Harian Metro: Setempat |
Posted: 14 Aug 2011 09:25 AM PDT KUALA LUMPUR: Peniaga di Jalan Petaling, di sini, yang sinonim dengan jolokan 'syurga' barangan tiruan seolah-olah 'kebal' daripada tindakan apabila menjual barangan itu secara terbuka walaupun kegiatan mereka sudah lama diketahui umum. Tinjauan Harian Metro di sekitar lokasi berkenaan mendapati hampir semua peniaga di situ menjual pelbagai barangan 'berjenama' tidak kira barangan jenama tempatan atau antarabangsa dengan harga amat rendah dengan mendakwa kualitinya serupa barangan tulen.
"Serupa saja sama ada barang 'ori' atau yang ini (tiruan), malah beli barangan tiruan lagi untung, harga murah, boleh jimat duit. Kalau pakai pun bukan orang nak tengok tulen ke tak yang penting ada jenama," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Penguatkuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Wilayah Persekutuan, Mohd Mokhtar Yeop, berkata tiada istilah kebal dalam melaksanakan undang-undang dan peniaga terbabit tidak terlepas tindakan pihak berkuasa.
"Mereka tidak kebal cuma mereka degil walaupun ratusan kali operasi diadakan dan dikenakan denda. Kami percaya ada dalang di sebalik kegiatan ini yang membekalkan barangan itu supaya mereka meneruskan perniagaan," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
Posted: 14 Aug 2011 09:21 AM PDT [unable to retrieve full-text content]KUALA TERENGGANU: Tindakan seorang anak mengugut ibunya menggunakan pisau selepas dipercayai khayal menghidu gam di hadapan sebuah rumah di Tapak Perpindahan Tok Adis, di sini, pada 10 Ogos lalu membawa padah apabila dia dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan melakukan ugutan jenayah. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan