Harian Metro: Setempat |
Kepala terlekat di pelepah sawit Posted: 02 Aug 2011 10:35 AM PDT KULIM: "Saya mahu mengait kelapa sawit, tetapi alangkah terkejutnya saya apabila ternampak kepala manusia yang sudah reput terlekat di pelepah kelapa sawit itu," kata S Nandakumaran, 31, yang menemui mayat lelaki yang sudah reput dan anggotanya yang berselerak di Ladang Air Merah, berhampiran Taman Melur, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, pekerja ladang kelapa sawit itu baru hendak memulakan tugas mengait buah kelapa sawit di ladang itu.
"Ketika saya berjalan ke arah pokok kelapa sawit untuk mengait buahnya, tiba-tiba saya terpandang satu objek bulat berwarna hitam terlekat pada pelepah kelapa sawit. Saya kemudian menghampiri objek berkenaan dan amat terkejut apabila mendapati objek itu adalah kepala manusia yang hampir reput," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.
"Saya bersama beberapa pekerja lain baru memulakan tugas mengait buah berkenaan hari ini (semalam) selepas kali terakhir melakukannya pada 13 Julai lalu. Waktu itu, tiada apa-apa berlaku di kawasan ini," katanya.
"Keadaan mayat yang hampir reput dan hanya tinggal kaki, manakala kedua-dua belah tangannya dijumpai beberapa meter dari mayat itu kemungkinan dibawa lari binatang buas. Kepala mangsa pula tersangkut pada pelepah pokok kelapa sawit. Seutas tali turut berada pada kepala itu," katanya.
|
Posted: 02 Aug 2011 10:32 AM PDT SHAH ALAM: Ramadan kali ini tidak bermakna bagi seorang ibu beranak empat berusia 39 tahun apabila dia bukan saja diceraikan suami sebaliknya dia cedera selepas dibelasah lelaki itu di rumah sewa kekasih lelaki itu di Banting, dekat sini, kelmarin. Difahamkan mangsa dibelasah suaminya berusia 40-an itu disebabkan wanita terbabit melarang suspek bersekedudukan dengan kekasihnya yang juga warga Indonesia di rumah sewa berkenaan.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, mangsa cedera di leher dan badan selepas ditampar dan ditumbuk suaminya.
"Sebaik tiba di rumah berkenaan, saya meminta suami pulang ke rumah, namun tindakan saya itu menyebabkan dia berang sebelum memarahi saya.
Menurut Intan, penderitaannya tidak berakhir di situ apabila suaminya menceraikannya dengan talak satu manakala wanita terbabit meludah mukanya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan