Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 20 Sep 2011 09:45 AM PDT IPOH: Tindakan empat penjenayah ahli 'Geng Dol' yang menembak anggota polis menggunakan pistol buatan sendiri, mengundang padah apabila semua mereka maut dihujani puluhan peluru dilepaskan pasukan keselamatan itu, semalam. Kejadian berbalas tembakan itu berlaku berhampiran susur Jalan Kampung Changkat Larang di Batu Gajah, di sini, kira-kira jam 9.30 malam kelmarin. Empat suspek itu berusia antara 30 dan 40 tahun dan dipercayai terbabit lebih 18 kes samun serta rompakan bersenjata, mati bergelimpangan di tempat kejadian. Semua anggota kumpulan penjenayah itu ditembak selepas bertindak melepaskan tembakan dan cuba menyerang anggota polis dengan parang panjang dalam cubaan nekad untuk melarikan diri.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Posted: 20 Sep 2011 09:44 AM PDT KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun bagaikan menyambut Aidilfitri tahun ini di dalam neraka apabila dikurung, diberi dadah dan dirogol bergilir-gilir oleh lima lelaki sejak hari raya kedua sebelum berjaya meloloskan diri, malam kelmarin. Mangsa dikurung dalam sebuah rumah di Bandar Mahkota Cheras, di sini, sejak 31 Ogos lalu selepas termakan pujukan seorang lelaki baru dikenalinya berusia awal 20-an untuk ke rumah terbabit yang mengadakan majlis rumah terbuka sempena hari raya. Sumber polis berkata, sepanjang tiga minggu dikurung lima lelaki berusia 20-an itu, mangsa dipaksa mengambil dadah sebelum dirogol. Katanya, penderitaan mangsa berakhir kira-kira jam 8 malam kelmarin apabila berjaya melarikan diri dari rumah 'neraka' itu sebelum membuat laporan di Balai Polis Seri Kembangan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan