Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 18 Sep 2011 12:34 PM PDT KANGAR: "Sebaik tiba di tempat kejadian, saya terus memegang tangan suami yang sudah sejuk dengan mukanya kebiru-biruan. Mayat arwah ketika itu masih dalam keadaan berdiri," kata Iziatun Mayuzia Che Saad, 35. Mayat suaminya, Azizan Ramli, 44, ditemui penduduk dalam keadaan berdiri ketika tersepit di antara bahagian hadapan lori dengan dinding sebuah surau di Kampung Perawah, Mata Ayer di sini, dipercayai akibat diheret lori berkenaan yang menggelongsor ke hadapan, kira-kira jam 8.15 pagi semalam.
Ketika kejadian, Azizan memeriksa lori terbabit apabila kenderaan itu tiba-tiba bergerak menyebabkan dia dipercayai cuba membuka pintu untuk menarik brek tangan, tetapi gagal menyebabkan dia tersepit.
Menurutnya, selepas memeriksa lori, biasanya arwah pulang ke rumah untuk mandi dan bersarapan bersama keluarga sebelum keluar memandu lori membawa tanah itu.
Difahamkan, seorang penduduk yang lalu di hadapan surau itu terkejut apabila menjumpai pemandu lori itu tersepit lalu meminta bantuan jiran mengeluarkan mayat mangsa yang masih berdiri sebelum menghubungi polis.
|
Posted: 18 Sep 2011 12:31 PM PDT GEORGETOWN: "Saya lihat beg di depan taska itu bergerak-gerak dan menyangka ada kucing cuba menggeledah sampah di dalamnya. "Tergerak hati saya untuk mendekatinya dan terkejut apabila mendapati ada bayi di dalamnya," kata seorang warga emas yang menemui bayi perempuan dalam sebuah beg mesra alam yang ditinggalkan berdekatan taska berhampiran Lebuhraya Babington di sini, kelmarin.
Bagaimanapun, dia bersyukur kerana tergerak hati untuk melihat kandungan beg plastik berkenaan.
"Kalau saya tak pedulikannya atau tidak lalu kawasan itu, tak tahulah apa nasibnya, mungkin bakal jadi habuan anjing liar," katanya.
Difahamkan, bayi berkenaan berkulit cerah, cukup sifat, masih bertali pusat serta seberat 3.3 kilogram belum dapat dikenal pasti bangsanya dan dipercayai ditinggalkan di kawasan itu kurang daripada tempoh 24 jam.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan