Harian Metro: Setempat |
Posted: 01 Sep 2011 10:02 AM PDT AMPANG: Enam motosikal dan dua kereta jenis Perodua Kelisa hangus terbakar dipercayai angkara khianat dalam kejadian di Apartmen Rivera, Taman Muda, di sini, awal pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 5.10 pagi itu, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan Indah bersama enam anggota mengambil masa kira-kira 10 minit memadam kebakaran.
"Saya sukar bernafas kerana bilik tidur dipenuhi asap dan debu sehingga penghawa dingin rosak.
"Seperti biasa saya akan melakukan rondaan di kawasan tempat letak kereta dan sekitar apartmen ini. Bagaimanapun, saya tidak nampak kelibat sesiapa," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, kejadian menyebabkan penduduk di tingkat atas kawasan terbabit terjaga selepas terhidu asap yang memenuhi rumah mereka.
|
Posted: 01 Sep 2011 10:01 AM PDT SENTUL: Tiga anggota polis antara enam yang ditahan berhubung kejadian melepaskan tembakan yang mencederakan seorang pelajar kolej swasta dalam pergaduhan di luar sebuah pub di Taman Sri Rampai, di sini, semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah mengesahkan penahanan tiga anggota polis terbabit dan berkata, ketiga-tiga anggota berkenaan berpangkat koperal dan lans koperal.
Tidak berpuas hati dengan tindakan lelaki terbabit, empat lelaki yang berada di dalam kereta berkenaan keluar dan menyerang lelaki itu.
"Kami masih menyiasat motif serta punca kejadian dan tidak menolak kemungkinan mereka mengenali satu sama lain" katanya.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu memiliki senjata maut dalam rusuhan. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan