Harian Metro: Setempat |
‘Mak cik tak perlu lagi angkut air sungai’ Posted: 11 Aug 2011 10:52 AM PDT HULU LANGAT: Kemeriahan Ramadan dan Syawal pada tahun ini membawa seribu erti kepada seorang warga emas berusia 79 tahun selepas menerima sumbangan air percuma selama enam bulan dan pemasangan paip percuma menerusi Program Ehsan Ramadan Tabung Budi, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dan Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (Puncak Niaga). Seya Sinaga yang dulu penjual sayur kampung dengan memperoleh pendapatan RM280 sebulan, berkata dia bersyukur nasibnya mendapat pembelaan selepas lebih 50 tahun hidup tanpa bekalan air paip.
"Saya sudah tak risau mengenai risiko terjatuh atau tergelincir ketika mengambil air sungai," katanya.
"Pemberian bekalan air selama enam bulan diharap membantu golongan yang memerlukan untuk meneruskan kehidupan seharian mereka. "Semoga kemeriahan Ramadan dan Syawal tahun ini membawa seribu erti dan kenangan terindah," katanya ketika menyampaikan penyerahan itu.
Program Tabung Budi diilhamkan Syabas dan Puncak Niaga diperkenalkan pada 24 Ogos tahun lalu mendapat kerjasama 2,600 individu terdiri daripada kakitangan Syabas, Puncak Niaga dan individu luar.
|
Posted: 11 Aug 2011 10:49 AM PDT KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 29 tahun yang mengaku suami kepada seorang wanita yang dibunuh dengan kejam sebelum mayatnya dikerat bersama anak lelakinya yang berusia 20 bulan di sebuah pangsapuri di tingkat lima Blok Chryssa, Apartmen Astaria, Taman Kosas, Ampang, ditahan semula untuk membantu siasatan. Difahamkan, lelaki berasal dari Sabah itu ditahan reman mulai kelmarin hingga 15 Ogos ini berikutan kegagalannya mengemukakan dokumen perkahwinan.
Setakat ini, polis sudah menahan sembilan lelaki termasuk lapan warga Bangladesh bagi membantu merungkai kejadian yang bermotifkan cinta dan cemburu.
"Kami menahan reman dia selama enam hari sehingga 15 Ogos ini bagi membantu siasatan lanjut berhubung kejadian itu," katanya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan