Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 19 Sep 2011 12:15 PM PDT SUNGAI PETANI: "Abah, ada orang pengsan di depan rumah," kata pesara tentera, Azmi Md Salleh, 50, mengungkap semula kata-kata anak lelakinya yang memaklumkan kejadian seorang wanita pengsan dan berlumuran darah di depan rumah mereka di Taman Semarak, Sungai Pasir, dekat sini, petang semalam. Dalam kejadian jam 5.30 petang, wanita pengkid berketurunan Siam berusia 25 tahun itu menikam teman serumahnya, Suriani Md Saad, 29, yang juga rakan sekerjanya di sebuah kilang di Bakar Arang, dekat sini, menggunakan sebilah pisau akibat cemburu. Suriani meninggal dunia dalam keadaan berlumuran darah di ruang tamu rumah sewa mereka sebelum mayatnya ditemui penduduk berhampiran. Suspek kemudian bertindak menikam dirinya sebelum dipercayai cuba meminta pertolongan daripada jiran.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Posted: 19 Sep 2011 12:15 PM PDT PUTRAJAYA: "Ketika sampai di tempat kejadian, saya melihat kereta mangsa putus dua, kaki mangsa terperosok di bahagian pedal minyak manakala beberapa cebisan dipercayai otak mangsa melekat di tempat duduk belakang," kata seorang saksi kemalangan maut di sini, semalam. Menurut saksi yang enggan dikenali itu, dia adalah antara yang terawal melihat kejadian terbabit di Kilometer 7.2, Persiaran Selatan berhampiran susur keluar Pusat Konvensyen Antarangsa Putrajaya (PICC).
"Ketika itu saya ingat mangsa masih hidup, tetapi rupanya dia sudah meninggal dunia. Keadaan kereta mangsa terputus dua, enjin serta dua tayar depan tercampak tidak jauh dari tiang lampu yang dilanggarnya," katanya, ketika ditemui di tempat kejadian.
Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai memandu laju mengakibatkan kereta yang dipandunya hilang kawalan lalu merempuh tiang lampu.
"Sebaik tiba di tempat kejadian, mangsa dipercayai gagal mengawal kenderaan ketika mengambil selekoh lalu merempuh tiang lampu di tempat kejadian.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan