Harian Metro: Setempat |
Kepala pembonceng digilis kenderaan berulang kali Posted: 01 Aug 2011 10:55 PM PDT BUKIT BERUNTUNG: Seorang pembonceng motosikal wanita, Y Tilakavathi, 43, terbunuh dengan kepalanya hancur akibat digilis beberapa kenderaan selepas terbabit kemalangan di Kilometer 6, Jalan Sungai Choh-Bukit Beruntung, dekat sini, malam kelmarin. Kejadian berlaku kira-kira jam 8.10 malam apabila mangsa yang membonceng motosikal teman lelakinya berusia 33 tahun bergesel sebuah kenderaan lalu terbabas dan terjatuh.
Katanya, siasatan awal mendapati motosikal Modenas Kriss dinaiki mangsa dan teman lelakinya hilang kawalan ketika melalui selekoh tajam lalu terbabas memasuki laluan bertentangan.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) untuk bedah siasat sementara penunggang yang parah dihantar ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk menerima rawatan lanjut.
|
3,000 kalut hidu racun anai-anai Posted: 01 Aug 2011 10:50 PM PDT KUALA LUMPUR: Kira-kira 3,000 kakitangan beberapa syarikat yang berpejabat di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, di sini, terpaksa mengosongkan bangunan pejabat setinggi lima tingkat selepas terhidu gas racun serangga, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, kakitangan yang baru tiba untuk memulakan tugas terkejut apabila sukar bernafas selain mata pedih akibat terhidu gas yang dikeluarkan cecair kimia yang digunakan untuk menghapuskan anai-anai.
Beliau berkata, empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jalil dan Balai Bomba dan Penyelamat Jelatek bersama 28 anggota tiba di tempat kejadian untuk kerja pencegahan awal.
"Pasukan Hazmat yang tiba di tempat kejadian kemudian memindahkan bahan kimia itu menggunakan alat khas bagi mengeluarkan gas dari bangunan berkenaan.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan semua kakitangan dibenarkan memasuki semula bangunan kira-kira jam 1 tengah hari. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan