Harian Metro: Setempat |
‘Pelanggan’ tembak penyamun Posted: 21 Aug 2011 12:26 PM PDT PETALING JAYA: Seorang lelaki mati manakala rakannya parah ditembak anggota polis ketika kedua-dua mereka cuba menyamun sebuah pusat siber di Kampung Baru, Sungai Buloh, di sini, pagi semalam. Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, berkata dalam kejadian kira-kira jam 6.45 pagi itu, kedua-dua suspek masing-masing berusia 20-an dan 30-an memasuki premis berkenaan dengan bersenjatakan pistol serta sabit. "Tanpa menyedari dua daripada tiga pelanggan di dalam premis berkenaan anggota polis yang membuat intipan, suspek mengacukan senjata ke arah pekerja pusat berkenaan dan meminta mereka menyerahkan wang.
Menurutnya, terkejut dengan kehadiran anggota polis itu, suspek mengugut untuk melepaskan tembakan sekiranya anggota itu tidak mengundurkan diri.
Tun Hisan berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan bekerja sebagai pegawai keselamatan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan bersenjata," katanya. |
Posted: 21 Aug 2011 11:17 AM PDT SUBANG JAYA: Pelajar tingkatan lima yang ditahan bersama teman lelakinya pada 17 Ogos lalu, kerana disyaki merancang penculikannya bagi menuntut wang tebusan RM50,000 daripada ibu bapanya, disambung reman selama tiga hari lagi. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar, berkata, tahanan reman pelajar itu disambung bagi menyelesaikan siasatan.
"Kami menyiasat sama ada gadis terbabit bersalah di atas ugutan wang kepada ibu bapanya," katanya di sini, semalam.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan