Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 05 Sep 2011 10:04 AM PDT LAHAD DATU: "Masih terngiang-ngiang kata-katanya yang tidak sabar mahu menyambut Aidilfitri bersama saya dan sepupu lain di rumah saya, tapi hari ini (semalam) saya hanya dapat menatap jasadnya yang kaku." Demikian kata Boni Alkan, 40, sepupu kepada Kempoh Asari, 39, yang maut dalam kemalangan ngeri apabila kenderaan dinaikinya bersama seorang anak dan tiga sepupunya berlanggar dengan Toyota Hilux di Kilometer 24, Jalan Lahad Datu-Sandakan di sini, semalam.
Anak Kempoh, Amirkan, 20-an, parah di kepala dan dirawat di Hospital Duchess of Kent di Sandakan.
Menurutnya, perasaan pilu tidak dapat disembunyikan apabila melihat wajah Kempoh terbujur kaku bersama tiga lagi sepupu. "Saya tidak menyangka kehadiran semua mereka ke sini bagi menyambut Aidilfitri bersama, berakhir dengan tragedi yang sungguh menyedihkan," katanya ketika ditemui Harian Metro di pekarangan Hospital Lahad Datu di sini, semalam.
"Siasatan mendapati kereta Nissan Sunny dinaiki mangsa cuba memotong sebuah van di depan sebelum hilang kawalan dan bertembung pacuan empat roda dari arah bertentangan.
|
Posted: 05 Sep 2011 10:04 AM PDT KUALA TERENGGANU: Melihat kepada saiz fizikalnya, pasti ramai tidak menyangka kanak-kanak cilik dengan ketinggian 56 sentimeter (22 inci) ini usianya tujuh tahun enam bulan. Kama Mirezzanial Kama Rezmee yang juga cucu dua bekas atlet olahraga negara, Rajemah Sheikh Ahmad, 67, dan Allahyarham Kamaruddin Maidin mempunyai saiz fizikal tidak normal sejak lahir pada 2 Mac 2004. "Zanial lahir di Hospital Putrajaya menerusi pembedahan ketika isteri saya mengandungkannya lapan bulan. Berdasarkan saiznya, Zanial yang juga anak sulung dua beradik lebih rendah daripada lelaki terpendek di dunia, Junrey Balawing, 18, dari Filipina yang mempunyai ketinggian 60sm. Khagendra diisytiharkan sebagai lelaki kedua terpendek di dunia. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan