Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 07 Aug 2011 12:11 PM PDT CAMERON HIGHLANDS: Tujuh penduduk Orang Asli terbunuh, manakala dua cedera apabila lima rumah di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Tanah Rata, di sini, ditimbus tanah runtuh dalam kejadian hujan lebat, kira-kira 5.45 petang semalam. Dalam kejadian itu, tiga daripada lima rumah terbabit tertimbus menyebabkan nasib semua penghuninya belum diketahui. Sehingga tengah malam tadi, sumber mengesahkan mangsa maut ialah empat wanita dan tiga lelaki. Ketua Polis daerah Cameron Highlands Deputi Superintendan, Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa yang maut bersama dua yang cedera dibawa ke Hospital Hajah Kalsom, Tanah Rata, sebelum dipindahkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, kira-kira 10 malam tadi.
Sehingga ini, katanya, penghuni dua rumah yang terkena runtuhan itu sudah diselamatkan dan dibawa ke tempat lebih selamat. Sumber berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan kejadian itu berpunca daripada runtuhan lereng bukit yang ditarah bagi membangunkan projek perumahan berdekatan tempat kejadian. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
Posted: 07 Aug 2011 10:56 AM PDT KUANTAN: Kemunculan seekor anak buaya tembaga berukuran 76 sentimeter dengan mulutnya diikat dengan pita pelekat berhampiran rumah seorang penduduk di Jalan Haji Junid kelmarin, menimbulkan tanda tanya. Anak buaya tembaga itu ditemui di tempat letak kasut rumah peniaga, Woon Wee Kee, 51, kira-kira jam 7 malam oleh anaknya yang baru pulang dari tempat kerja. Menurut Woon, ketika kejadian dia tiada di rumah, tetapi segera pulang selepas dihubungi anak lelakinya mengenai penemuan anak buaya itu. Katanya, sebaik sampai di rumah dia seperti tidak percaya melihat anak buaya yang sudah ditempatkan dalam kotak, malah kejadian itu juga dianggap pelik kerana tidak tahu dari mana reptilia itu muncul.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan