Harian Metro: Setempat |
Posted: 07 Sep 2011 11:16 AM PDT SHAH ALAM: Beberapa pelanggan sebuah restoran mamak di Seksyen 15, di sini, termasuk kanak-kanak yang sedang menjamu selera lari lintang-pukang menyelamatkan diri apabila premis itu dimasuki perompak bersenjatakan parang dan pisau. Dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) restoran berkenaan selama empat minit dan 11 saat pada kira-kira jam 4 pagi, 28 Ogos lalu, lima lelaki lengkap bertopi keledar serta ada yang memegang pisau dan parang meluru ke arah pelanggan. Suspek turut mengacukan senjata tajam ke arah pelanggan sebelum merampas komputer riba milik pelanggan yang tergamam dengan kejadian, malah ada juga suspek cuba merampas beg tangan seorang wanita. Jelas kelihatan menerusi rakaman CCTV pelbagai sudut, pelanggan sedang menjamu selera dan berbual dianggarkan 10 orang termasuk kanak-kanak yang panik berlari keluar dari restoran berkenaan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Posted: 07 Sep 2011 10:31 AM PDT KLANG: Seorang wanita berusia separuh abad terkedu apabila disamun seorang lelaki yang disangkanya anggota pasukan keselamatan dalam kejadian di lorong di Jalan Haji Mat Sidin, di sini, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, mangsa yang juga kerani di bandar ini baru saja tiba di rumahnya berhampiran lokasi dia disamun itu apabila didatangi sebuah Proton Saga berwarna merah tua.
"Suspek mendakwa dia anggota keselamatan dan menunjukkan kad biru kononnya bukti. Mangsa diarahkan mengikutinya dan mangsa yang terpinga-pinga mengikut arahan.
Beliau berkata, tindakan memburu suspek giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana samun.
Menurutnya, kebanyakan kes curi motosikal itu mungkin berlaku ketika orang ramai pulang ke kampung pada cuti Aidilfitri lalu. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan