Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 23 Sep 2011 12:32 AM PDT KUALA LUMPUR: Dua remaja lelaki berusia 16 tahun dirantai, seorang warga emas berusia 68 tahun dibiarkan tidur dan tinggal bersama kira-kira 40 anjing, manakala sepasang suami isteri yang uzur dibiarkan berbaring atas katil dipenuhi najis. Lebih menyedihkan apabila bilik tidur tiga lagi warga emas sudah usang dengan atap dan dinding bocor menyebabkan mereka basah dan kesejukan ketika hujan manakala lapan kanak-kanak berusia 10 hingga 14 tahun berhimpit dalam bilik tidur seluas kira-kira enam meter persegi. Begitu kehidupan daif ditanggung empat warga emas berusia 50 hingga 70 tahun serta lapan kanak-kanak termasuk dua remaja yang berlindung di sebuah pusat kebajikan tidak berdaftar sejak tiga tahun lalu. Difahamkan, pusat kebajikan itu turut menyediakan khidmat asuhan kanak-kanak dan 36 orang dilaporkan dihantar waris ke pusat terbabit.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
‘Kail’ duit masjid Posted: 22 Sep 2011 10:01 AM PDT SEGAMAT: Seorang penganggur membuat helah mahu melakukan Qiamullail bagi membolehkannya bermalam di Masjid Jamek Chaah di sini, tetapi misi sebenarnya ialah mencuri wang daripada dua tabung rumah ibadat berkenaan. Sebelum kejadian 15 September lalu, jemaah di masjid berkenaan merungut kerana jumlah kutipan tabung masjid berkurangan sedangkan setiap bulan, ia mampu mengumpul sumbangan mencecah RM3,000.
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abd Majid Mohd Ali berkata, sehari sebelum kejadian, ada jemaah memaklumkan suspek dilihat tidur di dalam masjid dan memaklumkan mahu melakukan ibadat itu.
Menurut Mohamad, anggotanya itu yang tidak sedap hati melakukan pemeriksaan di sekitar masjid, tetapi gagal menemui pemandu serta penumpang Satria terbabit.
"Anggota polis berkenaan mengawasi perlakuan remaja terbabit selama lima minit dan mendapati suspek sedang 'memancing' wang. Dia turut merampas dawai serta lampu suluh daripada suspek itu.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan