Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 10 Sep 2011 09:36 AM PDT KUALA LUMPUR: Mereka sudah bersuami dan ada anak, malah boleh dikategorikan dalam golongan berada. Namun kerana ingin mencari kepuasan nafsu, mereka sanggup menggunakan kecantikan dan 'aset' dimiliki bagi mencari hiburan di luar. Mencari lelaki bujang mahupun yang berkeluarga untuk dijadikan teman dan tempat melepaskan nafsu sentiasa menjadi keutamaan. Tidak kira waktu terluang, mereka yang seakan-akan bernaung di bawah kelab 'Hot Mama' ligat mencari teman. Di rumah, merekalah isteri, ibu dan suri rumah tangga, tetapi apabila di luar bersama rakan, mereka seolah-olah gadis remaja yang sentiasa mencari teman untuk bersosial. Menerusi penyamaran, wartawan Metro Ahad (MA) berjaya menjejaki kumpulan berkenaan, sekali gus membongkar aktiviti sulit golongan ini.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Posted: 10 Sep 2011 09:36 AM PDT KAMUNTING: "Adik penat... penat sangat, tolong ayah... tolong adik," itu kata-kata terakhir penghidap barah tulang kronik, Nurul Atikah Bazilah Samsudin, 14, sebelum menghembuskan nafas terakhir di sisi bapanya, Samsudin Hasbullah, 50, di kediaman mereka di Taman Mewah, di sini, malam kelmarin. Anak bongsu pasangan Samsudin dan Che Tom Osman, 45, itu meninggal dunia jam 11.05 malam selepas menderita barah berkenaan sejak tiga tahun lalu.
Perbualan menerusi telefon bimbit selama lima minit dengan pemimpin negara itu sedikit sebanyak memberi 'kelegaan' kepada perit derita ditanggung remaja berkenaan biarpun pakar perubatan menjangkakan hayatnya tidak begitu panjang serta tidak sempat menyambut Aidilfitri.
"Saya menerima kehilangannya sejak tiga tahun lalu selepas dia disahkan menghidap barah itu. Namun, berkat doa dan rawatan diberi, dia mampu bertahan seketika sebelum menghembuskan nafas terakhir semalam (kelmarin)," katanya ketika ditemui Tanah Perkuburan Islam Kampung Pinang Seberang, di sini, pagi semalam.
Menurutnya, dia juga gembira dengan perkembangan itu memandangkan selera makan arwah bertambah, banyak bercakap dan kurang mengadu sakit.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan