Harian Metro: Setempat |
Kaunter zakat lengang ramai bayar saat akhir Posted: 09 Aug 2011 10:57 AM PDT KUALA LUMPUR: Sikap masyarakat di negara ini yang suka melakukan kerja pada saat akhir menyebabkan Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) di sini, lengang daripada kunjungan pembayar zakat. Difahamkan, pembayar zakat kebanyakannya memilih untuk berurusan pada waktu pagi dan hanya segelintir yang datang membayar zakat pada waktu petang.
Katanya, kebanyakannya menunggu waktu gaji masuk dan memilih hari minggu untuk membayar zakat.
Bagaimanapun, katanya, sepanjang sembilan hari berpuasa PPZ mengumpulkan RM10.7 juta hasil daripada bayaran zakat harta dan menyasarkan kutipan RM36.9 juta sempena Ramadan ini.
Untuk keterangan lanjut mereka boleh hubungi talian zakat, 1300885757, laman web zakat.com.my, laman sosial facebook di www.facebook.com/zakat.my. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
Posted: 09 Aug 2011 10:51 AM PDT AMPANG: Motif cemburu dikenal pasti menyebabkan seorang wanita warga Indonesia dan anaknya yang berusia enam tahun dibunuh kejam sebelum mayat mereka dikerat lebih 15 bahagian. Mayat dua beranak itu dibungkus dalam tiga plastik sebelum dibuang di sebuah pangsapuri terbiar di tingkat lima Blok Chryssa, Apartmen Astaria, di sini, pada 3 Ogos lalu.
Setakat ini, polis menahan sembilan lelaki termasuk suami mangsa yang berusia 29 tahun bagi membantu siasatan di Bandar Baru Ampang, di sini, dua hari lalu.
Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah mengesahkan motif cemburu menjadi punca pembunuhan kejam itu.
Sebelum ini, Harian Metro melaporkan misteri bau busuk di sebuah pangsapuri terbongkar apabila pihak pengurusan menemui kaki kiri manusia yang sudah berulat dan beberapa organ manusia dalam tandas di tingkat lima bangunan itu. Difahamkan, beberapa anggota badan manusia turut ditemui dalam tiga bungkusan plastik di atas siling tandas dan beberapa tempat dalam rumah berkenaan.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan