Harian Metro: Setempat |
14 barang rampas dilelong dalam 20 minit Posted: 18 Aug 2011 11:20 AM PDT PETALING JAYA: Lelongan awam yang diadakan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini, semalam mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai apabila semua 14 barang habis dalam 20 minit. Lelongan terbabit yang dijalankan berdasarkan Waran Tahanan (Sita) 2007 bagi tunggakan cukai pintu itu menyebabkan suasana hangat kerana orang ramai berebut-rebut membida barangan elektrik seperti televisyen, pemain cakera padat video (VCD), periuk nasi dan pembersih hampagas.
Katanya, barang yang dirampas itu tunggakan cukai pintu sejak penggal kedua 2009 dengan nilai tunggakan RM25,000.
|
Posted: 18 Aug 2011 10:37 AM PDT KUALA LUMPUR: Sebuah pasukan petugas yang dianggotai pegawai polis dari Kuala Lumpur dan Selangor dibentuk untuk mengumpul maklumat dan menjejaki penjenayah yang terbabit kes serangan asid terbaru. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin, berkata polis berusaha habis-habisan untuk menahan penjenayah terbabit dan menyelesaikan kes itu secepat mungkin.
Polis Kuala Lumpur sudah mengedarkan imej komposit seorang daripada suspek kepada media semalam. Mohd Bakri, bagaimanapun menolak spekulasi serangan terbaru itu mempunyai kaitan dengan penyimbah asid bersiri yang mencederakan beberapa mangsa sejak Mac tahun ini.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan