Harian Metro: BeritaUtama |
Perjalanan terakhir Noramfaizul Posted: 04 Sep 2011 10:08 AM PDT "PENERBANGAN lebih 20 jam lancar tanpa masalah, namun suasana di dalamnya begitu hening, sepi dengan semua penumpang termasuk saya seakan-akan lesu tak bermaya. Ia penerbangan bersejarah kerana menjadi perjalanan terakhir buat rakan setugas saya, Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor, jurukamera BernamaTV yang maut akibat terkena tembakan curi ketika membuat liputan misi bantuan kemanusiaan di Somalia.
Saya tidak menaiki pesawat berkenaan ketika itu kerana bertolak lebih awal dengan pesawat komersial, namun diberitahu rakan setugas lain suasana ketika itu berbeza dengan keadaan dalam pesawat ketika membawa jenazah Allahyarham Noramfaizul pulang ke tanah air, semalam.
Penerbangan pulang terasa terlalu lama dan saya berterusan dihantui kebimbangan biar pun kami bakal menjejakkan kaki di tanah air sebelum tengah hari semalam.
Tepat jam 9 pagi waktu tempatan (2 petang waktu Malaysia), saya bersama petugas media dan anggota misi kemanusiaan lain berlepas ke Seychelles dan sepanjang tiga jam penerbangan, kelihatan semua yang berada dalam pesawat berdiam diri serta masih berada dalam keadaan terkejut, takut serta bersedih dengan pemergian arwah Noramfaizul.
|
Posted: 04 Sep 2011 10:08 AM PDT PASIR PUTEH: Lagun Kuala Semerak di Tok Bali, dekat sini, terus 'menagih nyawa' apabila dua lagi mangsa menjadi korban hanya dalam tempoh selang lima minit akibat lemas, kelmarin menjadikan keseluruhan mangsa mati lemas di lagun itu seramai 28 orang sejak sembilan tahun lalu. Kejadian pertama kira-kira jam 3.45 petang diikuti kejadian kedua kira-kira jam 3.50 petang itu mengorbankan Nik Nur Hidayah Nik Man, 11, dan Nik Nor Fatin Izzati Nik Mohd Noor, 15. Empat lagi nyawa juga hampir melayang apabila kakak Nik Nur Hidayah, Nik Nasuha, 16, nyaris lemas ketika cuba menyelamatkan adiknya, tetapi berjaya diselamatkan sepupunya, Mohd Zamri Ibrahim, 37. Nik Nasuha dirawat di Hospital Tengku Anis (HTA) dan keadaannya dilaporkan stabil. Sepupu Nik Nor Fatin Izzati, Norhayati Samsuddin, 14, Mohd Halim Zaid, 12 dan Nabila Azmi, 15, juga nyaris lemas namun terselamat selepas dibantu orang ramai.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan