Harian Metro: Setempat |
Posted: 10 Sep 2011 09:06 AM PDT MELAKA: Seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cedera selepas terjatuh ke dalam longkang ketika membuat penerjunan sempena Majlis Penutup dan Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas dan Induksi Pembantu Penguatkuasa Gred N17 di Akademi JPJ, Tiang Dua, Ayer Molek, dekat sini, pagi semalam. Dalam kejadian jam 10.35 pagi, Asnawi Mohd Hassan, 37, cedera di kaki kiri serta muka selepas terjatuh ke dalam longkang berhampiran tapak perbarisan akademi terbabit.
Jurucakap JPJ berkata, penerjun yang membawa bendera JPJ ketika melakukan penerjunan itu dihantar pasukan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) negeri ke Hospital Melaka untuk rawatan.
|
Posted: 10 Sep 2011 09:02 AM PDT KUALA LUMPUR: Hanya kerana seutas gelang, seorang wanita berusia 20 tahun diperangkap seorang lelaki sebelum dirogol di sebuah bilik hotel di Puduraya, di sini, Rabu lalu. Difahamkan, mangsa mengenali suspek berusia lingkungan 30-an itu melalui telefon sejak dua bulan lalu sebelum dipelawa bertemu buat kali pertama di KL Sentral, di sini.
Menurut sumber, sebaik tiba di KL Sentral, suspek membawa mangsa ke sebuah restoran di kawasan Puduraya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan