Harian Metro: Setempat |
Posted: 07 Aug 2011 09:58 AM PDT SELAYANG: Bermula awal tahun sehingga Jun lalu, sebanyak 500 kompaun dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terhadap pemilik nombor telefon yang nombor mereka tertera di pelekat iklan haram sama ada iklan pinjaman wang atau pusat tuisyen. Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Sosio-Ekonomi, Datuk Mohd Amin Nordin Abd Aziz, berkata semua nombor telefon itu dirujuk ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terlebih dulu bagi mendapatkan nama dan alamat pemilik nombor berkenaan.
"Jika pemilik nombor telefon berkenaan tidak memberi sebarang maklum balas selepas sebulan dikompaun, tindakan seterusnya iaitu mengeluarkan surat mahkamah pula diambil," katanya pada sidang media selepas menyertai Operasi Penurunan Iklan Haram di sekitar kawasan Taman Wilayah Selayang, di sini, semalam.
|
Posted: 07 Aug 2011 09:56 AM PDT AMPANG: Tukang sapu di Apartmen Astaria, di sini, antara lapan lelaki warga asing yang ditahan dalam serbuan di pangsapuri itu selepas dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan seorang wanita dan seorang kanak-kanak lelaki yang dikerat beberapa bahagian, Rabu lalu. Difahamkan, polis turut menemui peralatan dipercayai digunakan dalam pembunuhan kejam sebelum mayat kedua-dua mangsa ditemui dalam sebuah pangsapuri terbiar di tingkat lima Blok Chryssa pangsapuri itu.
"Hasil siasatan polis dan maklumat awam, polis membuat pemeriksaan ke atas rumah berkenaan sebelum menahan mereka yang dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan itu. "Semua suspek yang berusia antara 26 dan 38 tahun itu ditahan pada jam 12.25 tengah malam semalam (kelmarin). "Susulan penahanan itu, kita mengesan seorang lagi suspek dan menahannya pada jam 2.20 pagi di sebuah hotel di Jalan Ampang pada hari sama," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, di sini.
Menurutnya, semua suspek yang ditahan itu kini direman hingga 13 Ogos ini bagi membantu siasatan lanjut.
"Polis turut sudah mengambil keterangan pemilik pangsapuri berkenaan yang juga warga tempatan untuk membantu siasatan," katanya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan