Harian Metro: Setempat |
‘Saya tak tahu ini salah’ Posted: 12 Aug 2011 10:15 AM PDT KUALA LUMPUR: "Saya tak tahu langsung pekerjaan yang saya buat ini sebenarnya salah. Kalau saya tahu, saya tak akan ambil risiko untuk melakukan kerja ini," kata 'orang emas' yang ditahan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan dalam satu operasi di Bukit Bintang, di sini, jam 9 malam kelmarin. Dia yang mahu dikenali sebagai Elvis, 42, berkata menjadi 'orang emas' atau 'Gold Man' adalah sumber rezekinya dan pendapatan diperoleh agak memuaskan serta mampu menampung isteri dan dua anak berusia dua bulan dan tiga tahun yang tinggal di Ipoh, Perak. "Saya diberi jaminan oleh rakan bahawa pekerjaan ini tidak salah dan pihak berkuasa tidak akan mengganggu serta dijanjikan pulangan pendapatan dengan sekelip mata.
Elvis berkata, kini dia risau memikirkan nasib isteri dan anaknya jika kesalahan yang dilakukan akan menyebabkannya didakwa serta ditahan dalam tempoh yang agak lama.
Apa yang dilakukannya hanyalah berdiri dengan meletakkan satu tin kosong dan mengharap simpati orang ramai memasukkan duit bagi membolehkannya membuat pelbagai gaya sambil orang ramai merakam gambar bersamanya.
"Dia akan disiasat mengikut Seksyen 32 Akta Orang Papa 1977 dan boleh ditahan untuk tempoh sebulan," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
Posted: 12 Aug 2011 10:11 AM PDT KUALA LUMPUR: Seorang pengemis yang cacat penglihatan ibarat naik hantu dan bertindak samseng apabila melibas kerusi lipat miliknya ke arah dua kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ketika dia cuba ditahan kerana mengemis di bazar Ramadan di Setapak Jaya, di sini kelmarin. Selepas menyedari kehadiran kakitangan JKM, lelaki pertengahan umur itu bersama seorang rakannya pada awalnya cuba menagih simpati untuk mengelak ditahan, namun apabila rayuannya tidak diendahkan pertengkaran mulut tercetus dan dia melemparkan pelbagai kata-kata kesat sehingga keadaan menjadi tegang.
Ketua Bahagian Warga Tua dan Keluarga JKM Wilayah Persekutuan, Mujah Hamat berkata, dalam keadaan kecoh itu seorang daripada pengemis itu tiba-tiba melibas kerusi lipat miliknya ke arah kakitangan JKM.
"Dalam situasi yang agak kelam-kabut itu, kedua-dua pengemis terbabit berjaya meloloskan diri di celah orang ramai yang membantu mereka melarikan diri," katanya.
Operasi kelmarin, kali kedua diadakan sepanjang Ramadan ini membabitkan 25 kakitangan JKM. Kawasan diserbu termasuk bazar Ramadan Setapak Jaya, Titiwangsa, Bandar Baru Sentul, Chow Kit dan Bukit Bintang.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan