Harian Metro: BeritaUtama |
Minat ‘Black Hawk Down’ Posted: 03 Sep 2011 10:44 AM PDT MOGADISHU: "Sebelum membuat liputan di kem penempatan berkenaan, kami berdua sempat bergambar di lokasi 'Black Hawk (helikopter) down' ditembak jatuh, selepas arwah beriya-iya mengajak bergambar di situ kerana katanya, entah bila kami akan dapat datang ke Somalia lagi," kata Aji Siregar Mazlan, 26, jurukamera TV3 yang cedera dalam insiden yang turut meragut nyawa jurukamera Bernama TV, Noramfaizul Mohd Nor, 41, di sini, jam 10.30 malam, kelmarin. Beliau dan arwah terkena tembakan dalam perjalanan pulang ke hotel penginapan selepas selesai membuat liputan Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di sebuah kem penempatan rakyat Somalia, jam 5.30 petang (waktu Somalia).
Menceritakan tragedi itu, Aji berkata dia dan arwah duduk di bahagian belakang sebuah kenderaan pacuan empat roda bersama empat lagi rakan media daripada TV3, Bernama TV dan ntv7, manakala empat kakitangan RTM menaiki kenderaan lain di depan, bersama kumpulan keselamatan.
"Arwah masih bernyawa selepas terkena tembakan, dia hanya mengerang kesakitan dan tidak mampu berkata apa-apa walaupun berkali-kali saya memanggil namanya," katanya.
"Saya kemudian menepuk paha arwah yang duduk di kanan saya untuk memberitahu perkara itu, namun arwah hanya diam dan sejurus itu juga kepalanya terlentok ke bahu saya.
|
Posted: 03 Sep 2011 10:40 AM PDT KOTA BHARU: "Saya anggap perkara ini sebagai salah faham saja... lagipun urusan mengenai pemulangan cincin tunang itu dibincang menerusi keluarga angkat, bapa Aimie dan ibu tirinya. "Memang cincin itu masih ada di tangan keluarga angkat dan saya akan pulang untuk menyelesaikan perkara ini mengikut adat nanti," kata penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat.
"Ketika itu saya ada di Slovakia dan keluarga angkat menjadi orang tengah untuk melakukan perbincangan dengan bapa serta ibu tirinya.
Harian Metro semalam melaporkan rasa kesal ibu Elia yang berusia 46 tahun sambil menafikan dakwaan Khairul Fahmi sudah memulangkan cincin pertunangan anaknya dengan bantuan keluarga angkatnya.
Sebelum ini Metro Ahad melaporkan, Khairul Fahmi memutuskan pertunangannya dengan Elia selepas bertunang pada 17 Mei lalu.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan