Harian Metro: Setempat |
Posted: 19 Aug 2011 09:51 AM PDT GOMBAK: Seorang lelaki ditahan hampir lima jam di kawasan hutan menghala Genting Highlands sebelum dibelasah hingga 'lembik' oleh lapan lelaki gara-gara dituduh mencuri barang kemas bernilai RM100,000, kelmarin. Malah, mangsa, Nanthakumaran, 31, turut tidak diberi makan dan minum ketika ditahan selain diseksa, malah mereka juga mengugut akan membunuh anak dan merogol isterinya jika tidak mengaku mencuri barangan milik sepupunya.
Akibat kejadian itu, mangsa menerima beberapa jahitan di kepala, cedera di mata dan seluruh badan dan kini terlantar di Hospital Selayang.
"Tidak cukup dengan itu mereka menceroboh masuk dalam rumah dan memukul isteri saya dengan topi keledar berulang kali.
Beliau berkata, lelaki itu memberitahu diupah sepupunya kerana tidak berpuas hati barang kemasnya dicuri.
|
Posted: 19 Aug 2011 09:46 AM PDT SHAH ALAM: Polis Selangor menemui petunjuk baru berhubung kes penemuan mayat seorang wanita dan kanak-kanak yang dikerat dan dibuang dalam mangkuk tandas di Taman Kosas, Ampang, awal bulan lalu dengan penangkapan 11 lelaki warga asing, baru-baru ini. Semua suspek itu ialah 10 lelaki Bangladesh dan seorang lelaki Indonesia yang mengaku suami mangsa. Semua suspek direman sehingga Isnin depan dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah (gambar), berkata pihaknya kini menunggu pengesahan daripada hospital bagi melengkapkan laporan siasatan kes.
"Saya ingin membetulkan fakta lelaki yang mengaku suami mangsa bukan warga tempatan atau orang Sabah, tetapi warga Indonesia,'' katanya.
Pada 3 Ogos lalu, beberapa keratan tubuh dan organ manusia termasuk usus ditemui dalam beberapa beg plastik di dalam mangkuk tandas di sebuah unit di tingkat lima Pangsapuri Astaria, Taman Kosas.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan