Harian Metro: Setempat |
Pengawal curiga bongkar jenayah Posted: 06 Aug 2011 08:45 AM PDT IPOH: "Saya tak kenal perempuan ini... dia sakit, saya mahu hantar dia ke hospital." Itu reaksi spontan seorang daripada suspek dipercayai terbabit dalam kes bunuh Timbalan Pengarah (Kesihatan) Jabatan Veterinar Perak, Dr Rohani Kasim, 38, Khamis lalu. Seorang pengawal keselamatan dikenali sebagai Bukhari, 62, berkata lelaki terbabit yang juga jiran kepada mangsa mengatakan demikian selepas dia menghampirinya kerana curiga melihat suspek memikul cadar pada awal pagi.
"Ketika itu baru saya perasan kaki manusia terjulur keluar daripada hujung cadar dalam keadaan terikat dan melihat kami semakin mendekatinya, lelaki terbabit terus meletakkan cadar berkenaan ke lantai tangga," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.
"Saya melakukan rondaan rutin sekitar kawasan pangsapuri yang mempunyai sembilan blok ini apabila melihat kelibat seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan mundar-mandir di depan kawasan tangga Blok F berhampiran kediaman mangsa seperti memerhatikan sesuatu, jam 3.30 pagi.
Bukhari berkata, ketika itu dia terlihat kelibat seorang lagi lelaki memikul cadar berkenaan dan selepas lelaki itu memberi penjelasan pelik serta melihat kaki manusia terjulur, hatinya semakin berdebar-debar.
|
Posted: 06 Aug 2011 08:22 AM PDT AMPANG: Mayat seorang wanita yang dikerat beberapa bahagian dalam sebuah pangsapuri terbiar di Blok Chryssa, Apartmen Astaria, di sini, adalah warga asing. Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, pihaknya mengenal pasti mangsa adalah warga asing selepas cap jari mayat dihantar ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
"Kami juga menahan beberapa orang untuk siasatan tetapi belum dapat dikenal pasti sama ada mempunyai kaitan dengan kes ini," katanya, di sini, semalam.
Difahamkan, beberapa anggota badan manusia turut ditemui dalam tiga bungkusan plastik di atas siling tandas dan beberapa tempat dalam rumah berkenaan. Dipercayai mangsa dibunuh kurang seminggu lalu sebelum anggota badannya dikerat lebih 15 bahagian. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan