PM PDT KULAIJAYA: Akibat taksub dengan ajaran tarekat disebarkan seorang wanita yang mengaku dirinya malaikat dan pemegang kunci pintu syurga, seorang lelaki nekad berhenti kerja dan mengabaikan tanggungjawab sehingga isterinya hidup serba kekurangan. "Dia kerap menghilangkan diri berbulan-bulan kononnya kerana ingin beramal mencari pahala," kata isteri lelaki itu yang hanya mahu dikenali sebagai Azrina. Wanita berusia 40 tahun itu berkata, suaminya, Mohamed, 44, juga banyak melakukan perkara bertentangan ajaran Islam termasuk melakukan pemujaan hingga ke Indonesia. "Dia melakukan pemujaan di makam, upacara korban binatang dan mencari harta karun hingga ke Aceh sebagai cara mendekati 'malaikat' itu sedangkan anak dan isteri di rumah hidup melarat," katanya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
Posted: 01 Aug 2011 11:10 AM PDT ALOR GAJAH: Seorang guru mendakwa terpaksa hidup seperti pelarian apabila bekas suami tidak henti-henti mengancam keselamatannya termasuk mengupah samseng menyerang suami barunya sehingga telinga hampir putus dan menerima 65 jahitan. Mangsa yang mahu dikenali sebagai Nurul, 30, berkata biarpun dia berjaya mendapatkan perintah perlindungan sementara daripada mahkamah awal Disember tahun lalu, bekas suaminya mengganggunya dan terbaru, suami barunya dikenali sebagai, Kafi, 35, cedera akibat diserang samseng upahan. "Kejadian pada malam 3 Julai lalu apabila kami bersiap untuk berangkat ke Kuala Lumpur. Ketika suami sibuk memasukkan beg pakaian ke dalam but kereta, tiga lelaki secara tiba-tiba datang menetaknya dengan senjata tajam. "Kejadian di laman rumah di Besut, Terengganu berlaku terlalu pantas, dalam tempoh lima minit akibat tetakan itu suami menerima 65 jahitan dengan telinga suami hampir putus, retak tulang lengan, luka ibu jari dan sakit di seluruh badan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan