Harian Metro: BeritaUtama |
‘Bersahur’ di ranjang Posted: 13 Aug 2011 09:48 AM PDT KUALA LUMPUR: Memalukan apabila ramai lelaki hidung belang, termasuk berusia emas, terperangkap dengan pakej 'dangdut sampai sahur' di sebuah kelab dangdut terkenal di ibu kota hingga sanggup mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan lelaki Islam pada bulan mulia ini. Nyata lelaki terbabit longlai dengan tarikan istimewa di kelab itu. Keadaan itu tidak mengejutkan kerana hanya dengan bayaran RM40 sejam, pelanggan bukan saja boleh mendapatkan khidmat pelayan pelanggan (GRO) 'bergetah' sebagai teman berhibur, malah menemani mereka bersahur dan di bilik tidur. Wartawan Metro Ahad yang menyamar sebagai pelanggan di kelab itu mendapati khidmat hiburan ditawarkan menarik perhatian, terutama mereka yang lemah iman. Dibuka seawal jam 9 malam, pelanggan boleh menempah mana-mana 20 pelayan yang sedia menemani hingga ke pagi. Layanan diberi juga terserah kepada pelanggan, sama ada ingin berhibur di bilik karaoke atau menjadi teman menari dangdut sampai ke pagi.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
Posted: 13 Aug 2011 09:44 AM PDT KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya 5,000 mangkuk bubur lambuk berjaya dihasilkan oleh 300 sukarelawan pada program Bubur Lambuk 1Malaysia Amal Media anjuran Kelab Kebajikan, Sukan dan Rekreasi (KKSR) Jabatan Pengarang The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) di Balai Berita, di sini, semalam. Bubur itu yang mula dimasak seawal jam 8 pagi diagihkan kepada anak yatim, ibu tunggal, warga emas, masjid, surau, polis dan bomba yang dikenal pasti dengan bantuan Kelab Redah 4x4 Wilayah Persekutuan dan Kelab Kembara 4x4 Selangor.
Menurutnya, selain sukarelawan daripada pihak penaja, seramai 60 pelajar dan lapan pensyarah dari Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Seni Kulinari Universiti Taylor turut mengacau bubur terbabit.
Turut mengacau bubur lambuk itu adalah beberapa artis, antaranya Mila Jirin, Kilafairy, Iqa Mentor 5, Shiha Mentor 5, Chomel Fana dan Ad Azhar.
"Ini kali pertama saya sertai aktiviti sukarelawan di luar kampus sejak belajar di Malaysia. Walaupun cuaca panas, ia sungguh menyeronokkan kerana semua pihak ringan tulang membantu," katanya penuntut Diploma Operasi Hotel itu.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan